Selasa, 30 November 2010

papan kenyataan bil.6/2010

berkuatkuasa ini hari,

1."header" baru.
~kalau kamu berkata rekabentuk "header" itu buruk,maka itu hak kamu.tapi pada saya,kamu hanya lah seorang yang buta seni jika tidak dapat menghayati keindahan "header " tersebut.

2.bahasa kebangsaan.
~mandatori.penggunaan bahasa rojak hanya akan digunakan bila perlu.penyusunan ayat dan perkataan akan mengikut piawaian Dewan Bahasa dan Puaka Pustaka.tetapi sebagai menghormati kebebasan bersuara,ruangan komen itu hak kamu semua.berbahasa lah sesuka hati kamu.

3.kemaskini
~sekurang-kurangnya 2 kali sehari.kecuali hujung minggu.sabtu dan ahad itu giliran saya dan keluarga untuk bercanda.

4.kata ganti diri
~Bujal akan diganti kepada "saya".tiada motif.suka-suka.

ada bantahan dari pihak kamu?

cerita betul 20 (khilaf)

masa itu,

saya sedang bermalasan.

rakan saya,

hadi (tenaga kerja asing berstatus halal)

asyik membelek surat khabar.

seraya hadi tergelak besar.

terbahak-bahak.

bagai orang kerasukan.

"kamu kenapa hadi?"

"nama orang tua ini,lucu sekali,malah kedengarannya amat aneh deh"

saya buntangkan mata,

mengeja nama orang tua itu.

"hadi"

"ngapain"

"kamu ini buta huruf atau buta kayu"

"loh,kok dibilang begitu"

senyuman hadi mula tawar

K.U.S.W.A.D.I.N.A.T.A,

bunyinya :

"KUSWADINATA"

bukannya :

KUDIS WANITA

hadi menyalahkan saiz huruf,

sebagai punca kekhilafan.


*nama sebenar aktor tersohor ini adalah kuswadi bin bujang.

Isnin, 29 November 2010

papan kenyataan bil.5/2010

tiada kemaskini,

untuk ini hari.

ada urusan seri paduka baginda.

Jumaat, 26 November 2010

cerita betul 19 (kenyit-kenyit)

malam tadi,

7.30 malam.

buka TV9,

"rasa-rasa"

rancangan memasak.

ayam panggang,

salad kentang,

"sticky puding kurma"

nampak sedap.

tapi,

nampak sedap lagi,

sang dewi pengacara


anis nabilah.

emm,emm dan emmmm~

*jangan beritahu mamaainul.

haha~

cerita betul 18 (risau)

tanya seorang budak :

"acik tau nasi lemak 50 sen tu apa?"

"sarapan yang hampir pupus"

jawapan jujur bujal.

"haha~salah~"

"dah tu?"

"nasi lemak 50 sen tu tetek kecik la acik"

pelangkung singgah di kepala anak kecil itu.

"acik ni apsal!!!!"

"acik sayang kamu"

risau.

anak orang sekarang.

Khamis, 25 November 2010

papan kenyataan bil.4/2010

dikatakan,

seseorang yang baru sudah berjoging,

kemudian bersarapanlah dia sepinggan nasi lemak atau roti canai.

maka sia-sia lah joging tersebut.

bujal pilih nasi lemak.

heh~

"persetankan persepsi mereka "

Rabu, 24 November 2010

papan kenyataan bil.3/2010

jika kamu berak,

atau kencing,

dan kemudian,

tidak "flush".

dengan alasan,

20 sen yang kamu bayar itu,

terlalu tinggi nilainya.

atau kamu berkata :

"najisku tanggungjawab pencacai itu"

maaf cakap,

tidak kisahlah,

samada kamu lelaki atau perempuan,

atasan atau bawahan.

kamu sememangnya:

"sial dan celaka "

rendah darjat kamu kalau dibandingkan,

dengan kucing,

yang tahu mengambus tahinya sendiri.

ubah la perangai.


*selamat hari tandas sedunia-19 november setiap tahun.

papan kenyataan bil.2/2010

merbahaya,

dan berisiko tinggi.

tapi apa nak buat,

sudah kecanduan.

bujal kemurungan kalau kehilangannya.

Selasa, 23 November 2010

papan kenyataan bil.1/2010

blog bujal bebas iklan.

sekian.

satu hari di kaunter 3.

semalam,

datang segerombolan manusia.

"kami jual baucer domino's pizza"

"abang boleh jimat sehingga beratus ringgit"

"cuma bayar saya RM20 sahaja"

"betul kah?"

"jujur bang"

macam tipu,

bujal tidak percaya.

"boleh tak saya order dulu,lepas baucer ni diterima baru saya bayar anda RM 20 itu.boleh?"

