saya hadap mangkuk plastik mi segera dihadapan saya,
dalamnya cuma ada segumpal mi dan kuah cair warna jernih.
"maggi sup lagi malam ni"
redha dalam keterpaksaan,
saya hirup dengan penuh perasaan.
belum sempat kira sampai sepuluh,
habis licin hidangan.
lepas sendawa kecil.
saya tenung mangkuk plastik yang sudah kosong itu.
mangkuk plastik kosong tersipu malu,
disebalik suram waktu itu,
mangkuk plastik kosong ada bercakap :
"kalau boleh saya nak jumpa awak hari-hari"
"tak hingin haku!"
saya jawab sombong.
kemudian bersaksikan dinding 4 penjuru,
saya angkat ikrar untuk tidak boros dalam belanja gaji.
supaya saya tidak perlu berjumpa lagi dengan mangkuk murahan itu.
mangkuk plastik kosong cuma senyum sinis.
cukup 30 hari selepas kejadian.
saya dipertemukan semula dengan mangkuk plastik kosong.
heh~
sesungguhnya saya gagal laksana ikrar saya sendiri.
rasa malu,
saya minta maaf kepada mangkuk plastik kosong atas kesombongan saya.
mangkuk plastik kosong beri senyuman manis.
kemudian kami berkawan baik.
asal hujung bulan mesti meluangkan masa bersama.
.
.
.
selepas saya tukar kerja kami jarang berjumpa.
tapi kadang-kadang bila rindu,
saya cari mangkuk plastik kosong itu.
kadang-kadang saya pandai melukis.