Jumaat, 31 Disember 2010

oi 2011.bahagian 2.

buka buku baru

mukanya kosong

tulis yang baik-baik sahaja

gembira.


selamat tahun baru kamu semua.

hoho~pengesahan perkataan.

teringat cerita rakan maya saya.

tentang kucing yang mahu makan mi sop selepas membaca pengesahan perkataan.

perkara yang sama juga tiba-tiba terjadi pada saya.

tapi masalahnya :


adakah saya perlu makan cipan?

atau cari acappan dan paksa dia belanja saya makan?

lapar.

NGHHHH~~

kejadian achipan terjadi ketika hendak berkomen di blog cik fatin

Khamis, 30 Disember 2010

oi 2011!

sana sinun orang bercerita tentang azam.

saya juga mahu turut serta.

tetapi,

saya lebih suka menggunakan perkataan "sasaran" daripada "azam".

kamu jangan tanya kenapa.

tercapaikah sasaran 2010 kamu?

oh,saya punya tercapai .

ingin punya zuriat sendiri~ tercapai.

ingin punya rumah sendiri~tercapai.

76 kali 1st!! di serata blog~tercapai.

marathon 3 filem di 3 buah pawagam dalam sehari~tercapai.

untuk 2011 :

sebuah kereta besar.

sebuah skuter besar.

99 kali 1st! di serata blog.kamu semua siap sedia!

marathon 4 filem di satu pawagam

ibu baru adik baru untuk ainul

heh~

hujung tahun 2011 saya beritahu samada sasaran saya itu tercapai atau tidak.

itupun kalau nafas saya masih panjang.

hey!

jumpa kamu tahun hadapan!!

semalam.cerita 4.bab 3.

bab 2


filem ke-tiga : the chronicles of narnia the voyage of the dawn treader


lokasi : jusco bukit tinggi klang.




fokus terganggu kerana tidak faham inggeris dialek britain.(filem 3d tiada sarikata tahu!)


tapi seronok juga.




keluar surau selepas asar kasut hilang.


"celaka"


datang seorang encik menegur.


"kasut abang saya simpankan dalam surau tadi sebab ada orang nak kebas"


"oh~terima kasih"


masih ada rakyat malaysia yang baik hati.

semalam.cerita 4.bab 2.

cerita bab 1

filem ke-dua : hantu mak limah balik rumah.

lokasi : TGV Jusco bukit raja klang.


keburukan menonton wayang secara berseorangan adalah bila kamu tertidur tiada siapa yang ingin kejut.

seseorang,

tolong bagitahu saya siapa ayu?

kenapa dia boleh terapung diudara?

NGHHHH!!!

makan tengahari saya

ambil gambar makanan dan kemudian semasa bayar pengurus restoran berkata :

"buat review yang cantek ye bang.."

"diskaun takde?"

"errrr..."

"gurau je.."

ulasan :

rasa yang tipikal.

semalam.cerita 4.bab 1.

3 filem.

di 3 pawagam berlainan.

filem ke-satu :

lokasi : pawagam MBO harbour place klang.

mari sini saya ajar :

gal-li-ver.

bukan gel-lai-ver atau gul-li-ver atau gul-lai-ver.

kacang phool dan sirap selasih.

sepatutnya jadi sarapan saya.

tapi selepas satu suap jam bercakap lagi 5 minit tayangan akan bermula.

terpaksa bungkus.

dan kemudian,

hey,

saya mungkin manusia pertama di dunia yang menikmati kacang phool sambil menonton wayang.

saya hebat.
.
.
.
.
.

cerita filem ke-dua akan mengambil tempat pada jam 10 pagi nanti.

*daddy ziyad~saya tahu pakcik sudah tengok cerita di atas malam tadi.menyeronokkan bukan? walaupun jalan cerita biasa sahaja.

Rabu, 29 Disember 2010

papan kenyataan.bil 13/2010

cuti ini hari.

hendak melunaskan impian 2010.

3 cerita di wayang dalam sehari.