"kalau abang tak percaya sudah lah"

dan mereka terus berlalu pergi.

*mereka cuba tipu kah?

BERITA TERKINI :

tiada penipuan yang berlaku.penjualan baucer itu benar belaka.pihak domino's pizza sendiri mengesahkan perkara berikut melalui panggilan telefon.sekarang rasa menyesal tak beli baucer tu~~

Isnin, 22 November 2010

saya suka pt.3

saya suka pt.2

saya suka

cerita betul 17 (fitnah)

2005

bujal menyewa sebuah apartment,

berseorangan.

setiap kali pulang dari kerja,

bujal tumpangkan seorang kakak,

yang juga jiran bujal di tingkat atas.

kemesraan kami disalah erti.

oleh mata-mata yang dengki.

sampai satu malam,

pintu rumah diketuk.

"kami AJK surau dan pejabat agama"

(kononnya)

"silakan"

jemput bujal penuh berhemah.

satu rumah digeledah.

habis kucar kacir.

tapi ternyata,

"bujal tidak bersalah"

sekarang giliran bujal.

"jumpa apa yang kamu mahu?"

"tidak"

pintu dan grill bujal kunci.

dan kunci bujal masukkan dalam seluar dalam bujal.

"sila kemas semula kediaman saya"

haha~

malam itu,

5 AJK surau.(kononnya)

jatuh air muka.

padan muka kamu semua~

Sabtu, 20 November 2010

maaf

sabtu.

banyak kartun.

jangan ganggu.

heh~

Jumaat, 19 November 2010

cerita betul (trima kasey)

seperti yang bujal pernah maklumkan,

bujal pernah bekerja sebagai seorang jurugambar pasport.

satu hari.

datang seorang figura.

"pasport photo?"

"yes sir,please have a seat"

bujal sedikit teruja.

5 minit selepas,

siap.

"alamak brader,the blue blackground not fully visible lah  ..can use ah?"

"don worry sir,sure can use"

"wokey"

heh~

sebenarnya kalau bujal snap sepuluh kali pun belum tentu boleh nampak latar biru.

itu kerana,

beliau adalah seorang :


"TRIMA KASEY!!"

Khamis, 18 November 2010

cerita betul 15 (bertuah)

mac 2010.

dalam perjalanan ke tempat kerja.

"hantar sms sekarang dan menang RM5000.00!!"

corong radio frekuensi 105.3 fm.

berhenti di petronas.

tambah nilai RM10.

10 sms dihantar.

sambung semula perjalanan.

sampai pejabat,

panggilan masuk,

"tahniah!!"

heh~

bujal menang RM5000.

10 : 5000.

nisbah peluang kemenangan bujal.


*jangan mintak bujal belanja sebab duit tu da abis pun~~haha~

Selasa, 16 November 2010

cerita betul14 (ah chun dan korban)

bujal ada seorang sahabat.

ah chun namanya.

seorang mualaf dari sarawak.

satu hari kami bertemu.

di sebuah taman.

kami makan bersama.

bekal yang kami bawa sendiri.

terdapat beberapa cebisan daging,

diketepikan oleh ah chun dari hidangannya.

"kamu hari ini vegetarian kah?"

bujal cuba membuat humor murahan.

"gilak kamu!"

ah chun membidas.

"kan ugama islam melarang penganutnya dari memakan babi"

penjelasan ah chun .

alahai ah chun.

penerangan bujal tidak diterima.

ah chun keras dengan fatwanya.

masa berlalu.

khabar dari seorang rakan.

ah chun sudah murtad.

ah chun sudah kafir.

tidak dapat melepaskan kenikmatan babi.

alasan ah chun.

sayang,

ah chun tidak sempat menghayati,

erti pengorbanan.

*semoga hidayah kembali semula kepada kamu ah chun.

~salam aidiladha kepada semua muslim~

Isnin, 15 November 2010

senarai 5 kegemaran bujal.(makan)

bujal = makan = obses = obes

ke-satu

nasi kandar.
obses meter : 8
lokasi asyik : nasi kandar shariff~gelugor~pulau pinang~
bujal pernah ketagih.pernah naik keretapi,pastu naik feri,pastu naik bas,pastu berjalan kaki semata2 nak makan nasi kandar shariff.hilang akal.



ke-dua

nugget.
obses meter : 8
jenama asyik : marina binti samsudin
pernah makan nugget dengan nasi? nugget masak merah? nasi goreng nugget?nugget masak kicap?rojak nugget? mi kari nugget? nugget! nugget! NUGGET!!


