Jumaat, 30 September 2011

pedih.

tingkap papan kayu bersegi
sampan sakat di pulau angsa
indah tampan kerana budi
tinggi bangsa kerana bahasa




dua rangkap akhir buat saya senyum.


senyum sinis.


kaum kamu dikatakan paling tinggi budi bahasa.


saya senyum sinis lagi.


saya kerja hari-hari menghadap manusia.


kebanyakannya dari kaum kamu.


mahu saya cerita lebih?


tidak payah.


nanti kamu kecil hati,


nanti kamu kata saya bohong,


nanti kamu kata saya pengkhianat bangsa.


tapi mari sini saya beritahu sekelumit kenyataan.


statistik kasar :


10 orang kaum kamu yang datang berurusan di pejabat saya.


cuma 3 yang beri salam mula bicara.


selebihnya?


1.tanpa salam bercakap tapi mata pandang lain.


2.tanpa salam tanpa cakap  cuma hulur tangan kemudian mulut muncung ke kaunter.


3.tanpa salam bercakap dalam mulut ada makanan


4.


5.


6.


7.


8.


9.


10.


cukup saya tulis 3 fakta.




hari ini hari jumaat.

masjid tempat kamu ada pisang apa?

Khamis, 29 September 2011

gambargambaran.edisi 3.



Photobucket

berikan saya sepiring satay.
maka wajah fei mao saya akan teraktif



ini namanya strategi pemasaran
bila sudah ada gadis ayu,
salah eja pun orang tidak perasan.
keh keh~



apam balik basikal pelabuhan klang
sejak 2003 lagi saya sudah perasan.
cuma sabtu lepas baru terbuka hati untuk beli.
rupanya yang selama ini saya cari,
ada dekat sahaja.


teman jamban baru.
85 gram lebih ringan dari yang lama
keh keh~



hantar 10 sampul.
4 dipulangkan semula.
pos ekspres ini.
tebal lebih sedikit pun dia mahu berkira.
apalah.


Photobucket


saya suruh ainul lipat baju.
tapi ainul tidak mahu.

Selasa, 27 September 2011

ponpon~

sekali sahaja kamu tekan alat itu,

orang depan kamu akan terasa jengkel.

bertalu-talu kamu tekan alat itu,

orang depan kamu akan keluar dan menjerit atau keluar tangan acu jari tengah.

alat itu dicipta sebenarnya bukan untuk membangkitkan kemarahan.

tapi kerana rakyat negara kamu yang amat sensitif,

pantang dengar bunyi alat itu,

hati rasa panas,

hati rasa menggelegak.

padahal yang menekan alat itu tujuan nya murni,

untuk menyedarkan mereka yang leka.

sebab bila diatas jalan raya.

cuai seinci kamu boleh mati.
.
.
.
.
.
HON

tercipta bukan untuk menjerkah,

cuma mahu mengingatkan kamu.


Photobucket


saya pernah pergi ke Medan dan Jogja di Indonesia

jalan nya hiruk pikuk dengan bunyi hon.

tapi tiada siapa pun yang bising-bising,

sebab sudah termaktub dalam hidup mereka,

bunyi hon itu amaran supaya berwaspada.

Isnin, 26 September 2011

lingua franca.

saya tiada masalah,

menafsir dan menterjemah ayat dan perkataan inggeris.

begitu juga dalam pertuturan.

slanga amerika,britain,australia apa pun boleh.(bohong)

tapi itu dulu.
.
.
.
tapi sekarang,

bekerja dalam sektor awam,

serta kurang komunikasi bahasa inggeris.

buat penguasaan saya jadi tumpul.

hari itu saya ada urusan jual beli dengan seorang yang tidak fasih melayu,

maka saya cuba keluarkan skli bahasa inggeris yang sudah lama tidak digunapakai.

tapi yang keluar dari mulut saya bukanlah kelancaran.

cuma "gibberish"
.
.
.
.
.
jadi mulai esok matcham-matcham akan bersiaran dengan menggunakan bahasa inggeris.

demi survival bahasa inggeris saya.

boleh?

keh keh~
.
.
.
.
Photobucket


saya gurau.

bahasa inggeris penting.

tapi saya lagi sayang bahasa saya.

