Rabu, 24 November 2010

papan kenyataan bil.3/2010

jika kamu berak,

atau kencing,

dan kemudian,

tidak "flush".

dengan alasan,

20 sen yang kamu bayar itu,

terlalu tinggi nilainya.

atau kamu berkata :

"najisku tanggungjawab pencacai itu"

maaf cakap,

tidak kisahlah,

samada kamu lelaki atau perempuan,

atasan atau bawahan.

kamu sememangnya:

"sial dan celaka "

rendah darjat kamu kalau dibandingkan,

dengan kucing,

yang tahu mengambus tahinya sendiri.

ubah la perangai.


*selamat hari tandas sedunia-19 november setiap tahun.

13 comments

24 November 2010 pada 11:24 PG

kalau kat ofis akak, tak berbayar, tapi masih flush tak berseh. orang yang buat kerja cam tu, yang berpangkat. akak nak lepas hajat, terpaksa mengflush sampai berseh.cam mana tu?

24 November 2010 pada 11:26 PG

kak ina:

makcik tampal notis :

"maka celakalah golongan yang tidak menjaga kebersihan tandas"

haha~

24 November 2010 pada 11:28 PG

Ada notis kat dalam, tertulis sila bersehkan lantai, kalau basah.bujal ko nak gunting rambut kat situ ke? kat sungai udang.

24 November 2010 pada 11:30 PG

kak ina :

print entry saya lepastu bagi kat semua orang.sempena hari tandas sedunia.

*sungai udang klang kah?

24 November 2010 pada 11:37 PG

ewwwwwwwww!~ so pemalas lah kalo dah guna tak reti flush
elok benamkan jer kepala org yg buat camtu dalm mangkuk tandas tuhhh!
*if manage to ctach orang tu lah kan!*

24 November 2010 pada 11:42 PG

bujal, ye firdaus
ye , sungai udang klang.

24 November 2010 pada 11:44 PG

milo :

tak sanggup iols nak benam~terkena percikan najis theyols bagaimana?

kak ina

haha~jangan panggil nama sebenar~akak nak bayar cukai tanah just kontek me ok?

24 November 2010 pada 12:30 PTG

aku kalau guna tandas awam macam guna tandas kat umah. siap cuci lantai sekali. sungguh. ha ha.



.

24 November 2010 pada 12:32 PTG

tasek :

ah~~bohong ah kamu makcik~haha~~

25 November 2010 pada 10:05 PG

saya sokong bujal X

25 November 2010 pada 10:27 PG

takkan mak bapak tak ajar kan!!!??

25 November 2010 pada 10:41 PG

maksu~welcome~

*saya pun sokong maksu~

dr singa~

mereka dari spesis anak pungut barangkali~

25 November 2010 pada 10:43 PG

p.klang.bila nak update?

Catat Ulasan