Isnin, 13 Disember 2010

kesukaan saya,kesukaan kamu.kebencian saya,kebencian kamu .saya pasti.

buat mereka yang belum maklum.

saya berjawatan sebagai seorang ,

pegawai khidmat pelanggan .

seribu satu macam perangai.

biar saya beritahu kamu :

1.pengunjung yang bersopan.

"selamat pagi incik,saya berkehendakan untuk membuat perkara yang sekian dan sekian.di mana ya? terima kasih kerana membantu"(dengan penuh senyuman)
-jenis pengunjung yang saya sayang.hati gembira membantu mereka.

2.pengunjung yang tiada perasaan.

"bagi saya nombor giliran untuk itu."(kemudian berlalu pergi)
-saya tidak kisah.sedikitpun tidak kisah.

3.pengunjung yang tiada kemampuan untuk berfikiran lebih jauh.

"bagi saya nombor" (kemudian diam)
-saya sedikit jengkel.saya ada kurang lebih 25 nombor yang berbeza untuk pelbagai urusan.beritahu saya yang mana satu kamu mahu.

4.pengunjung bisu.

(datang sekadar menghulur tangan)
-saya tidak mempunyai kebolehan membaca isi hati kamu.maaf.

5.pengunjung biadap.

"hei,bagi nombor" (sambil mengunyah gula-gula getah atau sambil bicara telefon bimbit atau mata memandang ke tempat lain)
-kasihan ibu bapa yang mempunyai anak seperti kamu.

6.pengunjung salah tuju .

"saya hendak bayar saman kereta.kemudian saya hendak buat laporan tiang lampu di rumah saya tidak menyala"
-kamu ini buta kayu.walaubagaimanapun,saya seorang pengamal polisi "saya sedia membantu".sementelah maklumat dihujung jari,maka saya tidak kisah menunjukkan kamu ke jalan yang benar.tapi tolong jangan ulangi kebodohan kamu.

7.pengunjung yang amarah.

"apa ni!! pegawai kamu lembap! permintaan saya lambat selesai!"
-mungkin salah kami,mungkin salah kamu juga.tapi saya bukan saluran untuk kamu lepas geram.borang aduan disediakan.kawal marah kamu.tak perlu mencarut dan memaki.

8.pengunjung yang pemurah.

"mari saya belanja makan"
-saya suka.

maka kalau kamu datang berurusan di tempat saya kerja,

saya suka kamu jadi nombor 1.

atau lebih baik,

nombor 8.

kerana,

kita sama sahaja.





12 comments

13 Disember 2010 9:49 PG

makcik mungkin pengunjung 1 dan 8.sumpah ko boleh percaya.Tapi tengok gak, ngan peribadi pegawai khidmat pelanggan tu.

13 Disember 2010 9:51 PG

kak ina :

kalau boleh,saya nak kucup semua pengunjung yang datang~betapa saya sayang mereka~

13 Disember 2010 9:52 PG

iols nak jadik no. 1.. dan jugak no. 8
harap2 lahhhh
no. 8 kena tunggu poket penuh lah...
hak hak hak

13 Disember 2010 9:53 PG

Kakcik nak jadi pegawai khidmat pelanggan sebab kakcik sangat peramah dan bersopan kalau angin kakcik baik (sila jangan tak percaya!) ;-)

13 Disember 2010 9:54 PG

milo :

he~jadi no 1 pun sudah hoccay!

13 Disember 2010 9:55 PG

kakcik :

kekadang bosan kerja macam saya ni kak~

13 Disember 2010 12:23 PTG

no 8 tu dh kira rasuah tu tau...

:)



.

13 Disember 2010 12:24 PTG

tasek :

kegemaran saya.

13 Disember 2010 12:31 PTG

mencabar giler keje kamu eh!
MDT paling x suka keje jmpa org ramai sbb hal2 mcm nilah..ish!

13 Disember 2010 12:33 PTG

mdt :

mencabar ya amat.badan tak penat tapi mental sakit~

13 Disember 2010 4:30 PTG

nasib baik sudah tiada seluar katok di kepala Ainul...

13 Disember 2010 4:32 PTG

dr singa :

haha~sebab tu dia senyum~

Catat Ulasan