Khamis, 3 November 2011

hari ini saya lambat.

memandu pulang ke rumah,

mamaainul mengidam lagi.

mahu makan pecal katanya.

singgah pasar malam jalan kastam.

bayar RM2.50 harga untuk sebungkus.

dalam kereta saya mengadu kepada mamaainul.

tentang harga pecal hari ini yang tidak relevan.

mamaainul tanya saya sepatutnya harga pecal adalah berapa.

saya jawab 80 sen.

kemudian mamaainul tanya bila kali terakhir saya beli pecal,

saya cuma diam.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
rupanya kali terakhir saya beli pecal adalah pada tahun 1995.
.
.
.
patut lah 80 sen.

keh keh~






*kenapa pecal mahal??

53 comments

3 November 2011 pada 2:43 PTG

harga zaman dinosor tu..hehehe

3 November 2011 pada 2:45 PTG

eh, no 1? huhu biar lambat asal selamat..

3 November 2011 pada 2:46 PTG

sayur mayur diimpot dr kmpung..ada jntung pisang agaknya...

sambal pecal tu kalau ada cekur@ kencur amatlah marbeles tahu? emm terliur tiba-tiba

3 November 2011 pada 2:51 PTG

Bukan senang nak dapatkan sayur2 tu - itulah sebabnya jadi mahal. :)

Tanpa Nama
3 November 2011 pada 2:54 PTG

Kalau simpan pecal dari tahun 1995 jual balik pada tahun 2011 dapat untung RM1.70. Kalau jual 18 ribu bungkus???

3 November 2011 pada 2:55 PTG

mungkin harganya hanya RM0.03 jer pada tahun 1988.

3 November 2011 pada 2:58 PTG

pecal adalah makanan yang rare tahu!

3 November 2011 pada 2:58 PTG

ala... tak kan kira kot... baby nak makan da... ;p

3 November 2011 pada 2:59 PTG

pecal tu kuahnya kuah kacang kan?

mungkin sbb kacang dh nak harga :p


*dh jawap soalan kenapa hotfm kelantan saja*

3 November 2011 pada 3:06 PTG

barang semua mahal bang...

3 November 2011 pada 3:09 PTG

kat sini murh sikit lagi

rm1.50 :)

3 November 2011 pada 3:09 PTG

mahal sbb tukang jual tau susah nk cari org buat pecal skang ni..heheh

3 November 2011 pada 3:10 PTG

Aroma daun cekur itulah yg special. Kalau tak expert tanam daun lebar ubinya kecik, sedangkan ubi dia yg org guna itulah yg mahal...

3 November 2011 pada 3:11 PTG

kacang tanah mahal kot.. kuah dia kan ada kacang..

3 November 2011 pada 3:15 PTG

mahal wooo pecal!

leceh uat tau...

harga peluh termasuk seklai...hahahah

3 November 2011 pada 3:19 PTG

x mkn pecal..jd xtau harga sepatutnya.....hehe..

3 November 2011 pada 3:22 PTG

hahahahahahaaa...kelakar!!!

3 November 2011 pada 3:31 PTG

pecal 2.50 tu biasa kot bujal.klu LM jd mamaainul, dah kena cubit dah peha awak...haha.80 sen???keh3

3 November 2011 pada 3:34 PTG

Hahahahaha...apalah bujal nih. Naughty tau. Memang lah mahal, skang tahun 2011, brg suma naik.

3 November 2011 pada 3:50 PTG

kos labour membuatnya sekarang mahal

3 November 2011 pada 3:54 PTG

nak carik sayur2 berkaitan lagik..
nak goreng kacang lagik
nak tumbuk kacang lagik
nak masak kuahnya lagik
nak lap2 peluh masa masak kuahnya lagik.. hehehe

tu yg buat mahal tu!

3 November 2011 pada 3:55 PTG

Air Kosong kat kedai mamak tu jer dah 30 sen Bujal...ko espek pecal yg ada...sayur kingkong...togeh...tahu..dgn kuah dia yg dibuat bersama kcg tanah...cili kering bla..bla..bla...

80 sennnnnnnnnn.....ko mmg patut makchik kasi pelempang sekali...

3 November 2011 pada 3:59 PTG

wahai en. bujal,
megi pun tak dapat 8 posen sebungkus taw!






1995 saya masih di bangku sekolah.
:)

3 November 2011 pada 4:01 PTG

kacang tanah dah mahal dik oiiiii...

tambah2 pulak thailand banjir. sayur semua naikkk...