Jumaat, 23 September 2011

kediaman yang terbuka.

saya duduk sebelah satay,

satay mengeluh,

"zaman gemilang saya sudah berakhir.dulu apa pun majlis,saya yang akan jadi tumpuan tapi sekarang lampu limpah tidak lagi mahu menerangi saya.saya sekarang hanya layak duduk di bucu."

di satu sudut,

satu gerai ramai orang berbaris.

ramai sangat.

perasaan saya mula berkecamuk.

antara satay dengan kambing panggang.

mana yang harus saya pilih.
.
.
.
.
akhirnya sebuah ketetapan termetrai.

saya tidak pilih kambing golek.

bukan kerana kasihan satay.

tapi sebab saya malas beratur punya orang.

satay senyum girang.

kemudian saya meratahnya dengan rakus.

keh keh~



saat kamu makan-makan di rumah terbuka,

ingatlah tuan rumah bukan mahu saji kamu seorang,

orang belakang kamu juga mahu merasa sama


Khamis, 22 September 2011

kerja saya kadang-kadang tidak seronok.

semalam satu pakcik datang,

mahu buat urusan itu.

saya cakap urusan itu bukan di sini,

urusan itu di pejabat yang lain.

pakcik degil.

pakcik beritahu urusan itu adalah disini.

saya ulang kenyataan dan bagi tunjuk arah yang benar kepada pakcik.

pakcik tak mahu dengar cakap saya.

pakcik tinggi suara.

sabar saya mula jadi jengkel.

saya keluarkan kitab untuk tunjukkan dalil yang sah.

belum sempat saya buka mulut,

pakcik angkat kaki berambus.

"sudah la.."

ayat terakhir pakcik itu yang saya dengar.
.
.
.
.

serius,

orang yang merajuk kerana benang basahnya tidak dapat tegak

pada saya adalah amat buruk.

buruk sangat.






terima kasih ezan

atas penarafan "ohsem" dari kamu.

semoga kamu cepat kebah.


Rabu, 21 September 2011

gambargambaran.edisi 2.

Photobucket

kalau mahu tahu apa maksud perkataan "gebus"
sila tatap lengan anak dr daddy double Z


Photobucket

sebelah kiri saya punya,
yang kanan sepupu punya.
apa yang menarik?
cuba tenung dalam-dalam.

Photobucket

bukan adik ainul.
cucu sepupu saya.
maksudnya saya sekarang juga sudah bergelar datuk.
dan ainul bergelar makcik.
keh keh~

Photobucket

saya syak pak long ada baca tampalan saya yang terdahulu.
lalu pak long insaf dan membaiki kesilapan.

Photobucket

ya saya kecanduan teknologi.
gajet yang kanan sekali telah merevolusikan cara saya membuang masa ketika dalam jamban.

Photobucket

pejabat saya banyak kamera litar tertutup.
jadi keberangkalian untuk berlaku pemerkosaan hampir tiada.
(bila masa saya ada buat tampalan berbau erotik?)
keh keh~


Selasa, 20 September 2011

rumusan/keputusan

Photobucket

tidak susah untuk meneka orang yang kali pertama menaiki feri.

Photobucket

tidur,tidur,tidur dan tidur.

Photobucket

mencari santapan melayu di batu feringhi adalah kesukaran.
tapi ada sebaris warung berdekatan petronas yang makannya banyak yang sedap-sedap.

Photobucket

atas bukit bendera tiada apa yang menarik.
kebanyakan cuma jakun hendak naik keretapi mendaki bukit.

Photobucket

tempat tidur kami disyorkan oleh cik ina
puas hati sangat.


Photobucket

nasi kandar line clear.
mula-mula putus semangat bila barisan menunggu amat panjang.
kemudian saya tabahkan hati.
kenikmatan selepas lama beratur adalah amat berbaloi.

