tingkap papan kayu bersegi
sampan sakat di pulau angsa
indah tampan kerana budi
tinggi bangsa kerana bahasa
sampan sakat di pulau angsa
indah tampan kerana budi
tinggi bangsa kerana bahasa
dua rangkap akhir buat saya senyum.
senyum sinis.
kaum kamu dikatakan paling tinggi budi bahasa.
saya senyum sinis lagi.
saya kerja hari-hari menghadap manusia.
kebanyakannya dari kaum kamu.
mahu saya cerita lebih?
tidak payah.
nanti kamu kecil hati,
nanti kamu kata saya bohong,
nanti kamu kata saya pengkhianat bangsa.
tapi mari sini saya beritahu sekelumit kenyataan.
statistik kasar :
10 orang kaum kamu yang datang berurusan di pejabat saya.
cuma 3 yang beri salam mula bicara.
selebihnya?
1.tanpa salam bercakap tapi mata pandang lain.
2.tanpa salam tanpa cakap cuma hulur tangan kemudian mulut muncung ke kaunter.
3.tanpa salam bercakap dalam mulut ada makanan
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
cukup saya tulis 3 fakta.
hari ini hari jumaat.
masjid tempat kamu ada pisang apa?