Isnin, 31 Oktober 2011

punca saya kaki bangku.

keputusan semasa ketika itu 0-0

waktu makin suntuk.

bola dilorongkan cantik,

saya sambar,

saya rembat.

penjaga gol kayu.

bola melepasi jangkauan.

GOL.

konon-konon saya mahu meraikan.

tapi pasukan lawan kemuka bantahan.

gol saya tidak sah.

atas alasan *curi ayam.

saya merajuk.

kemudian saya keluar padang.

kemas beg dan terus balik.
.
.
.
.
.
.
.
.
bola sepak darjah empat.

main tiada pengadil pun sibuk mahu menguatkuasakan sistem "fair play"

ceh~







*curi ayam = off side.

Jumaat, 28 Oktober 2011

kerut dahi kerut kening.

bosan-bosan lalu saya dengar siaran radio.

entah frekuensi apa saya tidak ingat.

pemanggil bercakap dengan penyampai.

pemanggil beritahu dia mahu sampaikan ucapan "hai".

kepada kawan yang sedang baring-baring di katil sebelah.
.
.
.
.
.
.
.
saya percaya penyampai itu juga rasa apa yang saya rasa.




















.
.
.
.
.
.kak azian, kek coklat kakak sedap.

puding roti sedap hari itu siapa yang buat?

saya cuma dapat rasa secubit.

bila saya mahu lagi bekas nya sudah bersih.

saya kecewa.

Selasa, 25 Oktober 2011

mahu cerita juga.

baiklah,

sekarang giliran saya.

jumpa-jumpa makan-makan mesra-mesra di rumah  mak,

memang meriah.

tapi ketahuilah,

yang sebenarnya saya ada rasa terkilan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tidak dapat rasa semua makanan.

saya rasa rugi.

dan satu lagi,

saya sebenarnya seorang pemalu.

keh keh~

bukan kesan khas.

saya memang tinggi sedikit.

(juga besar)

keh keh~

Jumaat, 21 Oktober 2011

hibernasi.

hiatus,

untuk masa yang tidak tahu sampai bila.

boleh jadi sekejap.

boleh jadi lama.

kejang ilham.

tahap kronik.

harap maaf,

harap ampun.

terima kasih kamu semua,

rajin singgah blog saya.
.
.
.
.
.
.
ada jodoh jumpa kamu ahad nanti,

makan-makan di rumah kakcik.

Rabu, 19 Oktober 2011

sini naik sana pun naik jugak.

saya pandang slip gaji.

saya pandang ainul.

saya pandang perut mamaainul.

saya pandang semula slip gaji.

*syukur + mengeluh.

kemudian saya pandang mamaainul.

saya berharap.

semoga kami laki bini umur panjang dan dikurniakan kudrat yang mencukupi.

insyaallah.
.
.
.
.
.
.
yang benar,

insan yang gajinya hampir mencecah status miskin bandar.

Selasa, 18 Oktober 2011

kronologi.

tengok-tengok

kenal-kenal.

kawan-kawan.

rapat-rapat.

cinta-cinta.

pasang-surut

cinta-cinta.

makin-dalam.

makin-serius.

pinang-pinang.

tunang-tunang.

akad-nikah.

anak-anak.

cucu-cucu.

cicit-cicit.

piut-miut.

bahagia-bahagia.

sayang-sayang

kekal-setia

bila-bila.



kahwin itu seronok tahu!

keh keh~

Jumaat, 14 Oktober 2011

perlu lawan mahu.

kamu bujang,

kamu gaji cukup makan sahaja,

kamu ada motosikal,

kamu duduk sewa rumah orang,

kamu hujung bulan makan mi segera.

jadi sekarang saya tanya kamu,

apa keperluan untuk kamu beli kereta sekarang?

mak abah kamu kan ada kereta?

sekali-sekala pinjam mereka punya kan boleh?
.
.
.
.
.
.
.
.
"segan la bang,kawan semua ada kereta.lagipun awek yang suruh."

kemudian saya diam,

kawan minta pendapat.

dia mahu beli kereta.

saya cerita pengalaman saya,

ada kereta semasa bujang,

duit mahu kahwin akan susah dan lambat terkumpul.

kisah benar.

Khamis, 13 Oktober 2011

halal.

kawan datang duduk sebelah,

mahu tunjuk mainan baru katanya.

kamera canggih.

panjang lensa hampir 1 kaki panjang.

saya kagum lah juga.

saya tanya harga berapa.

kawan cakap mahal.

harga ribu-ribu.

"banyak duit kau??"

kawan jawab :

"minat punya pasal~~3 bulan aku pulun OT gila babi.keh keh~~"

"oh,kamu minat bayar hutang tak? keh keh~~"

saya berseloroh minta kawan pulang duit yang saya pinjamkan.

senyum kawan jadi tawar.

"cukup bulan boleh?"

saya tepuk bahu kawan.