Photobucket

mamaainul rambang mata lihat tudung.
di belakang bangunan arked ada jual bihun sup siam yang amat sedap.

Photobucket

penggunaan petrol cuma RM 140.




KEPUTUSAN.

7

17

27

37

47

siapa yang kena tolong datang rumah saya ambil barang.

keh keh~

*emel butir-butir ke bujal.x@gmail.com

Khamis, 15 September 2011

hai!



Cuti.

Jumpa kamu semula pada selasa depan.

Penghantar komen nombor 7,17,27,37 dan 47 bakal dapat ole-ole dari penang.

Kakcik,KOG,dr singa,dr hanie,ibu n abah,puan capa,delancrett lurpak,wahida.

Kamu diatas tidak payah turut serta.

Kamu sudah memberi,
Giliran saya membalas.

Photobucket

keh keh~

Lupa mahu beritahu,

"Comment moderation" telah diaktifkan.

Demi menjamin ketulusan dan keadilan,

Kamu juga boleh komen lebih dari sekali!

Yay~

Rabu, 14 September 2011

gambargambaran.

Photobucket

ainul demam.
tapi sudah semakin kebah.
3 malam tidurnya tidak keruan.
dan malam tadi akhirnya nyenyak sampai pagi


Photobucket

saya mengharapkan adik ainul nanti adalah lelaki.
jadi saya belikan permainan awal-awal.
okay saya bohong.
mainan saya punya.


Photobucket

koleksi terbaru.
kak hamimah yang bagi.
minggu hadapan insyaallah giliran saya.
untuk balas pemberian magnet peti sejuk dari kamu.
tunggu.



Photobucket

saya pekerja kaunter yang kasihan.
jarang ada masa minum pagi.
maka pagi saya minggu ini cuma kacang dan kerepek.
kuih kapit mentega kacang sudah habis.


Photobucket

kad raya dari dua doktor.
baru semalam sampai ke tangan saya.
terima kasih kakak.
terima kasih honey.



Photobucket

saya tidak tahu dia mahu cari apa.
panjang yang ada pada saya,
cuma tali pinggang.
tali pinggang saya amat panjang.
susah mahu cari tahu!

Selasa, 13 September 2011

menikmati bayu laut.

saya duduk di jeti,

menanti datangnya feri mengangkut saya ke seberang sana,

depan saya satu abang mundar-mandir.

penat agaknya,

kemudian abang duduk sebelah saya.

"ntah bila nak sampai feri ni.."

abang mengeluh kecil.

"kejap lagi sampai."

jawab saya untuk bungakan hati abang.

"saya da lambat..haih.."

abang sambung mengeluh.

feri akhirnya sampai,

abang memandang feri dengan hampa.

saya angkat punggung,

abang masih tidak berganjak.

saya ajak abang,

abang terkejut.

"feri ni pegi pulau pinang ke?"

saya pamer wajah hairan,

"semua feri pegi sana bang..takde yang menuju pulau lain."

abang turut langkah saya.

kami duduk bersama.

dalam feri abang buka cerita :

"kalau aku tak tanya kamu ntah bila aku nak sampai sana.kah kah~~"

saya yang mulanya kabur,

kemudian ikut gelak sama.

abang itu rupanya kali pertama naik feri.

keh keh~


Photobucket


perkataan pulau angsa,pulau undan,pulau rimau,pulau payar,pulau pinang,pulau kapas,pulau rawa,pulau talang yang tertulis pada badan feri di pulau pinang bukanlah destinasi di mana feri itu menuju.nama pulau-pulau itu sebenarnya adalah jenis-jenis feri di pulau pinang.

keh keh~

Isnin, 12 September 2011

mematuhi kehendak.

kawan datang duduk sebelah mengeluh,

saya tanya apa punca.

"bini aku."

kawan jawab pendek.

saya minta kawan cerita lebih lanjut.

kawan geleng kepala,

kemudian mengeluh lagi.

