Isnin, 31 Januari 2011

kecelakaan kapitalis.

sayur A berkata :

"saya murah dan cantik sebab saya dimandikan dengan pelbagai bahan kimia yang berbahaya"

sayur B pula berkata :

"walaupun saya buruk tapi saya organik dan tidak tercemar.cuma saya mahal"


"kedua-dua kamu adalah kecelakaan!"

"menindas pengguna!"

saya jerkah sayur-sayuran tersebut.

menangis makcik di sebelah yang sedang menyaksikan kegilaan saya ketika itu.

lalu saya ambil keputusan,

untuk berhenti makan sayur.

dan mengamalkan diet karnivor.

prisip saya mudah :

"tidak guna bersayur ketika sedang berkambing potong"

kamu garu kepala dan rungsing memikirkan peribahasa saya.

maksudnya mudah sayang,

pandai-pandai lah imbang makan.

kamu marah saya pula :

"eh makan sayur lah,kalau tak nanti sembelit! susah berhadas!"

oh saya istimewa,

saya boleh berhadas bila masa saya suka.

saya cuma perlu pejamkan mata kemudian..

(ah,kamu bayangkan sendiri sudah)

seperti biasa,

kamu terus menyumpah seranah ke atas saya.

saya redha.

kemudian saya pergi memancing.

ya,kadang-kadang saya makan kucing.


makan kamu makan.mereka kebuluran.


*masih lagi demam,masih lagi hebat.

sedap bawa azab.

coklat sedap,

limau pun sedap,

air batu?

lagi lah sedap!

sedap itu ada harganya,

sekarang saya tersembam.

batuk secara marathon.

ubat doktor sudah.

ubat dukun sudah.

ubat bomoh sudah.

ubat tabib sudah.

ubat sendiri pun sudah.

masih tidak kebah

sekarang saya pasrah.

saya buka peti sejuk.

wah..ada ais krim..

mamaainul marah dan cubit saya.

terus saya cedera parah.

dan insaf.

kamu pula berasa kasihan.

lalu kamu menadah tangan,

mendoakan saya cepat baik.

terima kasih kamu semua.

sekarang saya mahu sambung tersembam.



sakit baru ingat tuhan.sakit baru ingat rakan.

Jumaat, 28 Januari 2011

persepsi.

mula-mula saya baca blog KOG,

saya bayangkan dia adalah seorang makcik awal 40an dan seorang yang pelahap.

rupa-rupanya :

haha~siapa mahu lihat wajah KOG yang ayu mari sini rasuah saya.


mula-mula saya baca blog kakcik seroja

saya bayangkan dia seorang makcik yang amat "sweet" , tenang dan murah senyuman.

rupa-rupanya :

heh~telahan saya benar belaka.saya pasti.


mula-mula saya baca blog milo ais kurang manis

saya bayangkan dia adalah seorang anak gadis gedik yang baru habis universiti.

rupa-rupanya :

seorang makcik yang mempunyai tahap intelektual yang tinggi serta rajin baca novel-novel bahasa inggeris dan melayu tahap atas.tabik!


mula-mula saya baca blog wordpress doktor singa

saya bayangkan dia seorang yang garang,perengus,tua dan juga menjengkelkan.

rupa-rupanya :

dia seorang lucu dan baik hati.dan bila dia bercakap yang wajah puterinya adalah biasan kepada wajah dirinya maka saya anggap dia seorang yang ayu.saya juga panggil dia kakak sekarang.haha~


mula-mula saya baca blog tasek M

saya bayangkan dia seorang yang comel juga ayu.

rupa-rupanya :

ya~dia ayu juga comel.tapi kadang-kadang lawak dia adalah ganas.saya tidak kisah,saya suka.


mula-mula saya baca blog daddy ziyyad.

tidak tahu kenapa wajah ketua angkatan muda keadilan,shamsul iskandar berlegar-legar dalam pemikiran saya setiap kali baca blog dia.

rupa-rupanya :

haha~muka lebih kurang sahaja~


mula-mula saya baca blog tupaimerah

saya bayangkan dia seorang lelaki dan samseng jalanan.

rupa- rupanya :

dia seorang gadis dan yang selebihnya..masih misteri!


hey,

saya sayang rakan-rakan blog saya biarpun belum pernah berjumpa.

kemudian saya bergegas ke masjid.

sudah lama saya tak dapat makan pisang.

sayang pagi,sayang siang,sayang malam,sayang hari-hari.

