Khamis, 31 Mac 2011

dedah bawa padah.

"ali,saya ada rahsia tentang diri saya yang hendak saya berkongsi bersama kamu."

"apakah rahsia itu umar? beritahu saya.dijamin selamat."

"saya ada kurap berdarah.jangan beritahu orang lain tahu!"
.
.
.
.
.
"hey ma'rof,ada rahsia umar yang saya harus beritahu kamu,jangan beritahu yang lain ya?"

"baiklah ali,apa rahsia umar?"

"umar ada kurap berdarah "
.
.
.
dan roda terus berputar.
.
.
.
.
di hari yang kemudian,

terpampang di muka akhbar :

UMAR NAZAK MAHU MATI KERANA KURAP BERDARAH.



rahsia.

kamu jangan jadi bodoh.



bukan lagi rahsia.

saya pelayan muzik justin bieber.

~~baby~baby~baby~oooohhh~~

Rabu, 30 Mac 2011

bobo yang penuh dengan keterujaan.

saya anggap kehidupan masa lalu adalah dalam warna hitam dan putih.


saya anggap bekalan air bersih di kolam datang dari parit di hadapan rumah.


saya anggap satria baja hitam itu wujud dalam dunia sebenar.


saya anggap rokok itu sejenis ubat.


saya anggap lembu adalah binatang buas.


saya anggap susu getah boleh diminum.

.
.
.
.
zaman budak-budak.

fantasi dan kebenaran bercampur aduk.

saya menghadam persepsi secara terus.

sebab yang tua-tua tidak membantu.

walaupun saya banyak bertanya.

ainul,

nanti jangan jadi macam abah kamu.

tanya sahaja.

insyaallah abah jawab.




ekspresi pagi ini :

bahagia sedikit.

sakit leher sudah kurang.

terima kasih semua.

pukul leher dengan bantal,

adalah placebo yang hebat.

~haha~
.
.
.
.
*placebo adalah apa?

sila google.

.

Selasa, 29 Mac 2011

saya punya sayang.

bunga itu cantik

bunga itu indah

bunga itu menawan


pelangi itu cantik

pelangi itu indah

pelangi itu menawan


permata itu cantik

permata itu indah

permata itu menawan


jika saya diarah untuk memetaforakan kamu

maka yang diatas itu semua tidak membantu

bagi saya kamu cuma satu

sampai akhir waktu

sampai hujung seru

saya cinta kamu
.
.
.
.
lizawatiku.



untuk mamaainul saya.

hari ini genap 27 tahun.

hujung minggu nanti abang masak tomyam.


ya.saya tiada berbelah tepi pada masa itu.




*tolong berikan saya petua untuk hilangkan sakit leher akibat salah bantal.

ubat doktor tidak jalan.

saya sedang dalam keseksaan sekarang.

Isnin, 28 Mac 2011

puas yang berbayar

dulu masa saya pandai meniarap,

abah saya sibuk suruh saya gostan.

saya malas nak layan.

tapi hari-hari kena paksa.

saya mengalah.

okay,

saya gostan.

abah suka.

lepas tu abah suruh saya ke depan pulak.

haih~

okay,

saya ke depan.

eh,seronok lah .

boleh capai itu ini.

lepas itu abah marah saya.

abah suruh saya duduk diam-diam.

sebab saya hari-hari suka buat sepah.

dan saya suka koyak majalah abah.

haha~

padan muka abah.

nak sangat.

tunggulah nanti bila saya boleh lari-lari.

weee~~~


saya sayang abah walaupun abah muka macam gay.

eh gay itu adalah apa?

Jumaat, 25 Mac 2011

hari yang dirahmati.

ada yang sedang borak-borak,

ada yang sedang makan pisang,

ada yang sedang tunduk khusyuk.

ada yang sedang bersandar kenyang,

ada yang sedang edar risalah,

ada yang sedang tidur,

ada yang sedang berjual beli,

dan ada yang sedang baru hendak buka kasut saat imam angkat takbir.

solat jumaat.

semoga saya punya sah dan diterima.



berikan saya jepun dan libya.

saya akan ambil jepun.

sekurang-kurangnya ada kasihan,

dan ada bantuan.

