Khamis, 27 Disember 2012

berhenti.sambung.

terima kasih kepada semua pembaca,

terima kasih kepada rakan-rakan yang masih mengekalkan blog ini dalam blog list masing-masing,

terima kasih kepada rakan rakan dari KKA,

terima kasih kepada yang masih sudi selak walaupun lama tidak ada tampalan baru,

terima kasih kerana berkomen secara sopan,

terima kasih,

terima kasih,

terima kasih.

jodoh kita tamatnya disini.

saya sudah tiada hati,

saya mahu berhenti.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

matcham-matcham 2.0.

kamu tunggu,

tunggu.

TUNGGUUUU~~~~~~~~





















Selasa, 6 November 2012

ngilu.


membayangkan kesakitan,

buat bulu roma saya tegak.

kuku tercabut dari jari,

kena gigit ehem ehem masa tengah menyusu anak,

gigi kena gerudi,

tersepak kaki meja kena ibu jari kaki.

brrrrr~~

seriau.

kemudian aisyah panjat badan saya yang tidak berbaju.

dia usap ehem ehem saya.

lepas itu,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SAKIT.

sakit sangat.

dalam sebak saya cakap dekat mama aiai:

"bu..nanti potong kuku tangan anak ye.."

7 bulan 20 hari
aktif
tidur malam bangun pagi.

Isnin, 5 November 2012

penyucian.


"kakak berak.."

ainul pandang saya.

saya cuit mama aiai.

"bu gi basuh berak anak.."

mama aiai cakap ;

"abah la basuh.."

kami bertelagah sekejap.

dari sekejap jadi berlarutan.

ainul muka tambah kerut.

akhirnya saya terpaksa guna kuasa veto seorang suami.

"ibu..seorang isteri harus patuh kepada arahan suami asalkan arahan yang diberikan patuh syariah"

mama aiai diam.

saya rasa saya menang.

kemudian ainul rapat dekat saya.

"abah...basuh berak kakak.."

2 lawan 1.

haish.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hebat besar kuat mana pun,

kuasa majoriti selalu menang bila lawan minoriti.


2 tahun 4 bulan
banyak cakap.

Isnin, 29 Oktober 2012

kitaran


Curi curi dengar perbualan dari seorang remaja kepada seorang budak,

"Untung la budak sekarang,kecik kecik da dapat psp dengan iphone.aku dulu darjah 5 dapat main ps2 

je..tingkatan 2 baru dapat phone..tu pun motorola v3 je.."

Saya gelak dalam hati.

Lagi 20 tahun,

Kalau saya panjang umur mungkin saya akan dengar ainul cakap,

"Untung la budak sekarang lahir lahir terus merasa tengok tv 100 inci,zaman saya kecik dulu tv 42 inci je.."

Kitaran ini akan berterusan.

Keh keh..

saya raya haji dekat zoo negara.

impian mahu bergambar dengan harimau belum lagi terlaksana.

Rabu, 10 Oktober 2012

sikit sama sama cubit,banyak sama sama lanyak.


selak dompet,

intai sana,

intai situ.

korek-korek.

jumpa rm50 terselit.

muka ada senyum.

fikir-fikir mahu beli apa.

kemudian telefon bimbit sondol-sondol.

"bang,nak baju baru bang.."

saya senyum.

kemudian saya gomol telefon bimbit.

suka betul dia.

kemudian malam.

saya pergi masuk pusat beli belah.

lagi lah telefon bimbit teruja.

saya keluar not 50 ringgit..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sepuluh ringgit saya belikan ainul jam.

baki saya buat modal bawa mama aiai makan.































membahagiakan orang lain,

pun boleh buat kamu rasa bahagia juga.
.
.
.
.
hati telefon bimbit yang terluka itu,

lain hari saya pujuk.

keh keh~

Selasa, 9 Oktober 2012

dua lapan per sepuluh dekad.


turun naik tangga.

lutut sebelah kiri rasa sakit.

mengadu dekat sahabat.

"lagi tiga jumaat"

celaka punya jawapan.

tapi tidaklah saya ambil hati.

dengan kawan lagi rapat lagi kasar guraunya.

lagipun mati kita mana tahu.

kemudian saya rapat muka dekat cermin.

garis halus atas dahi.

