Isnin, 29 Ogos 2011

sehari selepas 30 ramadhan.

maaf kad raya saya buruk.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Photobucket

ingatlah,

celik mata kamu pada pagi satu syawal,

syaitan semua sudah berkeliaran semula,

kawal makan,

kawal nafsu,

kawal marah,

kawal belanja,

kawal stering,

kawal pedal.
.
.
.
.
.
.
dan kalau seorang yang baik,

maafkan lah semua salah silap saya yang zahir,

dan kalau ada antara kamu yang terseksa batin angkara saya,

maafkanlah juga.

sempena syawal yang mulia.
.
.
.
Photobucket

tahun ini tiada duit raya di rumah saya.

saya ganti dengan telur rebus.

anak-anak suka telur rebus kan?

kan?



Jumaat, 26 Ogos 2011

rezeki ramadhan.

Photobucket

yang berbaring kurma bertangkai,

yang berdiri kurma bersumbat.

satu hadiah dari kerajaan,

satu hadiah dari rakan kafir saya.

Photobucket

kakak "R" yang bagi.

ganjaran atas sedikit kerja yang saya lakukan.(kerja halal)

dalam ada isi 3 bekas biskut,

ada biskut strawberry death chock,crushed almond spinning roundkick dan kegemaran saya chocolate chip soul taker.

(jangan cari kuih yang saya tulis diatas,langsung nanti tidak akan kamu jumpa.)

Photobucket

duit raya saya dapat awal,

uncle bagi,

dia bagi sebab saya "babyface"

dia yang cakap.

bukan saya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Photobucket

komen diatas buat saya teruja semalam,

blog saya sekarang sudah internasional.

kamu bila lagi?

kalau kamu ada masa berkunjung lah ke blags beliau.

kepada neelkamal vaishnaw :

तुम मेरे blags आने के लिए धन्यवाद.





Khamis, 25 Ogos 2011

api warna-warni.

masa senggang ketika itu,

saya borak-borak dengan ismail.

saya tanya dia :
.
.
"apa yang seronoknya main mercun?"

"keterujaan dan kemeriahan"

"tapi berbaloi ke sampai belanja ratus-ratus ringgit?"

"sekali sekala apa salahnya,lagipun bukan semua kegembiraan tu free"

"lah~~kalau tengok orang main mercun dia punya thrill sama hapa? free lagi?"

"ah~~ko tak faham~~lagipun ni da tradisi famili aku dari dulu lagi"
.
.
saya diam diri matikan perbualan.

sambil perhatikan urusan jual beli ismail dengan abang mercun.

ismail bayar RM350.

abang mercun senyum,
.
.
.
.
.
.
.
orang capai kegembiraan macam-macam cara.
.
.
.
.
.
.
.
.
tapi perbuatan bakar duit untuk percikan api.

adalah karut.

sudah lah karut,

berdosa pula lagi.

keh keh~

mukus tidak berhenti mengalir.

hari ini pun cipta rekod,

memandu ke pejabat tanpa penghawa dingin.

kalau tiada komen saya dalam entri kamu hari ini,

maksudnya saya pulang ke rumah berada di pembaringan.

mahu rehat sampai sihat.

Rabu, 24 Ogos 2011

syahdu sayu syawal.

dari umur saya entah berapa,

sampai sekarang,

pagi saya dimulakan dengan membaca akhbar.

cerita hari-hari adalah sama.

mati dilanggar,

atau mati melanggar.

biasanya bila baca cerita begitu,

hati saya tidak tersangkut dengan mana-mana perasaan.

sekadar bacaan sambil lalu.

tapi bila di bulan puasa,

tajuk orang mati kerana itu ini buat saya seriau,

saya seram.

saya sedih.

sebab saya tahu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
1 syawal pertama kali tanpa yang tersayang,

amat terasa.

Photobucket


terima kasih makcik

saya suka..