Khamis, 24 Mac 2011

sukar kawal.

semalam mamaainul berkehendakan saya untuk hantar dia ke tempat kerja.

"tiada masalah"

jawab seorang suami yang penyayang dan seksi.


di jalan satu,

pemanduan hebat saya diganggu oleh seorang pemandu jengkel .

lalu saya tersangkut sebentar.


di jalan dua,

si polan baru hendak belajar pandu kereta di jalan utama.

lagi saya tersangkut.


dan di jalan tiga,

cina tua bersantai di lorong kanan.

tersangkut lagi-lagi.


menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengguna jalanraya di negara kamu.

saya mencarut seadanya dalam sopan.

"vag*na betul!"

"kepala zak*r betul!"

"khinz*r tua betul!"

dan tidak dilupakan jari tengah diacu tanda protes.

mamaainul cuma diam,

dia sudah lali,

dia cuma suruh saya sabar.

saya ada hak untuk berkelakuan demikian.

kerana mereka-mereka itu berisiko tinggi mendekatkan saya kepada liang lahad.

.
.
.
kamu yang baik-baik lantas berkata.

"sepatutnya marah kamu itu diganti dengan istighfar yang berkali-kali"

haih~

saya manusia lemah,

lagi-lagi bila tangan di stereng,

kaki di pedal.

saya akan gunapakai nasihat kamu selepas ini.

insyaallah~

Rabu, 23 Mac 2011

amanah kurniaan tuhan.

bila saya penat,

bila saya celaru mental,

bila saya kemurungan,

bila saya PMS (Perasaan Malas Sangat)

bila saya gundah,

dan bila saya ketabrakan.(apa maksud entah)

dia cuma perlu tersenyum dan berguling manja atas tilam.

kemudian saya akan neutral semula.

dan terus terasa kacak.

oh anak.

saya sayang kamu.

dan bila kamu besar nanti,

jadi yang baik-baik sahaja.


saya ada ramai atuk.

atuk saya bermacam warna.

~yay~

ainul athirah

8 bulan 6 hari

Selasa, 22 Mac 2011

busana yang berbohong.

saya masih muda ketika itu.

dada masih bidang,

(bohong)

perut masih rata,

(bohong)

rambut masih hitam,

(bohong)

senyuman masih manis

(benar)

dan masa itu saya berada di stesen minyak cengkerang.

sedang isi petrol yang ketika itu cuma RM1.20 seliter.

datang sebuah van.

sarat dengan penumpang gadis ninja berpurdah.

jarak cuma kurang lebih 5 kaki dari tempat saya berdiri.

fewwit~

fewwit~

cupp~~

cupp~~~~~

bunyi wisel dan tikus bersahutan.

dan kamu bersangka saya adalah punca bunyi tersebut.

oh tidak sayang.

minda dan perasaan saya telah diperkosa oleh jemaah gadis berpurdah.

merah pipi saya.

hik hik hik~~

(gelak comel)



"kamu adalah apa yang kamu pakai"

heh~

sebab kita semua adalah hakim dan juri yang hebat.

Isnin, 21 Mac 2011

capai.

punya isteri satu,

sudah.


punya anak satu,

sudah.


punya rumah satu,

sudah.


punya tanah satu,

sudah.


punya kereta satu,

sudah.


dan satu hari nanti,

saya mahu ke zoo di negara kamu.

tidak dapat harimau,

orang utan pun tidak apa.

asal dapat bergambar bersama.

sumber inspirasi.

impian.

ada peluang,

ada kemahuan,

ada jalan,

ada kemampuan.

silakan.

dan kemudian,

sila sentiasa bersyukur.