"tua dah.."

itonasi campur-campur.

redha + sayu + syukur.

rasa hendak sapu krim tegang kulit muka.

keh keh~

terkini dengan sebelum.

jarak masa 4 tahun lebih.

memang nampak sedikit beza.

tapi comel tetap ada.

~hihi~
(gelak kecil comel)

Khamis, 27 September 2012

gambar gambaran : bonbophan.



saya rasa kalau tidak bagitahu sesetengah dari kamu mesti tahu siapa yang lukis.


hasil kerja laki bini.

terima kasih bonbon dan ophan

Khamis, 20 September 2012

16 september.(tampalan tertunda)

sarapan satay dekat Muar.

pisang goreng cicah kicap cili dekat JB.

karipap rendam dalam laksa dekat Arau.

roti canai cicah susu dekat bukit Kayu Hitam.

apam balik dengan telur dekat Kuala Terengganu.

char koey teow campur seri kaya dekat Kota Bharu.

murtabak goreng dekat Sabah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan kamu rasa kamu sudah cuba semua.

teroka,

terus teroka.

selamat hari Malaysia.

*sambil kibar bendera dalam hati.

Khamis, 6 September 2012

gambar gambaran.edisi peraga keluarga.

bila saya tekan punat kamera,

semua tahu buat muka fotogenik










tetapi bila dicadangkan gambar keluarga
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~~tu dia~~

Rabu, 5 September 2012

panduan menguruskan masa dengan lebih berkesan II.

.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
susah rasanya

lagi- lagi untuk encik beranak dua macam saya.

dua- dua kecik

dua-dua matcham ragam.

dulu kalau ada jemputan tuan rumah baru susun kerusi saya sudah tunjuk muka.

sekarang pengantin sedang sental bawah kuali kami baru mahu bagi salam.

muka budak cirit (abaikan gaya rambut ainul yang hebat itu)
smecta tidak mahu kaolin pun tidak mahu
kesudahannya susu rumusan khas yang boleh dibancuh sekali dengan smecta.
cepat baik lah anak.

*smecta = ubat cirit birit yang menurut kata KOG, rasa sama macam plaster simen.
**kaolin = sama matcham smecta,tapi dalam bentuk sirap.
***terima kasih kepada dr. kakak dan dr. hanie atas konsultansi profesional percuma.

Selasa, 28 Ogos 2012

potensi.ayuh sama-sama menyerlahkannya.


kadang-kadang,

kita tidak perasan akan kelebihan.

samada tanpa sedar,

penafian,

atau tidak mahu teroka.

sekarang mari kita lihat gambar dibawah,














seterusnya gambar ini pula,















"bujal makan halia guna sudu kah? "

tidak sayang,

itu perbuatan aneh namanya.

berbalik kepada perkara pokok,

kelebihan.

sejak berkawan dengan encik jamie oliver

maka tahulah saya,

sudu adalah pengupas halia yang paling hebat.

cubalah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
*tanya sedikit,saya sajakah atau blogger.com sekarang berperangai haram jadah? mahu terbit tampalan pun bukan main dia punya susah.

Khamis, 16 Ogos 2012

ikhlas

versi asli




saya sayang kawan-kawan saya.

semoga semua urusan kamu dipermudahkan Allah S.W.T


Selasa, 14 Ogos 2012

rezeki ramadhan.

kakak itu tangan kiri kanannya penuh dengan palstik bungkus kuih raya.

abang man jeling kemudian pandang saya.

"beli banyak-banyak,isi dalam bekas lepas tu dah.bukannya ada orang makan pun.time membeli tak ingat"

tidaklah saya tahu ayat abang man itu berbentuk serangan peribadi atau kenyataan umum,

tapi saya ikut angguk setuju.

sambil saya senyum-senyum.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
syaitan kena rantai.

nafsu??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
untung jadi orang ramah,

tahun ini 5 bekas kuih raya saya ditaja kenalan.

alhamdulillah.

sampul duit raya pun pejabat bagi percuma.

dan duit raya tahun ini,

cadangnya mahu buat begini lagi.

keh keh~

Jumaat, 10 Ogos 2012

sabarlah sabarudin.


kawan pusing sana,

kawan pusing situ.

kawan merengus.

saya cuma diam,

menanti dengan penuh harapan.

kawan makin kalut.

kawan muka merah merengus mendengus.