*saya ijinkan kamu salin dan lekat tampalan saya ini untuk kamu mengekspresikan persepsi kamu terhadap rakan-rakan blog yang lain.

rajuk.

saya kecil hati,

saya makan hati,

saya terasa hati,

saya sakit hati,

saya terguris hati,

hendak saya maki,

tidak sampai hati,

hendak saya caci,

tidak saya berani

mahu apa lagi?

semua sudah beri,

cukup sampai sini,

saya diam diri.



kamu abaikan luahan perasaan saya.

saya simpan dalam hati sampai mati.

Khamis, 27 Januari 2011

menyayangi isteri.

sebelum kahwin :

basuh baju sendiri.

senduk nasi sendiri.

gosok baju sendiri.

masak sendiri.


selepas kahwin :


basuh baju sendiri.

senduk nasi sendiri.

gosok baju sendiri.

masak sendiri.


eh tidak,

mamaainul bukan macam yang kamu sangka.

cuma sifat berdikari masih tebal dalam diri saya.

kamu terus mencerca saya :

"blah la bujal!! jangan berbohong nanti tuhan marah! kamu dasar pemalas super! kalau boleh berhadas pun kamu mahu sambil baring menonton tv!!"

okay,

saya separuh berbohong.

mamaainul isteri yang baik.

semua dia buat.

cuma bila mencedok nasi.

saya buat sendiri.

sebab mamaainul selalu salah sukat.

1 senduk sahaja?

eh setengah periuk boleh??

saya pelahap,

saya okay.

*tidak sempurna tetap gembira.

kali pertama gambar bersama.8 tahun yang lepas.macam yang saya pernah saya katakan.dulu saya tampan.sekarang pun tampan lagi.

riang dalam kecelakaan.


eh bukan...

saya bukan mahu mengulas keratan berita di atas.

peduli apa saya dengan bayi yang mati itu.

peduli apa saya dengan masyarakat yang semakin bejat zaman sekarang.

tidak,

langsung saya tidak peduli.

hatta sekelumit pun.

(jika kamu membaca ayat saya diatas tanpa menggunakan ilmu tafisr maka kamu akan bersangka saya seorang yang celaka.tidak mengapa,saya abaikan persepsi kamu)

sekarang sambung cerita.

perhatikan wajah polis yang mengusung jenazah bayi itu.

sugul?

kecewa?

terlalu sedih?

heh,

lantak dengan apa yang kamu mahu cakap.

yang saya mahu katakan :

polis wanita itu sahabat saya.

cemburu saya melihat wajah dia terpampang di muka akhbar.

haih~

saya panggil dia "PG" dan ya,saya bermuka miang.






.

Rabu, 26 Januari 2011

malas yang suci.

dulu menyapu,

sekarang guna penyedut hampagas.


dulu  guna sabit,

sekarang guna mesin potong rumput.


dulu guna setem

sekarang guna e-mel


dulu guna buku,

sekarang guna i-pad.


dulu jalan kaki

sekarang guna segway


dulu guna tombol,

sekarang pintu terbuka sendiri


dulu guna jari,

sekarang guna arahan suara.


sampai satu tahap,

hendak mencuci najis kamu pun ada mesin yang membantu.

teknologi semakin maju,

kamu semakin malas.

pada masa hadapan,

semua manusia gemuk.

matcham saya.


.
.
.
.
.
dulu saya tampan.

sekarang pun masih begitu.

hahahahahaha~

terus kamu mengambil keputusan untuk boikot blog matcham-matcham.

kerana terlalu benci kepada saya.

bekerjasama bantu membantu.

hadapan rumah saya,

ada dua keluarga india.

bermukim sebelah menyebelah.

mereka tidak bersatu.

selalu bercakaran.

dalam sehari tanpa maki memaki adalah tidak sah.

mangsanya adalah saya dan abah.

"aya tengok ini worang langsung tara guna aya"

kata jiran 'A'

"ane tolong kasi nasihat ini tara guna punya worang"

kata jiran 'B'

kami ambil sikap berkecuali.

kadang-kadang kami batuk kering kerana terlalu jengkel.

sampai satu tahap,

jiran 'A' bina satu tembok pemisah antara kediaman kedua mereka.

"saya jijik tengok diaworang punya muka"

saya tersenyum.

hati saya berkata :

"sejenis bangsa pun tiada muafakat"

kemudian hati dalam hati saya pula berkata :

"eh bukan bangsa saya juga begitu??"

kemudian hati dalam hati dalam hati saya sambung bicara :

"bukan sebab bangsa,bukan sebab agama,tapi sebab perasaan benci bersarang dalam hati.."

kemudian saya pengsan.

sebab hati saya terlalu banyak cakap.

bila saya sudah sedar,

saya dapati saya adalah seekor kucing yang kasihan.

haih~

saya benci "whiskas"


Selasa, 25 Januari 2011

sayu.

mamaainul ada satu perangai.

suka bercakap tentang kematian bila demam.

satu malam :

"abah,kalau ibu mati dulu nanti abah dengan ainul macamana ye?"