Jumaat, 18 Mac 2011

hakim menghakimi hakimi.

tonton "bersamamu" di saluran televisyen swata bersama tiga rakan.

cerita tentang Ahmad Susah dan isteri Siti Miskinah yang daif beranak lapan.

punyalah miskin sampai kena makan siput babi.

rakan nombor 1 cakap :

"ni la dia da tau susah buat anak ramai-ramai"

rakan nombor 2 sambung :

"ko kena faham diorang takde hiburan,so..ah...malu ah nak cakap!"

rakan nombor 3 mencelah :

"semua orang ada masalah masing-masing.haih~"

saya cuma diam.

semua ada pendapat sendiri.

baik atau buruk.

dalam fikiran saya cuma satu.

.
.
.
.
"siput babi sedap kah?"



taklimat semalam?

sungguh menyeronokkan.

Khamis, 17 Mac 2011

tiada apa.

motif ?

hari ini tiada apa.

seharian bertaklimat di shah alam.

babai!
Published with Blogger-droid v1.6.7

Rabu, 16 Mac 2011

saya ada lebih satu dari kebanyakan kamu.

saya masuk lif.

ada kak jamilah,

ada kak rumisah.

kemudian abang nordin masuk.

pegang botol kosong.

"ai bang,ada dua cawangan pun bawak botol kosong? takkan takde siapa yang nak isikan?"

kak jamilah selamba kata.

saya senyum.

abang nordin pun sama.

dua bini.

macam-macam persepsi.

heh~


~sedang mimpi main gitar~

besok cukup 8 bulan.

badan makin panjang tapi sudah mula kurang minum susu.

ada petua bagi ainul rajin minum susu selain dari tukar jenama?

oh ainul kirim salam kamu semua.

Selasa, 15 Mac 2011

hoho saya sayang kawan saya.

oh hai kamu semua,

terima kasih bagi cadangan untuk tampalan yang sebelum ini.

tapi saya bukan kedekut lah.

RM20??

haha~

tapi saya suka cadangan dibawah :


saya teringin masak tom yam yang amat hebat.

dan memandangkan kamu semua juga hebat.

bagi saya resepi atau pautan laman sesawang yang ada resepi tom yam yang agung.

tapi ingat,

jika saya gagal kamu semua yang bersalah.

haha~

gurau sahaja.

eh terima kasih tahu!

.
.
.
oh pencadang idea di atas adalah seorang kawan yang menghiburkan.

nama dia puan capa.

cepat kawan dengan beliau juga.

weeeee~~~~

besar periuk,besar kerak.

saya berseorangan memandu kereta waktu malam.

sambil mendengar lagu "the world long gone" dendangan "scars on broadway".

bercinta saya ketika itu.

50 KM/J sahaja.

di lorong kanan lebuhraya persekutuan.

(ya saya perangai celaka)

di hadapan saya ada satu motosikal.

suami,isteri dan dua anak kecil ditengah-tengah.

kesian anak-anak kecil itu.

kesejukan membelah pekat malam.

kemudian saya bersyukur.

alhamdulillah.

tidak mewah tapi cukup.
.
.
.
.
tapi saya manusia normal.

dalam hati saya tetap ada hitam walaupun cuma besar bintik.

tidak pernah rasa cukup.

.
.
.
rasa macam hendak tambah waris.

weee~~~~


dan kamu berkata :

"saya tak macam kamu.saya semua sudah cukup"

heh~



hujung bulan ini harilahir mamaainul.

cadangakn saya hadiah yang tidak melebihi rm20.

~haha~

Isnin, 14 Mac 2011

tafsir.

pasar malam.

"abang,tadi kan,ibu gi makan kat restoran bawang,pastu kan ibu jumpa.."

"uihhhhh!!!! cantiknya tudung ni bang..."

???????

sambung :

"ah ibu jumpa tiz zaqyah dengan remi ishak tengah makan berdua.pastu kan bang...

"eeeeeee....tengok anak orang tu bang..comelnya!!"

?????????

sambung lagi.

"ah pastu kan bang,remi tu muka macam tak mandi..tapi tiz zaqyah lawa je.

"camtu lah citenye.."

oh~




dalam rumah.

"ibu tengah buatpe tu?"

"oh..ibu tengah memasak sambil basuh baju sambil mop lantai sambil jaga ainul ni ha.."

"hebat"



wanita.

