Selasa, 25 Januari 2011

sayu.

mamaainul ada satu perangai.

suka bercakap tentang kematian bila demam.

satu malam :

"abah,kalau ibu mati dulu nanti abah dengan ainul macamana ye?"

"hoih~abah kan gaji kecik~melainkan kalau ada perempuan kaya yang nak kawin dengan abah,dah tentu abah dengan ainul hidup susah~ainul mungkin kurus sebab kurang zat,dan tiap kali nak raya abah dengan ainul akan beratur kat pusat bantuan zakat tunggu bantuan.da tu baju raya ainul pun mungkin pakai yang recycle punya~kesian kan???"

"hu~~taknak macamtu la~~"

"taknak mati cepat, pergi makan ubat."

mamaainul turut perintah.

mengenangkan lafaz yang saya baru cakap,

air mata saya tumpah sedikit.

 saya tenung ainul yang sedang tidur disebelah,

saya kucup dahi dia,

saya kucup pipi dia.

kemudian saya bisikkan :

"selagi abah dengan ibu ada,insyaallah ainul takkan rasa kesusahan,biar ibu abah tak cukup makan,asal ainul hidup senang."

ainul senyum.

kemudian terkentut.

busuk.

tapi comel.

maaf tampalan saya kali ini sedikit sayu.

sekarang kamu boleh kesat air mata kamu.

sayangi anak.

ingat itu.

tidak kaya.tidak ternama.tidak mengapa.kami bahagia.

48 comments

25 Januari 2011 12:12 PTG

moga cepat sembuh !!

25 Januari 2011 12:14 PTG

@alien

ala~~demam2 manja je~~cium sekali terus ok~

haha~

25 Januari 2011 12:24 PTG

Ini sambungan entry makcik pagi tadi, kisah anak kena dera ke?

25 Januari 2011 12:25 PTG

huhhhh .... sentimental gak kooo ni yeee....

kaaa enngkau tukar dialog ...

mamainul cakap ~ mcm mana kalau abah mati hahahahah , mama bleh kawin len hahahahahah kuang kuang ...

25 Januari 2011 12:26 PTG

kentut tanda setuju.

ainul mmg hebat. hahah!

25 Januari 2011 12:30 PTG

kamu memang tak cukup makan, bujal... terserlah penyiksaan pada wajah

ngeh!

25 Januari 2011 12:35 PTG

@Cik Ina minat Do do Cheng

lebih kurang macamtu la makcik~~cuma entri ni auto publish~saya taip semalam~he~~

25 Januari 2011 12:36 PTG

@Chik Att

saya hari2 sentimental~haha~

kalau saya mati dulu mamaainul taknak kawin dia cakap~

25 Januari 2011 12:36 PTG

@gadisBunga

hepi besday GB~~~~he~~

25 Januari 2011 12:38 PTG

@kucingorengemok

haha~~kamu kutuk ke hapa ni?

25 Januari 2011 12:49 PTG

moga ainul menjadi anak yang baik..:)

25 Januari 2011 12:50 PTG

@cik emymilia

dan hebat macam abah dia~

amin~~

haha~~

25 Januari 2011 1:01 PTG

alahaiiiiiii siyes aku cair bujal...

25 Januari 2011 1:04 PTG

Bapak mithali, tapi bila main tarik tali, manjang kalah...hahahaha

25 Januari 2011 1:06 PTG

_._"

sedeyyyyyy!!!

sobs!

25 Januari 2011 1:10 PTG

@azieazah

tarik tali? meh panggil kawan makcik 4-5 orang~~lawan saya sorang~haha~

25 Januari 2011 1:10 PTG

@BonekadalamChermin

kesat hingus dan air matamun bon bon~

25 Januari 2011 1:11 PTG

@Kaseh

saya sendiri pun cair baca posting sendiri~

haha~

25 Januari 2011 1:16 PTG

kamu memang pandai membuat makcik menitiskan airmata!

