Isnin, 14 Januari 2013

gambar-gambaran : sandarkan pada kenangan.

 
nampak?
 
Gayung pun ada sijil lahir.
 
Semua Haji Salim punya perbuatan.
 
ISO : 9002

Jumaat, 11 Januari 2013

menyelusuri Persiaran Raja Muda Musa : Muhasabah di bawah bayu.


"hamboi!!!!! cantek kau !!!~~~"

marah betul saya.

kereta depan brek mengejut.

dia buat begitu tidaklah saya baran sangat,

tapi lampu brek dia tidak hidup.

sikit lagi saya hendak celaka.

saya sambung marah-marah.

masa melepasi kereta dia saya jeling.

kamu tahu kan kalau saya besarkan mata rupa saya nampak bahaya?

tapi yang bawa kereta itu mukanya tidak takut pun.

habis marah saya insaf.

saya buruk burukkan orang,

tapi buruk saya sendiri saya tidak ingat dan tidak sedar.

sampai rumah saya periksa lampu brek saya.

sebelah saja yang hidup.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"lampu brek" kamu sudah periksa?

Rabu, 9 Januari 2013

cerita kategori terbuka : simpan.

johari (nama sebenar) adalah seorang kawan.

kawan yang baik tetapi berkira sangat.

orang melayu lama panggil tangkai jering (cuba tanya anak kamu, dia kenal jering?)

dia akan pesan mi goreng mamak dengan teh o ais.

limau dari mi goreng mamak dia perah ke dalam teh o ais.

jadi teh o ais limau.

"jimat 30 sen aku"

johari berkata.

kalau dia mahu makan burger spesial,

dia bawa telur sendiri dari rumah.

"jimat 70 sen aku"

johari berkata lagi.

tidaklah saya jengkel tapi pernah lah saya berkata :

"you're cheapskate mr.johari."

"nope,the words you're looking for  are FULLY and UTILIZE"

dalam keterpaksaan saya mengangguk.

memanfaatkan sumber sedia ada.

itu bukan kedekut.

itu bijak namanya.

mahu makan roti telur tapi saya beli roti kosong.

sampai rumah saya tampal dengan telur saya sendiri.(kamu baca lalu kamu tergelak sedikit)

"jimat 80 sen aku"

.

Isnin, 7 Januari 2013

cerita kekeluargaan : anak yang jujur.

Adik menangis,

Kakak datang dekat abah muka cuak.

"kakak tertendang adik.kakak sori.."

Abah mengeluh.

"kakak tendang macamana?"

"macamni.."

DUSYUM!!(efek bunyi kakak tendang adik)

Adik tambah meraung.
.
.
.
.
.
.
Abah nya pun bangang.

Pergi tanya siapa suruh?

aisyah irdina
 
9 bulan 21 hari.
 
Belum ada gigi.

Rabu, 2 Januari 2013

cerita kategori terbuka : dimana ada kemahuan disitu ada jalan?


Sebelum






Selepas.




Nampak?

Menunaikan azam sebenarnya adalah perkara enteng.

Tapi azam jangan lah bangang sangat.

Kapasiti,

Garis masa,

Kemampuan.

Biarlah realistik.

Selamat tahun baru awak..