"hoih~abah kan gaji kecik~melainkan kalau ada perempuan kaya yang nak kawin dengan abah,dah tentu abah dengan ainul hidup susah~ainul mungkin kurus sebab kurang zat,dan tiap kali nak raya abah dengan ainul akan beratur kat pusat bantuan zakat tunggu bantuan.da tu baju raya ainul pun mungkin pakai yang recycle punya~kesian kan???"

"hu~~taknak macamtu la~~"

"taknak mati cepat, pergi makan ubat."

mamaainul turut perintah.

mengenangkan lafaz yang saya baru cakap,

air mata saya tumpah sedikit.

 saya tenung ainul yang sedang tidur disebelah,

saya kucup dahi dia,

saya kucup pipi dia.

kemudian saya bisikkan :

"selagi abah dengan ibu ada,insyaallah ainul takkan rasa kesusahan,biar ibu abah tak cukup makan,asal ainul hidup senang."

ainul senyum.

kemudian terkentut.

busuk.

tapi comel.

maaf tampalan saya kali ini sedikit sayu.

sekarang kamu boleh kesat air mata kamu.

sayangi anak.

ingat itu.

tidak kaya.tidak ternama.tidak mengapa.kami bahagia.

memperkasakan minda masyarakat.

kami sedang duduk menghadap tasik waktu itu.

"bujal,kalau aku tanya gambar apa yang ada pada setiap not duit malaysia kamu boleh jawab?"

"mana ingat bang..."

"kamu nampak tak? kita memiliki sesuatu yang bernilai tapi kita tidak pernah  'kenal'  sesuatu itu"

"saya tak faham"

"kita ada isteri tapi kita tak pernah nak tau isi hati isteri kita.kita ada anak tapi tak pernah nak tau masalah mereka"

"abang lan.."

"ye bujal"

"abang lan lupa besday kak norma lagi ye?"

"haha"

"abang tumpang lepak rumah kamu sampai petang ble? bagi kak norma kamu kool dulu"

"ceh~"

lalu saya kepit kerandut abang lan dengan playar.

terus kilang sperma abang lan berhenti berfungsi.


anak kemaruk.baru 1 bulan lebih sudah sibuk mahu berbaju kurung.oh,itu bukan mamaainul tahu!

Isnin, 24 Januari 2011

relevan

kamu cakap :

"dibelasah sampai separuh mati!"

saya tanya :

bagaimana rasanya mati dan bagaimanakah rasa mati itu diukur kepada setengah?



kamu cakap :

"indah bagaikan di syurga"

saya tanya :

"tunjuk saya gambar syurga boleh?"



kamu  cakap :

"rasa macam nak tercabut nyawa"

saya tanya :

bagaimana rupa sakaratulmaut ?



kamu cakap :

"ajal maut di tangan tuhan"

saya tanya :

mana kamu tahu tuhan ada tangan?



kamu cakap :

"malang itu tidak berbau"

saya tanya :

kebocoran gas dapat dihidu,bau kentut saya juga adalah kecelakaan.boleh cakap malang itu berbau?



kamu cakap :

"hidup-hidup kena tipu!"

saya tanya :

bagaimana hendak menipu kepada yang sudah mati?



dan kemudian kamu berang :

"bongok kamu~tu semua cuma simbolik~faham sendiri sudah lah!!"

saya cakap :

hey~saya cuma bertanya..



kalau saya berkuasa,

saya arahkan mereka berbuat sesuatu.


model sedang memperagakan aksi yang kamu kata " dicekik sampai separuh mati"

semalam punya malam.

"order kak?"

"bagi sup ekor dengan teh ais"

"abang?"

"telur bistik dengan fresh oren"

15 minit,

makanan sampai.

"abah!! ibu nak sup tulang lah!!"

"lah..ibu yang order sup ekor tadi.."

"ibu nak sup tulang! abah makan sup ekor ni!"

punca utama kenapa berat badan saya naik mendadak selepas kahwin.

kemudian pada malam itu..
.
.
.
.
.tiada apa yang terjadi.

kami tidur kekenyangan.

haha~

mamaainul rakus.

KOG jangan jeles.saya masak kambing potong tahu!

