kali ini penceritaan adalah lagi tentang semasa kerja luar stesen.
tapi bukan dengan encik salleh.
.
.
dari pulau pinang,
saya dan yusrani telah dikerah untuk ke taiping.
oleh kerana bekas majikan saya seorang yang bakhil,
maka kami guna jalan pedalaman bagi mengelakkan pembayaran tol.
seronok tahu guna jalan dalam,
banyak benda dapat dipandang.
kira-kira sekejap perjalanan,
diameter mata semakin mengecil,
akhirnya saya terlelap,
tapi saya sempat berpesan dengan yusrani yang buta arah itu,
bila sampai jalan sekian dan kawasan sekian,
kejutkan saya,
supaya saya boleh tunjuk jalan (arah) yang benar dari masa ke masa.
sedang saya bermimpi baru hendak menunggang kuda,
yuszrani goncang bahu saya.
saya sedar dan masa itu kami berada di bahu jalan.
suasana cukup asing.
"aku rasa kita dah sesat"
berkaca mata yusrani ketika itu.
saya pandang sekeliling,
terpampang satu papan tanda :
"SELAMAT DATANG KE KG TEMERLOH"
.
.
.
.
"OMG what the helll!!! this is bullshit!"
(ya bila saya berada dalam keadaan tertekan saya akan mencarut dalam bahasa asing)
tapi marah saya bersebab,
mahu ke taiping tapi sampai ke temerloh.
apa hal?
apa jadah?
.
.
.
selepas dirasuah air kosong oleh yusrani,
hati saya sedikit tenang.
saya tanya orang sekeliling,
perasaan saya terus berbunga-bunga,
rupanya kami tidak sesesat mana.
kami cuma tersasar sedikit sahaja.
kerana rupanya ,
.
.
.
.
.
.
kami berada di kampung temerloh di perak.
bukannya temerloh di pahang.
hihi~
ya.terbalikkan monitor kamu.
pagi ini saya kabur.