Selasa, 1 Julai 2014

puasa tiga.

pertama kali dalam sejarah,

nafsu makan terkekang.

sahur ala kadar,

berbuka ala kadar.

kalau awak tengok makanan saya pada waktu itu,

awak akan bersangka saya sudah berbuka waktu tenghari dan sudah makan kenyang-kenyang.

kemudian saya pijak timbang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"sama je pun.."

bisik penimbang kepada saya.

ceh.

Isnin, 12 Mei 2014

Emak saya.

Saya terima sepucuk surat panggil kerja dari universiti paling ramai pelajar di Malaysia.Dekat belakang sampul termaktub satu nota kecil dengan salah satu perkataannya adalah “naib canselor”.

Kemudian mak hebah dekat saudara cakap saya dapat panggilan temuduga jawatan naib canselor.keh keh.

Lepas terkenang saya murung.pandang kiri dan pandang kanan.ibu kandung arwah,ibu mertua arwah.pandang depan saya lalu senyum. nampak mama aiai.

Selamat hari ibu.untuk semua.

Rabu, 2 April 2014

untuk bini abang.(dan juga bini semua orang)

Sayang,

hantar aku ke pintu pagar,

rai kepergianku ke tempat kerja.

kucup pipiku,

salam tanganku,

senyum bibirmu,

rangkul pinggangku,

ramas punggungku,

ramas punggungku,

ramas punggungku.

siapkan aku,

pastikan aku.






2 April 2014.

lupa bawak dompet.

keh keh~

Khamis, 20 Mac 2014

makan malam dua alam.

       Selesai makan malam dekat lorong paling kelam dalam Klang.Salam kawan tanda berpisah kemudian saya jalan menuju kereta.Saya ditahan segerombolan pondan.Pondan cuit lengan saya ajak mengawan."abang... nak bang?" pegawai khidmat pelanggan selalunya sopan."takpe..saya dah ada dah.." Pondan gelak besar."saya dah ada dah..ada apanya bang?" Saya pegang celah kangkang saya tunjuk kepada pondan kemudian saya ulang "takpe..saya dah ada dah.."

Pondan marah suara terus garau.

heh~

Rabu, 12 Mac 2014

peduli.

bukan saya tidak ambil kisah,

cuma kisah saya,

saya simpan diam-diam dalam kocek.

awak nak tunjuk kisah awak,

awak nak jaja kisah awak,

silakanlah,

tapi saya punya kisah,

awak tak payah kisahkan.

#prayforMH370


Selasa, 4 Mac 2014

bulan 3.

hari lahir puteri,

hari lahir isteri,

dalam saku tiada baki.

*mengeluh.