Khamis, 25 Ogos 2011

api warna-warni.

masa senggang ketika itu,

saya borak-borak dengan ismail.

saya tanya dia :
.
.
"apa yang seronoknya main mercun?"

"keterujaan dan kemeriahan"

"tapi berbaloi ke sampai belanja ratus-ratus ringgit?"

"sekali sekala apa salahnya,lagipun bukan semua kegembiraan tu free"

"lah~~kalau tengok orang main mercun dia punya thrill sama hapa? free lagi?"

"ah~~ko tak faham~~lagipun ni da tradisi famili aku dari dulu lagi"
.
.
saya diam diri matikan perbualan.

sambil perhatikan urusan jual beli ismail dengan abang mercun.

ismail bayar RM350.

abang mercun senyum,
.
.
.
.
.
.
.
orang capai kegembiraan macam-macam cara.
.
.
.
.
.
.
.
.
tapi perbuatan bakar duit untuk percikan api.

adalah karut.

sudah lah karut,

berdosa pula lagi.

keh keh~

mukus tidak berhenti mengalir.

hari ini pun cipta rekod,

memandu ke pejabat tanpa penghawa dingin.

kalau tiada komen saya dalam entri kamu hari ini,

maksudnya saya pulang ke rumah berada di pembaringan.

mahu rehat sampai sihat.

57 comments

25 Ogos 2011 pada 8:15 PG

aku jangan kata nak beli mercun ratus2.
nk beli bunga api pun berkira.
haha.

balik tidor la bujal...



.

25 Ogos 2011 pada 8:16 PG

main mecun pepop je..sekotak singgit

25 Ogos 2011 pada 8:17 PG

Mak doakan agar kamu segera diberi kesihatan yang baik.

Dari dibakar duit itu, lebih baik didermakan sahaja kepada yang lebih memerlukan (itu kata mak yang miskin ini). :)

25 Ogos 2011 pada 8:19 PG

mercun pop pop je sesuai untuk anak2ku tapi untuk malam raya nanti en. suami dah standby mercun ntah apa ntah.. nak bagi meriah kat TDBi tu kononnya..


eloklah balik rehat agar cepat sihat..

25 Ogos 2011 pada 8:21 PG

Gi balik tidor !!!
Tissue chop Premier ada dalam kereta??

25 Ogos 2011 pada 8:24 PG

bnyknya belanja mercun.sama belanja dgn barang dapor untuk sebulan huhu...

moga cepat sembuh!~

25 Ogos 2011 pada 8:25 PG

Bujal...
selamat beristirehat...
raya dah nak dekat..
baik sihatkan diri dulu..
nanti tak dapat beraya...

25 Ogos 2011 pada 8:32 PG

oh bujal x sihat...rehat ya...:)

25 Ogos 2011 pada 8:33 PG

tahun ni tak ada yg sponsor bunga api



selamat berehat....
jangan lupa makan ubat

25 Ogos 2011 pada 8:34 PG

tasek tu nak beli henpon baru pun berkira >:)

awak komen kat tempat kita guna henpon semahal mesin basuh tu, kalau tak komen kita tak kawan 10 minit

25 Ogos 2011 pada 8:36 PG

bujal balik rehatlah...

25 Ogos 2011 pada 8:40 PG

Prestasi bunga api dan mercun sekarang adalah sangat mengecewakan!

25 Ogos 2011 pada 8:42 PG

kalau bakar suratkhabar lama je buleh tak? jimat sket..ermm..bujal tak sihat?..baik amik MC je..

25 Ogos 2011 pada 8:43 PG

sama la kite... takat beli bunga api byk asap utk anak2 pun dah cukup..

balik la rehat.. sampai raya terus...

25 Ogos 2011 pada 8:45 PG

ish..byknya sampai RM350..!

putu pulak..nak beli mercun pop-pop yg 3 kotak RM2.00 tu pun putu dah naik angin.. apelagik kalau RM350.

seronok mmg le seronok..tapi tak perlulah sampai byk gitu kan?

tapi tulah..lain org..lain pendapatnya.. biarlah.. asalkan dia bahagia..