"cilako punyo Hameed!!! bungkus kuah kari pakai gotah ko pakai solex??"

kemudian kawan campak bungkusan plastik itu ke luar tingkap.

saya jegil mata.

"jadah kamu!! da tu roti canai ni nak cicah dengan apa?? dynamo? colgate? sunlight??"
.
.
.
.
.
.



dan pagi itu Hameed membebel bila saya minta sebungkus lagi kuah kari.

"apa macha? tadi saya suda bagi banyak apa?? u minum ka u cicah itu kari??"

saya cuma tunduk,

tapi sempat saya pesan kepada Hameed,

"tak payah ikat bang.."
.
.
.
.

orang kurang iman,

sabarnya nipis.

dengan seutas getah pun dia boleh kalah.

istighfar lah.

istighfar banyak-banyak..


Selasa, 7 Ogos 2012

pagi pejabat tanah :KL dari perspektif sipi-sipi.



pengunjung tanya saya,

"cik kat sini bil tanah K.L boleh bayar?"

maka saya bagi jawapan yang sudah termaktub,

"tidak boleh lah encik,kami terima bil tanah untuk daerah dalam selangor sahaja"

pengunjung tarik muka sikit,

"K.L bukan dalam selangor kah?"

tadi tarik muka sekarang pengunjung kerut dahi pula.

"kalau sebelum 1974 ya benar K.L itu masih dalam jajahan selangor"

pengunjung keluar bil tunjuk kepada saya,

saya teliti,

saya senyum,

saya keluar angka giliran,

saya beri kepada pengunjung.

"maaf encik,saya terkeliru sikit..tolong  masuk ke dalam kaunter hasil ya.."

sempat juga pengunjung senyum sinis.

saya tidak tahu hendak marah atau apa.

"pelanggan sentiasa benar"

memang lah benar tapi mengelirukan kadang - kadang.

K.L itu memang dalam selangor.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kuala Langat.

bukan Kuala Lumpur.

haish~




Khamis, 2 Ogos 2012

soalan saya kepada kamu,

masihkah ada yang rindu?
.
.
.
.
.
.
.
.
*sambil saya cuba kutip semula ghairah-ghairah yang tercicir.

Rabu, 18 Julai 2012

athirah.(yang utama/yang mulia)

ainul ambil lampin,

ainul kesat mulut aisyah.

ainul pandang saya,

"adik untah~"

(adik muntah)
.
.
.
.
.
.
makin hari makin besar,

makin hari makin pandai,

makin hari makin sayang.

sayang,

sayang,

sayang.


ainul athirah
17 julai.
2 tahun genap.


Jumaat, 13 Julai 2012

eksploitasi bawah umur bagi menampung defisit belanjawan jayafamili.

masa sedang sandar-sandar,

mata saya pandang takwim,

selak-selak,

rupanya ramadhan sudah dekat sangat

saya sambung sandar.

kemudian saya hitung-hitung.

kuih baju langsir persiapan raya semua belum ada.

sebagai melayu tipikal haruslah saya risaukan perkara itu.

harap-harap perdana menteri satu malaysia itu sudi bagi duit raya kepada penjawat awam matcham tahun sudah.

dari sandar-sandar sekarang saya duduk tegak,

terus belek-belek telefon pintar saya yang hebat itu.

belek punya lah belek,

saya jumpa satu gambar,

























rupanya saya sudah anak dua,

jadi bila raya,

secara harfiahnya,

kutipan duit raya akan jadi berganda.

senyum kecil saya mula nampak gigi.

he he~~

keh keh keh~

KAH KAH KAH KAH!!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
ya Allah,

jauhkan saya dari sifat tidak amanah.

walaupun dengan keluarga sendiri.

amin,

ya rabbal alamin.

Isnin, 2 Julai 2012

Cerita Tentang Realiti Lipas + Ayam

sebenarnya,
..hari-hari saya baca blog kamu semua,
.
cuma saya tidak berkomen.
.
punyalah saya sebu akal,
.
sampai mahu berkomen pun jadi janggal,
.
apa lagi mahu tulis entri baru.
.
walaubagaimanapun,
.
marilah sini dengar saya bercerita.
.
pagi ini saat kawan-kawan cakap yang sepanyol itu juara euro 2012,
.
saya cuma senyum.
.
bukanlah saya ini manusia gemar bola.
.
haram saya tiada ambil kisah.
.
haha~
.
.

begitulah ceritanya kenapa saya sekarang jarang tulis entri baru.

aisyah irdina
3 bulan 16 hari.
sudah pandai mengiring.





