Jumaat, 10 Jun 2011

akan datang siapa tahu kan ?

dalam plastik yang saya jinjing ada dua cucuk bebola ayam.

5 kaki di hadapan saya pula adalah satu timbunan besar usus ayam yang sudah seminggu terkumpul.

suasana aman damai,

kemudian saya makan bebola ayam dengan bersahaja.

tanpa,

rasa,

JIJIK.
.
.
.
.
itu peristiwa 12 tahun yang lepas.

sewaktu saya adalah seorang pekerja rumah penyembelihan ayam.

kalau sekarang saya disuruh ulang perkara yang sama.

saya rasa belum tentu saya boleh.

tapi saya ada berfikir,

satu hari nanti,

mungkin saya akan berdepan dengan kejijikan dan kebusukan,

yang boleh jadi melibatkan orang yang saya sayang.

apa persiapan saya untuk itu?

haruslah saya menjadi seorang penyayang yang kalis busuk!

jadi,
.
.
.
.
.
.
ada sesiapa mahu ikut saya bersantap di rumah penyembelihan?

saya belanja.


~wooops!~

"tercirit la pulok"

"tolong basuh berak abah boleh?"

~hihi~

kata pakcik johari abdullah kepada anaknya.

99 comments

10 Jun 2011 7:53 PG

Makcik telah pun melalui frasa kehidupan yang itu - membasuh najis bapa yang tidak berdaya.

10 Jun 2011 7:59 PG

takut terjadi pada diri sendiri dimasa hadapan...masa itu masih ada kah yg sayang?...:(

10 Jun 2011 8:03 PG

xmahu ikut kamu~~

10 Jun 2011 8:06 PG

teringat kakak sulung pernah kata, dia selalu berdoa, mohon pd tuhan ambillah nyawa dia masa dia masih bertenaga dan belum nyanyuk lg. Dia tak nak susahkan anak2 dia. sbb dugaan anak2 menjaga ibu bapa adalah dugaan yg cukup mencabar. Sekalipun menjaga tp hati tak ikhlas boleh jadi pahala yg dkumpul terbang mcm tu aje. Rasanye sy pun nak berdoa yg sama.. Harap aman mak ayah di sana..

10 Jun 2011 8:16 PG

Lumrah alam... kalau terpaksa segalanya dapat dilakukan juga. Makan tempat kotor atau membasuh kotoran org yg telah banyak berjasa pada kita....Hati kena bersih.

10 Jun 2011 8:16 PG

sekarang, saye membasuh najis kucing, ok lagi

10 Jun 2011 8:19 PG

bila melibatkan ahli keluarga kita kena akur dengan takdirNYA.. mungkin akan datang ai akan melaluinya seperti mana ai pernah membantu mak busu ai uruskan arwah wan ai yang dah tak larat dulu..

10 Jun 2011 8:32 PG

baru nk suap nasi.
ibuuuuuuuu... nak berak: budak MC.

dulu.



.

10 Jun 2011 8:48 PG

dulu abah basuh berak kite..skrg kita mesti basuh berak abah..hehhe

kasih abah dan mak tidak dpt dijual beli..berbakti la kpd mereka selagi hayat masih ada..hehehhe

kamu pandai sembelih ayam ye..cayala..hehhe

10 Jun 2011 8:56 PG

kena pikir dah ni...

10 Jun 2011 9:09 PG

ye..betolll...sampai satu masa..kita akan menghadapi situasi itu..bila ada sekujur tubuh yang tak terdaya..harap sama-sama boleh melaluinya...^^

10 Jun 2011 9:10 PG

dh tiba masanya..

nanti tiba masa kamu pula..

anak kamu pula fikir begini..

10 Jun 2011 9:11 PG

iols dah penah melalui keadaan itu... masa arwah my mak sakit dulu...
so bagi iols - bila ia melibatkan orang yg kita sayang - kita sanjung... kita cinta... mende tu tak jadik hal...
malahan rasa terlalu kecik berbanding dengan apa yg telah depa lalui... depa lakukan ketika membesarkan kita...

