Rabu, 9 Januari 2013

cerita kategori terbuka : simpan.

johari (nama sebenar) adalah seorang kawan.

kawan yang baik tetapi berkira sangat.

orang melayu lama panggil tangkai jering (cuba tanya anak kamu, dia kenal jering?)

dia akan pesan mi goreng mamak dengan teh o ais.

limau dari mi goreng mamak dia perah ke dalam teh o ais.

jadi teh o ais limau.

"jimat 30 sen aku"

johari berkata.

kalau dia mahu makan burger spesial,

dia bawa telur sendiri dari rumah.

"jimat 70 sen aku"

johari berkata lagi.

tidaklah saya jengkel tapi pernah lah saya berkata :

"you're cheapskate mr.johari."

"nope,the words you're looking for  are FULLY and UTILIZE"

dalam keterpaksaan saya mengangguk.

memanfaatkan sumber sedia ada.

itu bukan kedekut.

itu bijak namanya.

mahu makan roti telur tapi saya beli roti kosong.

sampai rumah saya tampal dengan telur saya sendiri.(kamu baca lalu kamu tergelak sedikit)

"jimat 80 sen aku"

.

37 comments

9 Januari 2013 pada 9:19 PG

masak sendiri kat umh..jimat RM10 AKU!hahahaaha....

9 Januari 2013 pada 9:22 PG

kamu tampal sebijik je telur kamu..?

9 Januari 2013 pada 9:30 PG

mmm..janji tak guna duit orang lain..fully utilize pun fully utilize la...

9 Januari 2013 pada 9:30 PG

Kamu memang bijak. Kamu tahu yang mak tergelak baca catatan kamu...

9 Januari 2013 pada 9:32 PG

nak buat jgk mcm tu tapi maluuu...!

9 Januari 2013 pada 9:35 PG

Tergelak² baca...sampai mcm tu sekali yer nak berjimat.

9 Januari 2013 pada 9:53 PG

Baguslah..
Nanti boleh kumpul duitbeli iphone5

Tanpa Nama
9 Januari 2013 pada 9:54 PG

mcm ni pun ada. KA kalau bab makan x berkira sgt ! hehehe

9 Januari 2013 pada 10:03 PG

agak menarik idea itu...
hohoho

9 Januari 2013 pada 10:07 PG

madam pun cheapskate..
tp suka membeli jugak
membeli barang murah...hahaha

9 Januari 2013 pada 10:08 PG

hahaha..tp kwn bujal mmg bijak..org yg lagi bijak ialah bfast di rumah :)

9 Januari 2013 pada 10:11 PG

ekonomi gaya baru...

9 Januari 2013 pada 10:37 PG

hahahaha
macam2 ragam orang ni...=)

9 Januari 2013 pada 10:47 PG

beli roti kosong tampal telur tu akak selalu buat, hahahaha..

Bujal, gelatin halagel ada kat bahagian bahan kek di pasaraya.

9 Januari 2013 pada 10:59 PG

boleh pergi haji tiap-tiap tahun kalau mcm ni...

9 Januari 2013 pada 11:04 PG

Kakak ketawa tapi dalam kedekut tu ada bijaknya kan...

9 Januari 2013 pada 11:06 PG

cuba tampal gambar roti telur kami itu di sini.

9 Januari 2013 pada 11:15 PG

lg jimat kalo bela ayam sendiri kan? hehe..

di antara kedekut dan penjimat ada garisan pemisah yang sangat halus - anonymous..

9 Januari 2013 pada 11:26 PG

tp kenapa telur last skali tu 80 sen? hihihi

9 Januari 2013 pada 11:30 PG

cukup 5 bulan, Johari boleh beli ipon5...kah kah kah

9 Januari 2013 pada 12:02 PTG

pizza punboleh rasa telur, kalau nak !

begitu juga aiskrim. hehe

9 Januari 2013 pada 12:20 PTG

ini semua salah najib.

kah2.


.

9 Januari 2013 pada 12:29 PTG

Huh! Sokong komen Izwa atas. Masak sendiri, segala-galanya pun jimat. Kalau nak kata bijak, beli daging cincang, tepek jadik burger. Dapat 5 ketul burger. Klu nak special, tambah telur.

Kes atas, sy tak rs bijak. Tapi kes kedekut. Wawawawawa~ Tp hal roti telur mcm bujal, mmg bijak sbb tak seme org kahir bt roti canai. Klu sy jdk bujal pun, sy bawak telur sepapan suh bt roti telur utk satu family. Heeee~

9 Januari 2013 pada 12:40 PTG

Assalamualaikum Bujal

kawan Bujal tu punya kawan tentu bijak juga (kalau berkawan dgn penjual minyak wagi...kita pun turut wagi juga)...he he

9 Januari 2013 pada 1:31 PTG

kadang2 yg save cost jadi lambat, ni perot da lapo mmg x la nak pecah telur pulak..kakaka~

dasar pemalas!

9 Januari 2013 pada 2:00 PTG

die seorang penjimat..
hehe

9 Januari 2013 pada 4:19 PTG

hahahaaa

9 Januari 2013 pada 4:26 PTG

Sila masak gan buat air sendiri kat rmh lg jimat. Hahahaha.....

9 Januari 2013 pada 5:02 PTG

Telur kamu???

9 Januari 2013 pada 5:31 PTG

johari dan bujal sape lagi hensem?









:p

9 Januari 2013 pada 5:52 PTG

ahakss.. bagus2.. good idea.. :) jimat belanja kan..

9 Januari 2013 pada 5:52 PTG

ahakss.. bagus2.. good idea.. :) jimat belanja kan..

9 Januari 2013 pada 7:15 PTG

Ini bkn zuhud
Ini kedekut
Hahahaha

9 Januari 2013 pada 8:37 PTG

sengal! haha

10 Januari 2013 pada 12:07 PG

tunggu org blanjer... Lg Jimat duit aku.. haha

10 Januari 2013 pada 6:19 PTG

haha

4 Mac 2013 pada 1:26 PTG

lagi jimat kalau masak kat rumah.. guna bahan yang sedia ada.. ;)

Catat Ulasan