Jumaat, 21 Januari 2011

izin.

boleh tidak?

kalau saya balas komen kamu semua,

pada isnin depan?

ber'blogging' dengan hanya menggunakan ibu jari adalah penyeksaan.

sementelah jari-jari saya gemuk belaka.

kemudian kamu berkata:

"kitorang peduli hapa! "

air mata saya mengalir perlahan.

lalu saya suap ais krim ke mulut sambil menonton dvd dalam bilik yang berhawa dingin.

nikmat.

maaf juga kerana tidak berkomen di rumah kamu semua.

ainul banyak ragam hari ini (saya cakap jujur tahu!)

*tampalan hari ini bersiaran khas menggunakan telefon bimbit saya yang hebat.sebab itu lah saya khabar saya cuma guna ibu jari.rumah saya tiada komputer tahu!

malas.peringkat ke-dua

atas desakan ramai,

hari ini saya menulis.

.

.

semalam,

"ibu,esok abah cuti.ingat nak joging,kemas rumah,basuh baju,jaga ainul dan sebagainya."

mamaainul gelak histeria.

heh!

saya akan buktikan!

hari ini.

saya bangun jam 9.45.

emm,

selayaknya saya diperlekehkan mamainul semalam.

kemudian saya dakap semula baNtal.

ya,

saya malas lagi tidak berguna.

haha.

sambung tidur.



*tampalan hari ini ditaip dengan hanya menggunakan ibu jari.

bujal hebat.

Khamis, 20 Januari 2011

malas.

boleh tak sampai hari ahad,

tiada sebarang tampalan dalam matcham-matcham?

saya malas ketandusan idea.


cari saya yang mana satu.boleh?

haha~~

jumpa kamu semula isnin hadapan.

Rabu, 19 Januari 2011

rindu yang mati.

dulu hobi saya mengumpul duit lama.

kemudian satu koleksi dicuri rakan sejawatan di tempat kerja lama.

saya kecewa.


dulu hobi saya mengumpul komik/majalah isu no.1.

kemudian dibakar ibu saya secara tidak sengaja.

saya kecewa.


dulu hobi saya mengumpul "transformers"

kemudian saya jual untuk menampung kos kahwin saya.

saya kecewa tapi saya redha.


dulu hobi saya memanjat gunung dan aktiviti lasak.

emm,

saya bohong.


dan sekarang hobi saya cuma tinggal membaca komik dan majalah kartun.

itu sahaja.

dan kemudian mamaainul berkata :

"sudah-sudah la baca buku kartun semua tu abah~~tak puas-puas ke dari kecik sampai besar?

saya emosi.

"ibu ambik je lah pisau pastu rodok perut abah ni!"

kemudian saya tekup muka ke bantal dan menangis teresak-esak.

saya sedih okay?

bujal yang marah.

kamu tahu kan?

yang saya ini seorang penjawat awam.

kemudian kamu bertanya :

"untunglah keje gomen..rilek je manjang..cukup time punch kad"

~eh saya cium kamu boleh? mana ada kerja yang senang? kamu ingat saya suka berdepan dengan kemarahan orang hari-hari? jurutol yang kerja nya hari-hari menghulur tangan pun mengeluh sebab lenguh.

"asal pukul 10 je hilang..gi minum la tu..nanti kul 11 baru masuk.jahat!"

~oi,kamu tahu kah waktu itu saya sedang berhadas besar atau sedang menghadap pihak atasan? pukul 10 pagi temujanji saya dengan tandas kamu tahu! jangan ganggu! dan mari dekat saya beritahu,ada skuad pemantau yang memerhati para penjawat awam yang minum pagi.kalau ketahuan tindakan tatatertib menanti.kamu ingat seronok minum pagi denagn ketakutan??

"eh gaji ko kitorang yang bayar tau.jangan nak belagak sangat!"

~kalau saya seorang yang sadis,saya pasti tajuk akhbar esok adalah tentang kamu yang mati diliwat kemudian dibakar.kamu kira kamu sahaja yang membayar cukai?

sekarang kemarahan saya sudah reda.

lalu saya sambung tersenyum untuk kamu di kaunter.

marah saya akan susut bila dukung budak kecil ini.hebat.

Selasa, 18 Januari 2011

adbvwklcdnsdkljklv

amat mengantuk.

nasi lemak adalah sarapan yang jahat.

kepala blog yang baru.

saya tempah dari encik terbiut.

kalau kamu keras tangan tapi mahu kelihatan kreatif,

kamu rasuah sahaja encik itu RM10.

selesai.

terima kasih kamu semua.

tapi malang nombor yang cantik itu milik saya.

kalau kamu yang menemuinya.

tentu saya pasti buat kamu bahagia.

.
.
.
.

bantal,

kamu dimana?

menunjuk-nunjuk itu menjengkelkan.

seorang kenalan datang ,

menghulur kepada saya sekeping undangan :

"nanti kalau ada masa jemputlah datang.aku kawin!!!!"