25 Ogos 2011 pada 8:45 PG

krn saya mau RAYA...nyah cik mukusss

25 Ogos 2011 pada 8:50 PG

bakar mercun umpama bakar duit, baik bersedekah ke anak yatim, dpt pahala..haih..heran kan

25 Ogos 2011 pada 8:55 PG

semoga lekas sembuh...
ni demam raya gamaknya.. hehe

beli mercun = bakar duit.. huuu

25 Ogos 2011 pada 9:12 PG

macam nama anak saya... tapi he's a good boy

25 Ogos 2011 pada 9:16 PG

anak2 jiran aku ajak aku main bunga api... diorang cakap bunga api takpe sb murah n tak bahaye...

hahaha

25 Ogos 2011 pada 9:19 PG

musim...!!!
anak2 kaklong pun dah berjangkit...huhuhu!!

25 Ogos 2011 pada 9:26 PG

mak sy mmg marah main bunga api or mercun ni..dia kata bakar duit...

semoga cepat sembuh ye..nak raya dah ni....

25 Ogos 2011 pada 9:27 PG

Mlm Raya nnt makchik anak beranak akan tengok Orgkayarumahtigatingkat depan umah makchik yg setingkat ni membakar duit...tak per la dia kaya makchik pula dapat tgk bunga api percuma..Membeli????..tidak sekali-kali....

25 Ogos 2011 pada 9:32 PG

moga cepat sihat bujal!

x mo lah nnt beraya dgn mukus melekat kt baju melayu..

kikikiii~

25 Ogos 2011 pada 9:33 PG

beraya dlm keadaan bermukus ke bhai?semoga cepat sembuh...

25 Ogos 2011 pada 9:34 PG

Ish....tradisi menyambut raya? Agak2, klu dah jdk OKu hilang jari seme, ape akan jadi dgn tradisi tu?

Ouh, tak sihat ke? Nak ry nie. Jage diri bebaik. Sian die...

25 Ogos 2011 pada 9:42 PG

bujal sakit?






mmm.... dah ujung ramadhan ni sakit la pulak.... rehat la bujal..

25 Ogos 2011 pada 9:48 PG

bakar duit utk percikan api demi kegembiraan adalah ok lg bg sy..

berbanding bakar duit demi menyedut asap yg buat org lain lgsung x happy :( sbb terpaksa sedut asapnya

25 Ogos 2011 pada 9:51 PG

mohon main meriam

25 Ogos 2011 pada 10:05 PG

pakcik takde masalah dengan bunga api kecik kecik tu...

pakcik ada masalah dengan bunga api besar sambutan acara tu...

sangat menyumbang kepada polusi dikala ozon kita semain nipis...

Jabatan alam sekitar diam seribu bahasa.

25 Ogos 2011 pada 10:05 PG

pakcik takde masalah dengan bunga api kecik kecik tu...

pakcik ada masalah dengan bunga api besar sambutan acara tu...

sangat menyumbang kepada polusi dikala ozon kita semain nipis...

Jabatan alam sekitar diam seribu bahasa.

25 Ogos 2011 pada 10:19 PG

walaupon memekak je mercun ni..tapi bila raya xde bunga api dan mercun jadi tidak rasa kemeriahan hari raya

25 Ogos 2011 pada 10:23 PG

Moga cepat sembuh.

Setuju bakar mercun dosa..pasal membazir:).

25 Ogos 2011 pada 10:28 PG

mercun itu merbahaya!

25 Ogos 2011 pada 10:28 PG

huh...power la...


ko x main mercun ek???


smoga ko cepat sihat...

25 Ogos 2011 pada 11:02 PG

Hi...
Saya seorang ahli blog anda dan saya mahu anda datang ke blog saya ke blog saya, saya akan gembira jika anda ingin membawa keahlian
Anda boleh membaca Blog saya dalam Bahasa Hindi dan diterjemahkan ke Malaysia dari jalan yang saya akan membaca puisi atau karangan
Dan saya menganggap tiga pilihan saya (3) kursus di Blags Ayengen

Pls come my blags
MITRA-MADHUR
MADHUR VAANI
BINDAAS_BAATEN

25 Ogos 2011 pada 11:08 PG

balik balik ...tidur ..... yang meleleh tu... lap lap ....