Selasa, 23 Ogos 2011

gastronomi kulinari.

malam itu encik salleh hantar pesanan ringkas :

bsok firdaus tlg gi alor star naik bas duk sana 3 hari ble? tlg ajar budak baru operate mesin.

k

saya balas guna satu huruf.
.
.
.
.
alor star tempat yang seronok,

rakyatnya juga ramah,

rokok daun lebih popular dari rokok konvesional.

habis kerja,

saya duduk hotel diam-diam.

perut lapar,

saya turun bawah tanya abang kaunter tempat makan mana yang enak?

"hang kena try mi abu!"

"jalan kaki jauh kah?"

"ah dekat ja..hang jalan terus,jumpa rounbout,terus,jumpa lagi rounbout,belok kanan,nampak signboard mi abu!"

akhirnya saya jumpa mi abu,

saya beli dua bungkus,

buat makan dalam bilik

dalam perjalanan naik,

abang kaunter tegur :

"ada jumpa mi abu? dekat ja kan?"

saya cuma senyum,

sambil mencelakakan abang kaunter dalam hati.

"dekat abah hang!!"



dari A hendak sampai ke B

pergi pulang ambil masa 2 jam lebih termasuk sesat sekali.

dekat la sangat.

ceh!




Isnin, 22 Ogos 2011

kasih sayang.

"za suka abang.."

saya cuma senyum sikit,

kemudian saya pulang semula soalan :

"kenapa za suka abang?"

"abang jaga za dengan baik"

kemudian kami sampai ke satu tempat,

"kita buat apa kat sini abang?"

"abang nak belikan za skirt"

punyalah za suka,

senyum habis dia.

lepas setengah jam menunggu,

za memperagakan skirt baru depan saya.

"seksi! aum!"

saya usik za,

za senyum malu.

dalam perjalanan pulang za buat permintaan ,

"nanti abang mandikan za boleh? da lama abang tak mandikan za.."
.
.
.
.
.
.
"boleh za..boleh..he....."



saya tukang pandu sahaja,

empunya nama atas geran adalah mamaainul.

keh keh~

Jumaat, 19 Ogos 2011

panduan mengurus masa dengan lebih berkesan.

pegang kad bank XXX

datang ke mesin ATM bank yang sama.

masuk kad,

pilih menu periksa baki

kembali ke menu utama

pilih pengeluaran pula.

duit keluar.

senyum gembira,

resit simpan dalam dompet.
.
.
.
.
.
.
tahukah kamu?

pemeriksaan baki sebelum pengeluaran adalah tidak perlu,

kerana semuanya tercatat pada resit yang dikeluarkan.

melainkan kad dan mesin ATM adalah dari berlainan bank.

kamu buang masa.

saya amat benci tahu??

yang benar,

insanmahucepatyangberaturdibelakangkamuketikadimesinATM.



melawat semula kakak tauhu,

masih berniaga seperti biasa,

masih tiada bersarung tangan.

tetapi terselit dicelah - celah perkakasan atas meja kakak tauhu.

ada sebotol kecil "hand sanitizer"
.
.
.
.
.
kalau kamu mahu rasa tauhu bakar bebas 99.9% bakteria berperisa dettol.

mari ke sini,

saya belanja.

keh keh~




Khamis, 18 Ogos 2011

semperit adalah jenama tayar kalau kamu mahu tahu.

tampalan pagi ini sepatutnya berkisar tentang kunjungan semula saya ke gerai kakak tauhu.

punyalah saya gigih menaip tadi.

bila saya mahu siarkan,

yang keluar cuma : ERROR 404.

tampalan yang saya gigih taip tadi hilang dan tidak dapat dikesan.

sekarang saya amat kecewa.

bila nanti hati saya sudah tenang,

saya taip semula cerita saya tadi.

boleh kah?


taip "semperit" dalam kotak carian gambar google,

yang keluar cuma gambar tayar.

apahal?
.
.
.
.
.
.
cerita tentang kuih semperit,

semalam mamaainul berkesempatan buat,

untuk kurang lebih 170 biji kuih semperit,

modalnya tidak sampai RM10.

untung besar rupanya jual kuih raya.

saya baru tahu.