"ohohohoho~~insyaallah"

kenalan saya itu berlalu pergi.

cantik kad jemputan dia.

paling kurang RM3.00 sekeping.

tapi sayang,

hayat kad itu akan tamat di pembuangan.

membazir.
.
.
.
semasa saya hendak bermajlis dulu,

saya pinjam van penjual surat khabar.

dan melalui pembesar suara,

pusing satu kawasan,

saya canang yang saya hendak berkahwin.

haha~

saya bohong.

kad jemputan saya dulu cuma 60 sen sahaja.

itu pun saya kira sudah cukup mahal.

kemudian kamu yang hendak berkahwin pun berkata sambil mencebik :

"sukati lah~~aku punya duit!"

tunggu kemudian hari,

bila ada sahabat kamu yang kad jemputannya 2 atau 3 kali ganda mahal dari kamu,

kamu pasti akan teringat tampalan saya ini.

cebik lagi?

saya cium baru tahu.

Isnin, 17 Januari 2011

kemaluan.

masuk ke dalam lif.

lengang.

tiada siapa.

ambil kesempatan.

betulkan" kelakian" saya yang tersalah letak.

terkengkang-kengkang  saya ketika itu.

kemudian saya tergelak-gelak di depan cermin.

oh~

lif itu dilengkapi dengan kamera litar tertutup rupanya.

kaget.

saya keluar dari lif .

seolah-olah tiada apa yang berlaku.

saya malu hendak ke situ lagi.

abah saya? entahlah..(sambil cebik)

lidah yang kecelaruan identiti.

kamu seorang melayu tipikal yang lahir di tempat yang tipikal.

bila kamu berjumpa K.Karnan daripada bukit tinggi :

"dey macha lama tara jumpa"

bila kamu berjumpa Timothy Lau Bon Seng dari taiping :

"alo leng chai lama tala jumpa wo.."

bila kamu berjumpa Saharudin dari jerlun :

"awat lama tak nampak hang? pi mana??"

bila kamu berjumpa Mujiburrahman dari Dhaka :

"baya,kasi basuh saya punya kereta baik punya"

dan seterusnya bila kamu berjumpa dengan lain-lain rakyat yang mewakili pelbagai bangsa dan dialek :

kamu bertutur seperti mereka.
.
.
.
.

apa masalah kamu sebenarnya?

apa keperluan kamu untuk berbuat demikian?

tahukah perbuatan kamu itu sebenarnya amat jengkel?

tidak bolehkah kamu berbahasa secara normal?

atau sekurang-kurangnya kamu gunakan dialek tempatan kamu di tempat yang sewajarnya?

saya benci bila kamu cuba berbahasa banjar dengan saya sedangkan apa yang keluar dari mulut kamu adalah kecelakaan.

saya salahkan kamu semua bila bangsa lain tidak fasih berbahasa seperti saya.

kerana kamu salah satu punca.


*hobi terbaru saya.membuat onar di pasaraya.jika kamu tidak faham humor diatas yang saya cuba sampaikan maka saya anggap kamu seorang yang perlahan.

Jumaat, 14 Januari 2011

sayang.

8 tahun.

berkasih sayang.

bermadu cinta.

sampai satu tahap.

sayang sedikit renggang.

peluk mesra semakin jarang.

saya nampak sedikit rajuk.

saya bercangkung termenung.(di tempat itu,kamu tentu tahu)

sedang berfikiran.

untuk mencari jalan.

kembalikan keghairahan yang menyusut hilang.

sampailah pagi tadi.

mamaainul pulang semula satu sms yang saya tuju kepada dia 7 tahun yang lepas.

L :lembut wajahmu penenang hati.


I : indah tuturmu selembut sutera.


Z : zahirmu itu penggoda jiwa


A : aksi manjamu penyejuk perasaan


W : watak dirimu cermin sikapmu


A : akrab kasihmu tidak terperi.


T : terikat hatiku untuk cintamu


I : izinkan aku setia selamanya padamu.

saya faham.

mamainul mahu saya yang dahulu.

mungkin kamu yang hebat boleh berkongsi dengan saya.

mengekalkan romantika dalam hubungan.

serius.walaupun saya "skema" tapi didalam hati ada kebun bunga kamu tahu!


*mamaainul,keluarga,rakan sepejabat,termasuk kakak yang duduk disebelah saya tidak tahu saya punya blog sendiri.haha~

nikmat dunia itu kadangkala datangnya dalam bentuk yang tidak disangka kamu tahu!

waktu itu,

saya sedang mengerekot kelaparan.

duduk di kota dengan gaji bersih RM470 adalah penderitaan kamu tahu.

rakan datang dan menendang pintu.

