Selasa, 15 November 2011

kerapuhan iltizam.

abang cakap dengan sayang,

abang sudah sampai seru.

abang mahu jaga makan,

abang mahu kurus,

abang tidak mahu obes,

abang mahu BMI yang ideal,

abang mahu elak penyakit.
.
.
.
.
.
sayang cakap sayang sokong sepenuh hati,

sayang tolong jaga makan abang,

abang sayang sayang.
.
.
.
.
.
.
.
abang dengan sayang pulang kampung,

jenguk mak jenguk saudara sini sana.

bangun pagi sayang tengok abang,

sedang sarapan banyak-banyak.

sayang tanya kenapa banyak makan.

abang cakap tidak tahan.
.
.
.
.
.
.
.
.
emak masak lempeng nipis rangup.

cicah dengan kari ayam pencen.

mana boleh derhaka.

keh keh~


nampak?

berkat jaga makan.

jam sudah longgar.

lengan sudah kurus.

lengan sahajalah~

perut masih boroi.

keh keh~






*kepala blog baru ditaja oleh caturist.siapa caturist? kami kongsi mak abah yang sama.keh keh~

76 comments

15 November 2011 pada 9:15 PG

ohh bujal. biarlah boroi. nanti aku tak kenal kalau perut nipis.

15 November 2011 pada 9:17 PG

good2.smoga berjaya.i like.. :)

15 November 2011 pada 9:19 PG

sedapnya.

Selamat maju jaya.
Bila dah sasa dan slim jangan cuba cari bini no 2.

15 November 2011 pada 9:19 PG

lepas makan bujal pegilah tolong mak menebas kat kebun..nanti lemak perut bujal terbakar lah hehe

15 November 2011 pada 9:20 PG

comel header..
tuh jer nak komen
#okthnxbai!

15 November 2011 pada 9:21 PG

Kamu dah kurus?? Mak cemburu!!!

15 November 2011 pada 9:23 PG

makcik doakan cita2 murni ko terkabul

15 November 2011 pada 9:28 PG

kalo masakan ibu memang x leh derhaka utk tidak makan.. ouhhhh~ katakan tidakkkkkk.. nasib baik la sekali sekala je leh mkn kannnn...kalo hari2.. diet ke lauttttt la jawabnya...

15 November 2011 pada 9:28 PG

ada baca satu kisah,suami yg gemok selepas kawin,adalah keran isterinya masak yg sedap2..betul kah?

15 November 2011 pada 9:28 PG

gemuk perut bleyhh sit up
:D

15 November 2011 pada 9:33 PG

semoga berjaya menjaga makan..:)

15 November 2011 pada 9:33 PG

perut six pek la bro
come on come on
hehehe

15 November 2011 pada 9:40 PG

Tahun depan azam baru mau kurus.. Jom kita lumba sapa turun berat dulu.. Tahun ni masih mau makan bawah pokok ceri.. Kikiki..

15 November 2011 pada 9:43 PG

cuping telinga kurus tak?

hehehe

eh

header tu cute ar

mmg sebiji tuan tanah

caiyok!

15 November 2011 pada 9:57 PG

good luck dengan diet uols tu ye!

15 November 2011 pada 10:06 PG

header baru la..huhu..lengan je kurus? kening kurus tak?

15 November 2011 pada 10:24 PG

header cantik.. samalah makcik pun tgh jaga makan jugak.. tapi yang maju hanya jari sahaja.. huhuhu

15 November 2011 pada 10:39 PG

saya jaga suami saya tapi beliau tidak habis makan, saya tolong makankan.

15 November 2011 pada 10:48 PG

biar boroi, asal bergaya.. keh3x

15 November 2011 pada 10:58 PG

abang kamu!

kalau deris boleh, kamu pun boleh... selamat maju jaya, cik daud!

15 November 2011 pada 11:02 PG

semoga berjaya...keh3x

15 November 2011 pada 11:12 PG

header baru cantik. patutla kamu pun kreatif.
nak tempah header jugak ah

15 November 2011 pada 11:19 PG

sampai skrg sy x paham jam mesti longgar bila dah byk kali pakai - bukan sebab tgn dah kurus...

header baru cantik...