3 November 2011 pada 4:11 PTG

kamu lambat update hari ini...

pecal sedap. dah jadi orang banjar baru kenal pecal

3 November 2011 pada 4:11 PTG

itu la pasal
harga dulu murah je kan

3 November 2011 pada 4:14 PTG

Hiks~

Ada ke pecal harga 80sen? Err...

Bt sendirilah. Lagik sdp. Beli kuah yg segera tu. Yummeh!

Tanpa Nama
3 November 2011 pada 4:21 PTG

patutnya sayur tu murah kan..

inflasi semakin beraja..10 thn lagi, pecal sebungkus 9.90..haishhh

3 November 2011 pada 4:32 PTG

tu zaman saya sekolah tuuu... sdapnyer.. lama x makan...

3 November 2011 pada 4:34 PTG

pecal tu sayor ke?

3 November 2011 pada 4:45 PTG

ha..lmbt lah kamu update..ingt kamu cuti..mujur sy perasan sbb sy jarang online waktu petang..


mak sy pandai buat pecal..jom dtg rumah mak sy kalau ke gunung lambak lg :)

3 November 2011 pada 4:51 PTG

kat tempat akak BBST ni pecal baru RM1.20..sgt sedap...biasalah org tgh bawak badan memang ada saja yg dia teringin..

aritu akak tguk tk berapa nampak perut mamaainul..badan selim melim mcm kita org ni.. bila pretnant maintain je...

3 November 2011 pada 5:10 PTG

susah kot nak cari bahan2 pecal tu...tu yg harga jd mahal...

3 November 2011 pada 5:10 PTG

kat sini,rm3 kot...
hreemmm...

3 November 2011 pada 5:12 PTG

tu ada dalam jadual makan dewan makan asrama tu. Makan petang hari khamis ke jemaat kalau tak silap. Ada sekali dengan telur masin. Power juga, sampai ke maghrib tengok storm rider.

3 November 2011 pada 5:28 PTG

kt kwsn bndr susah nak dpt sayur2 bhn pecal tu agknya...

sedap ooo pecall..suke my mom buat =)

3 November 2011 pada 5:30 PTG

nak murah buat sendiri laa...haha

3 November 2011 pada 6:26 PTG

harga kacang dah naiklah tu..

err...sedap ke pecal ?

3 November 2011 pada 6:27 PTG

tu makanan jawa.
mak saya pandai buat

ehee

3 November 2011 pada 6:29 PTG

ni baru bangun tidur dari zaman 1995 ke hape? keh3

3 November 2011 pada 6:30 PTG

kalau saya jual pun saya jual 2.50. hehee setuju ngan kakcik, bukan senang nk dpt sayur2 tuh.. ;}

3 November 2011 pada 7:13 PTG

sekarang bukan senang nak dapat ulam-ulaman untuk pecal tu, mmg patutlah mahal...

semua harga barang pun dah naik kan..:)

3 November 2011 pada 7:51 PTG

Ingat senang ke mau bikin itu kuah pecal?

Atau harga kacang melambung?

3 November 2011 pada 8:10 PTG

makcik pernah beli pecal sewaktu harganya 20sen di pasar malam minggu kg baru...
rindunya waktu itu...

3 November 2011 pada 10:09 PTG

pecal ade beehon, sedap. hee..

4 November 2011 pada 12:15 PG

tahun 1995 tu siapa yang ngidam?

4 November 2011 pada 12:49 PG

ikot current price, lagipon dengar cerita scene pecal tengah up skang ni keh3

4 November 2011 pada 2:39 PG

kuah kacang mahal laaaa..kira saja laaa kacang sekilo bape hengget..bahan2 yg lain lg..

4 November 2011 pada 4:08 PG

kamu dah check batang kangkung dlm pecal tu? kihkihkih.. mana tau ada extra protien, hahahaha

4 November 2011 pada 10:54 PG

arwah mak penjual pecal, tak relevan rega pecal cam tu, kalau RM2 cik ina rasa dah okey, sayur tu cuma taugeh ngan pucuk sepatutnya, kacang tanah yg mahal.

4 November 2011 pada 10:54 PG

pecal kat kawasan sini masih rm1.50.. tapi masih lagi mahal.. buat sendiri lebih sedap..

4 November 2011 pada 6:49 PTG

nak buat kuah yang sedap tu banyak steps, tahu! menu wajib hari raye ni.. :-)

4 November 2011 pada 7:08 PTG

Tengok-tengok blog Bujal
Telan air liur terbayang pecal
Pecal Pulau Indah sedap gila
Terbayang-terbayang keenakkanya

Pecal sekarang memang mahal
tp mahal bukan sebab sayur-sayuran
Mahalnya pecal sebab minyak
Minyak kereta untuk si penjual pecal

keh keh~~

Catat Ulasan