Selasa, 8 November 2011

naif.

ustazahentahapanamasayasudahlupa ada beritahu saya masa budak dulu,

angin ahmar adalah sesuatu yang amat bahaya.

definasi angin ahmar menurut ustazah itu :

"angin yang ditiup oleh syaitan pada lewat malam dimana siapa yang terkena boleh lumpuh"

oleh itu ustazah berpesan :

jangan keluar lewat malam dan jangan tidur dengan tingkap terbuka.

saya percaya tanpa persoalan.

kesannya saya jadi takut.

takut keluar lewat malam.

takut tidur tingkap terbuka.

bila saya sudah besar,

saya diberitahu angin ahmar itu sebenarnya adalah kamubacalahsendiri.

saya senyum.

ustazah rupanya sebar cerita karut kepada saya.

tapi saya tidak marah.

sebab didik cara saikologi itu kadang-kadang ada bagusnya.

keh keh~
.
.
.
.
.
.
.
tapi saya marah dengan Zamri Ramli.

bila langit malam jadi terang sebab pancaran kilat,

Zamri Ramli cakap itu sebab lampu limpah dekat lapangan terbang berkelip-kelip.

2-3 tahun juga saya percaya.

ceh!

55 comments

8 November 2011 pada 8:11 PG

Siapakah Zamri itu?

8 November 2011 pada 8:11 PG

Orang dulu2 mendidik dengan cara mereka sendiri. Kerana itulah terbit larangan kononnya anak dara tidak boleh menyanyi di dapur! :)

8 November 2011 pada 8:12 PG

jgn cepat percaya cakap orang hehehe

8 November 2011 pada 8:16 PG

SALAM,
SERONOK MEMBACA N3 NI ! TAPI MACAM RASA TAK PUAS, SIKIT SANGAT !

8 November 2011 pada 8:28 PG

okey okey..hampir percaya di ayat yg pertama & kedua itu...kekekeke..

8 November 2011 pada 8:31 PG

keh keh.
hidup zambri!


.

8 November 2011 pada 8:32 PG

zmn skrg tak boleh rvsd psikologi camtu ngn anak2. sekali kita bagi fakta, berkali2 diorg gugel.. :P

apa2 pun, tahniah untuk sazah tersebut kerana berjaya mendidik en. bujal dari jadi kutu embun.. ahaks!

8 November 2011 pada 8:38 PG

dia berbohong sunat...
:(

8 November 2011 pada 8:40 PG

kau asyik ditipu je...kekekekek

8 November 2011 pada 8:44 PG

kesian, naif betul!

8 November 2011 pada 8:44 PG

org tua2 dolu bohong nk didik anakcucu tapi bebudak skrg dah tak mkn saman dah dgn nasihat cara ni....

8 November 2011 pada 9:15 PG

tapi pakcik sampai hari ni percaya yang kamu adalah pari-pari yang pandai bercerita....

8 November 2011 pada 9:17 PG

Hahahahahaha!
Kenapa Zamri Ramli bt cite mcm tu? Dia nak mengena atau dia mmg ber'cerita'?

8 November 2011 pada 9:26 PG

educating people with lies. point ni ada pros and cons dia.

aku rasa bila setiap kali pon ibu bapa or orang tua asik mengajar dengan 'bohong sunat', bila the kids find out the truth, tu yang buat dorang makin tak makan saman. makin tak percaya and makin tak dengar cakap.

sebab aku selalu cakap camni kat nenek aku, "ha tipulah tu kan."

haha.

ustazahtumungkinnamakiahsaodang.

8 November 2011 pada 9:37 PG

tentang angin ahmar tu, aku jua disuap dengan penjelasan yang sama.

ahh ini komplot antara ustazah.

8 November 2011 pada 9:47 PG

tapi memang ada Doa untuk mengelakkan angin ahmar kan?...

8 November 2011 pada 9:49 PG

macam juga doktor2 pesan pada orang asli..

"lepas habes susu dalam tin tu, tebuk lubang kalu tak nanti sakit perut"

kerana pikiaq kepercayaan sakit perut sebab tak tebuk lubang, terus depa rajin tebuk lubang lepas abehkan susu. bukan sbab paham bagaimana susu bertakung tu boleh bawak penyakit..

psikologi betui doktor tu. haha

8 November 2011 pada 9:57 PG

boleh la try alasan ni nak suh adik2 yang suka merayau memalam buta dok umah..

8 November 2011 pada 9:59 PG

boleh amalkan kat anak2 ni :p

8 November 2011 pada 10:02 PG

ko cerita macam lah Zamri Ramli tu aku kenal..hahahahah..

weh, suruh kawan kau yg terror buat char koey tiau tu meniaga balik la...haha

8 November 2011 pada 10:13 PG

hehehe..kesian bujal kena tipu ngan zamri...

8 November 2011 pada 10:24 PG

hahahahah tu la bebudak kecik. percaya sgt

8 November 2011 pada 10:30 PG

Psikology tak nak bagi anak-anak keluar malam..