"aku bawak rejeki!!!"

rakan saya itu menjerit seraya menghulur saya sebungkus nikmat.

air mata sedikit mengalir.(masuk habuk )

bau mi goreng itu amat menggggggggghairahkan.(o hoi!)

"bismillahirrahmanirrahim.."

emmm..

selak sini,

jumpa ketulan sardin.

selak sana,

jumpa ketulan telur rebus.

seterusnya ,

jumpa hirisan timun,sengkuang,ketulan ayam berempah dan beberapa objek lain.

"ni mi goreng apa shah?"

"ala..lebihan makanan kat dapur rumah mak aku tadi.ada lauk sardin,rojak mamak dengan ayam percik..aku campur je la semua..daripada membazir.."

"oh~"

jujur.

mi goreng itu amat sedap.

sebab dimasak dengan keikhlasan,

dan dituju kepada yang lapar.

menyelusuri kenangan lampau.

tiap kali hujung musim belajar.

sekolah saya akan adakan jualan bunga dan coklat.

dan kedua objek itu dibeli dan dituju kepada rakan-rakan dan cinta-cinta.

tapi kebanyakannya dituju kepada cinta-cinta.

sepanjang 60 bulan persekolahan menengah tak pernah saya dapat .

sampai satu hujung musim.

saya dapat seketul coklat.

kamu tahu apa saya rasa??

.
.
.
.
.

haha~

coklat itu saya beli dan tuju kepada diri sendiri.

ya saya "skema" semasa sekolah.

mana ada perempuan suka.

kan?

kan?



.

Khamis, 13 Januari 2011

satu hari di kaunter 5.

"cik..ni saya pulangkan kerusi roda ye.."

"ok,letak belakang sana.terima kasih.."

emm..

hati kurang sedap.(mungkin kurang ajinomoto)

pergi periksa keadaan kerusi roda itu.

celaka.

celaka.

celaka.

celaka.

celaka.

celaka.

celaka.

kalau hendak memberi saya penghargaan sekalipun,

sekurang-kurangnya cari saiz saya.

dan saya suka warna hitam tahu!

"SPENDER" kamu tinggal di balik kerusi roda saya.

celaka!

sekali lagi saya kata :

celako!!!!!!!!!!

*geli tahu pegang benda yang tercalit najis dan noda walaupun dengan sarung tangan!

papan kenyataan bil.6/2011

bagi menjawab 2 soalan diatas.

gaji saya yang sedikit itu :

SEPENUHNYA digunakan untuk rumah,kereta,barang dapur,susu lampin ainul,ibu,abah dan bil utiliti.

gaji mamainul yang banyak itu :

tampung belanja kami berdua dan sedikit untuk tabungan.

sebab tu belanja saya kena minta mamaainul kamu tahu.

lagipun saya tidak suka duit.

haha~(saya berbohong sambil gelak)

buat masa ini saya selesa begitu.

sekurang-kurangnya nafsu saya kepada itu dan ini dapat sedikit dikawal.

itulah kelebihan dapat seorang isteri yang bekerja sebagai seorang akauntan.

handal berkira-kira.(tapi kedekut.jangan lapor kepada mamaainul tahu!)

jadi sekarang kamu jangan bersangka saya seorang suami yang tidak guna tahu!


*purata saya belanja sehari adalah RM3 sahaja.RM1 untuk akhbar dan RM2 untuk tol pergi ambil mamaainul pulang dari kerja.sarapan dan makan tengahari saya dirumah kerana jarak rumah ke tempat kerja saya cuma 7 minit sahaja.

sekarang kamu cemburu bukan?

haha~

semalam.cerita 7.

"ainul.."

"aaa.."

"abah pakai duit ainul RM30 boleh?"

"aaa...uuu...aaa"

"terima kasih ainul!"

terlupa hendak minta duit petrol dari mamaainul,

nasib baik ainul ada tabung!

kemudian kamu kutuk saya :

"tak guna punya bapak!"

saya hanya mampu diam terpaku.

haha~

*saya ganti duit itu lah.

walaupun abah saya kadang-kadang keji saya tetap sayang dia 
sebab abah handal buat susu dan basuh berak saya tahu!

Rabu, 12 Januari 2011

semalam.cerita 6.

balik rumah.

cari seluar tergantung belakang pintu.

seluk punya seluk.

jumpa RM15.

"abah ada duit lagi tak?"

