bab 1
hari ini saya belajar peribahasa baru.
"anjing ekor bengkok,mana akan dapat diluruskan"
kata seorang rakan saya,
yang merujuk kepada lagi seorang rakan,
yang berperangai seperti iblis dan tidak akan mungkin insaf.
bab 2
kamu sekarang berada dalam sebuah lif.
di sebuah bangunan bernama "harbour place"
di klang.
dan kamu berkehendakan ke tingkat empat.
maka kamu perlu tekan butang "3a"
kerana menurut kata empunya bangunan.
4 itu membawa kesialan.
jadi diharamkan angka 4 di seluruh premis.
sama seperti barat,
yang benci kepada angka 13.
saya persetankan kepercayaan mereka
bab 3
kamu teruja.
untuk menonton filem yang memaparkan teknologi 3D.
tapi kali pertama kamu mahu berbuat begitu.
apa yang perlu kamu tahu sebelum itu?
dengar sini,
melainkan kamu berlidah keju seperti saya,
yang fasih dan faham berbahasa inggeris.(ya saya riak)
maka teruskan niat kamu.
kerana :
filem 3D tiada sarikata disediakan.
sekarang sudah faham kamu?
12 comments
First ??
dr singa:
tahniah!!!
*saya tahu ini adalah bertujuan balas dendam~haha~
Anjing tu angkat besi kah ?
Bini 4... Suwey tak?
dr singa :
tu anjing makan streoid
bini 4? sedap makcik~tu la orang panggil hidup bermadu~
hahaha~~
*saya belum sanggup nak madukan isteri saya tau!
Bujal , best ke panggung wayang tu? dorang kata besar lagi sejuk. Hari tu makcik suruh anak makcik pergi, tengok cerita tu lah.Dia lupa, teus pergi JJ pulak. Harbour palace dekat ngan rumah makcik.
kak ina:
best makcik,orang tak ramai~panggung besar~rumah saya pun dekat situ.5 minit je~
nombor 4 suwey?
fahaman manalah depa pegang...
akak ada 4 org anak pompuan...
kalau percaya, sure dah tambah lg satu....
ibu n abah :
ala~~cina kak~
4 = sei
sei = mati
sama bunyi,lain maksud~
yang lagi bodoh adalah jabatan² yang kasi lesen/kebenaran utk dia orang kekalkan amalan karut tu
KOG :
eh makcik marah lah~
jom tengok cite "aku tak bodoh" di pawagam~
he~~sabbbarrr makcik~
bab 1 :
anjing ekor bengkok eh???
baru tau
bab 2 :
4 suwei - kepercayaan org cina
sbb 4 dlm bahasa cina = si
si = also membawa maksud mati
[tho pronounciation 4 is = si (c)
and mati is sai (tho spelling is si)
itu yg iols tau
kalo salah.. sila lah [erbetulkan ye...
bab 3:
so far blom teruja nak tengok wayang in 3D...
finale HP baru tengok 3D... wow!
hiks
suwey?
bengong pergi percaya.
.