Selasa, 16 November 2010

cerita betul14 (ah chun dan korban)

bujal ada seorang sahabat.

ah chun namanya.

seorang mualaf dari sarawak.

satu hari kami bertemu.

di sebuah taman.

kami makan bersama.

bekal yang kami bawa sendiri.

terdapat beberapa cebisan daging,

diketepikan oleh ah chun dari hidangannya.

"kamu hari ini vegetarian kah?"

bujal cuba membuat humor murahan.

"gilak kamu!"

ah chun membidas.

"kan ugama islam melarang penganutnya dari memakan babi"

penjelasan ah chun .

alahai ah chun.

penerangan bujal tidak diterima.

ah chun keras dengan fatwanya.

masa berlalu.

khabar dari seorang rakan.

ah chun sudah murtad.

ah chun sudah kafir.

tidak dapat melepaskan kenikmatan babi.

alasan ah chun.

sayang,

ah chun tidak sempat menghayati,

erti pengorbanan.

*semoga hidayah kembali semula kepada kamu ah chun.

~salam aidiladha kepada semua muslim~

4 comments

16 November 2010 5:11 PTG

Ah cun tu lebih.khe khe .suami akak, sebelum masuk islam pun dah melepaskan kenikmatan daging babi.semoga Ah cun cepat insaf.

16 November 2010 5:57 PTG

semoga ah cun insaf kembali

salam aidil adha

17 November 2010 10:57 PG

sib baik sebelum tu ,dia tak offer kat ko bekal dia tu Jal!!
erk!!!!!!!!

18 November 2010 8:31 PG

kak ina :

he~~saya da lost contact dengan ah chun~ntah ke mana beliau~

milo:

selamat hari raya haji makcik~

dr singa:

hoih~~nasib baik tak mintak~~

Catat Ulasan