johari (nama sebenar) adalah seorang kawan.
kawan yang baik tetapi berkira sangat.
orang melayu lama panggil tangkai jering (cuba tanya anak kamu, dia kenal jering?)
dia akan pesan mi goreng mamak dengan teh o ais.
limau dari mi goreng mamak dia perah ke dalam teh o ais.
jadi teh o ais limau.
"jimat 30 sen aku"
johari berkata.
kalau dia mahu makan burger spesial,
dia bawa telur sendiri dari rumah.
"jimat 70 sen aku"
johari berkata lagi.
tidaklah saya jengkel tapi pernah lah saya berkata :
"you're cheapskate mr.johari."
"nope,the words you're looking for are FULLY and UTILIZE"
dalam keterpaksaan saya mengangguk.
memanfaatkan sumber sedia ada.
itu bukan kedekut.
itu bijak namanya.
mahu makan roti telur tapi saya beli roti kosong.
sampai rumah saya tampal dengan telur saya sendiri.(kamu baca lalu kamu tergelak sedikit)
"jimat 80 sen aku"
.