8 November 2011 pada 10:44 PG

sape Zamri Ramli?

8 November 2011 pada 10:47 PG

Sapa pulak Zambri Ramli tu?

orang tua mana tu?

8 November 2011 pada 10:52 PG

hahahha.. tipah tetipu.. kesian

8 November 2011 pada 11:17 PG

rupanya anda mudah ditipu
keh keh

8 November 2011 pada 11:51 PG

heheheheheehe...
lampu limpah kat lapangan terbang berkelip2.. hehehehehehe... tak habis ketawa lagi...
sama macam budak naif sorang tu kena pancanran lampu unggu di wad bersalin hospital.. hospital dapat siaran dari Arab Saudi...
bila dah dapat suami kerja spital, soklan itu ditanyakan dulu... hahahahahaha...
Been there... tahu bagaimana rasanya hati di dalam...

8 November 2011 pada 12:01 PTG

kahkahkah..bermakna, lu seorang pendengar yang baik sebenarnya. kahkah

8 November 2011 pada 12:05 PTG

tapi percayalah zamri ramli memang masih percaya cerita tsbt

8 November 2011 pada 12:42 PTG

makcik dapat ketawa saje.. hahahaha

8 November 2011 pada 12:55 PTG

org dulu2 didik kita dengan cara yg mudah supaya kita tak byk tanya..budak skrg? jgn harap..takde dipercayanya..hahaha..

8 November 2011 pada 1:04 PTG

hahahha..abess la si zamri lepas nih..sama jugak la kan dengan jangan ptong kuku tengah malam nanti jumpa hantu padahal takut terkepit isi..hahha..itu la orang dulu2..

8 November 2011 pada 2:19 PTG

next victim = zamri!

8 November 2011 pada 2:24 PTG

zaman kita dulu boleh le tak ada en.google zaman anak2 la ni di googlenya kejap je dah dapat fakta...apa nak di kata...

8 November 2011 pada 2:33 PTG

musti ade hikmah bile ustazah cakap cmtu kan bro. hee

8 November 2011 pada 2:45 PTG

pandai betul uztazah itu guna kaedah bohong...hehe

8 November 2011 pada 3:01 PTG

Ramai orang dulu dulu masih percaya omokkan itu tau!!!
Percayalah cakap saya
Mak saya pun ada cerita

Tanpa Nama
8 November 2011 pada 3:04 PTG

dulu2 terpedaya..
nampak asap berkepul2 dalam hutan..tu maknanya org asli tengah memasak..walhal tu kabus pagi..haishhh

8 November 2011 pada 3:05 PTG

kena kencing dengan rakan sebayakah?woha!!

8 November 2011 pada 3:37 PTG

ORG2 DULU MMG SUKA BUAT CERCITER SUPAYA KITA2 YG MASIH KECIL NI TAKUT NAK BUAT TU SEMUA...MUNNA PUN TERTANYA2 SIAPA ZAMRI TU

8 November 2011 pada 3:55 PTG

ringkas tapi padat... suka blog ini~

8 November 2011 pada 3:59 PTG

siapakah zamri ramli yang telah mengajar ilmu salah iteww????

8 November 2011 pada 5:14 PTG

ahak3..mcm mana pulak cerita guruh berbunyi sbb marahkan anaknya? kamu percaya tak?? hahahaha

8 November 2011 pada 5:14 PTG

bertuah sungguh Hj Salim dapat menantu yg tak suka balik lewat malam...

Tanpa Nama
8 November 2011 pada 8:16 PTG

Yg awan tu blinking bukan sbb lampu kapalterbang terbakar ye?
Ok, aku nak apply definisi ustazah tu kat Fahim dan Wani. Persoalan utama ialah mcm mana nam bagi diorg takut dengan lumpuh tu sendiri.

8 November 2011 pada 8:20 PTG

Kecik2 ditipu hdp2 adalah biass
yg luar biasa bila dewasa masih ditipu hdp2
: ))

8 November 2011 pada 8:43 PTG

bujal..
tapikan..
ada kebenaranya juga..
buktinya ayu pun takut nak kluar malam..
dok teperuk belajar dan manja2 dengan ibubapa

8 November 2011 pada 9:26 PTG

airport mana tuh?

8 November 2011 pada 10:01 PTG

alamak saya tidur tingkap terbuka... nak fresh air... hehe

9 November 2011 pada 12:18 PG

dimomokkan masa kecik selalu buat aku ketawa bila dah besar.

9 November 2011 pada 12:43 PG

kuar mlm tak bek,heee

mgkn kamu bkl prktik care ni kat ainul nnt.hehe

9 November 2011 pada 1:56 PG

adoi. naif benor.

9 November 2011 pada 4:12 PG

comel juga kamu ni ya ?

9 November 2011 pada 10:53 PTG

ha ha ha...kena tipu...

Catat Ulasan