15 November 2011 pada 11:20 PG

kepala blog yang sangat 'ohsem'

sama 'ohsem' dengan ampunya blog.


tahniah 'caturist' (jatoh cinta teros)

15 November 2011 pada 11:21 PG

fuyoohh

dah kuruss

15 November 2011 pada 11:24 PG

er...er...kenapa kamu berdua berbeza fizikal...larikkk..

15 November 2011 pada 11:30 PG

Lempeng cicah kari. best kan hihi...

Header kakak rasa so far this one more suit to you dik...

15 November 2011 pada 11:35 PG

lempeng cicah kari ayam mmg tak leh tahan..haihhhh...

nanti2la slimbelim tu..haha..

15 November 2011 pada 11:35 PG

Boroi dah kahwin, apa ada hal?

15 November 2011 pada 11:37 PG

mak masak nasi putih makan dengan ikan pekasan goreng pun sodapppp...

15 November 2011 pada 11:42 PG

wah bro bujal sedang diet. kehkeh

lawo header!

15 November 2011 pada 11:47 PG

mak masak ... tepung bubuh air garam pun ...sedappp tak terkata ...........

15 November 2011 pada 11:56 PG

Makchik pernah panggil Bujal..Boroi..selepas itu makchik rasa bersalah sangat...hari ini Bujal sendiri mengaku bujal Boroi...dan makchik tiba2 tersenyum...hilang sudah rasa bersalah itu...

15 November 2011 pada 12:10 PTG

lempeng rangup cicah dengan kari ayam jangan buat main2..saya nak juga!

15 November 2011 pada 12:27 PTG

Bujal..
Setakat jam tak lah menjamin kurus..
Talipinggang... Kalau dah berubah lubang talipinggang... Hingga kena tempah buat lubang baru... Baru betul...
Hehehehe... Saja nak mendera...

15 November 2011 pada 12:48 PTG

Cute lah header ☺☺

Tak per, step by step, memula lengan kurus, lepas tu kuruskan yg lain plak ☺☺

15 November 2011 pada 12:53 PTG

hehe...nk diet kena hati teguh btul...tp lau dh blk kmpg pekena mak masak...mmg ape pun lupe... =)

15 November 2011 pada 12:59 PTG

memang masakan mak..kalau tak makan rasa cm 'derhaka' plak..huhu.

15 November 2011 pada 1:01 PTG

BETUL2... anak lelaki tak boleh derhaka... kalu mak kecik hati... nanti tak cium bau syurga... kehkehkeh

15 November 2011 pada 1:20 PTG

tak makan kang,mak kata kita dah berubah.kecik hati dowang kan..

15 November 2011 pada 1:49 PTG

lempeng cicah sardin pon sodap...

15 November 2011 pada 2:04 PTG

Good Luck....

15 November 2011 pada 2:07 PTG

rakyat Msia kan mewah & obes. hehe!

*kain XS ni longgar le.. ;)

15 November 2011 pada 2:12 PTG

makan jangan brenti...rugi

15 November 2011 pada 2:17 PTG

nengok jer header, terus kata, ehh kartun tu rupa bujal.. hehehhe.. rambut pacak tu wajib ye..

lepas ni semoga seluar lak semakin longgar.. heheh..

15 November 2011 pada 2:30 PTG

bujal...
akak br tutun 500g...seminggu tak leh turun lebih 1 kg....

the biggest loser uitm.....

huhuhuhu

15 November 2011 pada 2:36 PTG

kurus tak kurus tu tak penting..
ape yg penting.. kesihatan.
akak... sentiasenye kurus...
tang jari kelingking.. :P

15 November 2011 pada 2:56 PTG

mula2 lengan susut ..lepas ni perut pula yg susut ..insyaALLAH

15 November 2011 pada 3:15 PTG

sama gak ni sedang diet perut...wah! chomel header baru tu...:)

15 November 2011 pada 3:15 PTG

hehe...

baca bujal punya entri ni, teringat suami saya...

balik rumah emak je, semua bedal...hahaha

p/s; lawa header baru...:)

15 November 2011 pada 3:17 PTG

are you on diet right now? do keep it up and teruskan usaha anda! hehe.

