Khamis, 29 Disember 2011

gambargambaran.edisi mini.-celah-celah.

celah tilam,

celah bantal,

celah kerusi,

celah meja,

celah kangkang,

celah ketiak,

celah peha.


mana-mana celah pun boleh!

~ainul athirah~
1 tahun 5 bulan 12 hari.

Rabu, 28 Disember 2011

sabarudin II.

malam semalam,

kesabaran saya tercabar,

selama ini saya tidak lah pernah marah sampai begitu,

tapi bila berdepan dengan kebodohan,

dan selepas itu diperbodohkan pula,

haruslah saya berasa berang.
.
.
.
.
.
.
.
Dhia & zikir,

kamu berdua tidak tahu guna telefon bimbit kah?

jadahnya??



*salinan kepada : tukang buat skrip/tukang buat drama.

Selasa, 27 Disember 2011

barang lepas usah dikenang.

"saat yang bahagia datang sekejap saja.."

termenung saya sekejap dengar bait lagu arwah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh itu.

betul lah,

bahagia itu,

sekejap sahaja.

saya hela nafas.

mengeluh.

letak lengan atas dahi.

saya sambung baring.

saya tenung siling.

siling tenung saya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dapat bonus rm500 sahaja.

dua tiga kali belanja sudah habis.

keh keh~



mamaainul bagi.
bonus dia banyak.

Isnin, 19 Disember 2011

seorang inggeris pernah berkata:"baunya seperti kawasan pelupusan sampah "

dia belek-belek,

saya diam sahaja.

dia cium-cium,

pun saya diamkan sahaja.

dia goncang-goncang,

masih lagi saya diam.

kemudian dia rapatkan telinga buat aksi seperti sedang mendengar.

sambil terus menggoncang.

saya kerut kening:

"kau buat apa?"

dia diam,

dia pandang saya.

"entah.aku tengok orang buat camtu so aku nak tau jugak la kenapa.."
.
.
.
.
.
keh keh~

pilih durian terbaik,

ada pelbagai teknik yang boleh di cuba guna.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
jadi kenapa ada orang goncang durian?

"kalau masa goncang tu ada dengar bunyi benda berlaga,maksudnya durian tu masak kering.terbaik."

-Abdul Hadi-
pakar durian setempat dan bekas kakitangan pejabat pertanian


kakak nasi kerabu  cakap kami sepupu.

kamu rasa?

keh keh~

Jumaat, 16 Disember 2011

saya suka kerja saya.

kalau diikutkan,

saya punya pendengaran masih cantik,

fizikal telinga pun masih normal.

tapi untuk kepastian yang hakiki,

saya tanya pakcik itu berulang kali.

sampai satu tahap pakcik jadi bengkeng.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"dik,pakcik nak uruskan hal saka arwah orang tua pakcik.hal saka! kaunter mana????"
.
.
.
.
.
.
"hal pusaka lah abah!"
.
.
.
.
.
.
.
huh~

nasib baik anak pakcik itu ada.

saya mana tahu tempat hendak urus saka!

Khamis, 15 Disember 2011

maaf.selepas ini saya akan jarang kemaskini blog.

dalam bilik kami,

perkakas yang paling misterius adalah alat kawalan jauh televisyen.

suka sangat ghaib secara tiba-tiba.

bila benda itu ghaib,

haruslah saya berasa berang.

takkan lah saya kena bangun dari pembaringan dan tekan punat televisyen secara manual?

itu "ridikiles" (ridiculous)

dan berang itu,

biasanya membawa kepada kebodohan.

misalnya :

menyuruh anak berumur 1 tahun 5 bulan menggeledah sekeliling cari benda itu.

kebodohan pula,

kadang-kadang mendatangkan keberhasilan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ainul rapat ke arah saya,

"nah"

seraya dia menghulur benda itu yang entah muncul dari mana.

anak dara saya,
.
.
.
.
.
.
.
sudah boleh diharap.

keh keh~


"kiss!!"

