Jumaat, 29 April 2011

jangan bawa pasangan kamu berjumpa ibu dan bapa selagi kamu belum betul-betul mahu mengikat pertalian yang sah kerana kadang-kadang perbuatan itu adalah membahayakan.(ya tajuk tampalan hari ini amat panjang)

ini adalah kisah yang amat benar.

kawan saya itu namanya mirwan.(nama manjanya adalah mariachi)

pakej lengkap matcham saya.

tampan tinggi berbudi pekerti.

maka dia perempuan berbondong-bondong suka.

kegemaran dia adalah membawa pulang gadis untuk ditunjuk kepada mamanya.

ada satu gadis yang dibawa balik.

mamanya amat suka.

tapi sayang,

cinta mirwan itu putus di 3/4 jalan.

kemudian mirwan sambung kegemaran.

membawa gadis pulang tunjuk pada mama.

tapi sampai sekarang,

satu pun tiada mamanya suka.

walaupun ada yang lebih baik.

mamanya cuma suka yang dulu.

sekarang mirwan umur sudah dekat angka 35.

tidak kahwin lagi.
.
.
.
.
.
.
kamu yang sedang asyik bercinta,

biarlah bila betul-betul mahu jadi.

baru bawa cinta kamu jumpa ibu dan bapa.

faham?

kalau tidak nanti risiko perkara yang terjadi kepada mirwan itu amat tinggi untuk menghidapi kamu.


*tampalan hari ini diinspirasikan dari ati masrif




granpa ainul dulu mana suka sama saya.

tapi itu dulu.

sekarang saya satu-satunya menantu kegemaran.

kerana saya adalah seorang menantu tunggul tunggal.

~hihi~

Khamis, 28 April 2011

angka-angka.

semalam kepala pening.

kemudian saya berjalan-jalan.

saya jumpa sesuatu yang menarik.

kemudian saya ambil gambarnya.






punyalah saya gembira.

rasa seperti menang judi 4 angka.

kemudian ibu panggil saya pulang.

ibu suruh mandi.

sudah maghrib.



*hari khamis adalah hari gersang idea.maka maafkan kecelakaan tampalan saya ini hari.

Rabu, 27 April 2011

syukur.

*ibu jari kaki tersepak kaki kerusi.

babi!

cilakak!

bangsat!

hamjadah!

lalu gosok teko kecil keluar jin asap.

"aku mahu tiada sakit"

"bereh!"

jin asap dari pantai timur.

besok :

tidak duga.

tahi-tahi berpusu-pusu keluar tanpa sedar.

rupanya kerana sakit perut tiada.

kemudian baru ingat :

baik dan buruk kejadian itu semuanya ada hikmah.


lafaznya :

alhamdulillah.



Selasa, 26 April 2011

nasi yang dibenci.

nasi lemak.

nasi kandar.

nasi ayam.

nasi goreng.

nasi bukhara.

nasi campur.

semua sedap.
.
.
.
.
nasi hat?

kadang-kadang bagi percuma pun orang tidak hendak.

lagi-lagi  kepada "orang kepala batu ada duduk."


susah  laku.

Isnin, 25 April 2011

abtehtuhtuhtuhpffttt~~~(sawan lidah.)

mamaainul ada sedikit masalah.

dia selalu tergeliat lidah.

pertabalan jadi pemakaman,

kangkong jadi kongkang,

mentarang jadi mengkarung,

kalau ditulis senarai penuh,

habis berkajang-kajang kertas.

.
.
.
.
.
itu hari saya hantar mamaainul kerja.

sampai pejabat .

selepas bersalaman saya cium dahi mamaainul

(ya saya kadang-kadang romantik .)

mamaainul senyum :

"abah take care tau,ibu masuk ofis dulu~~bye* babi!"
.
.
.
.
.
.
saya sayang mamaainul saya.

*mamaainul hendak cakap "baby" sebenarnya~~

sayang siang,sayang malam,sayang hari-hari.

Jumaat, 22 April 2011

MARILAH MASUK CONTEST KE - 2 ANJURAN KOMENSEN


Pakngah :sayang(itonasi merengek)~~I tak ble bangun~~sangkut kat kerusi.teroverdose kuah kacang~~

Makngah : time ni la baru nak bersayang-sayang..duduk situ sampai kurus!saya bizi~nak main layang-layang depan rumah.weeee~~~~


borang peraduan boleh didapati disini.

hadiah ke-satu rm 134.60 oi!

*pakngah,makngah~dialog itu gurauan semata-mata ya~~

tidak sedar.(untuk saya dan semua)

celik mata.

6.30 pagi.

masuk bilik air.

termenung.

"ah~~kemudian boleh mandi~"

berwuduk.

sarung kain.

sarung singlet.

angkat takbir.

lepas salam kedua.

berdoa :

"ya Allah ya tuhanku.Kau tahu apa yang aku mahu doakan.amin."

sambung tidur.