Selasa, 16 Ogos 2011

tauhu tahu?

dalam dunia masak-masak,

kita sering ada dengar istilah air tangan.

air tangan ini adalah sesuatu yang unik dan listrik.

jika diberikan ramuan dalam kuantiti yang sama kepada 5 tukang masak hebat yang berlainan arus,

juadah yang terhasil biasanya mempunyai rasa yang berbeza.

ada yang sedap,

ada yang sedap betul.

dan ada yang sedap amat.

saya rumuskan :

"air tangan itu maksudnya kaedah dan cara kerja unik  dalam hal masak-masak ."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan semalam saya ke pasar ramadhan.

kakak yang jual tauhu bakar kaut timun yang baru disagat guna tangan tanpa sarung.

saya tegur perbuatan itu adalah amat tidak suci.

sementelah tangan yang sama digunakan untuk menyentuh barang-barang lain.

kakak jawab :

"air tangan akak ni la yang membuatkan rasa tauhu bakar ni holiau!!"

saya berang dengan penjelasan kakak tauhu,

terus saya makan sate yang baru saya beli,(ada 10 cucuk.5 daging,5 ayam)

lidinya saya guna untuk menikam kakak tauhu.

langsung saya tiada sesal.

Photobucket


melainkan kamu mempunyai kebersihan tahap tinggi,

kamu gaul guna kaki pun saya tidak kisah.

cuma jangan haraplah saya hendak makan.

keh keh~

Jumaat, 12 Ogos 2011

kaedah menggalak.

saya buka tabung,

kemudian saya balikkan.

syiling semua keluar bertaburan.

saya kumpulkan duit 20 sen menjadi RM5.40.

saya ulang perbuatan yang sama sebanyak 7 kali.

saya masukkan RM 5.40 dalm plastik aiskrim panjang.

mamaainul hiaskan dengan riben.

cantik.
.
.
.
.
.
.
.
pagi hari raya pertama.

7 anak kecil muka masam.

"apa ni pakteh~~duit raya pakai syiling~~berat lah~~"

keh keh~~
.
.
.
.
.
.
.
.
saya bukan suka-suka buat begitu.

budak-budak banyak yang boros.

tidak boleh bagi duit kertas mereka ini.

bila bagi syiling.

kemungkinan duit itu masuk ke tabung adalah tinggi.

lagipun menabung itu amalan yang mulia!


tahun ini saya cadang mahu buat cabutan bertuah.

dari 10 sampul cuma 2 yang saya isi duit.

selebihnya isi kertas bertulis :

ANDA TIDAK BERJAYA.CUBA LAGI TAHUN HADAPAN.

~keh keh~

Khamis, 11 Ogos 2011

ramah membawa marah.

semalam satu orang datang tempat saya beroleh rezeki.

satu orang itu mahu bayar cukai tanah.

saya bagi angka giliran.

satu orang itu masuk dalam.

lat 3 minit.

orang itu jumpa saya semula.

"sudah setel,banyak cepat"

saya cuma mampu balas dengan senyuman yang paling menawan.

saya ingatkan orang itu mahu beredar.

tapi orang itu masih melekat di kaunter saya.

orang itu ajak saya berborak.

macam-macam  isu diutarakan.

saya sudah naik semput melayan diskusi orang itu.

dalam kepala saya masa itu cuma ada dua perkara :

1.orang yang ramah adalah seorang peramah.

2.orang yang ramah adalah seorang jurujual .

cerita punya cerita,

terpacul satu ayat dari mulut orang itu,

"minta maaf ya abang,saya cuma mahu tanya,u minat ka mau cari duit lebih,mari la join saya..ini bukan sembang kosong punya..bukan MLM.........."
.
.
.
.
.
.
.
saya terus berpura-pura kena sawan.

(mulut berbuih mata buntang sebagai kesan khas)

orang itu amat bengkeng dengan kelakuan saya.

kemudian orang itu berambus pergi.
.
.
.
.
maka selepas ini saya akan anti dengan peramah yang tidak dikenali.

keh keh~

Photobucket


sayatidaktahuhendakletakgambarapa.