10 Jun 2011 9:13 PG

saya tak kisah utk berbakti kpd ibu bapa

sebab dorg dah lama cebokkan saya

10 Jun 2011 9:22 PG

Pengorbanan tiada tanding kamu sebagai AYAH dan ANAK.

10 Jun 2011 9:32 PG

12 tahun dulu?

masa cuti sekolah eh?

10 Jun 2011 9:40 PG

simpan duit dari sekarang tuk beli pampers sendiri bila dah tua nnt..itupon kalau sempat tua..mohon tidak menyusahkan anak2...

10 Jun 2011 9:41 PG

anak yang soleh!!

10 Jun 2011 9:42 PG

Harus bersedia.. tapi bila dalam keadaan yg darurat dah tak fikir kotor atau jijik... macam manapun harus dilakukan..

10 Jun 2011 10:01 PG

Btol. Ni basuh berak adik pun dah geli2. *sigh~


Morning :)

10 Jun 2011 10:03 PG

hidop ini roda...

(tapi pakcik selalu di bawah)

10 Jun 2011 10:21 PG

membersih yang tegar. itulah kaedahnya.

10 Jun 2011 10:44 PG

aku redha jika ia mungkin terjadi pada aku... harap kamu juga begitu...


ps: kalau bau darah, x kire la darah ape time makan, horror x...???

10 Jun 2011 10:58 PG

ceh....eeeuu...kata-kata akhir mengelikan..ahahaha

10 Jun 2011 10:58 PG

sy ada pengalaman menjaga nenek yg sakit selama 12 hari.selalu tgok scene mcm tu dlm tv..tp masa tu sy sendiri melalui..hmmm.hari yg ke 13 dia meninggal..

10 Jun 2011 11:31 PG

Bujal The Butcher? :P

10 Jun 2011 11:56 PG

cik ina dah biasa basuh berak arwah mak, abang. cik ina suka keja membabitkan pesakit tak kisah ngan kejijikan tu, tapi tak kesampaian , cik ina takut darah.

10 Jun 2011 12:47 PTG

emm kena bersedia jugekk..


pssstt...ptg nie nk gi bli montot ayam goreng kt psar mlam...emmm sedap

10 Jun 2011 12:59 PTG

belum ada pengalaman lagi

tapi kita kena sentiasa bersedia kan :)

10 Jun 2011 1:52 PTG

tahan. jangan jijik dengan manusia..

10 Jun 2011 2:02 PTG

semoga kita bersedia utk itu :)

10 Jun 2011 2:09 PTG

kena bersedia mental fizikal.....

10 Jun 2011 2:20 PTG

belum pernah ada pengalaman menjaga orang tua sakit


harap-harap apabila berdepan dengan keadaan ini , hati ikhlas seikhlasnya

10 Jun 2011 3:49 PTG

@kakcik

saya belum pernah~~

10 Jun 2011 3:49 PTG

@kaklong

kena tanam sayang awal2~he~~

10 Jun 2011 3:49 PTG

@AYuNG

kemon la~~he~~

10 Jun 2011 3:52 PTG

@fISZ

macam arwah abah saya jugak~sakit sehari pastu arwah~~

10 Jun 2011 3:52 PTG

@Kakzakie

nak sentiasa hati bersih adalah cabaran~~

10 Jun 2011 3:53 PTG

@MasZuber

kamu hebak!haha~~

10 Jun 2011 3:54 PTG

@aizamia3

so kena la biasakan diri dengan kejijikan~~he~~

10 Jun 2011 3:54 PTG

@tasekM

he~~akan datang ainul pun camtu jugak kot~he~~

10 Jun 2011 3:55 PTG

@cikceriacorner

he~~saya kerja korek usus ayam je~~

10 Jun 2011 3:56 PTG

@ejaMaria

kena standby awal2 he~~

10 Jun 2011 4:00 PTG

@Ayuraza

saya harap bila giliran saya tiba ,saya takkan nyusahkan orang~~

10 Jun 2011 4:01 PTG

@CassiaSiamea

nanti saya upah orang gaji je ble?he~~

10 Jun 2011 4:01 PTG

@miloais

betul~~kalau da sayang da takde kisah da busuk semua tu~he~~

10 Jun 2011 4:01 PTG

@eLL

dapat pahala~~

10 Jun 2011 4:02 PTG

@Mommy Fara

sanggupkah untuk berkorban? zaman sekarang semua orang berkira~~even dengan parents~haih~~

