sekali sahaja kamu tekan alat itu,
orang depan kamu akan terasa jengkel.
bertalu-talu kamu tekan alat itu,
orang depan kamu akan keluar dan menjerit atau keluar tangan acu jari tengah.
alat itu dicipta sebenarnya bukan untuk membangkitkan kemarahan.
tapi kerana rakyat negara kamu yang amat sensitif,
pantang dengar bunyi alat itu,
hati rasa panas,
hati rasa menggelegak.
padahal yang menekan alat itu tujuan nya murni,
untuk menyedarkan mereka yang leka.
sebab bila diatas jalan raya.
cuai seinci kamu boleh mati.
.
.
.
.
.
HON
tercipta bukan untuk menjerkah,
cuma mahu mengingatkan kamu.
saya pernah pergi ke Medan dan Jogja di Indonesia
jalan nya hiruk pikuk dengan bunyi hon.
tapi tiada siapa pun yang bising-bising,
sebab sudah termaktub dalam hidup mereka,
bunyi hon itu amaran supaya berwaspada.