Jumaat, 28 Januari 2011

persepsi.

mula-mula saya baca blog KOG,

saya bayangkan dia adalah seorang makcik awal 40an dan seorang yang pelahap.

rupa-rupanya :

haha~siapa mahu lihat wajah KOG yang ayu mari sini rasuah saya.


mula-mula saya baca blog kakcik seroja

saya bayangkan dia seorang makcik yang amat "sweet" , tenang dan murah senyuman.

rupa-rupanya :

heh~telahan saya benar belaka.saya pasti.


mula-mula saya baca blog milo ais kurang manis

saya bayangkan dia adalah seorang anak gadis gedik yang baru habis universiti.

rupa-rupanya :

seorang makcik yang mempunyai tahap intelektual yang tinggi serta rajin baca novel-novel bahasa inggeris dan melayu tahap atas.tabik!


mula-mula saya baca blog wordpress doktor singa

saya bayangkan dia seorang yang garang,perengus,tua dan juga menjengkelkan.

rupa-rupanya :

dia seorang lucu dan baik hati.dan bila dia bercakap yang wajah puterinya adalah biasan kepada wajah dirinya maka saya anggap dia seorang yang ayu.saya juga panggil dia kakak sekarang.haha~


mula-mula saya baca blog tasek M

saya bayangkan dia seorang yang comel juga ayu.

rupa-rupanya :

ya~dia ayu juga comel.tapi kadang-kadang lawak dia adalah ganas.saya tidak kisah,saya suka.


mula-mula saya baca blog daddy ziyyad.

tidak tahu kenapa wajah ketua angkatan muda keadilan,shamsul iskandar berlegar-legar dalam pemikiran saya setiap kali baca blog dia.

rupa-rupanya :

haha~muka lebih kurang sahaja~


mula-mula saya baca blog tupaimerah

saya bayangkan dia seorang lelaki dan samseng jalanan.

rupa- rupanya :

dia seorang gadis dan yang selebihnya..masih misteri!


hey,

saya sayang rakan-rakan blog saya biarpun belum pernah berjumpa.

kemudian saya bergegas ke masjid.

sudah lama saya tak dapat makan pisang.

sayang pagi,sayang siang,sayang malam,sayang hari-hari.

*saya ijinkan kamu salin dan lekat tampalan saya ini untuk kamu mengekspresikan persepsi kamu terhadap rakan-rakan blog yang lain.

62 comments

28 Januari 2011 10:01 PG

mula2 saya baca blog awak.. ermm tepat sekali jangkaan saya ..awak mmg comel bulats... lallaalaa

28 Januari 2011 10:02 PG

awalnya awak nak ke masjid?
mahu tolong bentang sejadah kah?
:)

28 Januari 2011 10:04 PG

@Kaseh

haih~ahahahaha~

28 Januari 2011 10:04 PG

@h4ni3

sepatutnya post ni publish dekat pukul 1 nanti tapi tetiba tertekan publish now~

haha~

28 Januari 2011 10:17 PG

tolong jangan amalkan rasuah dalam hidup anda! :p

kau ingat aku makcik?! badigolsood betul!

28 Januari 2011 10:23 PG

@kucingorengemok

sebab tu dulu saya panggil kamu makcik!

haha~

28 Januari 2011 10:24 PG

bujal : iols memang muda sokmo... dah park umo sweet 25 for ever. bleh???
wakakaka

tQ -

dan persepsi pertama iols tentang uols
walopon tak penah bersua muka takat tatap gambo kat blog - uols skema!
hik hik hik

28 Januari 2011 10:25 PG

@miloais

tunduk sambil mengeluh~haih~~

ya saya skema~

28 Januari 2011 10:30 PG

'seorang yang garang,perengus,tua dan juga menjengkelkan'
.
bak kata KOG.. badigolsood betul!!!!
.
.
bila mula-mula baca blog kau..asikkkkkk suruh orang ambik wall paper...rasa nak jotos je dahi tu!!