Rabu, 10 Ogos 2011

kalau mereka tidak kerja saya tertekan.

tiap pagi abang  berdiri di tempat yang sama.

dan tiap pagi juga abang  akan melambai ke arah saya sambil senyum.

saya tidak pernah balas balik.

bukan saya sombong,

cuma saya rasa tiada keperluan untuk saya balas balik lambaian itu.

lagipun tidak manis.

nanti apa pula kata rakyat.

tapi pagi ini abang  tiada.

gantinya seorang gadis.

comel.

gadis senyum,

gadis lambai tangan.

saya sedikit dilema.

orang sudah senyum haruslah kita balas kan?

akhirnya saya melepasi gadis.

tanpa senyum atau apa.

tanpa rasa sesal.(bohong)

tapi yang sebenarnya.

gadis senyum kepada semua.

saya saja perasan lebih.

keh keh~
.
.
.
.
.
.
.
abang-abang dan kakak-kakak polis trafik.

terima kasih kamu semua.


Photobucket



blog saya masuk dalam blog pakcik gedek .

kamu cemburu kah?

Selasa, 9 Ogos 2011

kesabaran teruji tatkala fajar ramadhan mahu berlabuh.

5.55 petang.

restoran nasi kandar.

lengang.
.
.
.
.
.
"nasi kandar ka nasi bryani abang?"

"bryani"

"makan sini ka bungkus abang?"


(-_-)


"makan sini ka bungkus abang?"


(-_-)


"halo abang...makan sini ka bungkus ka?"
.
.
.
.
.
.
"muka aku ada macam kapir ke?"
.
.
.
.
"keh keh sori abang,saya ramadhan banyak lupa juga..bungkus ha?"
.
.
.
"bungkus la!"

nasi bryani + kambing + kari sotong.

aum!





*bagi mereka yang tidak dapat membaca tampalan tersorok semalam,klik butang kiri (jangan lepas) pada tetikus kemudian gerakkan atas ruang kosong atas gambar saya.presto!!

Isnin, 8 Ogos 2011

sorok-sorok.

melakukan perkara baru dalam hidup,

bukan senang macam cakap.

tapi dulu cikgu halim ada bagi cara :

"disiplinkan perkara itu 30 hari berturut-turut,insyaallah selepas itu akan jadi tabiat"

kuncinya adalah disiplin.

berkesan bagi saya,

dari umur 9 sampai sampai sekarang

hari-hari saya berhadas besar.

hasil tips cikgu halim.
.
.
.
.
.
tetapi kalau perubahan yang berarah kebaikan akhirat.

disiplin itu susah hendak rapat.

lagi-lagi kalau hendak jadikan solat malam sebagai tabiat.

ramai yang gagal.

*termasuk saya.

keh keh~


Photobucket

kalau kamu fokus,

atas kepala saya ada tampalan tersembunyi.

tapi kalau kamu tergolong dari kelompok pembaca sepintas lalu,

kamu komen sahaja rambut baru saya.

~haha~


.

Jumaat, 5 Ogos 2011

sakit mata.

puasa hari semalam amat baik kepada saya.

majikan mahu bagi duit raya.

cuaca tidak panas.

pengunjung tidak ramai.

perut tidak memberontak.

hari saya amat bahagia.

sampailah pukul 4 petang.

makcik itu datang mahu bayar.

saya cakap kaunter sudah tutup.

makcik itu redha,

kemudian makcik itu angkat tangan garu kepala depan saya.

rambu ramba di bawah lengan makcik jelas kelihatan.

semak samun tumbuh meliar
.
.
.
.
.
.
.
.
keindahan ramadhan saya diperkosa semalam.

benci!





Photobucket

saya punya blog tidak boleh muat naik gambar.

tidak tahu kenapa.

sudah satu minggu.

jadi saya terpaksa guna photobucket.

blog kamu semua baik?

Khamis, 4 Ogos 2011

hari ini hari khamis.penjawat awam berpakaian bermotifkan batik.