10 Jun 2011 4:02 PTG

@DrSinga

he~~saya time sekolah da ada kerja~~

10 Jun 2011 4:03 PTG

@Eye_nee

untuk saya takde saiz~~he~~

10 Jun 2011 4:03 PTG

@- GC -

insyaallah~~

10 Jun 2011 4:03 PTG

@rATu kEBaYA

betul~~berkorban apa sahaja~~

10 Jun 2011 4:04 PTG

@Raihana Izzati

kamu pandai basuh berak adik? hebak~~

10 Jun 2011 4:04 PTG

@gedek!

dan saya selalu ditengah~~statik~haha~~

10 Jun 2011 4:04 PTG

@aliaaroslan

tapi saya seorang pengotor~~haih~~

10 Jun 2011 4:05 PTG

@James Alexander

bau darah takde la meloyakan sangat sebenarnya~~at leasy untuk aku~he~~

10 Jun 2011 4:05 PTG

@merahitujambu

geli2 pun kena buat~~he~~

10 Jun 2011 4:06 PTG

@Khairul Antasha

tapi sekurang2nya kamu dapat jaga~~

10 Jun 2011 4:07 PTG

@Daddy Ziyyad

haha~~saya tukang buang usus je la pakcik~~

10 Jun 2011 4:07 PTG

@Cik Ina Do do Cheng

apa yang seram sangat pasal darah tu makcik?he~~

10 Jun 2011 4:07 PTG

@zilazaimy

saya tak pandai makan montot ayam~he~~

10 Jun 2011 4:08 PTG

@Ati Masrif

he~~prepare awal2~~

10 Jun 2011 4:10 PTG

@skandaLdariLangit

tapi jijik dengan perangai macamana nak handle?he~~

10 Jun 2011 4:10 PTG

@makdara TERdiva

insyaallah~~

10 Jun 2011 4:10 PTG

@sha a.s

amat betul~~

*ada beli souvenier dari melaka?. he~~

10 Jun 2011 4:11 PTG

@pB

nak dapatkan keikhlasan tu yang susah~~

10 Jun 2011 4:49 PTG

sangat simple tapi terpanah...

10 Jun 2011 5:01 PTG

bpikir sejenak...sgguh dlm mksud kata2 di atas...
grrrr...jap ae....
(sbnrnyer nk larik)
kehkehkeh....

10 Jun 2011 5:30 PTG

salam..hai bujal..sy dah kembali:)

hehe..suami saya orgnya penggeli..dia x pernah nak cebok berak anak²..sy kata pd dia nnt dia tua anak² pon x nak cebok berak dia..

10 Jun 2011 6:04 PTG

Abang pernah cebok kamu... Ingatkah?!

10 Jun 2011 6:42 PTG

maaf, saya tak boleh.

tapi di masa hadapan, siapa tahu kan?

10 Jun 2011 8:48 PTG

Salam,

- utk org yg kite sayang...boleh saja...

10 Jun 2011 9:09 PTG

menghargai dan bersyukur~
hehehhe...

teringt kat emak yang jaga nenek yang lumpuh selama 5 tahun... makan minum berak kencing semua mak yang buat.. besar pengorbanan seorg anak~

nak jadi macam tu tapi x tahu diri ni mampu ke x..

10 Jun 2011 10:07 PTG

meh meh anak basuhkan. hehe

10 Jun 2011 10:11 PTG

Sesuatu yang lucu namun aku setuju...