9 nafsu 1 akal.

saya rasa saya sudah faham sikit.





biskut orang kaya.

tekstur rangup,cair di mulut.

terima kasih kaseh.

Jumaat, 11 Mac 2011

tampalan merah pipi.

mukadimah :

ini cerita boleh buat kamu meluat.saya maaf banyak-banyak.
.
.
.
.
.
7 tahun lepas,

ketika saya masih lagi bergelar daud.

saya berseorangan duduk di satu warung,

menunggu santapan tengahari saya.

disebelah ,

satu meja yang penuh dikerumun oleh kakak-kakak.

4 orang kesemuanya.

bisik-bisik kemudian gelak kuat.

bisik-bisik kemudian gelak lagi kuat.

saya laras frekuensi telinga saya.

dan menumpukan sepenuh perhatian.

okay,

ringkasa perbualan mereka adalah seperti berikut :


suka duduk atas.

suka dari belakang.

suka jerit-jerit.

laki aku.

6 inci setengah.


saya yang ketika itu memegang status teruna suci.

rasa sungguh teruja.

satu kakak kemudian buntang mata memandang saya.

"woi budak,apasal senyum-senyum!"

saya tersengih kemudian pengsan.

kemudian,

persepsi saya ada sedikit berubah.

eh wanita pun kadang-kadang begitu kah?

*kenyit-kenyit.

.
.
.
maafkan saya.

tampalan jumaat pada minggu ini adalah amat celaka.

macam biasa.

gambar untuk meneutralkan perasaan kamu.

Khamis, 10 Mac 2011

dedah.

sebelum kamu bertanya,

biar saya beritahu.

saya manusia jenis baca akhbar dari belakang.

saya jenis manusia minum sunquick tanpa gula.

saya jenis manusia makan nasi dan lauk berasingan.

saya jenis manusia suka buka pintu sejuk tanpa sebab.

saya jenis manusia yang tidak cukup dengan satu lauk.

saya jenis manusia suka makan aiskrim cair.

saya jenis manusia makan bubur lambuk dengan kicap.

dan dalam masa yang sama.

saya tidak statik dalam sesetengah perkara.

oleh itu,

latar belakang blog saya akan sentiasa berubah.

sekarang mari kita senyum sama-sama.

originaliti yang gone.

lagenda ada menyebut,

bahasa melayu yang asli cuma ada empat.

padi.

babi.

besi.

ubi.

perkataan yang selebihnya adalah gubahan atau sebutan yang diambil dari bahasa bangsa lain.

seperti "salam" dari bahasa arab.

seperti "garfu" dari bahasa portugis.

seperti "mempelai" dari bahasa tamil.

dan aliran itu berterusan hingga ke hari ini.

kita pinjam perkataan lain untuk di"melayu"kan.

maka terhasillah :

justifikasi,

definasi,

fi,

original (oh ironi)

sebab itulah bahasa melayu mudah dikuasai.

"sekarang kamu faham Mohd Khairudin Bin Mat Shah?"

tanya cikgu Ram Sherpa Anga dari Nepal kepada muridnya yang asal dari Nibong Tebal itu.

"i can't really faham la sir.You cakap too fast."

jawab Mohd Khairudin garu kepala.

Rabu, 9 Mac 2011

gendang-gendang di belakang.

kamu menghadiri majlis walimatulurus.


ada kuda kepang.

"bidaah"

kamu kata.


ada majlis berinai.

"bidaah"

kamu kata.


ada majlis bersiram

"bidaah"

kamu kata.


ada potong pulut kuning.

"bidaah"

kamu kata.


minggu seterusnya kamu terserempak dengan tuan majlis.

"eh meriah majlis kamu minggu lepas itu"

kemudian kamu berjumpa sherry

"eh kamu nak tahu sherry,kenduri orang itu di minggu lepas adalah bidaah bidaah bidaah bidaah bidaah bidaah bidaah bidaah bidaah."

ceh.




sudah lama saya tidak berserius.

kamu suka atau tidak?

Selasa, 8 Mac 2011

bodek.