Selasa, 13 Disember 2011

kalis modernisasi.

ahad lepas,

melaksanakan rutin bulanan,

balik kampung jenguk emak.

bosan duduk dalam,

saya bawa ainul duduk dekat anjung dapur.

(rumah kampung yang tipikal depan belakang ada anjung kalau kamu mahu tahu)

dekat luar hiruk pikuk.

anak-anak jiran sedang main baling selipar.

saya terkesima sekejap.

kampung saya,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
rupanya masih kampung.

keh keh~


apa kes sedondon?

saban tahun kami jadi penyambut tetamu setiap kali majlis hari jadi Sultan Selangor.

baju percuma tahu!

Jumaat, 9 Disember 2011

rangkuman

BACA SINI DAHULU


1.KERETA BESAR
-alhamdulillah tercapai.tapi yang besar cuma ruangnya.bukan harga.

2.SKUTER BESAR
-dibatalkan atas dasar kemahuan bukan keperluan sementelah mamaainul takut mesin beroda dua.

3. 99 KALI 1ST
-keh keh~terlebih sudah.

4.ADIK UNTUK AINUL
-alhamdulillah dan insyaallah.

5.MARATHON 4 FILEM DALAM SATU PANGGUNG
-bakal dilaksanakan.ada siapa mahu ikut?

2012?
-BMI ideal.
.
.
.
.
.
.
.
keh keh~~

Rabu, 7 Disember 2011

retrospektif.

sebenarnya,

saya sendiri rasa,

bujal masa dahulu lebih menghiburkan.

selak-selak koleksi arkib,

saya gelak sendiri.

betul gila syok sendiri saya ini.

KOLEKSI SYOK SENDIRI GELAK SENDIRI.





TAMPALAN YANG BUAT SAYA DAPAT RAMAI KAWAN



ini sebenarnya,

tampalan gersang ilham.

keh keh~



*terima kasih kamu semua.

Selasa, 6 Disember 2011

dipersendakan kira-kira.

masa itu satu persoalan tiba-tiba menceroboh kepala.

sudahlah menceroboh persoalan matematik pula itu.

seribu tujuh ratus ringgit,

dibahagikan kepada 34 bahagian.

pening sekejap.

mula-mula mahu guna mesin kira,

kemudian saya rasakan cara itu tidak mencabar.

saya catatkan persoalan itu atas kertas





















sepi,

saya perhati kertas,

kertas perhati saya.

kemudian kertas gelakkan saya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
terlalu bergantung kepada teknologi,

buat otak saya berkarat.
.
.
.
.
.
.
saya sudah lupa jalan kerja operasi bahagi secara manual.

saya rasa amat celaka.

celaka betul.

Isnin, 5 Disember 2011

tampalan anti klimaks.

larut malam,

saya pandu kereta sendirian.

berhenti dekat lampu isyarat.

kerling kereta sebelah.

nampak asap berkepul.

saya toleh terus.

kereta sebelah dalam ada dua gadis.

yang duduk sebelah pemandu itu,

lawa,

pakai cermin mata hitam.

sedang asyik.

merokok rakus.

saya senyum.

lampu hijau.

saya pandu,

kemudian saya sambung senyum lagi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
malam buta,

apa jadahnya pakai cermin mata hitam?

keh keh~

Jumaat, 2 Disember 2011

Khamis, 1 Disember 2011

ingat.

baring pandang kipas syiling,

mengelamun,

teringat arwah-arwah yang saya kenal,

ajal mereka,

ada yang datang tidak terduga.

mengelamun lagi,

ajal sendiri,

entah macamana caranya.
.
.
.
.
.
.
tuhan,

saya tidak berani minta lebih,

cuma saya mahu mati saya bukan dalam sesat.

amin.






*tidak dapat jalan ke rumah kamu.hari ini saya cuti.jaga haji salim.semalam dia jatuh tergelincir.alhamdulillah tiada serius.cuma kena pemerhatian lebih.