Selasa, 27 September 2011

ponpon~

sekali sahaja kamu tekan alat itu,

orang depan kamu akan terasa jengkel.

bertalu-talu kamu tekan alat itu,

orang depan kamu akan keluar dan menjerit atau keluar tangan acu jari tengah.

alat itu dicipta sebenarnya bukan untuk membangkitkan kemarahan.

tapi kerana rakyat negara kamu yang amat sensitif,

pantang dengar bunyi alat itu,

hati rasa panas,

hati rasa menggelegak.

padahal yang menekan alat itu tujuan nya murni,

untuk menyedarkan mereka yang leka.

sebab bila diatas jalan raya.

cuai seinci kamu boleh mati.
.
.
.
.
.
HON

tercipta bukan untuk menjerkah,

cuma mahu mengingatkan kamu.


Photobucket


saya pernah pergi ke Medan dan Jogja di Indonesia

jalan nya hiruk pikuk dengan bunyi hon.

tapi tiada siapa pun yang bising-bising,

sebab sudah termaktub dalam hidup mereka,

bunyi hon itu amaran supaya berwaspada.

61 comments

27 September 2011 pada 8:09 PG

kat mekah lebih kurang macam di jakarta jugak. Bingit. Tapi sebab dah memang kebiasaan diorang macam tu, tak sapa yang marah.

27 September 2011 pada 8:09 PG

err.. makcik pengomen no satu? ajaib.

27 September 2011 pada 8:10 PG

haha...sensitip berlebih2...tuh yg duk memarah bila kena hon...

27 September 2011 pada 8:17 PG

sama seperti di sabah

hon tu mcm muzik hip hop buat mereka

hehehe

hon kete saye mcm lori 10 tan

sekali saye hon, mau gugur tulang paru2

tak caye?

sungguh

siren polis pun saye ada

clurlassst tak saye?

27 September 2011 pada 8:28 PG

jalan kampung pun dah sesak.

27 September 2011 pada 8:32 PG

hehehe...
jarang guna hon... tapi sekali tekan... aku bagi hon panjanggggg terus... amekaw... ;p

27 September 2011 pada 8:37 PG

bujal..
kat hanoi depa guna Hon sewenang-wenangnya....
bingit telinga tapi depa dah biasa....

27 September 2011 pada 8:44 PG

ratu plak mmg suke mengehon org kalau ade silap skit.yelah ngeri kan...takut terlanggar ke...tergesel ke...maklumla kite pemandu perempuan.tapi kalau sndiri kena hon...tau pulak hati panas :)

27 September 2011 pada 8:57 PG

masa pakcik sekolah ada van ais kirm bunyi hon nya .... 'Tiiiiiinnnnnnnn..... tiiiinnnn......'

27 September 2011 pada 9:02 PG

rasa nak pergi surabaya

27 September 2011 pada 9:05 PG

Di Kuching dan Sandakan juga kamu akan jarang mendengar bunyi hon - tapi tidak di Kuala Lumpur!

27 September 2011 pada 9:06 PG

betul tu, kat sana indon dan thai dah lali dgn bunyi hon...

tapi tmpat kite ni, hon sket dah tgok semacam...huhu

27 September 2011 pada 9:08 PG

adapun pada malam kejadian itu saya dimainkan dgn lampu tinggi dari kenderaan belakang.

kurang asam betul!

27 September 2011 pada 9:25 PG

ye betul kat sana sgt bising dgn hon tp pemandu nya sgt beretika..ceh macam pernah pergi je :P

27 September 2011 pada 9:26 PG

confius bila tengok gambar di atas

27 September 2011 pada 9:31 PG

saya g bukit tinggi, indonesia
drg kasi hon tuk memotong.. n pemandu depan kasi potong.. nice kan..

27 September 2011 pada 9:34 PG

etika rakyat kita berbeza dengan negara lain..haha.

27 September 2011 pada 9:35 PG

- x suke hon org & x suke kene hon!!!

27 September 2011 pada 9:44 PG

tak suka bunyikan hon







*sebab hon kereta sy rosak, bunyi kentut lg kuat dari hon....ahaks!

27 September 2011 pada 9:49 PG

laki makcik adalah org yg pantang dengar bunyi hon... :(

27 September 2011 pada 9:51 PG

Tak suka dihon tapi suka menghon org..hehehe..

27 September 2011 pada 10:00 PG

jangan hon saya kalau tak mahu menikmati carutan percuma..keh keh keh!

27 September 2011 pada 10:04 PG

Orang Malaysia memang sentap lebehhhh bila kena hon...betul, kat Indon hon itu umpama makanan ruji..haha

27 September 2011 pada 10:08 PG

saya sopan santun di jalan raya

27 September 2011 pada 10:10 PG

kkdg mrk suka bunyikan hon...keadaan tdk mmerlukan pon...sbb diorg malas tekan brek...

27 September 2011 pada 10:19 PG

sy jejalan pakai tren, lagi senang...hahaha

27 September 2011 pada 10:23 PG

Aku pernah pergi Ha Noi. Hon dibunyikan bila kenderaan berselisih bertujuan untuk waspada dan bertegur sapa.

27 September 2011 pada 10:29 PG

Kalau di Mekah pun sama juga. Hon tak berhenti-henti di tekan tapi macam dah jadi budaya mereka...