"ada"

haha~

secara teknikalnya saya tidak menipu kan? sebab soalan mamaainul cuma tanya "ada duit lagi tak?" dan bukannya "duit yang ibu bagi semalam ada baki?"

dan kemudian kamu berkata :

"kaum lelaki memang licik"

saya setuju.

tengahari semalam punya cerita

*gaji nanti saya bawak mamaainul makan disitu.

papan kenyataan bil.5/2011

mesyuarat habis awal.

sekarang mari kita bersukaria.

haha~

cari saya dimana~

tag tag tag

saya di tag oleh pak dukun,maka saya balas semula.

1. Apakah hobi anda?
bermesra. (ah kamu semua bebas menafsir.saya peduli tidak)

2. Senaraikan tempat yang anda ingin pergi.
ke segenap pelusuk hati dan perasaan mamaainul saya.(jawapan saya abstrak.saya tahu)

3. Sikap positif yang anda miliki.
saya seorang yang berperilaku mulia dan terpuji.(hendak harapkan kamu puji saya? kirim salam malam-malam kata bak kata cik ina isteri kepada pakcik riduan pemancing tegar.)

4. Sikap negatif yang anda miliki.
saya suka pukul orang kamu tahu! (saya bohong,sebenarnya saya lelaki yang mudah tumpah air mata.)


5.tag rakan-rakan?
ceh.kamu semua sibuk mengalahkan kepala sebuah negara.buang masa tag kamu.(gurau-gurau sahaja ya rakan-rakan.)


papan kenyataan bil.4/2011

terjemahannya :

hari ini saya kurang masa untuk membalas komen dan melawat blog rakan-rakan saya.

walaubagaimanapun tampalan berikutnya dijadualkan terbit pada jam 10.30 pagi waktu tempatan.

sila rindu saya ketat-ketat.

hahaha.(saya gelak 3 harakat)

Selasa, 11 Januari 2011

tengahari tadi 2.

pagi tadi mamaainul beri saya duit belanja sebanyak RM20.

tapi sudah habis.

hahaha.

kerana saya makan di tempat makan orang berada :


menu tengahari saya :

"mixed grill"

saya berkata saya ada blog dan kemudian :

percuma 2 ketul popia dan semangkuk aiskrim.hebat!

kemudian kamu bertanya sedap kah?

saya jawab :

"tiada penyesalan"

kamu bertanya lagi saya makan dimana ?

di harbour place klang.

sekarang kamu pula tolong saya.

apa alasan yang hendak saya beri kepada mamaainul bila dia tahu duit belanja saya sudah habis?


*popiah dan aiskrim itu sebenarnya "complimentary" dari pemilik restoran bersempena perasmian.maaf saya bohong kamu.tapi sekurang-kurangnya saya kotakan kata saya kepada pemilik restoran itu untuk tolong promosi dan ya,perbelanjaan harian saya dikawal oleh mamaainul kerana saya tidak suka duit.ya saya bohong.saya boros ok!!

pasar malam

kenapa ayam percik sekarang hanya guna isi dada?

kenapa murtabak banyak bawang dari daging?

kenapa air tembikai rasa sirap?

kenapa sate rasa ayam kunyit?

kenapa sambal nasi ayam rasa sos cili thai?

kenapa kuih/kek tiada bekas penutup?

kenapa yong tau fu tiada tanda harga?

kenapa banyak sangat kenapa?

kenapa saya banyak kondem?

kenapa?

kenapa?

oh kenapa?

kemudian saya mengalirkan air mata.

cinta.

saya ada sekepuk duit di dalam genggaman.

kemahuan saya telefon bimbit hebat yang berharga RM 1500.00

kemahuan mamaainul sebuah mesin basuh hebat  juga harga yang sama.

saya turuti kemahuan mamaainul itu.

kemahuan saya boleh tunggu lain waktu.

*rasa aneh bila kedua objek yang beza saiz amat ketara tapi berada dalam harga yang sama.

saya perkenalkan kamu semua cinta hati saya.

Isnin, 10 Januari 2011

selokaloka.

teruna seorang kaya.

teruna jatuh cinta.

teruna tanya dara.

hendak berjumpa bapa.

dara pula bertanya .

teruna sudah sedia?

teruna cakap ya.

tiba hari bersua.

bapa ajak bicara.

borak begitu lama.

sampai satu masa.

sembang berhenti seketika.

bertanya kembali bapa.

tentang perkara agama.

teruna garu kepala.

teruna tunduk muka.

kemudian bapa berfatwa.

kahwin itu rupanya.

bukan harta semata.

bukan dunia semata.

paling penting agama.

*kadang-kadang saya kreatif rupanya.

sila tergoda

papan kenyataan bil.3/2011

hari ini saya tandus.

sekian.