28 Januari 2011 10:31 PG

pssstt...
sayang Adek Bujal jugak!!
:)

28 Januari 2011 10:37 PG

@DrSinga

masa tu saya naif kakak~haha~

28 Januari 2011 10:37 PG

@DrSinga

uh~~sayang kakak juga~

28 Januari 2011 10:37 PG

@DrSinga

baca reply di atas~haha~

28 Januari 2011 10:43 PG

bujal : rasanya sekarang makin bertambah keskemaan uols...

but ai loikeeeeee!~
ekekekeke

28 Januari 2011 10:45 PG

@miloais

saya mahu kekal begitu~

28 Januari 2011 10:51 PG

hahahahaha

adakah entry awalan saya menggambarkan sebegitu?

mula-mula saya baca blog bujal,
saya yakin dulu, kini & selamanya
dia seorang yang kelakar!

terima kasih sebab selalu buat kami semua lebih gembira!

selamat hari jumaat bujal!

28 Januari 2011 10:53 PG

@tupaimerah

da tu entri kamu pakai lu gua je~~kira samseng la tu~

ya~saya kelakar dalam diam~

28 Januari 2011 11:14 PG

Mula-mula baca blog bujal, terpandang avatar yang pertama, makcik bayangkan ko encem.Bila ko tepek gambar ko masa menang kuiz radio tahun lepas, makcik hampa, ko tak seperti yang disangka.

Bila berjumpa ko buat pertama kalinya di pasaraya puaka, hati makcik berdetik "encem jugak sibujal ni"

28 Januari 2011 11:16 PG

@Cik Ina minat Do do Cheng

haha~kemudian pipi saya merah menahan malu~

28 Januari 2011 11:22 PG

mm..x masuk list?
~no komen lah gitu~

28 Januari 2011 11:24 PG

@Fatin Mraz

ala~~nanti esok saya masuk list~haha~

28 Januari 2011 11:24 PG

saya sayang kamu juga.

tapi saya adalah tidak ayu ok.
saya samseng.

ha ha.





.

28 Januari 2011 11:25 PG

bujal.
kalau kamu nak tahu.
saya dan kog adalah sebaya.

errr... kog, kamu tahu tak yg kita sebaya...?

he he.



.

28 Januari 2011 11:27 PG

Makcik selalu ceria bila baca blog kamu. Makcik boleh tersengih2 walaupun makcik tahu kamu tidak nampak.

Dan sekarang, makcik rasa - makcik sangat suka kepada kamu. :)

28 Januari 2011 11:27 PG

@tasekM

oi~hargai pujian saya~bukan hari2 saya cakap orang ayu tahu!

haha~

28 Januari 2011 11:27 PG

@tasekM

maKsudnya kamu berdua remaja tua?

haha~

28 Januari 2011 11:29 PG

@kakcik

aii~~saya suka juga kepada makcik~haha~

28 Januari 2011 11:34 PG

wajah saya iras2 alien workshop tu
tak tipu~

28 Januari 2011 11:39 PG

Hahahahah...siot betul Bujal...ada dikatakan muka aku mcm muka Ketua Pemuda Keadilan...:)

28 Januari 2011 11:39 PG

@alien

haha~bujur sirih kah?

wujud lagi kah jenama alien workshop?

28 Januari 2011 11:39 PG

Bujal, ko nak rasuah apa? Aku nak tahu rupa ayu KOG ituuuuuuuu

28 Januari 2011 11:40 PG

@Daddy Ziyyad

haha~sama hapa?

28 Januari 2011 11:41 PG

@Daddy Ziyyad

haha~~try pujuk kucing tu dulu~~

28 Januari 2011 12:33 PTG

aku majukkkkkk .....

28 Januari 2011 12:36 PTG

bujal kreatif,
luahan bujal menghiburkan.
ainul comel.
mamaainul sweet, macam pernah jumpa dikawasan saya.
bujal semakin popular.
bukan rupa jadi tarikan
tapi hati yang suci
dan bijak bestari.
adakah bujal semakin kembang?