"bini aku...."
.
.
.
.
.
.
.
.
"ngidam nak makan belalang kunyit."

"mana nak cari?"

kemudian saya bertanya google mana hendak cari belalang kunyit goreng,

google beritahu senang jumpa di Siam.
.
.
.
.
.
.
.
setakat hari ini mamaainul tiada permintaan aneh.

cuma seleranya lebih kepada laksa.

maka kamu sila cadangkan,

laksa sedap sekitar selangor.

atau di pulau pinang.

Photobucket

kawan cakap kamen rider adalah punca bininya berkehendakan belalang kunyit.

Jumaat, 9 September 2011

khamis.

semalam,

satu orang tanya saya,

arah menuju RHB Persiaran Sultan Ibrahim


satu orang tanya saya,

arah menuju Pejabat Tanah dan Daerah Petaling


satu orang tanya saya,

arah menuju Taman Sri Andalas


satu orang tanya saya,

arah menuju JKR klang


satu orang tanya saya,

arah menuju Agensi Anti Dadah Kebangsaan


satu orang tanya saya,

arah menuju Amanah Raya Berhad cawangan selangor.


satu orang tanya,

arah menuju Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian.


semalam,
.
.
.
.
.
.
semalam saya adalah sebuah  GPS.
.
.
.
.
dan semalam juga


saya bersua mesra dengan Dr. Daddy Double Z

suami- isteri -anak-beranak

semuanya comel.


Khamis, 8 September 2011

pasang surut.

tinggi

rendah

tinggi

tinggi

tinggi

tinggi

tinggi

rendah
.
.
.
.
.
.
.
tidak perlu tekan CTRL +A

tiada mesej tersorok.

saya cuma mahu tunjuk,

tahap semangat berblog saya.

dari hari pertama,

sampai ini hari..
.
.
.
.
kemudian saya turun ke kantin.

minum teh tarik halia.

pagi ini  badan rasa penuh angin.




ramai-ramai sila ucap selamat kepada beliau

saya syak hari ini aku ibu muda punya umur sudah cecah 26.

Rabu, 7 September 2011

hari ini.

SATU.
meja tempat saya kerja penuh semut.
orang bagi saya kurma yang diperam dengan gula.
semut suka gula.
DUA.
rakan lama hubungi saya.
Hadi buat panggilan dari indonesia.
saya dengan Hadi sama-sama sayu.
TIGA.
pelanggan herdik saya.
tapi yang sebenarnya salah adalah dia.
pelanggan minta maaf dan saya memaafkan.
EMPAT.
hari ini hari lahir makcik rahmah
selamat hari lahir makcik.
panjang umur murah rezeki.
LIMA.
saya sayang kamu semua.


ENAM.
sila tekan CTRL + A


TUJUH



Photobucket

Selasa, 6 September 2011

janggal jengkel.

minggu ini amat janggal.

janggal yang sama setiap tahun.

pada minggu pertama selepas cuti syawal.

orang asing yang berkunjung ke tempat kerja saya semua mahu bersalaman.

mereka senyum sambil lafaz :

"selamat hari raya,maaf zahir batin"

selamat hari raya saya terima.

maaf zahir batin?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
janggal

entah bila mereka berbuat salah dengan saya.

sampai hari ini masih misterius.



Photobucket

kadang-kadang anak saya juga janggal.

Isnin, 5 September 2011

SHRMZDB

bangun,

kemudian saya rapat ke arah kamu semua,

bahu kamu saya pegang dan goncang ,

kemudian saya teriak :

"bangun! bangun!"

kamu semua sudah seminggu cuti.

gam kemalasan masih kuat melekat.

bangun.

hujung minggu nanti sambung bermalasan semula.

sekarang marilah kamu bekerja.
.
.
.
.
.
kemudian saya tarik gebar.

sambung tidur semula.

keh keh~
.
.
.
selamat hari raya.




Photobucket

duit raya saya banyak.

boleh beli bas.