25 Januari 2011 1:19 PTG

mamaainul demam???
kesian sheols....
moga cepat sembuh ye!

[nak pi bilek air
betulkan mekap yg dah cair
dek airmata kesayuan!
hiks]

25 Januari 2011 1:35 PTG

ye betul..

bahagia itu yg penting...

25 Januari 2011 2:40 PTG

mamaainul nak ngetest tu sbnrnya
hehehe

ye.. biar kita tersiksa
asal anak bahagia
tapi jgn sampai anak jadi tanggang ye

25 Januari 2011 3:42 PTG

habis tisu 2 kotak aku kesat air mata baca entri Bujal petang ni...tsk..tsk..tsk..

25 Januari 2011 4:03 PTG

@kakcik

tisu! tisuu~~

25 Januari 2011 4:05 PTG

sedih bujal..

moga mamaainul cepat sembuh..

25 Januari 2011 4:06 PTG

@miloais

demam kebah sudah~

alamak~~cair sudah eyeshadow~

25 Januari 2011 4:06 PTG

@PUTUBAMBU

bahagia membawa ceria~

25 Januari 2011 4:07 PTG

@h4ni3

tapi bab makan saya tak sanggup terseksa~

haha~

25 Januari 2011 4:07 PTG

@Daddy Ziyyad

bohong ah pakcik~

haha~

25 Januari 2011 4:10 PTG

@cikceriacorner

ala~~demam nak manja2 je~he~~

25 Januari 2011 6:34 PTG

mesti bau kentut ainul pun comeyyy.. tunggu la kalau dah jadik terrible three, confirm lagi wanggggi...

25 Januari 2011 6:47 PTG

mmg sedikit syahdu.. sedih..baguslah kalau ada sifat camtuh.. ini idak pada setengah setengah orang..dah kaya sket mulalah lupa anak bini

25 Januari 2011 8:20 PTG

bujal...
tapikan...
makcik pulak.. masa dah hampir mati dulu pun, makcik tetaplah tak sebut pada pakciknya.. kalau saya mati dulu.. bla.bla..bla...
makcik belum sedia master bedroom dihuni oleh orang lain...
No way.....

25 Januari 2011 8:47 PTG

Makcik kalau mati,besok pun pakcik boleh kawin lain.Siap wasiat -- Harta makcik bahagi samarata dgn anak anak.Ewahhh...macamlah ada harta.

Tapi kalau sebelum makcik mati,jangaaan.

26 Januari 2011 1:08 PG

Lain kali jangan post entry matcham ni boleh? Pakcik sendu...

26 Januari 2011 8:12 PG

moga mamaainul cepat baik dari demam.

ainul maintain comel tuh.

26 Januari 2011 9:14 PG

air hingus pun keluar ni!!
.
syahdu jugak ko ni eh!!

26 Januari 2011 9:18 PG

@DeLancrettLurpak

choi~~tak sanggup nak hirup bau~

26 Januari 2011 9:18 PG

@Cik Pah

sebab tu saya miskin~haha~

26 Januari 2011 9:19 PG

@Ibu n Abah

eh~~makcik pernah nazak kah?

he~~tapi pakcik setia kan? kan?

26 Januari 2011 9:20 PG

@mokjadeandell

makcik baik~sama macam mak saya~~

26 Januari 2011 9:20 PG

@gedek!

tak batu (rock) la pakcik ni~

haha~

26 Januari 2011 9:21 PG

@aliaaroslan

comel tapi kekadang nakal ya amat~

26 Januari 2011 9:21 PG

@DrSinga

boleh buat iklan raya petronas tak?

26 Januari 2011 10:33 PTG

bl bc post ni kjp gelak..pstu sedih pstu nk gelak blk..tetiba serius plak.haih..kamu mmg hbt bujal!

27 Januari 2011 7:53 PG

@Semarak Api

jangan puji.nanti saya riak~haah~

1 November 2011 5:35 PTG

Sayu je baca... tapi memang betul.. kekadang ada rasa perasaan camtu ..:(

Catat Ulasan