*hari ini entri halimunan.siapa yang biasa baca blog saya tahu butang apa yang harus ditekan.siapa yang tidak tahu,tajuk entri sebagai pembayang.ha~~mengada-ngada kan saya hari ini?

Selasa, 19 Jun 2012

pandang,rasa,hayati.

kadang-kadang,

kita benci,

benci tidak berpunca.

benci ikut tanggapan.

orang lain benci,

kita pun hendak sama.

buka hati,

buka mata.

tak kenal,

maka tidak cinta.

yang benar,

peminatazwanalimasterchefselebriti.

keh keh~


Khamis, 7 Jun 2012

oh qamariah.

harapan:



realiti :


kemudian saya pandang kamera saya.

"useless piece of scrap"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"JADAHNYA! AKU BUKAN DSLR LA BONGOK!"

marah betul kamera saya pada malam itu.

tapi tidak megapalah.

mata saya jadi saksi,

bulan penuh pada malam itu memang cukup cantik.

kemudian saya dan kamera tongkat dagu dekat pagar.

asyik pandang bulan.

khayal.




*tabik kepada tasek m, dr singa,gadis bunga,khairul onngon,daddy double z,dr hanie,kella,khairil hakimin dan mereka-mereka yang ada bakat tangkap gambar.

Rabu, 6 Jun 2012

tawarikh kasih.

tujuh lapan tahun lepas.

saya gumpal-gumpal lemak keliling perut,

berhadapan cermin saya mengomel,

"serabai"

"fatty fatty bam bam"

"ada ke orang nak dengan aku??"

kemudian saya gelak.

gelak sedih.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
pagi 30 mei lepas.

celik mata dari lelap yang sedap,

"abah taknak cakap apa2 kat ibu ke pagi ni?"

comel bini saya pagi itu.

saya cuma senyum keliru.

"i love you??"

"ABAH!!!"

saya kerling jam tangan,

penunjuk tarikh pamer angka 30.

kucup pipi dengan dahi mama aiai.

"happy anniversary sayang.love you.."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
saya hadap cermin lagi.

kemudian saya pandang dua gadis kecil kesayangan saya.

saya gelak.

gelak syukur campur gembira.





















kek keju oreo.

pahit manis masam masin semua ada.

serupa matcham hubungan kami laki bini.

saya sayang keluarga saya.

banyak-banyak.

Khamis, 31 Mei 2012

gambar gambaran.edisi entah ke berapa saya sudah lupa.

pesanan khidmat masyarakat.
hari ini hari akhir.
kamu lambat bayar,
denda kamu tahu!

tidaklah saya mahu ainul jadi seperti abahnya,
umur 24 baru merasa duduk dalam keretapi.
ainul athirah.1 tahun 10 bulan 14 hari.
sudah naik keretapi.

tiap kali lalu depan kedai ini saya akan gelak sedikit.
membayangkan encik Soon itu siok (syok) sendirian

asal lahir iras ibunya.
bulan berganti bulan,
entah ikut iras siapa.
aisyah irdina.
2 bulan 15 hari.

kisah benar,
pertama kali gambar sekeluarga semenjak aisyah lahir.


tangan siapa biarlah rahsia.
kawan kita kita juga.
maka bolehlah saya tubuh kelab ibu jari bengkok.
keh keh~



Isnin, 28 Mei 2012

penuntut hak entah apa.

"u tolong check saya punya ic boleh? itu bantuan banjir punya.saya sudah register"

saya taip nama encik itu dalam kotak carian.

TIADA REKOD.

"sori uncle,u punya nama takde lah.."

encik itu mengeluh.

"rumah uncle teruk ke masa banjir hari tu"

"teruk wo...itu kerusi meja semua kaki hancur!"

"uncle duduk mana?"

"flat pandamaran sana.."

"tingkat berapa??"

"tingkat tigaaaaa"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
saya senyum.

uncle diam muka ketahuan menipu.