Selasa, 28 Disember 2010

cerita betul 29 (kukecilakaan)

"ada 45 minit lagi."

tidur sebentar.

celik mata

1.50 petang :

basuh muka,

sisir rambut,

senyum depan cermin.

sedia untuk kembali bertugas.

pintu kena ketuk.

"oi,lambat pergi kerja ke?"

mata celik semula.

3.30 petang.

"eh,bukan aku da siap ke tadi?"

terpinga-pinga.

ceh~

mimpi pergi kerja rupanya.

nasib baik bos tidak perasan saya lambat.

haih~

abaikan kelakuan saya.

semalam.cerita 3.

9.15 pagi  :

"oi,makan bihun goreng ni,aku blanja!!!!!" - pelawaan rakan sepejabat.jalehan.


11.00 pagi :

"oi,ni ada orang jual kismis tadi.I belanja U" - rakan kafir saya,Tan Bu Jang  yang pemurah.


11.15 pagi :

"oi,ni bos kamu bagi souvenier.beijing mari!" - kak rozita.juga rakan sepejabat.


12.30 tengahari :

"oi,ni saya bagi anak awak,tapi jangan bagtau sesiapa yang saya hadiahkan ni untuk anak awak.takut nanti jadi kontroversi plak" -jangan kamu risau.saya tiada skandal.


1.30 tengahari :

"oi,jom pekena nasi kari? aku blanja!!" - halim.rakan lama tiba-tiba jumpa.



6.00 petang :

"abah,jom makan kat rasamas,ibu belanja " -mamaainul.


7.40 malam :

"ni hah,ainul da pandai gerak ke depan da.sehari suntuk bergolek dengan mengesot" -granpaainul

gambar tiada kena mengena.ainul sedang belajar jurus "pemecah kerandut"

semalam saya pernuh dengan keseronokan dan keberkatan.

harap hari kamu semua juga begitu.

papan kenyataan.bil 12/2010

hey,

komen kamu semua di blog picisan saya :

"*PASTI BALAS"

kerana  saya menghargai kamu semua.

*selagi hayat dikandung badan.

Isnin, 27 Disember 2010

papan kenyataan bil.11/2010


baru tampal tadi


ah...

tiada lagi lurah dendam.

tiada lagi peha gebu dan mulus.

tiada lagi betis bunting padi.

tiada lagi yang terjojol.

haih..

fakta.episod 9.

kamu semua.

jangan jadi macam saya.

hari ke empat kenal dunia,

ainul kena sakit kuning.

saya mengutarakan kerisauan kepada doktor yang bertugas :

"dokter,rumah saya dalam cat kuning.gila pekat punya kuning.macamana nak buat? orang cakap budak kena kuning tak ble terdedah dengan kaler kuning?"

"ape ke bangang bebeno kome ni yeop!"~doktor itu bercakap dalam hati.

tetapi yang terbit dibibir pengamal perubatan itu :

"tiada apa yang perlu dirisaukan,warna kuning tiada kena mengena dengan jaundis"

doktor itu tergelak kecil dengan kejumudan saya.

*akhirnya saya bertanya kepada makcik misi di klinik desa. warna kuning tidak menyebabkan sakit kuning bayi semakin teruk.cuma pantulan cahaya kuning itu akan sedikit menyukarkan pandangan doktor/jururawat untuk membuat diagnosis.sekarang kamu sudah faham.





Jumaat, 24 Disember 2010

papan kenyataan bil.10/2010


hey kamu!

terima kasih kerana menyediakan ruangan khas di tempat kamu untuk blog saya berpaut.


fakta.episod 8.

kebejatan iklan di televisyen negara kamu.

1.produk pemutihan kulit.
~model yang digunakan adalah diana danielle yang sejak lahir sudah seputih salju.gunakan acappan atau dayang nurfaizah sebagai testimoni.maka saya percaya produk itu ternyata hebat.

2.ubat-ubatan.
~bila mereka mendakwa kelegaan segera itu bermaksud 6 jam ke atas.haram jadah.

