Isnin, 31 Januari 2011

sedap bawa azab.

coklat sedap,

limau pun sedap,

air batu?

lagi lah sedap!

sedap itu ada harganya,

sekarang saya tersembam.

batuk secara marathon.

ubat doktor sudah.

ubat dukun sudah.

ubat bomoh sudah.

ubat tabib sudah.

ubat sendiri pun sudah.

masih tidak kebah

sekarang saya pasrah.

saya buka peti sejuk.

wah..ada ais krim..

mamaainul marah dan cubit saya.

terus saya cedera parah.

dan insaf.

kamu pula berasa kasihan.

lalu kamu menadah tangan,

mendoakan saya cepat baik.

terima kasih kamu semua.

sekarang saya mahu sambung tersembam.



sakit baru ingat tuhan.sakit baru ingat rakan.

35 comments

31 Januari 2011 8:24 PG

Berehatlah... semoga kamu cepat sembuh... :)

31 Januari 2011 8:24 PG

Makcik sudah mendapat tempat pertama lagi hari ini... (*_*)

31 Januari 2011 8:26 PG

get well soon mr bujal.. sembam la puas2.. :)

31 Januari 2011 8:39 PG

terus mc sampai CNY la tu..... ikut kata mamaaunul...

31 Januari 2011 8:48 PG

bujal...
byk makan limau mandarin kotnya...
rehat byk2 ya...

31 Januari 2011 8:55 PG

Kamu MC kah?

31 Januari 2011 9:06 PG

Orang degil nakal memang patut kena cubit.

Sakit itu diberiNYA sebagai peringatan.

Lepas ni jangan lagi lupa ingatan. hahahaha

BUJAL, makcik sayang kamu, lalu makcik mahu segera sembuh.
sebab nanti kita boleh makan aiskrim sama-sama.

31 Januari 2011 9:17 PG

@kakcik

tq makcik..

31 Januari 2011 9:18 PG

@kakcik

haha..makcik terer..

31 Januari 2011 9:19 PG

@Kaseh

he..terima kaseh..

31 Januari 2011 9:20 PG

@Kakzakie

hoho..dr. bg mc hari ni je la makcik..

31 Januari 2011 9:21 PG

@Ibu n Abah

saya makan sekotak je..sikit kan? kan?

31 Januari 2011 9:22 PG

@Daddy Ziyyad

ye pakcik..dr suruh bersantai je hari ni..

31 Januari 2011 9:23 PG

@azieazah

tq makcik..tapi makan aiskrim kena sorok2..nanti mamaainul marah..

haha..

31 Januari 2011 9:29 PG

mmg patut kene cubit pun. hu~

31 Januari 2011 9:37 PG

@gadisBunga

gb tidak kasihan saya kah?

31 Januari 2011 10:03 PG

eehh..nak kena cubit ni!
macam anak kak ati tau
suka sgt minum air sejuk..ba..bab kang

rehat dan makan ubat ikut time
semoga cepat sembuh..^_~

31 Januari 2011 10:07 PG

bujal, ais krim adalah ubat ok. makanlah.


:p


.

31 Januari 2011 10:14 PG

Eeeh kena cubit sampai parah. Ni kes dera ni.kesian Bujal.
Makcik harap moga cepat sembuh.

31 Januari 2011 10:20 PG

kesiannya dia...
jangan culas makan ubat ye
moga cepat sembuh
muahhhhhhhhhhh!~

ekekekek

31 Januari 2011 10:40 PG

makcik pun sama, bila kena cam tu baru nak ingat tuhan, tapi sorry rakan makcik tak ingat.

makan ice cream lebih banyak dari biasa baru cepat baik

31 Januari 2011 10:59 PG

Gua suka obat batok... stone...!

31 Januari 2011 11:33 PG

org tua dulu2 cakap
gula batu tu boleh jadi penawar demam n batuk
kalau batuk cuba kemam gula batu tu
kalau demam masak barli ngn gula batu
Insya`Allah..
cuba la

31 Januari 2011 12:00 PTG

mcm kata k.tasek, org kata time sakit tekak sblum mula batuk tu mknla aiskrim yg byk krim tu, ubat tu.. tp dah batuk, dah taklehla tu. tp kalau nak cuba apa salahnye.

p.s hr ni sy nak komen tp lambat sbb ada amanat thn baru la plak

31 Januari 2011 12:21 PTG

@Ati Masrif

ubat pahit..

31 Januari 2011 12:22 PTG

@tasekM

penghasut.haha..

31 Januari 2011 12:23 PTG

@mokjadeandell

tq makcik..saya da ok skit..

31 Januari 2011 12:24 PTG

@miloais

oh..tq..

smbil pipi merah.

haha..

31 Januari 2011 12:25 PTG

@Cik Ina minat Do do Cheng

haha..makcik sama je dengan tasik..siut..

31 Januari 2011 12:26 PTG

@gedek!

saya sedang khayal di nirwana..

hu..wiiii..

31 Januari 2011 12:27 PTG

rendam badan dalam ais.











sila.


(kihkih)

...

selamat beristirehat bujal!

31 Januari 2011 12:27 PTG

@alien

tq alien..barli ada,gula batu ilek..

31 Januari 2011 12:29 PTG

@Fisz

amanat tahun baru cina ke tahun baru masihi?

31 Januari 2011 12:31 PTG

@BonekadalamChermin

ah..macam tak meyakinkan je kaedah kamu ni bonbon..

7 Februari 2011 12:07 PTG

org kata ice cream tu ubat..ntah btol ke tak

Catat Ulasan