"kerajaan selalu tipu kita punya duit..kita mesti ambil balik ma..."
.
.
.
.
.
saya syak sekarang era buat baik berbalas jahat,buat jahat berbalas jahat sudah bermula barangkali.



memang lah klang dilanda banjir pada masa itu,

tapi tidak lah sampai tenggelam bangunan 3 tingkat.

keh keh~

Jumaat, 25 Mei 2012

kisah singgam warna separuh hitam separuh putih dengan ibu jari.

1996

"ko tunggu jap,aku nak tunjuk ni!"

entah apa kena abdul salam pagi itu.

teruja satu macam.

kemudian abdul salam sumbat dua biji gula-gula getah dalam mulut beliau.

dan saya serupa orang bodoh menunggu entah apa yang abdul salam hendak buat.

"ha..ko tengok ni...."

abdul salam menghasilkan belon dari gula-gula getah yang dikunyah.

punyalah besar.

"ko boleh buat ke????"

saya geleng kepala.

saya bengkokkan ibu jari,

saya tunjuk kepada abdul salam.

"ko boleh?"

giliran salam geleng kepala.

lalu temetrai satu kesimpulan,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kita ada lebih,

kita ada kurang.

janganlah sombong-sombong.


kelebihan yang tidak ada guna.

keh keh~

Khamis, 24 Mei 2012

lima orang kongsi satu bilik air.

























sehelai not seringgit dengan lima keping duit 5 sen sahaja.

semenjak mula berkeluarga sampai sekarang,

jumlah bil berlegar sekitar dua ringgit.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"gile ko bujal!mandi ke tak??".
.
.
.
.
.
.
hari-hari saya mandi lah.

kemudian saya tunjuk bawah lengan saya yang ada haruman johnson & johnson baby bath sebagai bukti.









*pendek cerita duduk selangor air percuma.

alhamdulillah.

Jumaat, 18 Mei 2012

romantik bilik tinja.

sms masuk:

"saya nak dengar dari mulut awak sendiri"

terkedu sekejap.

bukanlah saya tidak mahu melafazkan ayat tersebut,

tapi ketika itu sahabat saya shariman ada bersama.

malulah saya .

lagi sms masuk,

isi yang sama dengan nada lebih mendesak.

mengeluh dan beralah.

saya kunci diri dalam tandas.

dail nombor wanita tersayang :

"ye,saya sayang awak,saya cintakan awak"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
























hari hari sayang,

dan ya,

berpeluh juga saya mahu ingat tarikh hari ini ada peristiwa apa.

Rabu, 9 Mei 2012

untung mereka.

abang felda datang tempat kerja saya

mahu bayar cukai katanya

abang felda selesai bayar kemudian kami borak,

saya tepuk-tepuk bahu abang felda :

"untung lah~rm15000.."

"ceh~kau ingat banyak sangat ke? bahagi mak bapak dengan aku dapat rm5000 je sorang.."

senyum saya terus jadi tawar.

impian untuk minta abang felda belanja teh tarik halia berkecai.

dan dalam masa yang sama di hati ini,

enam tujuh kali juga saya membinatangharamkan abang felda.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"ceh~kau ingat banyak sangat ke?"

punya lah saya marah.

Selasa, 8 Mei 2012

menjemput.

kambing sudah dipilih,

makan sudah ditempah,

semua sudah.

yang tinggal,

jemputan kepada kamu sahaja.

andai kamu kelapangan sabtu ini,

berkunjunglah ke rumah saya.

kenduri akikah aisyah irdina.

ada kambing golek tahu!

~no 24 lorong melikai 52 taman pelabuhan,pelabuhan klang selangor.
0143347701/0182268402.

11 pagi sampai makanan habis.

sudilah datang ya~

sesi bergambar bersama cuma rm5 sekeping!

keh keh~







*andai kamu hadir dan yang menyambut kamu itu adalah haji salim.berkatalah kamu itu kawan kepada firdaus.garu kepala haji salim kalau kamu cakap kamu kawan bujal.

Isnin, 23 April 2012

pudar.

usung troli,

dalam isi susu lampin anak

senyum kepada gadis,

sudah tidak laku.

keh keh~



1 bulan 7 hari
naik 1.2kg sejak lahir




1 tahun 9 bulan 6 hari.

demam.