Wahai wanita..
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa, umur atau rupa
Oh..asalkan kau wanita..

Kau buat ku gila..
Bila kau menggoda
Bila kau mengada-ngada
Oh..lirikan mata senyuman manisnya
Oh..kau buat aku tergoda..

Wanita seluruh dunia ku ingin kau tahu
Yang aku cinta kamu semua wahai permaisuriku
Dan walaupun ku tak mampu membahagikan diriku
Kepada wanita seluruh dunia
Lagu ini lagu cinta untuk kamu semua
Untuk kamu semua..

Wahai wanita..
Adakah kau mengerti apa yang aku kata
Kamu semua adalah inspirasiku bila ku berkarya
Ku tuliskan lagu hanyalah untukmu
Untuk buat hari kau ceria
Dan aku tak kisah mana kau berada
Ku ingin kau dengar ku berkata..

Projek Pistol
Wanita Seluruh Dunia

.
.
.
.

8 MAC

SELAMAT HARI WANITA KAMU SEMUA

saya sayang.

saya puja.

saya hormat.


Isnin, 7 Mac 2011

jamsai.

umur 15 :

tumbuh sejemput.

berlagak depan rakan-rakan.


umur 17 :

lebat sikit.

rasa hebat.


umur 22  :

lebat.

rasa bergaya :


umur 27 :

serabai.

ada tak mesin cukur automatik?


bukan sayang,

saya bukan bercerita tentang bulu pubik saya.

(ceh!!)

cerita tentang misai dan jambang.

kamu rasa misai dan jambang itu seksi?

ya,

memang seksi.

lagi-lagi kalau dioles ke tengkuk yang mulus.

uhhh~~~~~~~~

merah pipi kamu tersenyum.

.
.
.
saya sudah bosan dengan bulu dimuka saya.

Jumaat, 4 Mac 2011

jamal yang kasihan.

saya ada tabiat,

lepas makan saya suka termenung.

malam tadi usai santapan di restoran.

saya teruskan tabiat saya.

kemudian datang seorang duduk di hadapan saya.

"eh kau apa cerita??bla bla bla bla ..."

300 patah perkataann dalam satu nafas.

"kau siapa?"

tergamam encik itu.

"ah..sori la..ingatkan abang ni daud..saya salah orang"

kemudian dia beredar malu.

dalam perjalanan pulang.

saya tepuk dahi.

saya yang bersalah.

orang itu tadi adalah betul rakan saya.

dan "daud" adalah nama kuala lumpur saya dahulu.

banyak termenung boleh buat fokus terganggu.

minta maaf jamal.



bukan jamal.

FOKUS!!!!!!!!

Khamis, 3 Mac 2011

bukan salah saya.kata lidah kepada hati.

pisang.

terung.

tembikai.

timun.

lubang.

nasi lemak.

karipap.

apam.

silap cakap,

silap tempat.

dapat maki,

dapat penampar.

bila kamu terlalu berkias,

bila kamu terlalu bijak,

satu kata seribu maksud.

salah siapa?

salah mereka dan yang bersekutu.

kata pisang itu kepada saya.

kemudian kami berdua tersadai letih.

emmm..

"malam jumaat kena apam mesti asyik"

kata saya sambil terjelir lidah.

"disgusting!!"

kata kamu.

ya,

apam jijik.
gambar apahal?

sekadar meneutralkan perasaan kamu.

ratu.

malam tadi ibu tiada,

ibu kerja luar negeri.

tinggal ainul dengan abah sahaja.

(mengeluh)

abah tidur bising.

macam mesin rumput.

(mengeluh lagi)

tapi kan,

malam tadi ainul bangun.

ainul tendang muka abah.

ainul gelak.

abah tak marah pun.

lepas tu abah buatkan susu.

(terbaik!!)

masa abah nak tukarkan lampin ainul,

ainul kencing.

(gelak)

habis basah seluar dengan cadar.