*tiada pemenang untuk kuiz hari itu.lain hari saya umum kuiz baru.

haih,

sekarang saya mahu sambung hibernasi.

Jumaat, 7 Januari 2011

"spouse"

isi borang mohon kerja.

ada ruangan "spouse"

tanya kakak penyambut tetamu.

"spouse tu kira yang duduk serumah dengan adik la"

"oh okay,tq kak"

"spouse" : Shahrani BIN Sahid

masa temuduga :

"so u punya spouse shahrani binti sahid?"

"tak..shahrani bin sahid encik"

"emm~~kamu da berkahwin?"

"belum encik"

"so i assume ur open minded person?"

"err.. i think so"

"say..u sebenarnya tahu tak spouse tu apa?"

"kakak tadi cakap kawan duk serumah"

saya kena gelak secara berjemaah.

"ingatkan kamu ni gay!!"

saya yang bodoh.

adik - adik :

spouse itu maksudnya isteri/suami/pasangan hidup ya..

jangan silap macam saya..

papan kenyataan bil.2/2011

seperti yang kamu sedia maklum,

saya seorang yang kaya dan pemurah.

dan kemudian perhatian kamu terarah kepada paparan di bawah :


"apa kejadadahnya??"

kamu berkata.

oi :

tunggu sehingga angka itu bertukar kepada 8407 dan buat "screenshot".

dan kamu yang bertuah emel bukti itu kepada saya :

bujal.x@gmail.com

ada hadiah tunggu kamu tahu!

*idea peraduan ini datang dari rakan blog saya : gadis bunga



.

dirinjisrinjisdipilis.

sekarang sudah tahun 2011.

dan jika bakal abah mertua kamu berkata :

"tentang hantaran tu..kita biarlah ikut kemampuan pihak pengantin..kita tidak meletak harga dan memaksa.."

ungkapan itu bermaksud :

RM10,000.00 paling kurang.

dan kamu pun berkata :

"bapak mahal!!jual anak ke hapa??"

hey bodoh.

dengar sini :

sekarang ini jika mahu berhadas pun perlu cukai.

jadi kamu jangan buat-buat tidak tahu.

dan kamu tahu apa simbolik hantaran itu?

"tidak"

sudah tentu kamu jawab tidak kerana kamu bebal.

hantaran itu bertujuan untuk memotivasi kamu sayang.

bila kamu inginkan sesuatu maka kamu akan berusaha.

bila berusaha kamu akan rapat dengan tanggungjawab.

bila diri kamu penuh dengan rasa tanggungjwab maka kamu seorang yang hebat.

dan itu melayakkan kamu bergelar seorang suami yang cukup sifat.

sekarang faham??

entah.gambar siapa entah.

Khamis, 6 Januari 2011

fakta.episod 12.

dramatis itu sekarang bertudung.

babak dalam rumah dia bertudung.

"oh okay,mungkin ada watak yang bukan muhrim dalam rumah tersebut"

babak atas katil dalam bilik dia juga bertudung.

aneh drama melayu di negara kamu.


~cina sama cina bila dalam drama melayu akan bertutur melayu.

~watak orang kampung itu mewajibkan pelakonnya pakai kain batik,baju opah dan rambut tocang dua.

~babak 70an mesti ada rambut afro dan kacamata besar

~watak ustaz harus bersongkok

ah~malas hendak cerita lagi kebejatan drama melayu kamu.


*walaubagaimanapun.saya tunggu NUR KASIH the movie.oh syahdu.

fakta. episod 11

sebuah gedung tekstil yang tersohor itu ada promosi jualan murah sampai 70% diskaun katanya.

kamu pun ke situ.

sampai ke rumah,

kamu mengadakan sidang DUN tergempar yang dihadiri para kaum-kaum ibu di tempat kamu tinggal.

"kain ni murah I cakap U..berbaloi-baloi I jalan berbatu-batu ke situ!"

"berapa rege nye??"

puan X bertanya dengan perasaan hasad.

"murah I cakap U.RMxxx.xx je~~"

kemudian dari satu sudut,

puan XX ketawa berdekah-dekah.

"I beli RMxxx.xx je kat gedung XX~~RMxx.x lebih murah dari U tahu!!"

kamu terkedu.

mesyuarat dibubar.

kemudian kamu mati kerana terlalu malu.

(adaptasi daripada peristiwa yang sebenar)


*diskaun 70%?? mungkin ya mungkin tidak.

sifir mereka mudah :

harga asal RM100

jual RM150

diskaun RM 30.

kamu bayar RM120.

cilaka.

koleksi kertas dinding untuk komputer peribadi kamu 4.