Selasa, 7 Jun 2011

perhubungan gastronomi.

saya hadap mangkuk plastik mi segera dihadapan saya,

dalamnya cuma ada segumpal mi dan kuah cair warna jernih.

"maggi sup lagi malam ni"

redha dalam keterpaksaan,

saya hirup dengan penuh perasaan.

belum sempat kira sampai sepuluh,

habis licin hidangan.

lepas sendawa kecil.

saya tenung mangkuk plastik yang sudah kosong itu.

mangkuk plastik kosong tersipu malu,

disebalik suram waktu itu,

mangkuk plastik kosong ada bercakap :

"kalau boleh saya nak jumpa awak hari-hari"

"tak hingin haku!"

saya jawab sombong.

kemudian bersaksikan dinding 4 penjuru,

saya angkat ikrar untuk tidak boros dalam belanja gaji.

supaya saya tidak perlu berjumpa lagi dengan mangkuk murahan itu.

mangkuk plastik kosong cuma senyum sinis.

cukup 30 hari selepas kejadian.

saya dipertemukan semula dengan mangkuk plastik kosong.

heh~

sesungguhnya saya gagal laksana ikrar saya sendiri.

rasa malu,

saya minta maaf kepada mangkuk plastik kosong atas kesombongan saya.

mangkuk plastik kosong beri senyuman manis.

kemudian kami berkawan baik.

asal hujung bulan mesti meluangkan masa bersama.
.
.
.
selepas saya tukar kerja kami jarang berjumpa.

tapi kadang-kadang bila rindu,

saya cari mangkuk plastik kosong itu.



kadang-kadang saya pandai melukis.

87 comments

7 Jun 2011 pada 8:14 PG

keh3.....rezeki ujung bulan tahu!

7 Jun 2011 pada 8:21 PG

Bila dah punya tanggungjawab automatik pandai budget utk tak bertemu lagi mangkuk plastik itu...

7 Jun 2011 pada 8:24 PG

tulah...jangan sombong sangat..kehkeh...walau murah tapi bila hujung bulan totap menjadi pujaan hati...:)

7 Jun 2011 pada 8:27 PG

canti lukisan awak...ala2 kartunis!

7 Jun 2011 pada 8:28 PG

Kamu memang pandai bercerita. :)

7 Jun 2011 pada 8:38 PG

mmg pandai.
saya suka.


.

7 Jun 2011 pada 8:45 PG

lawa tulisan :D

7 Jun 2011 pada 9:22 PG

rambut itu sangat serupa!!

7 Jun 2011 pada 9:29 PG

rambut tepek

7 Jun 2011 pada 9:32 PG

kadabg kadang lukisan awok ter cantik ter sangat la pulop.. hehe

7 Jun 2011 pada 9:35 PG

kengkadang makan mee segera pun sedap jugak.. hari hari melantak nasi ngan ayam ..bohsan juga der

7 Jun 2011 pada 9:39 PG

mangkuk pelastik tu kamu perlu letak dalam kotak kaca pmaeran dalam almari tahu~
banyak jasa kat kamu tu..

7 Jun 2011 pada 9:41 PG

tetiba t'pike dah lama x mkn dgn mangkuk plastik tu..jom

7 Jun 2011 pada 10:05 PG

cantek gambar tu... ada seni situ...

7 Jun 2011 pada 10:27 PG

hujung bulan dan mangkuk megi...tak buleh di pisahkan. hahaha

7 Jun 2011 pada 10:33 PG

-alhamdulillah...walopon mangkuk kecik tu ujung bulan...masih ade rezeki dr Allah...

7 Jun 2011 pada 10:39 PG

comel lukisan tu....

7 Jun 2011 pada 10:49 PG

hujung bulan atau bila2 pun, memang suka makan megi.sedap.keh3

morning :)

7 Jun 2011 pada 11:00 PG

mendalam makna tu...bagus.. pandai berkata2..

7 Jun 2011 pada 11:14 PG

tak baik sombong tau!!

7 Jun 2011 pada 11:31 PG

mee segera pun sekarang sudah mahal, kamu tahu?

7 Jun 2011 pada 11:45 PG

kalo dah bestfren
memang payah nak berenggang kan???

pinjam ye lukisan uols tuh!
cun plak iols tengok....