Photobucket
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Photobucket

yang sebenarnya,

saya cuma mahu tayang baju batik baru saya.

cantik kan?
.
.
.
duit raya yang majikan saya beri,

alhamdulillah.

yang benar,

insansebuideauntukmenulispadahariini.

Rabu, 3 Ogos 2011

hampa.

saya tidak mahu cerita pasal kelompok yang membazir di pasar ramadhan.

klise.

saya tidak mahu cerita pasal kelompok yang tidak berpuasa.

klise.

saya tidak mahu cerita pasal hadis palsu fadilat solat tarawih.

klise.

saya tidak mahu cerita pasal peniaga jual mahal.

klise.

saya tidak mahu cerita pasal air sirap limau.

klise.

saya tidak mahu cerita pasal "wordless wednesday"

klise.(keh keh~jangan marah ha~~)
.
.
.
.
.
.
.
saya cuma mahu cerita pasal murtabak sedap.

di tempat saya setiap ramadhan ada jual murtabak sedap.

murtabak sedap ini adalah dari jenis ortodoks.

bentuk bulat bukan petak.

dagingnya banyak bawangnya kurang.

cicah sambal bukan dengan kari.

rasanya saya amat suka.
.
.
.
.
.
tahun ini murtabak sedap tiada.
.
.
.
.
amat kecewa.

saya rasa hidup saya tidak bermakna.





Photobucket


semalam pertama kali teguk air katira.

langsung tidak kena dengan tekak "intercontinental" saya.

manis yang amat.

mungkin saya salah pilih tempat.

kakak kucing , tahun ini kalau ayah kamu bawa air katira lagi saya mahu minta satu bungkus.

yang johor punya dikhabarkan paling ori dan sedap.




*gambar sumber carian google.

Selasa, 2 Ogos 2011

tempat lepas lelah.

saya tanggal kasut,

saya tolak pintu.

saya masuk dalam

di hadapan saya masa itu,

banyak mayat bergelimpangan.

ada yang tertiarap.

ada yang terlentang.

ada yang mengiring.

saya duduk bersila di hadapan satu mayat.

saya buka yasin.

belum sempat saya lafaz bismillah,

mayat terbangun tiba-tiba.

mayat pandang saya :

"ko ni agak-agak la bang..kot ye pun nak ngaji cari la port baik sikit..hoih!"

saya gelak kecil.

"ko tunjukkan aku mana port baik?"

mayat hidup pandang sekeliling.

mayat hidup pun gelak kecil juga.

mayat terlalu banyak sehingga memenuhi segenap ruang.

mayat hidup bangun.

mayat hidup laung azan.

ajaib.

semua mayat bangkit.

kemudian kami solat zohor berjemaah.

SURAU.
.
.
.
.
.
.
gunalah sebaiknya.

dengan TERTIB.

lagi-lagi di bulan RAMADHAN

1 ramadhan.

hari yang amat produktif.

*gambar sekadar hiasan.

Isnin, 1 Ogos 2011

menghargai kamu II

kawan baru dapat tahu saya ada blog.

kawan jumpa saya,

"ko ada blog eh?"

saya tunduk angguk.

rupanya kawan saya juga ada blog.

kawan saya hidung tinggi.


pengikut blog dia ramai.

borak kami berpanjangan.

dia buat perbandingan.

"aku kalau buat entri paling koman mesti ada 30 komen dari follower.ko plak?"

"adalah sikit."

"sikit tu brapa?"

"adalah~" 

kemudian dia bagi tips untuk dapat follower dan komen yang banyak.

saya tidak banyak cakap.

saya cuma angguk.
.
.
.
.
.
.
blog saya tiada "follower"

kamu semua tidak berkelayakan jadi "follower" saya.
.
.
.
.
.
sebab kamu semua adalah sahabat.
.
.
.
terima kasih sahabat.

sebab hari-hari sudi borak dengan saya.


tahun ini insyaallah mamaainul dapat puasa penuh.

~hihi~