8.30 pagi.

mandi.

sabun wangi-wangi.

syampu wangi-wangi.

sut giorgio armani.

sembur dengan hugo boss.

jumpa orang besar.

mahukan sesuatu.

kemuka kertas cadangan.

berkajang-kajang.

.
.
.
.
kadang-kadang tidak perasan.

orang berdiskriminasi dengan tuhan.


hari ini hari jumaat.


nota :

1.saya tandus idea.tampalan hari ini adalah ulang siar.tampalan asal boleh dibaca di sini.

2.terima kasih lagi kepada mommyfara kerana buatkan saya kepala blog baru.yay~


.

Khamis, 21 April 2011

jahat.

layu.

duduk terpaku di kerusi kelabu.

tenung siling sampai jemu.

diluar panas macam ketuhar.

cahaya menerobosi ruang lobi.

mewujudkan terang yang berlebihan.

rombongan makcik-makcik berjalan keluar.

semua berskirt labuh hampir telus.

cahaya terang tadi membiaskan satu kenyataan.

makcik-makcik itu.

banyak yang tidak berkain dalam.

betis mulus.

peha mulus.

hampir kelihatan.

kemudian saya segar semula.

dan terus beristighfar.(bohong)

padahal dalam hati ada sedikit maki.

"kalau awek syok la jugak memandang."

saya lelaki normal 



Rabu, 20 April 2011

pesan orang lama.

semalam duduk-duduk dengan abang hambali.

cerita punya cerita.

masuk topik cinta.

abang hambali bagitahu.

masa mula-mula jumpa bini.

dia kentut tanpa tapis.

bunyi dan bau puaka kata abang hambali.

kali kedua jumpa.

bini abang hambali pula makan macam orang kena rasuk.

lepas itu abang hambali cakap :

"masa belum kawin bila tunjuk kebaikan,jangan abaikan keburukan.tunjuk semua sekali.mana yang buruk sangat tu,cuba-cuba lah ubah sama-sama.mana belen yang tak memudaratkan tu,redha je.buat perencah kawin.insyaallah jodoh panjang."

"tapi bang sekarang susah nak jumpa kapel macamtu"

"memanglah.sebab korang bacul.cover macho je lebih.kawin sebulan pastu cerai."

menusuk sampai ke tulang hitam.

sekadar hiasan.


*abang hambali amat anti dengan pasangan belum kahwin yang selalu panggil papa mama.

"kemaruk sangat."

kata abang hambali.

Selasa, 19 April 2011

huarrrggghhhhhhh~~~~(kemudian mata rasa berair)

mula-mula saya.

lepas tu kawan sebelah saya pula buka mulut.

merebak ke satu ruang.

semua orang buka mulut.

seorang demi seorang.

penceramah cuma jeling-jeling.

entah dia suka atau tidak.

lepas itu dia sendiri pun buka mulut.

betullah kata orang.
.
.
.
.
.
menguap itu berjangkit.

lagi-lagi bila dalam ceramah.
.
.
.
.
sekarang mari buka mulut beramai-ramai.


nasi lemak adalah sarapan yang jahat.

kadar bukaan mata sedang mengecil dengan cepat.

Isnin, 18 April 2011

tanya.


oh hai~

selamat pagi kamu.

saya baik.

kamu bagaimana?
.
.
.
tampalan pagi ini ditaja oleh tempat kursus saya hari itu.

Selasa, 12 April 2011

besar.

saya renung wajah gembira testimoni itu.

saya renung angka kilogram yang mereka hilang.

saya renung rambut doktor  itu.

saya mesti.

saya mesti.

tekad sudah bulat.

"bro,kita kawan da lama bro..sanggup bro sisihkan kami? jangan bagi kami sedih bro.."

lemak di pinggang dan pinggul merintih.

saya sayu.

kemudian saya dakap lemak itu.

kami semua menangis teresak-esak.

tidak sanggup berpisah.


makan budak!





esok sampai hujung minggu tiada tampalan.

pejabat berkehendakan saya berkurusus jauh di sempadan.

di sana talian internet adalah kekecewaan.

rindu saya banyak-banyak.

Isnin, 11 April 2011

dedaunan yang malang.

"betul bro..aku bukan yang mak kamu cari..percayalah"

"ah~~tipu kamu~~"

kemudian saya patah-patahkan badan dia.

*mod bangga.

"cukup ke pucuk ubi ni mak???"

emak diam sahaja.

lepas tu emak cakap :

"itu bagi makan kambing boleh lah"

"pucuk dengan daun tu lain bentuknya wahai  anakku."

oh~

saya rasa bodoh dan menyesal.
.
.
.
.
.
.
"tak guna lu duduk kampung kalau pucuk dengan daun ubi pun tak tau beza bro~~"

atan si kera liar selamba kutuk saya.


atan sekarang dikatakan sedang sakit akibat ilmu halus.

siapa yang tuju?

mana saya tahu?

*muka selamba tidak bersalah.

Jumaat, 8 April 2011

jumu'ah

tikar sembahyang itu termenung.

pandangannya redup dan kasihan.

"saya rindu kamu sipolan.."

sayup-sayup suara tikar sembahyang itu dalam syahdu.

