Ahad, 31 Oktober 2010

ahad pagi.

8.00 a.m
gi kedai beli kosmo

8.03 a.m
beli sarapan,mamaainul nak makan cakoi.

8.08 a.m
cakoi fresh! gi balik kat motor.nak balik.

8.09 a.m
kunci tak ble masuk.jahanam.kosmo dalam bakul da jadi metro.pelik.

8.10 a.m
ceh,salah naik motor.nasib baik takde sapa perasan.malu.

Sabtu, 30 Oktober 2010

oh kayu nasi kandar.

kamu nak bgkuskan aku nasi kandar guna polistrin?

plastik dgn krtas bgkus suda habis abang..

kayu punya kayu.

*aku tak lalu mkn nasi kndar bgkus guna polistrin..feeling lari..ngengada kan aku? haha

ha ha.

pagi bukak blog,check stats,ada 145 pelawat.ha ha.

tq semua.

Jumaat, 29 Oktober 2010

KOG punya kerja~~dia tag saya,saya tak bersalah~~

1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
-burger carls junior~
-mi goreng mama ainul
-chicken bites,A&W~oh yeah~~


2. Dua jenis air apa yang paling korang suka?
-air oren
-air buah


3. Which type of food yg korang prefer, pilih 3 sajo : Malay, Indian, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian.
-western,indian,malay


4. Apa makanan yg korang paling expert masak? Dalam kata yg lain, takyah tgk resepi tapi at the same time bile org lain rasa, org akan kata "wahhh, gila sedap".
-telur dadar sate~takde sapa pun cakap sedap~~aku sndri je perasaan~he~~


5. Semahal mana korang pernah bayar untuk makanan korang?
-RM100 ~~kat johny steambot~~makan berdua dengan mamaainul~


6. Beri nama restoran favourite. Apa makanan kat situ yg paling sedap?
-Aroma Ikan bakar~dekat dengan rumah ~~semua sedap je kalau da masuk perut hamba~


7. Ayam, kambing, lembu, itik, burung puyuh, burung wak-wak, rusa, landak, merpati, ayam denak. Mana satu yang korang suka? Kalau korang ada suka yang lain, tapi aku tak list, bagitau je la.
-Landak ~manyak shedap~~~


8. Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda? Dan makan/minum apa? Kalau korang ingatlah kannn.
-KFC~ sampai mati aku ingat~~1st time jumpa~last jadi bini~haha~~


9. Apa makanan yg selalu remind korang terhadap pasangan korang?Kenapa?
-tomyam ~masa kapel bini penah bagi tomyam,bawak balik excited gila nak makan,sekali makan rasa kuah mi udang la~~pasal air udang da campur dengan itu kuah~haha~~sampai sekarang bini trauma nak masakkan tom yam~


10. Kalau pegi rumah orang, korang selalu berharap orang tu selalu hidang apa?
-mi & nugget goreng!


11. Makanan yg korang mmg tak buleh nak telan langsung. Samada tak sedap atau tekak korang dah kembang.
-sushi~ oh sungguh WTF~~


12. Menu raya paling disukai.
-nasi impit kuah kacang la~~tapi kalau ada orang goreng nugget  pun aku suka~haha~~


13. Jajan/Cikedis favourite?
-mak tak bagi makan jajan


14. Beri dua makanan yg mak korang masak yang korang suka?
-MI jawa
-nasi goreng 
*saya sayang ibu saya.


15. Makanan paling pedas korang makan? Sapa masak?
-masak lomak cili api ~ selero nogori






16.Korang kalau jumpe orang yang TAG korang ni, apa agaknya korang nak hidang/belanja?
-twisties peket merah

17. Sile tag 5 orang dan paksa mereka buat tag ini.
-sorang je ble? KOG
*yang sebenarnya saya tak ramai kawan~~haha~~

Selasa, 12 Oktober 2010

katak.

7.30 am : sarung kasut ke tempat kerja.

8.00 am : kasut kanan terasa sempit.

8.05 am : ceh,ada katak dalam kasut.nasib baik hidup lagi.

Jumaat, 8 Oktober 2010

haih..bahagian 2.

datang seorang anak gadis.

gadis : pakcik,bagi saya remote tv,saya nak tengok kartun.

aku : remote takde.(dalam hati : kamu ingat televisyen disini milik abah kamu wahai anak kecil???)

Khamis, 7 Oktober 2010

kali pertama.


1st time duk kat hotel~~jakun la sikit~~bukan aku,tapi budak kecik tu~~