3.produk sabun dan syampu.
~perbandingan sering dibuat dengan jenama "X".dengar bunyi sahaja sudah tahu jenama itu tarafnya adalah seperti kecelakaan.seperti membuat perbandingan antara basikal dan jet pejuang.
~tahun lepas mereka mendakwa produk mereka adalah yang terhebat.tiba-tiba tahun ini mereka cakap produk terbaru lebih hebat dari tahun lepas.walhal yang ditukar hanya pembungkusan.lagi haramjadah.

4.dayus.
~untuk iklan racun perosak maka di satu sudut iklan itu ada peringatan "ini adalah iklan racun perosak".tetapi bila iklan makanan segera tiada pula peringatan seperti "makanan ini banyak kolestrol" atau "jangan makan secara berlebihan".siapa yang jadi mangsa?sudah tentu saya yang sekarang sudah obes.lagi-lagi haramjadah.

5.nada dering dan applikasi di telefon bimbit anda!
~cara melanggan? ON CILAKA dan hantar ke 33888.(tulisan sebesar peha)
~untuk berhenti melanggan? OFF CILAKA dan hantar ke 33888.(tulisan sekecil kutu)
NGHHH~~

kita semua diperbodohkan oleh kapitalis-kapitalis yang bersifat cilaka.

Khamis, 23 Disember 2010

tengahari tadi.

saya makan di tempat orang kaya.


saya bergurau sahaja.

restoran itu jenis mampu milik.

mahu mencuba sesuatau yang eksotik,

saya pesan nasi itik.


jika kamu berkata :

gabungan nasi putih,itik liat goreng rangup dan curahan kicap manis itu sesuatu yang menyelerakan.

maka biar saya beritahu :

samada kamu sudah seminggu tidak makan atau deria rasa kamu kecacatan.

menyesal.

*bukan semua menu di restoran diatas tidak sedap tahu! udang goreng mentega menjadi kegemaran saya.


semalam.cerita 2.

12.15 tengahari :

"ainul meragam ni,ubat demam letak mana?"

granpaainul telefon.

"abah bagi ubat botol merah dalam esbox"

1.35 petang :

"ainul da ok abah?"

"da..tu tengah tido tu"

"emm..abah pakai ubat botol ni ke?"

"aah..tu je yang abah jumpa.."

cantik,

ainul terminum saya punya ubat batuk.

nasib baik sikit sahaja.

wuuu~~wiiii~~~(sedang khayal ubat batuk)

5.30 petang :

"abah,gaji dengan bonus ibu kluar awal lah..jom makan??"

"jom"

lama tidak menjamah masakan melayu.saya pilih nasi kerabu.mahal tahu! RM14 sepiring.

8.00 malam :

"abah,jom shoping"

"jom"

saya dapat sehelai baju batik dan sehelai baju kemeja.

mamaainul belanja.

ya,

saya makan dan pakai duit isteri.

harap kamu tidak dengki.

haha~

HARIAN BUJAL.edisi 23/12


kalau ditambah dengan bayi-bayi yang mati dibuang,

jumlahnya mungkin kurang lebih 28 juta orang.

*sumber sohih :


Rabu, 22 Disember 2010

cerita betul 28 (kekurangan yang mengghairahkan)

seperti kamu semua,

saya juga ada masalah keputihan.

ya,keputihan.

muka kamu semua sudah mula kemerahan sekarang.

malah kamu sudah mula men'cilaka'kan saya sekarang.

saya cuma bercakap jujur.

masalah ini bermula sejak 15 tahun sudah.

saya malas hendak berjumpa pakar.

lagipun keputihan ini tidaklah mengganggu hidup saya.

bila umur sudah menganjak remaja.

kemaluan itu datang semula.

rakan-rakan mula mempersoal.

keputihan itu menyebabkan kegatalan kadang-kadang.

kerana tidak tahan,

saya mengambil jalan mudah.