25 Ogos 2011 pada 11:16 PG

hubby kak ati suka sgt
beli bunga api kecil
layan anak2 dan anak saudara :)

semoga cepat sihat
makan vitamin C 1000mg
...elok tau :)

25 Ogos 2011 pada 11:35 PG

Ko tak komen dalam blog pakcik hari ni, so pakcik anggap ko di pembaringan di rumah ko..:P

Bakar mercun sama membazirnya dgn bakar rokok. Ismail hisap rokok tak?

25 Ogos 2011 pada 11:41 PG

NEELKAMAL VAISHNAW<<<<terbaik...hehe!


budak2 mmg tidak elok main mercun kerna mercun khas untuk bapak budak harap maklum...:)

25 Ogos 2011 pada 11:44 PG

hi bujal! :-)

saya berusaha untuk tidak memperkenalkan bunga api/mercun kepada anak2 saya. kalau diorang tau, bukan dari saya.

25 Ogos 2011 pada 11:45 PG

Demam ke bujal? Dah nak raya nie dik.... jaga kesihatan ye...

Mercun tak payahlah. Bunga api ok sikit kot

25 Ogos 2011 pada 12:02 PTG

- drsinga dah bagi mc balik je la...

25 Ogos 2011 pada 12:12 PTG

er, sama macam bakar duit utk makan asap gak kan

25 Ogos 2011 pada 12:13 PTG

bujal demam la. bujal sile sht cepat. gua tau lu kuat

25 Ogos 2011 pada 1:07 PTG

harap cepat sembuh
supaya boleh enjoy ramadhan lebih sikit
X)

25 Ogos 2011 pada 1:29 PTG

nak beli bunga hapi yang baper hengget tu pon dah rasa mcm membazir

25 Ogos 2011 pada 2:20 PTG

aku pun sependapat dgn ko bujal,yg pasti anakku pun takot nak main mercun.jimat poket aku hihi

25 Ogos 2011 pada 2:59 PTG

alamak.
saya pun bakar jugak.
tapi sikit je.
yg lain amek org punye.

atau tgk org main je.
mmg meriah jugak.
free pun iye.
hehe

btw, get well bujal!

25 Ogos 2011 pada 3:33 PTG

pergh... tigaratuslimapuluh untuk dibakar?

bak sini duit tu.

Tanpa Nama
25 Ogos 2011 pada 3:42 PTG

selamat hari raya bujal,
arini last MDT melawat ke sini,

selamat bercuti2 raya & berhati2 memandu :D

pandu cermat, poket selamat

25 Ogos 2011 pada 5:06 PTG

main mercun best. tapi main kabait (betul ke aku eja ni) lagi super power.


sila rehat bujal. nak dekat raya dah ni. kamu berjangkit dengan aku kah ?

25 Ogos 2011 pada 5:09 PTG

nak gak bunga api uat ceriakan malam...

tapi smapai beratus tu melampau benooo..huhu

nanti buka makan ubat ok...

dah lama gileeeee bujal tak ke umah sya ..huwaaa

25 Ogos 2011 pada 7:04 PTG

pembaziran.ade ke bakar duit..ish3

get well soon incik bujal ^^

26 Ogos 2011 pada 8:14 PG

Salam Aidilfitri 1432H..Maaf zahir batin..Maaf dipinta andai komen dan pandangan saya sebelum ini telah mengguris perasaan sdra .. Semoga ikatan ukhwah sesame blogger kan semakin erat lagi di Syawal 1432H ini..

26 Ogos 2011 pada 2:39 PTG

bila si anak nak beli bunga api setahun sekali, si bapa cakap "ish,membazir ajer,bakar duit"

bila si bapa beli ROKOK setiap hari, si anak nak cakap apa yer..

^__^

9 September 2011 pada 2:12 PG

sy suke tgk org men mercun. kalo beli sendiri mmg x lah..muehehe

Catat Ulasan