27 September 2011 pada 10:37 PG

ai pernah kena kat bulatan..
ai dari dalam bulatan nak keluar dari bulatan, tiba-tiba sebuah kereta terus masuk.. kalau ai tak sempat brek confirm dah kena cium kereta dia dan.. ai bunyikan HON.. dia boleh tunjuk isyarat lucah kat ai sambil marah2.. dia salah kita pulak yang dimarahnya..

27 September 2011 pada 10:49 PG

Sukar untuk menegur orang Malaysia. patutnye kene tuka persepsi.. sape yang hon tu maksudnya dia sayang kat kite... huuuuu alahai..

27 September 2011 pada 10:53 PG

dah lama tak tekan hon...sy suka bagi lampu tinggi je kat org supaya org tak sakit hati dgn bunyi hon sy....

27 September 2011 pada 11:10 PG

iols tak memandu
so tak tau rasa apa bila kena hon dengan pemandu di belakang nun
ekekekekek

tapi iols rasa tak best lah kot
sbb my hb sokmo geram and marah2 bila kena hon
wakakakaka

27 September 2011 pada 11:11 PG

tak suka menghon orang apatah lagi di hon oleh orang lain...

27 September 2011 pada 11:11 PG

ada org menggunakan hon untuk mengekspresikan rasa marah..

27 September 2011 pada 11:19 PG

Bt pe org tu penat2 cipta menatang nama hon klu tak ley nak gunakan?

27 September 2011 pada 11:34 PG

aah kan...baru tekan sket dah hangin, padehal kete dia dah makan separuh jalan dah..grr..sama la kat vietnam, kalo x guna hon insyaAllah dah lama arwah

27 September 2011 pada 12:06 PTG

aku tak suka kena hon ngan lori...terkejut tau!!


p/s: bujal, sori nak ckp, tak sampai lagi la nok...huhu...

27 September 2011 pada 12:22 PTG

ooo penah gak ada pengalaman kat padang indon, van diorg bunyi mcm ayam dan bunyi binatang...

27 September 2011 pada 1:28 PTG

ade org cakap, bunyi hon itu 'mahal'. Di M'sia laa... :)

27 September 2011 pada 1:44 PTG

di malaysia pulak, mau berparang2 kalau psl hon..huhuhu kurang kesedaran

27 September 2011 pada 1:50 PTG

alert bunyi hon van anak aje hihi

27 September 2011 pada 2:43 PTG

penang adalah negeri dalam masia yg aku pergi yg mmg byk org gune hon.
dan aku observe mereka hon supaya berwaspada.

dan rakyat penang adalah rakyat yg mempunyai mentaliti paling bertamadun, appreciate each other.

aku setuju ngn entry nih. hehe

27 September 2011 pada 2:43 PTG

suke hon kepada driver yg berotak lembu

27 September 2011 pada 4:04 PTG

bujal...
akak selalu jek hon org...sebenarnya tak nak sbb kita pun tak suka kl org hon kita kan...tapi....selalu aje ade kereta keluar simpang tiba2!!!addehhh...kalau kita laju, maunya tak berdentummmm...

27 September 2011 pada 5:24 PTG

tapi ramai salah guna hon, sbb mereka tak sabar...huhu

kalau hon n angkat tgn mgkn nampak lagi murni dari hon lepas tu buat muke kerek -.-

27 September 2011 pada 8:28 PTG

kadang2 saya pon terrr hon

takut hon berkarat jika tidak diguna.

27 September 2011 pada 9:02 PTG

jangan bunyi terlebih-lebih udah tengok sapa yang sakit jantung terperanjat.

27 September 2011 pada 9:41 PTG

akak takot2 nak tekan hon hehe.. punya la kecik hatinya sekecik badan huhu.

27 September 2011 pada 10:20 PTG

Tak suka bunyi hon.. kecuali utk peringatan agar waspada, bukan hon marah marah sang egois.

27 September 2011 pada 10:51 PTG

eh..kat msia pun adalah bunyi2 hon ni..kat cameron highland nak naik ladang teh boh..kalo tak hon..berdentum..hahaha..

28 September 2011 pada 9:33 PG

jwpn tidak tepat..sila tnye daddy ziyyad :P

28 September 2011 pada 10:12 PG

saya bg klu..tgh2 aje bujal jauh sikit dr melaka :)

28 September 2011 pada 10:41 PG

mereka itu berjiwa terlalu sensitif itu pasal boleh jadi bukan manusia yang sebenarnya...

28 September 2011 pada 3:09 PTG

betul tu... saya pun pernah p indonesia... jalan rayanya binggit dengan hon... tapi takde sape pun bising... dorg tak pakai signal... coz hon tu la signal mereka...

28 September 2011 pada 4:15 PTG

jiwa kita tak sekental mereka...

28 September 2011 pada 4:22 PTG

jiwa kita tak sekental mereka

28 September 2011 pada 4:34 PTG

kat vietnam n cambodia pun sama
tak sape kesah nak hon banyak mana

28 September 2011 pada 5:05 PTG

apalah...bunyikan hon pon hati nak panas...positib tingking la sikit...

28 September 2011 pada 5:20 PTG

mesti sunyi sepi hidup org yg dah biasa ngan suasana bunyi hon tu kan.. kalau hon tak bunyi sehari...

29 September 2011 pada 2:46 PG

tapi ada hon gatai ==!

1 November 2011 pada 12:40 PTG

memang sakit hati bila kena hon :p tapi puas hati bila dapat honkan orang. keh keh keh

Catat Ulasan