Khamis, 3 Mac 2011

ratu.

malam tadi ibu tiada,

ibu kerja luar negeri.

tinggal ainul dengan abah sahaja.

(mengeluh)

abah tidur bising.

macam mesin rumput.

(mengeluh lagi)

tapi kan,

malam tadi ainul bangun.

ainul tendang muka abah.

ainul gelak.

abah tak marah pun.

lepas tu abah buatkan susu.

(terbaik!!)

masa abah nak tukarkan lampin ainul,

ainul kencing.

(gelak)

habis basah seluar dengan cadar.

(gelak lagi)

tapi abah senyum.

lepas itu abah balut ainul dengan selimut.

sebab abah malas nak cari seluar lain.

abah memang malas.

lepas habis menyusu,

abah usap-usap kepala ainul.

ainul rasa seronok.

ainul rasa aman.

ainul rasa selamat.

ainul rasa mengantuk.

ainul golek kat ketiak abah.

lepas itu ainul peluk lengan abah.

(maskulin)

perkara terakhir yang ainul ingat sebelum lelap.

abah cium lepas itu abah bisik :

"abah dengan ibu sayang ainul"

ainul senyum.

lepas tu ainul kentut.

(weee~~~~)


kepada ibu-ibu yang hari-hari berjaga malam untuk anak,

saya puji.

kamu semua hebat.

~~~~HUARGHHHHHHH~~~~

mengantuk.

44 comments

3 Mac 2011 pada 8:33 PG

Kamu juga abah yang baik. Tahniah. :)

3 Mac 2011 pada 8:38 PG

alahai ainul.
comel comel comel.

oh, hai abah mithali :)

3 Mac 2011 pada 8:39 PG

ainul kentut sbb abah lupa sapu minyak yuyi cap limau.

3 Mac 2011 pada 8:41 PG

kita ibu..macehhh

tak sangka ek..leh harap jaga anak

pasni ...boleh ibu ainul outstation selalu...huhu

3 Mac 2011 pada 8:46 PG

syabas bujal..syabas...harap berkekalan la kesabaran kamu menjaga anak...

ps: ainul berbangga ada abah macam kamu..

3 Mac 2011 pada 8:47 PG

congrats ye,
sebab terror jaga bb:)

3 Mac 2011 pada 8:53 PG

@kakcik
wee~~~saya hebat~haha~~

3 Mac 2011 pada 8:54 PG

@intan.maisarah

oh hai intan~~eh tengok belakang kepala pun da tahu comel?

hebat~~haha~~

3 Mac 2011 pada 8:55 PG

@Tijah

ainul tak suka yuyi~~dia suka vicks~~yaya~~

3 Mac 2011 pada 8:55 PG

@Ati Masrif

eh morning ibu yang hebat~~

3 Mac 2011 pada 8:55 PG

@Kaseh

hari ni mamaainul balik~~wee~~~

3 Mac 2011 pada 8:57 PG

@CGG

CGG kena berlatih sekarang.ajak abang sekali.set jam loceng sejam sekali tiap malam sebab bila CGG dapat baby,tidur da takde nikmat da~haha~~

3 Mac 2011 pada 9:08 PG

tak pe..
kentut budak kecik tak busuk...

3 Mac 2011 pada 9:11 PG

@DrSinga

hoih! ainul makan kentang dengan lobak tahu!

haha~

3 Mac 2011 pada 9:14 PG

ooo terima kasih...& anda juga hebat...

3 Mac 2011 pada 9:19 PG

kaum bapa ni cukup sabar kalau anak2 bangun malam. Sabar sangat sampai tak bangun2..
mak juga yang buat sengsorang.

3 Mac 2011 pada 9:21 PG

@Kazaztan Team

hai ibu yang hebat~he~~

3 Mac 2011 pada 9:21 PG

@kakpah

saya terasa~haha~

Tanpa Nama
3 Mac 2011 pada 9:22 PG

tahniah bujal jd bapa mithali. hahaha sib baik ainul tu gegirl kalau boy confirm muka kamu yg basah kuyup, hihi

3 Mac 2011 pada 9:33 PG

sooooooo sweettttttttttttt!~

ainul lah!

3 Mac 2011 pada 9:40 PG

keje ke MC hari ni?

3 Mac 2011 pada 9:43 PG

baru ko tau susah senang tidur dgn anak bila bini tak de kan...?

he he.






.

3 Mac 2011 pada 9:45 PG

ainul, berjaga² dengan abah kamu sebab ketiak dia bersalut yoko²!

3 Mac 2011 pada 10:11 PG

kog..agaknye ainul terkentut lepas bau yoko2..hahaha

3 Mac 2011 pada 10:23 PG

mmg hebat... anak gerak sikit pun leh sedar..

3 Mac 2011 pada 10:26 PG

@Fisz

haha~~memancut2~~

3 Mac 2011 pada 10:27 PG

@miloais

eh saya pun sweet lah!

3 Mac 2011 pada 10:28 PG

@Daddy Ziyyad

kerja la~~kalau cuti mesti tak update blog punya~haha~~

3 Mac 2011 pada 10:28 PG

@tasekM

saya insap.

3 Mac 2011 pada 10:29 PG

@kucingorengemok

eh sori,bau lifebuoy tahu!haha~

3 Mac 2011 pada 10:29 PG

@h a n i e

hoih~ni lagi sorang~

3 Mac 2011 pada 10:29 PG

@rATu kEBaYA

sikit mende~~dia terajang muka saya~~

3 Mac 2011 pada 10:33 PG

baru tau ke yg kami2 ni hebat? muahahaha..

terima kasih atas pujian..

kamu juga ayah yg hebat.. kerana amat memanjakan ainul..

* sian kena terajang...hehehe

3 Mac 2011 pada 10:36 PG

@PUTUBAMBU

anak sorang je~~time ni la nak manja2~~

3 Mac 2011 pada 11:03 PG

comel nye!alamak, terigin nak ade baby la plak..ehe..

3 Mac 2011 pada 11:08 PG

Mereka ratu...

Kamu tetap RAJA!

3 Mac 2011 pada 12:20 PTG

@niesz

cepat kawin~haha~

3 Mac 2011 pada 12:21 PTG

@gedek!

rasa tinggi sangat~~haha~

3 Mac 2011 pada 1:36 PTG

Tahu tak pe.

kentut budak yang minum susu je tak busuk.

Tanpa Nama
3 Mac 2011 pada 2:31 PTG

kepada bapak2 yang hari-hari berjaga malam untuk anak,

saya puji.

kamu semua hebat.

~~~~HUARGHHHHHHH~~~~

mengantuk.



boleh aku copy paste camtu?hahaha

3 Mac 2011 pada 3:02 PTG

BUJAL:
Suatu hari nanti kamu harus tunjuk gambar-gambar dan beri dia baca setiap entri tentangnya..

Dan makcik yakin dia akan kagum dengan kamu...

3 Mac 2011 pada 4:20 PTG

@azieazah

lagi 7 tahun tu~~~tu pun kalau da tau baca~~haha~

3 Mac 2011 pada 5:42 PTG

Ainul bangun berapa kali per night? kalau asik mintak susu mcm yaya, esok paginye kamu jadik zomba!

1 November 2011 pada 5:38 PTG

Terrrbbaaaaiiiikkkkkkk ;)
so sweet.. ;)

Catat Ulasan