11 Jun 2011 8:21 PG

Abah Ate lakukan itu bukan saja pada ank2 tapi jua pada isteri yang kena stroke. Ms tu Ate kecil dan tk faham lagi.

Bila abah mula masuk usia 60, abah slalu cakap "Aku susah utk org tak pe, tapi aku tak suka susahkan org. Mg Allah mudahkan urusan aku di akhirat nanti." Sebab tu, ms tu abah masih kerja bukan kerana nak duit tapi kerana nak tolong org(pas pencen, dia kerja PA,YB di Jbt Agama, so ramai org susah dtg, dia tlg buatkan surat minta bantuan itu ini dan pelbagai)

Betul..bila dia mula sakit, kena stroke satu hari aja, dia meninggal.. Tercapai hajat abah, tak nak susahkan org termasuk ank2 :(.

11 Jun 2011 8:25 PG

terkedu baca komen ate di atas.
arwah mak makcik pun di akhir hayatnya terlantar tak dapat nak melakukan pembersihan sendiri.
InsyaAllah kalau kita lakukan dengan kasih sayang tidak ada rasa geli geleman..

12 Jun 2011 1:33 PG

hidup perlukan pengorbana yang bukan sedikit (^_^)

dan pengorbanan itu akan melahirkan kepuasan yang tak terhingga bila sampai waktunya kelak

12 Jun 2011 8:52 PG

:(


feelsbadman.jpg

i love u daddy

12 Jun 2011 9:20 PG

makcik pun dah nak sampai zaman yang ditakuti itu.Entahlah ada ke yang sudi membantu....bila kita dah tak dapat menguruskan ini itu...jangan jangan depa lari beribu batu.Baru haru.

12 Jun 2011 1:11 PTG

mudah2an anak2 tk letak akak kat rumah kebajikan...masa haadapan hanya Allah yg tahu.

12 Jun 2011 5:04 PTG

gua sudah lalu pekara itu..untuk atuk gua..gua tak kesah..untuk org tua kita apa ada hal

13 Jun 2011 7:57 PG

@Bigdaddyz

nak yang simple tapi terasa sakit hati gi blog saya satu lagi~haha~~

13 Jun 2011 7:58 PG

@Ieqa Rahim

oi~lari mana?

13 Jun 2011 7:58 PG

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

he~~mana gi lama tak nampak?

13 Jun 2011 7:58 PG

@caturist

tak ingat~~haha~~

13 Jun 2011 7:59 PG

@gadisBunga

penggeli la ni~~he~~

13 Jun 2011 7:59 PG

@AI

sayang punya pasal da takde rasa jijik da~he~~

13 Jun 2011 7:59 PG

@senyumSOYA
5 tahun~~hebat~~

13 Jun 2011 8:00 PG

@EZAN IDMA

ni mesti da pro~haha~~

13 Jun 2011 8:00 PG

@Republic Aku

saya suka bagi lucu yang ada isi~he~~

13 Jun 2011 8:01 PG

@Ann Huda (Ate)

smoga nanti saya dapat macamtu jugak~~

13 Jun 2011 8:01 PG

@kakpah

yang penting hati kena ikhlas kan makcik~~

13 Jun 2011 8:02 PG

@suha

tapi kena ingat~~pengorbanan jangan minta dibalas,jangan selalu diungkit~~

13 Jun 2011 8:02 PG

@Fiq Vertigo

me love me daddy also~~

13 Jun 2011 8:02 PG

@mokjadeandell

he~~minta semua dipermudahkan tuhan~~

13 Jun 2011 8:04 PG

@nyanyisunyi

he~~saya mintak bila tua nanti ada anak2 yang sudi jaga~~taknak lepak rumah orang tua~~

13 Jun 2011 8:04 PG

@b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

buat baik berbalas baik~~aku harap kamu sentiasa beroleh berkat~~ececece~~haha~

15 Jun 2011 11:39 PTG

belom tempuhi laluan ini.

Catat Ulasan