Isnin, 14 November 2011

mengingati Abdul Karim Haji Kasim.

arwah abah sayang binatang,

dulu masa kucing arwah abah mati,

arwah abah menangis.

arwah abah juga tidak sampai hati tengok binatang lapar.

setiap pagi mak bungkus nasi lebih semalam.

arwah abah bawak tempat kerja.

bagi anjing berkeliaran makan.

saya tanya kenapa baik dengan anjing.

untuk bekalan akhirat arwah abah cakap.

saya diam,

kemudian arwah abah sambung ;

"nanti kat akhirat korang melintas titian siratul mustaqim tunggang lembu korban,abah naik anjing.laju sikit~keh keh~~"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
arwah abah,

kadang-kadang komedi.

arwah abah,

4 tahun sudah lepas.

rindu.

kami rindu.

61 comments

14 November 2011 pada 8:15 PG

terperanjat pakcik baca ayat di baris pertama.

14 November 2011 pada 8:16 PG

Al fatihah



wa ada sorang kwn. memang baik sesangat dgn anjing. tetiap pagi sblm masuk ofs dia bg anjing tu makan...

14 November 2011 pada 8:18 PG

eh,sama lah degan komen EL..hishhh..bujal lebih baik cepat betul kan...heheheh!

14 November 2011 pada 8:20 PG

Al Fatihah

14 November 2011 pada 8:20 PG

eh,sorry kanda AL..hehehe!!

14 November 2011 pada 8:26 PG

@al-lavendari

pasal apa pakcik? ada kesalahan kah?

14 November 2011 pada 8:27 PG

@kakngah

buat baik dengan haiwan dapat pahala~keh keh~

14 November 2011 pada 8:27 PG

mulianya hati die...

14 November 2011 pada 8:27 PG

@kaklong

hah? salah apa?

14 November 2011 pada 8:28 PG

@eszek

tq kak~

14 November 2011 pada 8:28 PG

@kaklong

suka2 tukar nama orang ha~keh keh~

14 November 2011 pada 8:29 PG

@MR . ORLANDO AHMAD

tq abang~

14 November 2011 pada 8:34 PG

comelnya abah abam bujal
macam abam bujal juga comelnya. ada sikit ja lain

14 November 2011 pada 8:41 PG

part titi titian naik anjing tu paling tak tahan... sabor je... ;p

14 November 2011 pada 8:42 PG

semoga di tempatkan dil kalangan org2 yg beriman & beramal soleh..

amin..

14 November 2011 pada 8:51 PG

al-fatihah...semoga arwagh abah ditempatkan bersama org-org yg beriman..amin..


*terus ku rindu abah ku...

14 November 2011 pada 8:55 PG

Abang pernah jumpa anjing2 'peliharaan' arwah abah dulu... lebih kurang 10 ekor kalau tak silap. 'Alam semulajadi' memang sayangkan arwah abah. Kalau rindu abang akan bercakap dengan pokok!

14 November 2011 pada 9:16 PG

Al fatihah buat arwah ayah bujal...
Murni sungguh hatinya walaupun dgn anjing....

14 November 2011 pada 9:45 PG

alfatihah.

pengajaran berguna utk semua.
:D

14 November 2011 pada 9:52 PG

arwah mak pernah bela 21 ekor kucing, tiap2 pagi rebuskan ikan utk sarapan kucing2 tu.. beliau selalu pesan, buat baik pd binatang coz dia akan tolong kita di akhirat kelak...

Alfatehah.

14 November 2011 pada 9:55 PG

kelakar la pakcik abdul karim!... dia besar macam anak dia tak?

14 November 2011 pada 10:08 PG

Al-Fatihah buat arwah abah. Bila baca entry ni, teringat mama kc, lauk lebihan di warung, diberi kepada mcm2 haiwan ternakan termasuklah anjing.

Bila org kg mengata, mama jawab 'Anjing juga makhluk Tuhan. Nanti anjing akan turut sama doakan agar murah rezeki kita'.

14 November 2011 pada 10:15 PG

Nabi pun sayang pada binatang. Tak rugi membatu binatang. Kisah zaman rasulullah seorg pelacur yg dimasukkan syurga hanya kerana dia memberi minum anjing kehausan dgn kasutnya sewaktu pulangnya dia dari melacur....

Moga aruah abah dlm peliharaan Allah

14 November 2011 pada 10:22 PG

patut la bujal kelakar....arwah pun kelakar...

14 November 2011 pada 10:29 PG

Dalam sedih ada lawak juga yer bujal ☺☺

Al-fatihah.

14 November 2011 pada 10:59 PG

kalau arwah ayah kamu ada lagi... pakcik akan saran kan dia buat blog....

mesti 'ohsem'

14 November 2011 pada 11:23 PG

al fatihah utk arwah pak cik karim...
tak sangka pakcik karim kelakar orgnya..hehe..


aku pun rindu sgt dgn arwah ayah aku...