"aku gurau lah~~rm30 je~~simpanlah buat tampung minat kamu.keh keh~~"

kawan diam.

dalam hati saya ada sikit sesal.

sebab ada kawan serupa dia.


saya punya,

3.2 megapiksel pun sudah memadai.

keh keh~

Rabu, 12 Oktober 2011

gambargambaran.edisi 5.

popia daging gemuk-gemuk mamaainul.
saya tidak boleh tahan.


hidangan kuali besar pasar ikan Manhattan
seperti kata KOG :

"Kalau makan berdua jangan gatal orda seafood platter
Orang tamak selalu rugi makan tak habis"


kembara laksa mamaainul.
sedap tapi jauh.
nun dekat Bangi sana.
*masak laksa memang bubuh serai kah?


sistem tergendala,
kemudian kakak bahagian pendaftaran bagi saya notis untuk ditampal.
selepas pemeriksaan berganda akhirnya saya perasan.
apa jadah menghargai kesulitan?
nasib baik saya tidak tampal.
keh keh~

dalam badan lintah itu ada darah saya.
maksudnya sekarang kami bersaudara kah?


nampak janggut besi mamaainul?
khabarnya sekarang adalah aliran terbaru.
saya mana tahu?
~crcing~crcing~crcing~
*mengusap janggut besi mamaainul.
keh keh~

Isnin, 10 Oktober 2011

peragut suci.

bangun pagi dengan ilitizam.

bangun pagi dengan semangat.

bangun pagi dengan harapan.

bangun pagi dengan azam.

mahu mulakan hidup baru.

mahu mulakan gaya hidup sihat.

mahu ambil kalori yang sepatutnya.
.
.
.
kemudian malam mamaainul goreng popiah-daging-gemuk-gemuk-buat-sendiri-punya.

lalu saya..
.
.
.
.
.
.
ah~

kesimpulannya tidak baik derhaka kepada masakan isteri.

keh keh~

Jumaat, 7 Oktober 2011

saya baru perasan.

habis jamah hidangan.

saya tegakkan badan bersandar.

kenyang.

saya pandang sekeliling.

poster di dinding restoran tarik perhatian saya.

restoran jual ayam goreng guna ayam sebagai maskot.

saya gelak kecil.

kemudian gelak besar.

satu keluarga yang sedang makan sebelah saya menoleh pelik ke arah saya.

saya geleng kepala kemudian berjalan keluar.

dalam kereta saya gelak lagi.

ayam promosi makan ayam.

gila punya ayam.

orang yang keluarkan idea maskot ayam itu entah apa dia fikir.

keh keh~


"makan lah daging saya."

~keh keh~

Khamis, 6 Oktober 2011

opurtunis.

sayup bunyi melaung.

makin lama makin nyaring.

saya kerling cermin pandang belakang.

kelip-kelip lampu merah.

ambulan.

ada orang sakit bekeperluan segera dapatkan rawatan.

jalan sesak masa itu.

ambulan makin rapat.

stereng saya pulas ketepi untuk laluan selesa ambulan.

ambulan melepasi saya.

menuruti rapat belakang ambulan ada 2 biji kereta dan segerombolan motosikal.

agaknya mereka juga sedang nazak mahu mati serta mahukan rawatan cepat.

agaknya lah.

Rabu, 5 Oktober 2011

gambargambaran.edisi 4.

surau tempat kamu guna tabung besi besar yang biasa?
heh~
tak menarik dan mencabar langsung.
keh keh~

ainul athirah 1 tahun 2 bulan 13 hari.
hari pandai berjalan.
dekat rumah arwah moyang.


mamaainul mengidam pizza buatan laki sendiri.
sebagai seorang bekas "pizza-man"
langsung saya tiada canggung memenuhi impian isteri tercinta.
lalu kamu bertanya sedap kah?
semestinya lebih sedap dari pizza yang kononya "chunky loaded" itu.


jam tangan hadiah dari mamaainul.
mahal tahu!
karipap?
apa karipap?
mana karipap?
keh keh~


jangan tanya saya apa motif reptilia dalam gambar.
tapi saya syak mereka cuma mahu bermanja-mesra bersama.
keh keh~

Selasa, 4 Oktober 2011

berdasarkan sebuah kisah benar.

lelaki itu berpakaian biasa.

berdiri di kaki lima stesen keretapi bawah tanah.

suasana seperti selalu

orang ramai ulang -alik destinasi masing-masing.

lelaki itu keluarkan biola.

kemudian bekas duit dia letak di lantai.

perlahan-lahan busur dialun-hayun.

biola yang digesek hasilkan asyik.

1 jam beraksi.

dalam bekas cuma berisi $32.

dewasa yang lalu-lalang tidak berapa hendak peduli.

golongan yang terpana cuma kanak-kanak.

lelaki itu senyum.

kemudian berlalu pergi.

eksperimen sosial nya telah selesai.


Photobucket


lelaki itu adalah joshua bell

seorang ahli muzik hebat.

biola yang digunakan semasa buat persembahan berharga RM10.5 juta.

istilah "cantik itu subjektif" itu rupanya benar.

biar di luar buruk di dalam cantik,

pergi mana pun,

mesti ada yang hargai.

sekian.

tampalan gersang ilham untuk hari ini.

~keh keh~

Isnin, 3 Oktober 2011

keterujaan sepasang suami isteri.

dia berdiri.

tapi tidak cukup tegak.

bergerak sedikit kanan kiri depan belakang mencari keseimbangan..

maju setapak.

dua tapak.

tiga tapak.

jatuh.

rutin yang sama diulang setiap hari selama hampir 2 bulan.
.
.
.
.
sabtu semalam dia berdiri lagi.

senyum girang.

menghayun langkah dengan yakin.

tawaf satu ruang tanpa kejatuhan.

senyum makin girang.

misi telah tercapai.

1 tahun 2 bulan 13 hari.

lambat sedikit.

tapi akhirnya ainul athirah sudah pandai berjalan.


syukur.

Photobucket


masa umur dua hari.