Selasa, 4 Oktober 2011

berdasarkan sebuah kisah benar.

lelaki itu berpakaian biasa.

berdiri di kaki lima stesen keretapi bawah tanah.

suasana seperti selalu

orang ramai ulang -alik destinasi masing-masing.

lelaki itu keluarkan biola.

kemudian bekas duit dia letak di lantai.

perlahan-lahan busur dialun-hayun.

biola yang digesek hasilkan asyik.

1 jam beraksi.

dalam bekas cuma berisi $32.

dewasa yang lalu-lalang tidak berapa hendak peduli.

golongan yang terpana cuma kanak-kanak.

lelaki itu senyum.

kemudian berlalu pergi.

eksperimen sosial nya telah selesai.


Photobucket


lelaki itu adalah joshua bell

seorang ahli muzik hebat.

biola yang digunakan semasa buat persembahan berharga RM10.5 juta.

istilah "cantik itu subjektif" itu rupanya benar.

biar di luar buruk di dalam cantik,

pergi mana pun,

mesti ada yang hargai.

sekian.

tampalan gersang ilham untuk hari ini.

~keh keh~

51 comments

4 Oktober 2011 pada 9:20 PG

$32 byk tu sejam....

kerja mcD pun baru 7.50 ape??

4 Oktober 2011 pada 9:24 PG

tampalan gersang?
apakah~~
haha..

4 Oktober 2011 pada 9:25 PG

rm32 sejam....sebulan dah berapa?

4 Oktober 2011 pada 9:29 PG

Ini tampalan penuh isi. Siapa kata gersang?

Joshua Bell? Cool!

4 Oktober 2011 pada 9:36 PG

jom belajar main biola!

4 Oktober 2011 pada 9:43 PG

alamak..rs malu pula..sbb sy x kenal sape joshua bell

4 Oktober 2011 pada 9:43 PG

nak tukar keja la... sejam rm32 tu best ape...

4 Oktober 2011 pada 9:44 PG

entry ini penuh pengisian la...baru mak kenal siapa itu Joshua bell...selama ni kenal bujal je

nk address send kat facebook maya mayana...okay

4 Oktober 2011 pada 9:45 PG

Biola harga jutaan ringgit? Oh! apa yang mak boleh buat dengan duit sebanyak itu ya? ;-)

4 Oktober 2011 pada 9:45 PG

berisi betul entri harini bujal... : )

4 Oktober 2011 pada 9:46 PG

tampalan gerang tu apakah??

4 Oktober 2011 pada 9:48 PG

hampeh! gersang idea maka kamu guna biola. Hahaha..baik letak Vanessa Mei...kah kah kah

4 Oktober 2011 pada 9:49 PG

cantik dengan antik tak boleh disamakan.

4 Oktober 2011 pada 9:52 PG

uikkk...
biar betik harganya????

4 Oktober 2011 pada 9:53 PG

kenapa mahal sangat biola dia?

4 Oktober 2011 pada 9:54 PG

Belum tengahari dah gersang? Apakah?

4 Oktober 2011 pada 9:54 PG

alexander graham bell saya kenal

4 Oktober 2011 pada 9:57 PG

nama manja kaklong dikalangan kawan2 sekolah semenjak tingkat 1-5 sehingga skang dan ahli keluarga lain adalah SHUA.

4 Oktober 2011 pada 10:02 PG

RM10.5 juga hanya utk gesekan jalanan..terbaik..mmg subjektif...

4 Oktober 2011 pada 10:06 PG

siapa kata tampalan ni gersang...?

tidak sama sekali...!

4 Oktober 2011 pada 10:20 PG

hensem gak mamat nih......

joshua bell..


awak juga...

4 Oktober 2011 pada 10:21 PG

anak din biola je yg aku kenal

4 Oktober 2011 pada 10:46 PG

ilham ku juga gersang yg teramat untuk hari ni

4 Oktober 2011 pada 10:52 PG

mahalnya biola dia..
asyikk betul dia main biola tu....

4 Oktober 2011 pada 11:01 PG

'cantik itu MEMANG subjektif'

4 Oktober 2011 pada 11:02 PG

ketika kamu tiada idea , kamu kasi post yang cantik .

lebih elok kamu gersang selalu .

auu~

4 Oktober 2011 pada 11:07 PG

hahaha
setuju dgn komen HEROICzero!
gersang la selalu yer ;)

4 Oktober 2011 pada 11:09 PG

bestnya jika punya bakat

4 Oktober 2011 pada 11:18 PG

biola RM 10.5juta???
atau
sekali persembahan Joshua Bell dapat RM 10.5juta...
boleh beli Yacht...
keliling dunia...

4 Oktober 2011 pada 11:21 PG

10.5 Juta.....makchik kelu..kedu..kertu memikirkannya...

4 Oktober 2011 pada 11:56 PG

usyik biar betul harganya...

4 Oktober 2011 pada 1:01 PTG

gersang sungguh entry ini...

hahahaha

4 Oktober 2011 pada 1:25 PTG

kegersangan.

4 Oktober 2011 pada 1:39 PTG

lumayan tue..

4 Oktober 2011 pada 2:06 PTG

32 ringgit sejam mcm terlalu murah dgn harga biola dia tu..huhu.mahalnya biola dia?

mesti masa kat tepi jln org tak kenal dia kan?sbb tu duit cuma dpt byk tu je.betul ke sangkaan saya?

4 Oktober 2011 pada 2:11 PTG

saya suka vanessa mae sampai sekarang.

4 Oktober 2011 pada 2:44 PTG

suka gesekan biola

tapi tak kenai dia lah ...hihi

4 Oktober 2011 pada 2:55 PTG

mak ai kalau di rembat biola dia tu ....pakcik kayo!

4 Oktober 2011 pada 3:44 PTG

menarik ye entry uols kali ni...
ada isi beb!

tak nampak tang mana gersangnya

4 Oktober 2011 pada 4:08 PTG

ai tak nampak biola tapi ai nampak 10.5 juta itu.. oh.. apakah yang dah berlaku pada mataku ini..

4 Oktober 2011 pada 5:01 PTG

oh, hari ini aku menambah satu lagi pengetahuan yang jarang-jarang kita dengari.

4 Oktober 2011 pada 6:51 PTG

Hanya Jauhari mengenal manikam.. *tetiba* hehehehe.. Cuba dia wat konsert.. beribu2 orang beratur beli tiket sebab orang kenal.. hehehe..

lama tak menyinggah sini.. baru balik bercuti..kkekekek

4 Oktober 2011 pada 7:04 PTG

bakat dan seni tidak ternilai harganya

4 Oktober 2011 pada 7:58 PTG

kebenaran kata-kata itu sudah lama diakui. cantik itu subjektif~ sgt subjektif~~

4 Oktober 2011 pada 8:30 PTG

main biola ...bleh biol tak ...

4 Oktober 2011 pada 10:00 PTG

senang ja eh keja dia..gesek ja dah dpt duit..

4 Oktober 2011 pada 11:07 PTG

sebenarnya, gua la kanak kanak tu. comel tak comel tak?

4 Oktober 2011 pada 11:13 PTG

teringin nak gesek biola..tp rasa2nya ramai yg kena sumbat telinga..hahaha..dasar tidak berbakat..

4 Oktober 2011 pada 11:37 PTG

biar di luar buruk, di dalam cantik.

susah, zaman sekarangni yang cantik dipandang mulia.

4 Oktober 2011 pada 11:54 PTG

walaupun gersang tetap menarik :)

5 Oktober 2011 pada 9:17 PTG

berdiri bulu roma dengar perkataan gersang tu.keh keh

Catat Ulasan