ke-tiga

soto.
obses meter :7
lokasi asyik : soto sungai buloh jeram.selangor.ahad sahaja.
soto sungai buloh.kegemaran bujal sejak 20 tahun yang lepas.cukup cakap.
(padahal nak promosi~sebab soto tu abang ipar yang punya~)
tapi sriyes sedap~



ke-empat

putu bambu
lokasi asyik : pasar malam berhampiran.
obses meter : 7
uuuhhh~~~ahh~~malas nak cakap~~


ke-lima

angin
lokasi asyik : satu bumi.
obses meter : ikut ketebalan poket.
haha~bujal suka makan angin~siut kan perangai bujal~

cerita betul 13 (abah yang keji)

saat itu,

cuma kami berdua,

bujal dan ainul.

ainul tertawa riang,

diagah-agah.

pandang kiri,

pandang kanan.

"clear!!"

PRUUTTT~~~ah~~kapish~~

perasaannya seperti cinta pertama.

muncul granpaainul tanpa disedari,

"huih~~kuatnya bunyi~~ainul kentut ke?"

"ha~~aah bah~~"

ainul muka cuka,

di kambinghitam kan oleh abah sendiri.

haha.

Jumaat, 12 November 2010

senarai 5 kegemaran bujal.(blog)

selepas menikmati sarapan yang mewah di pejabat mewah bujal di KLCC,wajib bagi bujal untuk menyelusuri beberapa laman sesawang kegemaran bujal.maka dengan itu,dicartakan 5 blog kegemaran bujal:

ke-satu

kucingorengemok


sebab musabab : bujal suka kucing


ke-dua

hijau itu indah & permai


sebab musabab : bujal suka warna hijau


ke-tiga

miloaiskurangmanis


sebab musabab : bujal suka milo


ke-empat

tasik M


sebab musabab : bujal suka tasik

ke-lima

journal of our lurves


sebab musabab : bujal suka..jurnal?

*kepada yang tak tersenarai~~kesian korang~~tapi apedehal? bujal tetap menjenguk blog korang semua~

bujal

diolah oleh beliau

kenyataan

1 muka surat,

tazkirah.

1 muka surat,

soal jawab agama.

2 setengah muka surat,

judi.

ironi,

surat khabar ini hari.

Khamis, 11 November 2010

satu hari di kaunter 2.

datang seorang anonymous,

40an barangkali,

bercerita,

manusia bersaiz beruang seperti bujal,

kebanyakannya mandul dan tidak subur,

lemah di atas ranjang,prestasi mengecewakann,

"pakcik mulut gampang" getus hati kecil bujal,

anonymous sambung bicara,

"kamu kena cepat berubat sebelum terlambat"

"pakcik"

"ye"

"pakcik cakap tak pandang kiri kanan"

sambil bujal paparkan wallpaper bujal,

gambar kami sekeluarga,

anonymous tersengih,

dan berlalu,

dalam keadaan hina.

heh~


*setelah dikaji,anonymous rupanya adalah seorang tukang urut tradisional khusus hal-hal kelakian yang sedang aktif dalam rangka promosi bergerak.maaf pakcik,pendekatan yang salah~

Rabu, 10 November 2010

true story will be

bujal ada cita-cita

sebelum raya

sebelum raya

sebelum raya

insyaallah.

cerita betul 12 (paranoid)

malam tadi.

tidur sendiri.

mamaainul tidur di ipoh.

ainul tidur bersama datuk.

menggelisah.

ke kanan ke kiri terasa salah.

spontan teringat.

kejadian malam itu.

kesudahan memalukan.

bujal tidur dengan lampu terpasang.

heh~

Selasa, 9 November 2010

cerita betul 11 (berfikir sejenak)

rakyat malaysia,

senyum sentiasa hingga ke cuping,ramah,tamah dan mesra.

tapi,

TAPI,

bila tangan sudah menggenggam stering,

nauzubillah.

pakcik berkopiah putih berkereta iswara hijau no.pendaftaran WEN 72**

maaf,pakcik seorang yang celaka.


mari termenung sebentar.



adik2~~tempat kamu bukan di situ~

cerita betul 10 (edisi dewasa bahagian 2)

tahun 2004.

bujal bekerja sebagai seorang jurugambar.atau yang lebih spesifik,tukang ambik gambar pasport.

datang seorang wanita hampir setengah abad,berkemeja putih,labuh dan polos.

sudah menjadi tanggungjwab bujal untuk mem'posisi'kan pelanggan untuk hasil kerja memuaskan mengikut piawaian antarabangsa.

sedang bujal asyik mem'posisi'kan wanita tersebut,mata bujal secara ekslusif dijamukan dengan permandangan dari celah kemeja wanita itu.sperti  kisah sebelum ini,wanita itu juga  ternyata 'braless'.