.
.
.
.
dari satu sudut sipolan sedang berbaring asyik di tilam noda.

disuapkan anggur-anggur duniawi oleh makhluk api.

.
.
.
air mata tikar sembahyang terus merembes laju.




asal hari jumaat mesti saya terasa macam maher zain.

apa pasal?



*fakta : maher zain pakai beret kerana beliau rambut kurang dibahagian atas kepala.

tidak kacak saya nanti katanya.

.

Khamis, 7 April 2011

pembalasan dendam kesumat.

kami berada dalam keadaan bertentangan masa itu.

kambing panggang berada dalam keadaan yang lemah sekali.

"lu akan nyesal~~lu akan merana~~"

saya persetankan amaran kambing panggang.

kemudian saya tusuk dia bertubi-tubi dengan garfu dan pisau pemotong stik.

kambing panggang tewas.

lumat dikacip si geraham ganas.

besoknya pagi saya terasa satu macam.

atas sikit dipangkal tengkuk rasa sakit.

"gua da cakap ~~lu akan nyesal~~hahaha~~"

suara seram menyelubungi suasana.

rupanya roh kambing panggang tidak tenteram.

dia datang menuntut bela.
.
.
.
.
.
.
celaka punya kambing.


gua da cakap da~~

Rabu, 6 April 2011

titik-titik kehidupan.

pagi. ini. saya. sarapan. cuma. sebiji. donat. dan. segelas. kecil. teh. susu.

kemudian. semasa. hendak. pakai. kasut. saya. rasa. satu. macam.

saya. terasa. macam. cerita. dulu.

lalu. saya. intai. dalam. kasut. saya.

encik. katak. melompat. kluar.

saya. terkejut. kemudian. saya. simpan. katak. itu. dalam. peti. sejuk.

tengahari. nanti. makan. katak. goreng. tempura.

sekian. tampalan. gersang. idea. saya. hari. ini.
.
.
.
.kenapa kamu baca tampalan saya hari ini seperti adik yang baru belajar membaca?


mmmm~~~yummeh!!

Selasa, 5 April 2011

saya suka bila kamu salah dan saya adalah betul.

"apsal bukak 8.30?? bukan pukul 8.00 pagi??"

"sepatutnya pejabat tanah kena bagitau public kaunter bukak pukul 8.30 pagi!"

"ni saya datang awal-awal ni tak ada makna la ye??"
.
.
.
.
.
.
"bukan salah kami encik tak membaca.belakang bil encik itu ada tulis waktu berurusan pejabat kami."

pakcik diam.

pakcik itu terus berambus.

tiada maaf pun.

tidak saya kisah.

saya cuma senyum sebab saya hebat,seksi dan "cool"

pelanggan seperti encik itu adalah makanan ruji pekerjaan saya.

ah~~

saya suka kerja saya


pelanggan.

kadang-kadang mereka tidak betul.


Isnin, 4 April 2011

maksudnya.

semalam ada satu ceramah.

di tapak pasar pagi tempat saya.

mukadimah sangat indah.

masuk isi pertengahan.

adalah cerita tentang memburukkan si insan-insan yang berkenaan.

kemudian saya teringat sifir 5

1 x 5 = 10

2 x 5 = 10

3 x 5 = 10

sungguh mengelirukan.

saya senyum.

kemudian saya pulang.

10.30 pagi.

di TV3 ada BEN10.

lagi seronok.


poli = lebih dari satu.


itu pemahaman saya.

Jumaat, 1 April 2011

oh hai~

saya ada kepala blog baru.

tentu kamu cemburu bukan?

sebab kamu rasa kepala blog kamu buruk.

jadi kamu mahu saya buatkan kamu kepala blog yang sama hebat.

oh tidak,

saya keras tangan dan tiada bakat.

tapi kalau kamu berkeras juga,

minta tolong sama kawan baru saya :

mommy fara

dia yang buatkan saya punya.

katanya dia sudi tolong kamu juga!

menzalimi hak insan lain.

pagi ini saya kutip kad pengenalan saya di JPN.

selesai sudah,

saya duduk di tembok tepi jalan menghayati keindahan kad pengenalan baru saya.

datang satu kereta berhenti depan saya.

keluar satu gadis.

uhh~~cantik.

saya tegur ,

"eh kakak,ni parking untuk OKU lah.perangai cantik sikit boleh?"

"oi,saya da pusing tempat ni 10 kali tau! langsung takde kosong,saya nak parking sekejap je.da tu encik ni sapa? penguatkuasa ke?? nak saman? saman lah!"

"ohoh~~saya keje macai je kakak~~yang kat hujung sana tu baru betul penguatkuasa"

kakak masuk kereta semula dan berambus.

sebagai saguhati,

kakak itu telah acu jari tengah terhadap saya dan menjerit "fu*ker la lu!!"

heh~

itulah kali pertama saya rasa gembira kerana dicarut oleh orang asing.


negara kamu ramai manusia cantik perangai sial.

fakta.