14 November 2011 pada 11:24 PG

Al-Fatihah....

14 November 2011 pada 11:24 PG

aku setuju sama uncle gedek.

14 November 2011 pada 11:27 PG

Al-Fatihah.. terharu bujal.. nak ketawa juga tapi dalam masa yang sama sendu..

14 November 2011 pada 11:51 PG

saya pon suka binantang jugak
kdg2 terpikir teringin nak bela penguin.
tapi xda peti ais yang besar la

14 November 2011 pada 11:59 PG

sebenarnya pB takut nak baca entry Bujal pagi nie ....


4 tahun masih rindu ...



terlalu berat rasa rindu kepada ayah ...
nak menggunakan perkataan 'arwah' pun rasa begitu perit :(



semoga roh ayah kita berdua ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman

14 November 2011 pada 12:32 PTG

Baru makchik tahu dimana kamu dapar jiwa kemidian itu..Semoga Allah mencucuri Rahmat ketas roh arwah ABDUL KARIM HAJI KASIM

14 November 2011 pada 12:35 PTG

rindu kann.. pada mak ayah yang telah pergi...nak nak kalo kita rapat ngan mak ayah ..

14 November 2011 pada 12:37 PTG

sedih..
:'(

14 November 2011 pada 12:48 PTG

hari ini tarikh pemergian arwah ker bujal??

al fatihah atas arwah

salam takziah buat kamu sklrg

14 November 2011 pada 12:57 PTG

makcik pun rindu kat arwah mak...

14 November 2011 pada 2:07 PTG

doa dari anak yang soleh adalah bekal arwah abahmu itu...

14 November 2011 pada 2:51 PTG

komedi yang sangat 'classy' .


takziah utk kamu . =)

14 November 2011 pada 3:05 PTG

al fatihah..

ada gak yg xsyg kucing..dipotong kaki kucing sebab curik ikan..sedih kan

14 November 2011 pada 3:22 PTG

al-fatihah..baiknya arwah abah kamu eh..

14 November 2011 pada 3:48 PTG

bertabah bro :)

14 November 2011 pada 4:08 PTG

Al-Fatihah...semoga roh arwah di cucuri rahmat...doa dari anak2 lah bekal arwah di sana

14 November 2011 pada 4:21 PTG

al-fatihah..
tetiba teringat arwah mama..
2006-2011.. sedih :(

14 November 2011 pada 4:41 PTG

sedihnya...uhukkk...

ayah sya terlantar sakit skang tpi syukur masih leh berbual dan gelak ketawa dgn dia..

14 November 2011 pada 5:19 PTG

kalau yg faham cara untuk beramal mmg mudah bicara kita nanti ...

14 November 2011 pada 5:35 PTG

KISAH ARWAHH ABDUL KARIM MENGINGATKAN QATE KISAH SEORANG PELACUR YANG MASUK KE SYURGA KERANA MEMBERI MINUM KEPADA ANJING DAN BERBUAT BAIK KEPADA BINATANG :). MOGA AMAL ARWAH DI TERIMA OLEH ALLAH.

BUJAL PASTI SPT ARWAH YANG LUCU.

14 November 2011 pada 5:54 PTG

para hewan juga perlu dikasihi.

14 November 2011 pada 6:21 PTG

teringat kisah pelacur dan anjing kehausan...berbuat baik kpd semua haiwan tu perlu


moga arwah sejahtera di sana...al-fatihah

14 November 2011 pada 9:17 PTG

arwah pak cik karim macam abah kita...kalau kucing mati menangis beriya-iya.

14 November 2011 pada 9:33 PTG

mulia hatinya. AlFATIHAH

14 November 2011 pada 9:58 PTG

alfatihah...

makcik juga rindukan ayah...dah 9 thn....mak...setahun...:((

14 November 2011 pada 10:01 PTG

baik hati dan sayang pada semua mahluk :)

14 November 2011 pada 10:25 PTG

rindu arwah ayah ku jua T_T

14 November 2011 pada 10:38 PTG

mm..jadi kamu mewarisi komedi dari dia ya.. =)

setuju dgn uncle gedek.. mesti bila bace blog dia..

14 November 2011 pada 11:03 PTG

sebak.. emosi datang tiba tiba..

15 November 2011 pada 7:08 PG

E...dapat aku bayangan, perasaan abah En.Bujal X.

Al-Fateha

15 November 2011 pada 9:13 PG

lepas ni saya akan belajar untuk sayang binatang...

15 November 2011 pada 3:28 PTG

mesti arwah abah penyayang. orang penyayang selalu dirindui.betul tak?

15 November 2011 pada 5:24 PTG

apa agaknya nanti bila saya dah tak ada nanti anak-anak saya cerita pasal saya ya....


al fatihah Dek..

16 November 2011 pada 1:45 PTG

saya pon rindu arwah ayah saya..

dah 11 tahun.. :')

Catat Ulasan