Isnin, 16 April 2012

sepikah?

selepas kahwin,

kehidupan saya berkisar tentang keluarga sahaja,

anak-anak dan isteri-isteri.

kelapangan saya banyak habis dalam internet,

sedang saya bersidai dekat muka buku,

perhatian saya ditarik,

"sipolan with sipolan at sekian tempat"

status jenis itu berleluasa dekat dinding saya.

seronok tengok kawan-kawan bersosial di dunia luar dengan kawan masing-masing.

saya hela nafas pendek,

saya kaku sekejap.

mengingat kembali bila kali terakhir saya ada kawan karib dan bersosial dengan mereka.

memori saya tidak dapat memberi tarikh dan tempat kejadian yang tepat.

yang saya ingat,

kali terakhir saya keluar dengan seorang kawan untuk bersosial,

adalah semasa sebelum saya jadi suami mamaAiAi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
saya kabur dengan perasaan sendiri.

antara kesunyian dengan kebosanan,

saya tidak tahu yang mana satu saya ini sekarang.

kemudian saya dakap internet,

internet cuma diam,

seperti saya juga.



rezeki pagi isnin,

jaga dekat pejabat saya bagi.

dari melaka,

bakal terus ke perut saya dan keluarga.

masak lemak cili api daging salai malam ini,

maka terliur lah kamu-kamu semua.

Isnin, 9 April 2012

ahad pagi.

"kita ni datang nak bagi sample penapis air ni bang.abang try dulu pastu baru fikir nak beli atau tak.kita tak paksa.."

saya cakap tidak mahu.

kemudian jurujual cakap tentang kepentingan air bersih.

punya lah lama dia bersyarah.

saya bosan.

"saya 28 tahun hidup belum pernah lagi masuk hospital sebab mandi minum air paip kat selangor ni.."

jurujual diam sekejap,

kemudian jurujual sambung syarahan,

saya tambah bosan.

"saya cakap saya taknak bang.abang sembang kencang macam la punca air kat rumah saya ni datang dari longkang.abang jangan risau,saya baca bismillah masa guna air kat rumah saya ni.

jurujual angkat tangan,

jurujual berambus.

bagus.
.
.
.
.
.
.
.
.
lain kali datang jual makanan,

baru saya layan sepenuh hati.



saya sampai sekarang tidak faham kenapa orang beli penapis air harga sampai ribu-ribu.SYABAS cakap penapis air biasa pun sudah cukup bagus sebenarnya.

~aisyah irdina,24 hari~

Jumaat, 6 April 2012

sekelumit iras.

"abang,aisyah ni kalau tengok betul-betul muka dia ada batang la~~tak macam kakak ainul~"

"aisyah ada batang??"

"BATANG HIDUNG LAH!"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hidup dalam era satu perkataan ada banyak maksud,

kadang-kadang boleh buat orang sesak nafas.

oh mamaAiAi cakap hidung Aisyah macam saya.

yay~


rambut dia saya sendiri cukur,

saya hebat tak?

Khamis, 5 April 2012

dangkal ilmu ketika itu.

"dik,bawal nombor 1 takde ke?"

saya senget muka pandang kakak tersebut.

"saya tak jual ikan kak~"

empat lima orang kakak lain yang berada semasa kejadian,

semua tepuk dahi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tahun 2001,

kerjaya saya sebagai penjual tudung pasar dekat pasar malam,

cuma bertahan 2 hari.

keh keh~

aliran gaya yang semakin pupus.

kamu masih pakai?

Rabu, 4 April 2012

gambargambaran.edisi rindu menyerang kalbu.

tempat saya kerja dulu.

tempat yang amat seronok tahu!

dekat pintu belakang ada jual nasi campur lauk daging burger.

Khamis, 29 Mac 2012

29/03/2012

saya bertanya kepada kamu,

perempuan berpantang boleh makan kek harijadi?

kalau boleh sila sarankan saya jenis kek yang sedap.

cuma satu tiada dua

saya cinta sampai bila-bila.

isteri saya sudah umur 28.

Isnin, 26 Mac 2012

teriak.

saya pandang cermin.

bawah mata sedikit gelap.

kesan tidur dengan tiga wanita dalam satu kamar.

bila seorang menjerit,

yang seorang lagi pun ikut jerit.

saya cuma mampu tahan jerit.

pasrah.



pusat saya popular.

pusat kamu?

Jumaat, 16 Mac 2012

Kurnia.

alhamdulillah.

ibu selamat melahirkan.

anak selamat dilahirkan.

12.15 tengahari,

3.24kg

aisyah irdina muhamad firdaus