Isnin, 20 Disember 2010

fakta.episod 7.

"bagi saya kad tambah nilai RM10 satu"

"bila sampai bulatan keliling itu,ambil pukul 3"

sekadar memberi 2 contoh.

saya berani bertaruh,

jika potong kelakian saya sekalipun,

belum tentu akan jumpa rakyat malaysia yang akan menggunakan ayat diatas.

kamu jangan salah anggap,

saya bukan pejuang bahasa,

saya cuma hendak bersaran.

kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.

jika,

conclusion boleh menjadi konklusi,

footage boleh menjadi futej,

entry boleh menjadi entri,

discussion boleh menjadi diskusi.

maka,

saya berharap,

diwartakan :

prepaid menjadi priped,

roundabout menjadi ronbot,

actually menjadi ekcualli.

dan sebagainya.

supaya bila nanti anak saya ditugaskan membuat karangan di sekolah,

dia tidak dimarahi guru "bahasa melayu" kerana silap guna perkataan.

27 comments

20 Disember 2010 pada 4:30 PTG

ekceli, pendapatan kamu itu agak bernas

20 Disember 2010 pada 4:30 PTG

tapi kalau begitu maka akan jadi indonlah kita. tiada beza

20 Disember 2010 pada 4:30 PTG

habis, di mana identiti bahasa melayu nanti?

20 Disember 2010 pada 4:33 PTG

@gadisBunga

1st,2nd,3rd!!
kamu cipta rekod baru kat blog matcham2 GB~~

eh,bukan kita duduk di indon ke?lagipun siapa lagi yang guna bahasa melayu? peh~lis~~

haha~

20 Disember 2010 pada 7:31 PTG

kat sini kalau nak kutuk2 memang sesuai pakai bahasa melayu.

20 Disember 2010 pada 7:48 PTG

bernas, sebab akak memperjuangkan Bahasa Melayu .

21 Disember 2010 pada 10:14 PG

iols ngeri nak campur tangan kaki dan mulut bab2 bahasa ni...
paham2 jer lah kan... bahasa yg iols guna-pakai pun tonggang-langgang...
hak hak hak

21 Disember 2010 pada 11:55 PG

sesudah membaca tulisan kamu ini.. saya akan cuba untuk memperbetulkan gaya bahasa saya..
saya insaf..

21 Disember 2010 pada 12:00 PTG

dari dulu aku dok fikir, MANTAN ni bahasa Melayu ka, atau cilok dari Indon. Zaman skrg, mana ada pemberita baca BEKAS Menteri/BEKAS Pengarah..etc etc..semuanya Mantan

21 Disember 2010 pada 12:29 PTG

bujal X...
bahasa cermin apa ya...????
(dah lupa.. masa kecik2 dulu ada belajar..)

21 Disember 2010 pada 5:07 PTG

banyak lagi
hingga sukar nak beza

parkir
mampir
mak lampir

eheh

:D

21 Disember 2010 pada 7:08 PTG

good one though!

21 Disember 2010 pada 11:52 PTG

1.'romen' ada dalam kamus dewan, kamu tahu?

2.saya sangat menyampah tengok perkataan 'bajet', sedangkan kita ada 'belanjawan' yang lagi bijak bunyinya

22 Disember 2010 pada 12:04 PG

agk2 blog dibahasa melayukn bole tak jd belog?hehe

22 Disember 2010 pada 7:57 PG

@aliaaroslan

he~kalau diorang kutuk kamu guna bahasa diorang ikut loghat wales?camna?

22 Disember 2010 pada 7:57 PG

@Cik Ina minat Do do Cheng

cayalah makcik~

22 Disember 2010 pada 7:58 PG

@miloais

uols~dikecualikan~hoccay!

22 Disember 2010 pada 7:58 PG

@DrSinga

saya tak paksa ha~

22 Disember 2010 pada 7:58 PG

@Daddy Ziyyad

he~bekas tak stailo~

22 Disember 2010 pada 7:59 PG

@Ibu n Abah

bahasa cermin jiwa~

22 Disember 2010 pada 7:59 PG

@BonekadalamChermin

tapir?

22 Disember 2010 pada 8:00 PG

@zeozir

eh ~selamat datang kamu~

22 Disember 2010 pada 8:00 PG

@kucingorengemok

dbp memang macamtu~pasni jangan pelik la kalau perkatan "hampeh" , "siut" ada dalam kamus plak~

22 Disember 2010 pada 8:01 PG

@Semarak Api

selamat datang~blog dalam bahasa melayu bunyinya blok~

23 Disember 2010 pada 3:55 PTG

muahahaha..!!

bijak..bijak..

23 Disember 2010 pada 4:02 PTG

@PUTUBAMBU

eh,makcik putu~~welcome~~

Catat Ulasan