7 Jun 2011 pada 11:45 PG

dee selalu mkn maggi bila time dah gaji..arggghh..lazatnya..hihihi..

7 Jun 2011 pada 11:46 PG

bulan tua macam tu la... hujung bulan baru cari.... tapi tak baik tau makan meggi hari2...hehehehe

7 Jun 2011 pada 12:07 PTG

dua tiga hari ini asik bercakap dengan 'benda'je?

7 Jun 2011 pada 12:16 PTG

tersentap aku. megi juga sering menjadi temanku tak kira awl atau hujung bulan. tapi aku lebih suka meggi goreng! nyum nyum

7 Jun 2011 pada 12:22 PTG

dulu lain sekarang lain...

dulu takde pilihan, sekarang boleh memilih yg lain2


maggi, pengubat lapar di kala poket kering... kehkehkeh...

7 Jun 2011 pada 12:27 PTG

teman terbaik sy jugak tu... rindunya kat dia.hahaha

Tanpa Nama
7 Jun 2011 pada 1:03 PTG

mi cawan tu kdg2 jadi penyelamat keadaan di kala tekanan menghimpit poket..haha!

7 Jun 2011 pada 1:21 PTG

tapi ai bukan tunggu hujung bulan.. awal bulan pun jumpa kawan baik yu tu.. sampaikan terpaksa sorok taknak bagi anak2 tau kehadiran kawan yu tu.. tak elok untuk kesihatan tapi itu juga yang ai cari..

7 Jun 2011 pada 1:41 PTG

lumrah hujung bulan. haha

7 Jun 2011 pada 2:22 PTG

cisss. imaginasi trus cam dlm cite katon
>,<

7 Jun 2011 pada 3:23 PTG

kah kah kah terbahak2 gua baca... tu la jangan sombong2 lagi tau hahha

7 Jun 2011 pada 3:46 PTG

saya harap kamu naik gaji cepat-cepat :)

7 Jun 2011 pada 4:06 PTG

*gelak kecil sambil tutup mulut sambil cakap "padan muka" pelan-pelan*

7 Jun 2011 pada 4:12 PTG

@AYuNG

eh sekarang megi ada banyak perisa yang sedap2 hapa~~he~~

7 Jun 2011 pada 4:13 PTG

@Kakzakie

bukan masalah budget kak~~tapi masalah nak membudget~~haha~~gaji kecik~~

7 Jun 2011 pada 4:14 PTG

@lieynanilaz

ya~saya insaf~haha~~

7 Jun 2011 pada 4:14 PTG

@kaklong

huh~~jauh panggang dari api~he~~

7 Jun 2011 pada 4:15 PTG

@kakcik

kadang2 je makcik~~he~~

7 Jun 2011 pada 4:15 PTG

@tasekM

nak otograf tak?he~~

7 Jun 2011 pada 4:15 PTG

@Fina Fento

lawa macam budak sekolah~haha~~

7 Jun 2011 pada 4:16 PTG

@DrSinga

belah tepi forever~haha~~

7 Jun 2011 pada 4:16 PTG

@kucingorengemok

macam donald trump tak?

7 Jun 2011 pada 4:17 PTG

@Cik Pah

gile ah cikpah hari2 makan nasi ayam~haha~~

7 Jun 2011 pada 4:17 PTG

@alien

aku ingat nak frame je~~he~~

7 Jun 2011 pada 4:18 PTG

@fISZ

ui~~lamanya tak nampak komen kamu kat sini~~

7 Jun 2011 pada 4:18 PTG

@NM02

seni la sangat~~haha~~

7 Jun 2011 pada 4:18 PTG

@hani

vote megi sup!haha~~

7 Jun 2011 pada 4:19 PTG

@AI

betul~~daripada kebulor~~he~~

7 Jun 2011 pada 4:19 PTG

@Mommy Fara

tapi mommy lagi terer~~

7 Jun 2011 pada 4:20 PTG

@Raihana Izzati

nanti cepat botak tahu!haha~

7 Jun 2011 pada 4:20 PTG

@chichi

uih~~dapat tangkap? syabas~he~~

7 Jun 2011 pada 4:21 PTG

@wahida

da tak sombong da~~he~~

7 Jun 2011 pada 4:21 PTG

@Daddy Ziyyad

dulu sepeket 50 sen je~haha~~

7 Jun 2011 pada 4:22 PTG

@miloais

pinjam? hambik je la makcik~~haha~~

7 Jun 2011 pada 4:22 PTG

@Dee

hoih~tu betul peminat meggi~~haha~~

7 Jun 2011 pada 4:23 PTG

@dwaty

saya makan ujung bulan je~he~~

7 Jun 2011 pada 4:23 PTG

@eLL

ha~~misteri tak?