"ubat" yang bersifat sementara.

saya gunakan

sekarang saya sudah berkeluarga.

keputihan semakin serius.

tapi saya tidak kisah.

tidak perlu malu lagi.

saya anggap diri saya istimewa.

kerana keputihan itu.

sekarang kamu semua semakin jengkel.

tapi biar saya jelaskan.

keputihan saya itu :

cuma pada rambut




 bukan seperti "keputihan" yang itu.

sekarang bila orang bertanya,

saya cuma tersenyum.

"ikut style richard gere"

jawab saya.

lagipun uban menambah ketrampilan.



*doktor singa atau daddy ziyad,apa punca masalah saya?

semalam.

cuti.

maksudnya berkhalwat bersama tilam sampai ke petang.

7.15 pagi :

"abah,hari ni kena bawak ainul ke klinik tau..check 5 bulan"

"aaa...ok.."

9.30 pagi

"abah..pasni hantar ibu ke hospital pantai jap ye..kena buat scan"

"aaa..ok.."

12.00 tengahari :

"abah..kita tengok wayang jom"

"aaa..ok.."

2.00 petang :

"abah..hantar ibu ke klinik aminah jap..nak bagi report scan tadi kat dia"

"aaa..ok"

3.00 petang :

"abah gi la rehat dulu"

"aaa..ok.."

3.15 petang :

"abah..bangun jap..tok ayah datang nak jumpa abah pasal hal tanah.."

"aaa..ok.."

6.15 petang :

"abah...bangunlah..tak elok tido maghrib.."

"aaa..ok.."

sekian laporan "cuti " saya.

jujur,

sikit pun saya tidak mengeluh.

24 haribulan mamaainul dapat bonus.


dari saya bujang hingga beranak,tandas di klinik tersebut masih belum boleh di "berak" kan sampai hari ini.

*maaf~malas hendak edit gambar diatas.lagipun leher kamu perlukan sedikit senaman.

Isnin, 20 Disember 2010

fakta.episod 7.

"bagi saya kad tambah nilai RM10 satu"

"bila sampai bulatan keliling itu,ambil pukul 3"

sekadar memberi 2 contoh.

saya berani bertaruh,

jika potong kelakian saya sekalipun,

belum tentu akan jumpa rakyat malaysia yang akan menggunakan ayat diatas.

kamu jangan salah anggap,

saya bukan pejuang bahasa,

saya cuma hendak bersaran.

kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.

jika,

conclusion boleh menjadi konklusi,

footage boleh menjadi futej,

entry boleh menjadi entri,

discussion boleh menjadi diskusi.

maka,

saya berharap,

diwartakan :

prepaid menjadi priped,

roundabout menjadi ronbot,

actually menjadi ekcualli.

dan sebagainya.

supaya bila nanti anak saya ditugaskan membuat karangan di sekolah,

dia tidak dimarahi guru "bahasa melayu" kerana silap guna perkataan.

go-blog!

edisi istimewa untuk kamu.

1.kenapa kamu ber'blog'?
~tengok orang ada blog saya juga mahu.

2.pencetus semangat kamu untuk ber'blog'?
~kucing-saya ingat dia sampai tamat hayat.

3.rakan (follower) pertama blog kamu?
~lurve-wink.saya hilang jejak orang ini.kalau kamu kenal dia beritahu saya.

4.rakan terkini blog kamu?
fatin mraz

5.pengunjung setia blog kamu?
~cik ina do do cheng dengan makcik milo-kalau mereka berdua ini anak dara tentu sudah jadi yang kedua dan ketiga.biang saya ini.

6.pencapaian kamu dalam dunia blog?
~76 kali 1st!! di serata blog.misi saya telah tercapai.jangan tanya kenapa 76 kali.jadi sekarang kamu tahu punca sebenar saya berhenti sebut 1st!!.

7.blog pertama yang kamu ikut
~blog kucing.saya suka makanan maka saya perlu ikut blog dia.

8.'seteru' kamu dalam dunia blog
~bonbon-dia suka lawan 1st! tapi saya lebih hebat dari dia.haha.

9.rakan blog anda yang paling pemurah?
~gadis bunga-dia pernah bagi saya hadiah sebab saya menang peraduan .

