Selasa, 18 Januari 2011

menunjuk-nunjuk itu menjengkelkan.

seorang kenalan datang ,

menghulur kepada saya sekeping undangan :

"nanti kalau ada masa jemputlah datang.aku kawin!!!!"

"ohohohoho~~insyaallah"

kenalan saya itu berlalu pergi.

cantik kad jemputan dia.

paling kurang RM3.00 sekeping.

tapi sayang,

hayat kad itu akan tamat di pembuangan.

membazir.
.
.
.
semasa saya hendak bermajlis dulu,

saya pinjam van penjual surat khabar.

dan melalui pembesar suara,

pusing satu kawasan,

saya canang yang saya hendak berkahwin.

haha~

saya bohong.

kad jemputan saya dulu cuma 60 sen sahaja.

itu pun saya kira sudah cukup mahal.

kemudian kamu yang hendak berkahwin pun berkata sambil mencebik :

"sukati lah~~aku punya duit!"

tunggu kemudian hari,

bila ada sahabat kamu yang kad jemputannya 2 atau 3 kali ganda mahal dari kamu,

kamu pasti akan teringat tampalan saya ini.

cebik lagi?

saya cium baru tahu.

35 comments

18 Januari 2011 9:11 PG

dia tokey buat printing tu bujal...

:)



.

18 Januari 2011 9:11 PG

mmg membazir.. kite dulu pun kos x sampai singgit... sakan ngan preparation nak kenduri kawen.. tunggu la lepas kawen.. sangap xde duit..

18 Januari 2011 9:23 PG

@tasekM

tak~dia seorang rakyat berkasta rendah.haha~

18 Januari 2011 9:23 PG

@.:nhalilah:.

haha~~saya dulu lepas kawin kaya sekejap~

18 Januari 2011 9:23 PG

yang bestnya ada kad berasingan untuk vip lain , rakan kerja lain , orang kampung lain. dah tentu untuk vip yang mahal sekali.

18 Januari 2011 9:25 PG

sah ... koooo jeles....

CA kaluuu ... nak wat yang paling mahal punya ...siap ada blink2 ... lampu suloh bagai... kalau boleh yg ada gps sekali ... tunjuk jalan nak ke rumah ...

Baru org ternganga... kalah oprah youuuu ..

18 Januari 2011 9:27 PG

@Cik Ina minat Do do Cheng

vip makan kat meja bulat.

18 Januari 2011 9:29 PG

@Chik Att

kecoh ah makcik~~blagak gila~haha~~nanti saya kahwin lagi saya sewa billboard kat highway pastu kat suratkhabar 15 page besar.boleh?

haha~

18 Januari 2011 9:29 PG

kad kawin saya wangi!!!
.
*senyum..tidak mencebik*

18 Januari 2011 9:29 PG

tulah..
kad kahwin 11 tahun lalu
pun banyak lagi dlm simpanan..^_^

18 Januari 2011 9:32 PG

@DrSinga

ralph lauren atau chanel no.6?

haha~~

18 Januari 2011 9:33 PG

@Ati Masrif

letak dalam frame gantung kat dinding~

haha~

18 Januari 2011 9:38 PG

nanti la bujal kawin lagi sekali kasik dia kad yang lagi mahal~ biar terjojol bijik mata dia tengok....

eh!

:p

18 Januari 2011 9:40 PG

@tupaimerah

kawin lagi kat siam manade pakai kad jemputan.

eh?

haha~

18 Januari 2011 9:59 PG

Apa ni? Kisah kad kahwin pun nak kecoh sampai nak memancung-mancung..! ops.. sampai nak cium cium orang.

Makcik dulu jalan kaki dari rumah ke rumah jer jemput sendiri, jemput mulut kata orang....:)

18 Januari 2011 10:02 PG

@azieazah

haha~~saya tandus isu ok!

18 Januari 2011 10:25 PG

kad saya 80 sen... tapi pikir balik, fotostat kertas kaler² je pun lagi ok kan, orang buang jugak

18 Januari 2011 10:28 PG

biasa yg nak berkahwin mahu segala yg terindah. apa lagi kalu yg berwang (bukan beruang)hehehe...
harga akan ditolak tepi. jangan lepas menikah mengira hutang sudah....

18 Januari 2011 10:29 PG

@kucingorengemok

bukan dulu masa kamu kawin kamu buat iklan kat paper ke?

haha~

18 Januari 2011 10:30 PG

@Kakzakie

itu kalau yang berwang~~kalau yang fakir?

haha~

18 Januari 2011 10:44 PG

kamu teringin nak buat kad kawin lagi sekali ke bujal? larikss :P

18 Januari 2011 10:59 PG

@Kaseh

haha..nak suruh saya mampos..

18 Januari 2011 11:15 PG

maybe dia buat sendiri .reka sendiri,print sendiri.tampal sendiri..lebih murah dan puas hati..

tapi kalau ikutkan mmg tak berbaloi buat memahal.. sudahnye ke tong jua

18 Januari 2011 11:29 PG

iols tak ingat kos buat kad kawen iols dulu dan... iols tak ambik tau pun berapa kos
sebab my abah yang tanggung kos iteww!
hik hik hik

18 Januari 2011 11:30 PG

eh lupa...
tak perlu jeles lah kadc kawen dia mahal ke... murah ke... hapa ke...
yg penting... doa kan kebahagian rumahtangga dia jahhhh!~

18 Januari 2011 11:40 PG

saya suke simpan kad kawen..banyak..hampir penuh 1 kotak A4..hehehhe

18 Januari 2011 11:46 PG

wakakaka tau takut.. :P

18 Januari 2011 12:24 PTG

@Cik Pah

tak.dia pinjam duit saya.haha~~

18 Januari 2011 12:25 PTG

@miloais

makcik kawin taun berapa?

anak abah betul~haha~~

18 Januari 2011 12:25 PTG

@miloais

takde masa nak jeles hoccay~~

haha~

18 Januari 2011 12:26 PTG

@cikceriacorner

baut apa simpan? buat ilham? he~~

18 Januari 2011 12:26 PTG

@Kaseh

ye saya takut~haha~

18 Januari 2011 12:41 PTG

paling sadis


depa jemput pakai tag kat fb je

rasa macam

NAK DATANG, DATANG
TANAK DATANG, SUDEH!

hahaha

bagi kad itu lebih manis
jumpa dan jemput

:)

18 Januari 2011 12:49 PTG

@BonekadalamChermin

try jemput saya cara begitu~

sumpah saya tidak hadir~

bonbon~nanti kawin jemput ya?

18 Januari 2011 6:18 PTG

Sama la rega kad kawin awak dgn saya, 60sen sahaja. Saya tau kat mana kedudukan kad kawin itu lepas majlis saya, mesti dalam tong sampah kannn?

Saya pelik org suke letak hadis2 segala dkt kad kawin, macam tak senonoh aje, sebab lepas tu kad itu balik ke cik tong sampah kannn?

Catat Ulasan