(gelak lagi)

tapi abah senyum.

lepas itu abah balut ainul dengan selimut.

sebab abah malas nak cari seluar lain.

abah memang malas.

lepas habis menyusu,

abah usap-usap kepala ainul.

ainul rasa seronok.

ainul rasa aman.

ainul rasa selamat.

ainul rasa mengantuk.

ainul golek kat ketiak abah.

lepas itu ainul peluk lengan abah.

(maskulin)

perkara terakhir yang ainul ingat sebelum lelap.

abah cium lepas itu abah bisik :

"abah dengan ibu sayang ainul"

ainul senyum.

lepas tu ainul kentut.

(weee~~~~)


kepada ibu-ibu yang hari-hari berjaga malam untuk anak,

saya puji.

kamu semua hebat.

~~~~HUARGHHHHHHH~~~~

mengantuk.

Rabu, 2 Mac 2011

lapar yang dibalas dengan kegembiraan.

hari ini hari rabu.

hari rabu maksudnya bryani.

makan dengan ayam goreng.

juga kari kambing.

beratur 40 minit.

sikit tidak kisah.

amat berbaloi.

"sedap kah?"

tanya kamu yang sedang kecur.

nasi di periuk besar tidak sempat sejuk sudah habis dijual.

kamu tafsir lah ayat saya itu.

"di mana??"

taman pengkalan batu klang.

jawab saya sambil mendada.


gambar sekadar hiasan.sekadar mengekspresikan kesedapan bryani itu.

gambar sebenar tiada.bila sudah sedap mana ada masa pegang kamera.



*TAMPALAN YANG TIDAK IKHLAS DAN TANDUS IDEA INI DITAJA OLEH :

NASI KARI POKOK CERI

~BANYAK SEDAP ANE!~

silakan,terus prejudis.

saya pakai kemeja ada "polka dot" warna merah.

kamu yang bernombor satu :

"hey ulos~~ketinggalan zaman lah!"

kamu yang bernombor dua :

"wah~~yu ni pencetus gaya lah!"

kamu yang bernombor tiga :

"buang tebiat?? nak mampus??"

kali terakhir saya ingat punca saya pakai baju adalah untuk tutup aurat dan melindungi keseksian saya.

hari ini,

untuk menilai seseorang bermula dengan apa yang mereka pakai.

hebat.

esok saya hendak pakai tudung yuna.

.
.
.
.
penghargaan :

pagi buka emel ada 40 yang baru masuk.

38 daripada makcik azie.

terima kasih makcik.

kerana sudi komen banyak-banyak dalam satu malam.

*air mata.hidung,telinga dan mulut keluar mengalir serentak.


sedap itu kadang-kadang perlukan pertolongan.

Selasa, 1 Mac 2011

lupa itu adalah sesuatu yang kompleks. (cerita satu lagi)

uhh...

panas,

panas,

panas,

panas!!!

sambil membuat aksi ayam sedang mengepak sayap.

kamu kenapa?

tanya perdu pokok serai itu kepada saya.


panas!!!

PANAS!!

masuk kereta ,

buka pendingin hawa ke tahap maksima.

tepat menuju ke arah bawah lengan.

ahh...

lega.

lupa dan lalai saya makin serius.

pelega sengal otot saya sangkakan ubat ketiak.

PANAS!!

dipengaruh oleh yang terpengaruh.

rejabhad,

rasyid asmawi,

jaafar taib,

fatah ngah,

zainal buang hussein,

ambo,




sekadar menyebut beberapa nama.

mereka yang saya cakap itu pemangkin minat saya membaca.

mereka tidak slapstik,

mereka tidak membodohkan saya.

mereka punca saya tidak suka bersukaria di jalanan,

mereka punca saya jarang bosan.

mereka ajar saya jadi sarkastik dan sinikal.
.
.
.
"cikgu kamu kah?"

bukan sayang,

kalau kamu sama minat dengan saya mungkin kamu kenal mereka..

dan saya pasti encik gedek kenal mereka juga.

*pembelajaran secara visual semasa kecil adalah menyeronokkan tahu!.

oh terima kasih pakcik.

fakta :

1.dato lat dan  mamat khalid adalah adik dan abang.

2.imuda juga adalah seorang kartunis.