28 Januari 2011 1:10 PTG

hehhehe..saya gembira dapat berjumpe dgn member bloggers di alam maya ini..

dulu thn 2008 sy ada menulis..tp xsegembira ini..

kini saya sgt gembira dapat mengenali semua org di sini..:)

28 Januari 2011 1:13 PTG

Wahhh BUJAL pandai membodek yaaa... hahaha

Jangan cuba nak tilik makcik yg sorang ini. Dia “nothing special”!

28 Januari 2011 1:42 PTG

@Daddy Ziyyad
kan dah letak kat blog semalam... kenapa? tak percaya?? :p

28 Januari 2011 1:42 PTG

@tasekM
tahuuuu, tapi tak payah la iklan kat sini :p haha, spoil la minah

28 Januari 2011 2:05 PTG

kog,
tak pe. mana ada org tau umur aku berapa....

:)





.

28 Januari 2011 2:24 PTG

@Chik Att

haha~~tak remaja la makcik majuk2 ni~haha~

28 Januari 2011 2:25 PTG

@mumpir

dan makcik adalah seorang yang terlalu misteri~haha~~

saya makin kembang makcik~hah~~

*tq makcik~~

28 Januari 2011 2:25 PTG

@cikceriacorner

testimoni ubat apa ni?

he~~

yahg pentingkamu ceria ccc~

haha~~

28 Januari 2011 2:28 PTG

@azieazah

makcik spesel~mana ada blogger lain yang guna selipar sebagai header?

dan makcik popular apa sebab en mazidul kenal makcik~haha~

28 Januari 2011 2:28 PTG

@kucingorengemok

eh semalam kamu ada letak wajah kamu kah?

28 Januari 2011 2:30 PTG

@kucingorengemok

ye~~kamu berdua adalah remaja lanjut usia~haha~

28 Januari 2011 2:31 PTG

@tasekM

eh~saya tahu tahu!

28 Januari 2011 3:12 PTG

waaaaaa...!! bujal tak sayang kita..!

nak majuk ahh..!!

28 Januari 2011 3:12 PTG

apakah saya tak penting dalam hidup kamu?

saya terluka.

~nyuruk dalam laci.~

28 Januari 2011 3:23 PTG

@PUTUBAMBU

alalala~~episod dua nanti saya masuk nama makcik~he~~

28 Januari 2011 3:24 PTG

@gadisBunga

kamu bertakhta dalam hati saya GB~kamu la blogger pertama yang beri saya hadiah tahu~~

28 Januari 2011 5:02 PTG

pertama kali aku baca blog ko....eh!mamat ni...macam okeh je leh 1 kepala otak.hahaha


apa pendapat 1st baca blog aku? apahal minah ni..sewel ke? ---> imiginasi aku je

28 Januari 2011 5:38 PTG

@Puan Capa

baca blog makcik macam melihat cermin tahu!

eh saya tampan lah.

haha..

28 Januari 2011 5:52 PTG

saya teringinnnnn nak jumpe KOG and Ibusinga...


Kem salam eh dkt diorg berdua..

28 Januari 2011 7:22 PTG

komen saya:

sama seperti gadis bunga


...

ok bai.

.

28 Januari 2011 7:53 PTG

@DeLancrettLurpak

diorang garang tahu.

haha..

28 Januari 2011 7:55 PTG

@BonekadalamChermin

bonbon cantik..bonbon comel..bonbon baik..kamon bonbon..senyum ye..senyum..

28 Januari 2011 9:30 PTG

wah...ada gambar tucin manja2 kahkahkah...

29 Januari 2011 1:18 PG

Persepsi jika di sebut berulang kali, ia akan menjadi realiti... (rasa macam educated la pulak...)

29 Januari 2011 7:00 PG

Kecewa rasa.Blog makcik tak masuk ceprol.huahuahua.(Nangis ke gelak ni)

30 Januari 2011 12:21 PG

TENGOK.

first impression bukannya penting mana pun.

:)

Catat Ulasan