10.rakan blog yang hebat pada pandangan kamu?
~makcik singa dan pakcik daddy.saya sanjung profesion mereka berdua ini.

kepada empunya blog yang telah di'tag',saya harap kamu dapat ulang siar tampalan ini.

*saya sayang semua rakan blog saya.



Jumaat, 17 Disember 2010

papan kenyataan.bil 10/2010

keciritan,

kepeningan,

kemuntahan

yang berterusan.

secebis azab,

bagi memperingati dosa-dosa.

insyaallah,

hari isnin depan,

ada tampalan istimewa.

untuk kamu semua.

sekian,

sekarang saya mahu menahan sakit semula.

Khamis, 16 Disember 2010

papan kenyataan bil.9/2010

sudah sampai seru,

saya sudah puas,

selepas ini,

tiada lagi komen "1st!!"

dari saya.

dekat ruangan komen blog kamu.

saya tahu,

kamu jengkel,

kamu mual,

kamu benci,

terhadap perilaku saya itu.

saya minta maaf.

niat saya cuma bersenda.

saya akan berkomen secara serius selepas ini.

sekian.



entahkatasiapa.bahagiandua.

"hati itu seperti sehelai kertas.bila sudah renyuk mana mungkin boleh seperti sediakala semula"


*lagu iringan : boerry marantika (abang beca)

cerita betul 27 (relevanisasi tidak terbatas)

pagi ini,

ketika sedang memandu ke sumber pendapatan,

iklan di radio berkumandang.

tentang produk kecantikan.

bunyinya kurang lebih begini :

"eh seri kenalkan lah kakak awak"


"hei ini ibu saya lah"


"wah,bagaimana dia mengekalkan keremajaan dan kecantikan dia?"

guna bahasa baku (atau yang kamu gelar ayat skema)

kelakar.

di alam nyata tak mungkin akan kedengaran dialog begitu bila berbual secara kasual.

pihak yang berwajib,kamu dan saya juga tidak akan berbuat begitu.

tukang buat iklan radio semakin karut.


gambar di atas?

sekadar merangsang sedikit kelucuan.

Rabu, 15 Disember 2010

entahkatasiapa.

"jika saya dapat seringgit tiap kali saya mengingati kamu,maka sekarang saya seorang jutawan yang pasti"




ayat malam jumaat saya untuk minggu ini


kamu juga boleh cuba.






*gambar di atas~entahlah~

HARIAN BUJAL.edisi 15/12




sekadar mengingatkan,

lain kali jika kamu mahu berasuah,

terutama sekali jika dengan saya,

pastikan jumlah yang berbaloi.

lebih baik jutaan ringgit.

supaya bila saya ketahuan,

dan dikenakan hukuman,

saya tidak ralat.

*sumber sahih :


Selasa, 14 Disember 2010

fakta.episod 6.

eh,saya menang peraduan?


terima kasih gadis bunga

sekarang kamu semua boleh cemburu.

*saya dapat hadiah apa?
-rahsia~heh~

fakta.episod 5

kamu kopi "bujal x"

kemudian pasta di engin carian google.

google akan mencadangkan alternatif :



lucu bagi kamu barangkali.

tapi bagi saya ,

google celaka.

heh~

kurang asem.

haha~

HARIAN BUJAL.edisi empat belas dua belas.



"ini tidak  adil.saya sudah tentu akan berhadapan dengan kerenah birokrasi bagi mendapatkan kelulusan seperti ini.ini akan mengganggu emosi anak saya yang ingin jadi terkenal satu hari nanti.kenapa dengki sangat?
macamana bangsa saya hendak maju kalau begini??"

-Puan Jamilah (nama sebenar) ketika mengekspresikan kekecewaan beliau tentang keputusan kerajaan itu.

