Rabu, 22 Disember 2010

cerita betul 28 (kekurangan yang mengghairahkan)

seperti kamu semua,

saya juga ada masalah keputihan.

ya,keputihan.

muka kamu semua sudah mula kemerahan sekarang.

malah kamu sudah mula men'cilaka'kan saya sekarang.

saya cuma bercakap jujur.

masalah ini bermula sejak 15 tahun sudah.

saya malas hendak berjumpa pakar.

lagipun keputihan ini tidaklah mengganggu hidup saya.

bila umur sudah menganjak remaja.

kemaluan itu datang semula.

rakan-rakan mula mempersoal.

keputihan itu menyebabkan kegatalan kadang-kadang.

kerana tidak tahan,

saya mengambil jalan mudah.

"ubat" yang bersifat sementara.

saya gunakan

sekarang saya sudah berkeluarga.

keputihan semakin serius.

tapi saya tidak kisah.

tidak perlu malu lagi.

saya anggap diri saya istimewa.

kerana keputihan itu.

sekarang kamu semua semakin jengkel.

tapi biar saya jelaskan.

keputihan saya itu :

cuma pada rambut




 bukan seperti "keputihan" yang itu.

sekarang bila orang bertanya,

saya cuma tersenyum.

"ikut style richard gere"

jawab saya.

lagipun uban menambah ketrampilan.



*doktor singa atau daddy ziyad,apa punca masalah saya?

20 comments

22 Disember 2010 pada 4:17 PTG

yeay yeay nampak Bujal

alah tak heran,budak muda sekarang, lagi sengaja memutihkan rambut.trend mah.

22 Disember 2010 pada 4:19 PTG

selain richard gere..boleh jugak macam ikut style sultan azlan shah ( sultan perak tuh ) hehehhe..

rambut putih satu kepala tapi masih nampak tampan.

22 Disember 2010 pada 4:20 PTG

@Cik Ina minat Do do Cheng

eh macam nampak artis plak~tapi keputihan saya ori tau!

22 Disember 2010 pada 4:20 PTG

@Cik Pah

sebelum umur 40 saya nak semua putih~ble cikpah? he~~

22 Disember 2010 pada 4:40 PTG

tak de masaklah. ko mmg dah tua!


:p


.

22 Disember 2010 pada 4:43 PTG

oh ye

kak nita juga sama mcm anda!

22 Disember 2010 pada 4:43 PTG

@tasekM

cemburu~

22 Disember 2010 pada 4:44 PTG

@BonekadalamChermin

sapa kak nita? makcik kamu ke bon?

*ala perempuan ble kaber pakai tudung~~

22 Disember 2010 pada 4:59 PTG

tu perkara biasa... lain lah kalo tiba2 rambut uols jadik kaler ijau tanpa menggunakan pewarna kan????

orag kata - rambun beruban nampak lebih macho dan bergaya.... kalo kena gaya dan orangnya lah
hak hak hak

22 Disember 2010 pada 5:15 PTG

apa kata kamu tukar keputihan itu jadi keunguan?

23 Disember 2010 pada 2:13 PG

ataupon gunakan konsep richard gere juga, lagi putih lagi mahal bayaran.

23 Disember 2010 pada 7:49 PG

@miloais

kalau hijau tu namanya lumut makcik~

23 Disember 2010 pada 7:49 PG

@gadisBunga

kemudian dipanah petir.kamu mahu?

23 Disember 2010 pada 7:50 PG

@aliaaroslan

sapa la yang hendak membayar saya~~

23 Disember 2010 pada 9:15 PG

bujal x..
putih itu anugerah...
melambangkan kita dah matang....
janganlah ditakuti warna putih itu...

23 Disember 2010 pada 9:23 PG

@Ibu n Abah

eh saya da tak takut la makcik~~

23 Disember 2010 pada 12:13 PTG

richard gere hensem!

23 Disember 2010 pada 6:05 PTG

yup2..richard gere ensem.dan lg bertambah macho sb rmbut putihnye itu..ni kamu tggu sume jd putih.kamu mst lg ensem n macho dr richrd gere.haha

28 Disember 2010 pada 7:59 PG

@DrSinga

jangan puji saya secara berlebihan~haha~~

28 Disember 2010 pada 8:00 PG

@Semarak Api

yes! target 5 tahun lagi~haha~~

Catat Ulasan