7 Jun 2011 pada 4:23 PTG

@hanaahmad

leceh ah nak masak megi goreng~~he~~

7 Jun 2011 pada 4:24 PTG

@James Alexander

tapi meggi still termurah~~haha~

7 Jun 2011 pada 4:24 PTG

@Khairul Antasha

apa lagi? gi la beli sebuntil~haha~~

7 Jun 2011 pada 4:25 PTG

@makdara TERdiva

nak plak makan tengah time lapar~he~~

7 Jun 2011 pada 4:25 PTG

@aizamia3

ni lagi sorang hantu meggi~haha~~

7 Jun 2011 pada 4:27 PTG

@мʋтɛ ƨтσяʏтɛℓℓɛя ♥

kekadang time awal bulan pun da jumpa da~~he~~

7 Jun 2011 pada 4:28 PTG

@ejaMaria

la~~napa delete komen sendiri kak~~

7 Jun 2011 pada 4:28 PTG

@Fyqa

he~~jangan letakkan sempadan dalam berimiginasi~~

7 Jun 2011 pada 4:29 PTG

@JARI TERBARAI

cite lama ~~saya da tak sombong da~haha~~

7 Jun 2011 pada 4:29 PTG

@tupaimerah

amin ya rabbal alamin~~

7 Jun 2011 pada 4:30 PTG

@HEROICzero

*mencerca HEROic zero dalam hati~

7 Jun 2011 pada 4:33 PTG

@ubi

ye~~cantik ke laut~haha~~

7 Jun 2011 pada 5:03 PTG

kire mewah mangkuk. aku bungkusan.

7 Jun 2011 pada 6:35 PTG

kalau tak jumpa nanti rindu pulak. heheh~

7 Jun 2011 pada 7:11 PTG

ia kawan yg hebat dan memahami,juga setia(^_^)

7 Jun 2011 pada 10:26 PTG

Kamu lukis pakai hapa, ni...?

ini mesti komputer berkuasa tinggi...!

8 Jun 2011 pada 6:19 PG

tak sangka.. bujal terro melukis..
kak ayu zero dik...

dik, bab maggi tu kan.. serius nak habaq hampir 6 tahun kak tak makan..
heheheh..


PS: selamat pagi, hanya subuh gajah gini jer lah kakak ko dapat BW dan bertanya khabor..

8 Jun 2011 pada 6:26 PG

bujal cik ina suka makan maggi ruski tomyam, tak kira, kalau dapat hari-hari pun suka. maggi memang sedapkan.

8 Jun 2011 pada 7:57 PG

@Encik Psychopath

yang mangkuk mi nya lebih kenyal~

8 Jun 2011 pada 7:57 PG

@gadisBunga

amboi~~ada affaiar dengan meggi jugak kah?

8 Jun 2011 pada 7:58 PG

@suha

setia dikala dompet nipis~he~~

8 Jun 2011 pada 7:58 PG

@gedek!

saya lukis atas kertas je pakcik~~haha~~

8 Jun 2011 pada 7:59 PG

@Citarasa Rinduan

akak ada gaduh dengan meggi kah sampai 6 tahun tak jumpa?he~~

*saya faham kak~~nak2 lagi kerja macam akak~~he~~

8 Jun 2011 pada 8:02 PG

@Cik Ina Do do Cheng

mi ruski saya tak berapa nak in~mi dia tak sedap~he~~

8 Jun 2011 pada 3:43 PTG

tulah..cakap besar lagi..

sian mangkuk plastik tu..

9 Jun 2011 pada 1:44 PG

heeeeeeeeeeeeee... kalu makcik mangkuk plastik tu boleh jawab....

"mboi-amboi bujal x... aritu kenmain kekwat... cari ittew gak...! heeeeeeeeeeeeee

10 Jun 2011 pada 5:34 PTG

syukurlah kamu sudah ada penghidupan baru kan..makan maggi selalu-selalu pon x elok sgt..

Catat Ulasan