"adik.." sapa wanita itu.

"ye kak"

"jangan tenung lama-lama"

bujal:
















he~~bujal tak bersalah~~sapa suruh dia tunjuk~



Isnin, 8 November 2010

cerita betul 9 (edisi masa lalu)

bujal berumur 5 tahun ketika itu.

teman ibu ke ke kedai runcit.

nampak kereta mainan.

ibu jeling,tak perlu.

bujal kecewa,sayu.

dalam perjalanan pulang,melalui tempat pembuangan sampah.

ibu jumpa sesuatu.

"nah,buat mainan"

bujal bukan main gembira.

sampai la bujal umur belasan tahun.

bujal terjumpa balik mainan itu.

bujal tergelak.

rupanya selama ni.

mainan yang bujal sayang tu hanyalah sebuah

.
.
.
.
.

haha~~

tak sangka sebuah "tape dispenser" pernah membahagiakan bujal bertahun lamanya~

*bujal pernah hidup susah masa kanak-kanak tapi bujal tetap bahagia.

cerita betul 8 (edisi dewasa)

5.25 p.m
dalam kereta menunggu mamaainul keluar dari pejabat.

melintas seorang wanita ayu.

terjojol dan terpampang jelas dari balik baju wanita itu.

ternyata "braless"!

bujal tertawa riang.

wanita ayu berlalu pergi.

terdiam sejenak.

"apsal aku gelak???"

haih~~~

sistem respon bujal bermasalah.


 kucing di atas tidak bersalah.sekadar memaparkan ekspresi sensasi yang sepatutnya dialami oleh bujal pada ketika itu.

Ahad, 7 November 2010

cerita betul 7.(edisi seram)

semalam,
pulang ke kampung dengan mamaainul ziarah ibu.

selepas maghrib berangkat pulang.

hujan renyai,melewati tanah perkuburan.

assalamualaikum ya ahlil kubur..

..................

10 minit selepas,mamaainul bersuara.

"ibu saw something tadi"

bujal jawab,

"ibu nampak pocong kat kubur tadi kan?"

"hu..abah pun nampak ke??"

...............................

nasib baik ainul tak ikut..

Jumaat, 5 November 2010

haih~3.

pagi deepavali,

satu klang putus bekalan surat khabar..

Khamis, 4 November 2010

esok.

esok,

mamaainul nak masak sedap2.

keterujaan itu seperti kebanyakan rakyat yang sedang menanti filem 2 alam dari dr. rozmey.

oh my~

cerita betul 6

pada petang itu cuma kami berdua.

bujal sedang tergelak seorang diri. (tengah tengok tv la~)

uwekkkk~~uwekkk~~(nak susu,nak susu!)

ye la~~(sambil menyumbat puting susu ke mulut mulus anak kecil itu)

UWEKK!!!~~UWEKKK!!!~~UWEKKK!!!

apo kono??

puting botol susu tersumbat di lubang hidung anak kecil yang tidak berdosa itu.

~~ayo~~sori ainul~~abah janji tak menyusukan kamu sambil tengok tv lagi~~(nasib baik mamaainul takde time tu~)

abah saya memang clumsy gila!nasib baik saya tak lemas ketika itu - ainul athirah.3 bulan 17 hari.ketika ditemubual buletin utama.

Rabu, 3 November 2010

definasi

koleksi kertas dinding untuk komputer peribadi anda 3.

bujal takde idea nak menulis.
klik pada gambar untuk paparan yang lebih dahsyat.











sapa yang nak ambil,silakan,tapi jangan lupa cakap tq,kalau tak bujal merajuk.

Selasa, 2 November 2010

cerita betul 5

satu hari di 2009

ketika sedang asyik *menyundol,di sapa sesusuk tubuh layu :
derma ikhlas bang,untuk pembinaan madrasah anak yatim~(sambil memaparkan gambar-gambar pembinaan sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan)
susut RM1 dari saku.tidak mengapa.

selang satu hari kemudian.

juga sedang leka *menyundol,di tempat yang sama,disapa lagi sesusuk tubuh layu yang sama tapi dengan skrip baru:
derma ikhlas bang,untuk pembinaan masjid~(sambil memaparkan gambar yang sama seperti semalam)

                                                                            bujal :

 manusia keji itu terus berlalu pergi  .

2010
bujal pembenci peminta sedekah.



*menyundol : menyuap cendol la~~korang ingat bujal tengah buatpe???
                                     

cerita betul 4

 a.m



p.m

bujal

redha sahaja.

Isnin, 1 November 2010

satu hari di kaunter.

morning syer,where is the em yea yea building?

say what?

em yea yea

..............

the em yea yea..the yinsurens kompeni


(tahan gelak)