15 November 2011 pada 3:21 PTG

wah...header baru.
nak cepat turun berat,bukan takat jaga makan je senaman pun perlu juga.goog luck! semoga berjaya turunkan berat ikut target... =)

15 November 2011 pada 3:27 PTG

cantik header ko. Alhamdulillah akhir berjaya gak.jangan kurus sangat udah,yg penting sihat .

15 November 2011 pada 3:28 PTG

salam bujal..

kurus tangan eh..bukan org nampak pun..org nmpk perut je..hahaha..

taming sari RM10 utk dewasa (malaysians)..yup..ada servis amik gambar tapi tak paksa beli..hehehe..

15 November 2011 pada 3:41 PTG

boroi adalah tanda lelaki bahagia....
yer ke???

15 November 2011 pada 3:52 PTG

tengok awek boleh lg tahan napsu..tp bab makan..mmg gua cakap sorry...keh..keh..keh...
tp jam bujal HKL boleh sarung kat betis je...hehhehehehhe........

15 November 2011 pada 4:01 PTG

perut boroi tanda lelaki bahagia kata laki aku...hahaha..

15 November 2011 pada 4:02 PTG

jam longgar ke mcm tu?
aku tgk ketat je tu...
hahaha!!!

Tanpa Nama
15 November 2011 pada 4:08 PTG

header baru menusuk kalbu :D

15 November 2011 pada 4:12 PTG

bujal ...kuatkan semangat

kalau kurus nanti sure jadi macam
model...

sebab kamu tinggi orangnya

camne...semangat balik tak??

^______________~

15 November 2011 pada 5:07 PTG

nanti bila dagu dan dahi dan pipi pun kurus.. caturis kenalah pulah buat kepala blog baru...
alaaa....
adik beladik ma...
percuma ma....

15 November 2011 pada 5:34 PTG

jelousnya tenguk orang leh kurus..akak gak yang tak kurus lagi..

kadang-kadang tekak orang lain-lain..kita kata sedap..orang lain kata tak sedap

15 November 2011 pada 6:04 PTG

Kan. Tak baik derhaka. Iye...

15 November 2011 pada 6:12 PTG

makan saja, asalkan bahagia. keh3

15 November 2011 pada 6:19 PTG

kepala blog.. hehee.. sangat bujal.. nice work la caturist!

longgar ker? heh heh hehhh

:P

15 November 2011 pada 6:43 PTG

Jam longgar, baju longgar, tapi pinggang masih ketat. Perlu usaha berganda lagi.

Pastikan hulahop di pinggang boleh berpusing cantik. Baru sukses! hehehe

Good luck!

15 November 2011 pada 8:04 PTG

lengan ade perubahan, kompm tak lame lg perut pong ade perubahan =p

15 November 2011 pada 9:08 PTG

Bujal tak berapa pandai melukis... tapi dia memang 'ohsem' menulis!

Mungkin lepas ni saya akan 'publish' pulak blog bujal... buat koleksi.

Tk. kepada semua yang singgah dan komen blog caturist!

15 November 2011 pada 9:52 PTG

Saya terbalikkan lcd lappy ni.
Tertonggeng.
Saya lihat dari sudut kiri, kanan dan guna kanta pembesar.
Tetap saya tak nampak akan "kelonggaran" jam kamu tu ........hahahahahahaha..........
Guna gel rambut apa? Ni soklan anak saya tanya. Dia jeles dgn rambut kamu

16 November 2011 pada 12:52 PG

header cantik. berkat bro kurus la tu. jadi kurus dan sihat mcm gua tahu

16 November 2011 pada 1:49 PG

Pergh...serius smart gambar last tuh..

16 November 2011 pada 7:58 PG

masakan mak memang tak bole tolak... ;p

16 November 2011 pada 1:44 PTG

kita lak bermula edisi diet hari nie.. moga berjaya!huhu..

Tanpa Nama
16 November 2011 pada 6:47 PTG

makan lempeng sihat mcm makan empingan jagung dibakar rangup (cornflakes), xde hal...

17 November 2011 pada 12:17 PG

oloolo... comel entry nie... janji tangan kurus udahlah... keh keh keh....

18 November 2011 pada 5:18 PTG

biarlah boroi..asalkan bahagia

Catat Ulasan