*saya menulis perenggan diatas dengan penuh perasaan sinikal.harap kamu semua mengerti.

sumber sohih :

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelindungbakatkecil/Article

Isnin, 13 Disember 2010

masak-masak.crevettes frites et des oeufs salés

hari ini mamaainul bercuti rehat.

maka sepatutnya dia berehat sahaja.

tapi bila saya pulang tengahari untuk bersantap.

terdapat kejutan di atas meja.

udang goreng telur masin pujaan saya.


saya sayang mamaainul .

kamu juga mahu mencuba?

kopi pasta sahaja turutan dibawah :

udang besar 

kuning telur masin

cili padi

daun kari

mentega

lada sulah

garam & gula

minyak

susu cair

kuantiti dan kaedah?

ah~kamu semua dari golongan yang hebat memasak.

pasti kamu tahu sukat sendiri.

heh~

kesukaan saya,kesukaan kamu.kebencian saya,kebencian kamu .saya pasti.

buat mereka yang belum maklum.

saya berjawatan sebagai seorang ,

pegawai khidmat pelanggan .

seribu satu macam perangai.

biar saya beritahu kamu :

1.pengunjung yang bersopan.

"selamat pagi incik,saya berkehendakan untuk membuat perkara yang sekian dan sekian.di mana ya? terima kasih kerana membantu"(dengan penuh senyuman)
-jenis pengunjung yang saya sayang.hati gembira membantu mereka.

2.pengunjung yang tiada perasaan.

"bagi saya nombor giliran untuk itu."(kemudian berlalu pergi)
-saya tidak kisah.sedikitpun tidak kisah.

3.pengunjung yang tiada kemampuan untuk berfikiran lebih jauh.

"bagi saya nombor" (kemudian diam)
-saya sedikit jengkel.saya ada kurang lebih 25 nombor yang berbeza untuk pelbagai urusan.beritahu saya yang mana satu kamu mahu.

4.pengunjung bisu.

(datang sekadar menghulur tangan)
-saya tidak mempunyai kebolehan membaca isi hati kamu.maaf.

5.pengunjung biadap.

"hei,bagi nombor" (sambil mengunyah gula-gula getah atau sambil bicara telefon bimbit atau mata memandang ke tempat lain)
-kasihan ibu bapa yang mempunyai anak seperti kamu.

6.pengunjung salah tuju .

"saya hendak bayar saman kereta.kemudian saya hendak buat laporan tiang lampu di rumah saya tidak menyala"
-kamu ini buta kayu.walaubagaimanapun,saya seorang pengamal polisi "saya sedia membantu".sementelah maklumat dihujung jari,maka saya tidak kisah menunjukkan kamu ke jalan yang benar.tapi tolong jangan ulangi kebodohan kamu.

7.pengunjung yang amarah.

"apa ni!! pegawai kamu lembap! permintaan saya lambat selesai!"
-mungkin salah kami,mungkin salah kamu juga.tapi saya bukan saluran untuk kamu lepas geram.borang aduan disediakan.kawal marah kamu.tak perlu mencarut dan memaki.

8.pengunjung yang pemurah.

"mari saya belanja makan"
-saya suka.

maka kalau kamu datang berurusan di tempat saya kerja,

saya suka kamu jadi nombor 1.

atau lebih baik,

nombor 8.

kerana,

kita sama sahaja.





papan kenyataan.bil 9/2010.

maaf.

tiada tampalan khusus untuk masa ini.

masalah talian yang bersifat keparat.

Jumaat, 10 Disember 2010

makanlah.apa lagi..

saya juga mahu seperti rakan maya saya:

 kucingorenboroi kucingorenbuncit kucingorenboyot kucingorengemok

lokasi :

klang.berhampiran MPK dan rel keretapi.taman pengkalan batu.

soalan :

sehari berapa banyak?

jawapan :

"ayyam(ayam) 100-120 yekor(ekor),yikan (ikan) 20-30 kilu (kilo)

cukup cakap.


kepala buaya ikan

periuk itu sungguh besar.

tempat tapau.

saya makan bersepah.sekarang kamu semua sudah tahu.

sekadar selingan.bukti hari ini saya ke masjid.

juga  selingan.sekadar menunjukkan kegagalan saya memakaikan anak seluar.lihat muka bengis anak kecil itu.