Jumaat, 14 Januari 2011

sayang.

8 tahun.

berkasih sayang.

bermadu cinta.

sampai satu tahap.

sayang sedikit renggang.

peluk mesra semakin jarang.

saya nampak sedikit rajuk.

saya bercangkung termenung.(di tempat itu,kamu tentu tahu)

sedang berfikiran.

untuk mencari jalan.

kembalikan keghairahan yang menyusut hilang.

sampailah pagi tadi.

mamaainul pulang semula satu sms yang saya tuju kepada dia 7 tahun yang lepas.

L :lembut wajahmu penenang hati.


I : indah tuturmu selembut sutera.


Z : zahirmu itu penggoda jiwa


A : aksi manjamu penyejuk perasaan


W : watak dirimu cermin sikapmu


A : akrab kasihmu tidak terperi.


T : terikat hatiku untuk cintamu


I : izinkan aku setia selamanya padamu.

saya faham.

mamainul mahu saya yang dahulu.

mungkin kamu yang hebat boleh berkongsi dengan saya.

mengekalkan romantika dalam hubungan.

serius.walaupun saya "skema" tapi didalam hati ada kebun bunga kamu tahu!


*mamaainul,keluarga,rakan sepejabat,termasuk kakak yang duduk disebelah saya tidak tahu saya punya blog sendiri.haha~

41 comments

Tanpa Nama
14 Januari 2011 pada 3:06 PTG

mamaainul mu sepertiku, mgharapkan suami memahami sendiri, takkan terjd. So kena trus trg saje rasa di hati. Jd takdelah rajuk tetiba sahaja nnt. Apelg, balik nnt bg lah bunga mwar setangkai penyejuk hati.

14 Januari 2011 pada 3:08 PTG

@Fisz

bagi coklat boleh tak?

14 Januari 2011 pada 3:16 PTG

mama ainul perempuan, makcik pun perempuan. bukan emas permata pinta kita,cuma satu ingatan sang suami .bila dia tengah masak atau buat kerja rumah, satu je perkataan ko sebut , kesian , penat ke?nak abang tolong. Dah lega rasa hati sang isteri.

14 Januari 2011 pada 3:17 PTG

euwww, mat bunga!

eh kakak pejabat kamu 'like' kog kat facebook, tau?

14 Januari 2011 pada 3:18 PTG

phewiiiiittttt... leh tahan yer... terserlah kejiwanganmu itu..

14 Januari 2011 pada 3:18 PTG

@Cik Ina minat Do do Cheng

he~~mamaainul masak saya jaga anak lah makcik~~

14 Januari 2011 pada 3:19 PTG

@kucingorengemok

ye saya jiwang.ala~~kakak tu pejabat tanah lain la~~suraya aina jumari kan? kan?

14 Januari 2011 pada 3:20 PTG

@Kaseh

dulu la~~sekarang kurang sikit~~

14 Januari 2011 pada 3:23 PTG

@bujal X
o klang ngan kuala langat tak sama, meh? geografi negeri selangor saya tak berapa cekap!

14 Januari 2011 pada 3:27 PTG

Kebun bunga? Jangan-jangan penuh dengan bunga taik ayam jerrrrr...Hikhikhik!

ops! perlukan tukang kebun wanita yang separuh usia?

Dijamin tidak menggoda tuan kebun....

14 Januari 2011 pada 3:27 PTG

@kucingorengemok

haha~~tapi saya kenal dia~~dia pun GRO macam saya~~haha~

14 Januari 2011 pada 3:28 PTG

@azieazah

takpe~~kelapa tua boleh buat tahi minyak~haha~

Tanpa Nama
14 Januari 2011 pada 3:33 PTG

coklat pun boleh, mamaainul kurus lg.
kalau mcm bujal konfem sy reject bg coklat.

14 Januari 2011 pada 3:36 PTG

@Fisz

haha~~mamaainul hantu coklat tahu!

tapi coklat hari tu pun tak abis lagi~~haha~

14 Januari 2011 pada 3:55 PTG

alamak! ini bukan bidang saya nih? maka saya tidak berani membuat komen berkaitan, takut nanti jadi semakin parah sakitnya. hehe

Tanpa Nama
14 Januari 2011 pada 3:56 PTG

Oitt buat sy teringat, mamaainul pernah buatkan udang goreng yg awk suka tukan masa dia cuti.. buatla camtu gak.. surprise

14 Januari 2011 pada 3:56 PTG

@tupaimerah

haha~~kamu kena tunggu turn untuk bernasihat dalam bidang ini kamu tahu!

14 Januari 2011 pada 3:57 PTG

@Fisz

hoho~~dia tak bagi saya pegang kuali~~dia cakap saya kaki sepah~~

haha~~

14 Januari 2011 pada 4:12 PTG

iols tak hebat... jadik sudah semestinya iols tak layak untk bagi pendapat maupun nasihat ataupun tunjuk-ajar...

apa yg bleh iols katakan - sayangi dia seikhlas hati mu selagi ada hayat mu... hargai dirinya selagi dia masih kepunyaan mu...

;P

14 Januari 2011 pada 4:16 PTG

@miloais

haha~~jap jap~~nak tulis dalam buku~

14 Januari 2011 pada 5:29 PTG

bujal, sile tulis lirik lagu ok!!! hehehe

14 Januari 2011 pada 9:00 PTG

euwww...jiwang !! ngheee~~

14 Januari 2011 pada 10:29 PTG

tak perlu yg mahal2..
sesekali buat kejutan.. pasti dia teruja! ;)

15 Januari 2011 pada 10:12 PG

oohhhh ..... tersentuh hati ku ... membaca AKRONIM itu ....

memang dasar .... lelaki ... belum dapat .... matcham2 ~~~~ bila dah dapat hancussssssss ....

hahahaa ... kooo ganazzzz aku pagi ni ...(nak pegi bagi rimau makan jab ...)

15 Januari 2011 pada 10:49 PG

MEMANG ENTRI AWAK MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU DENGAN BETUL ! SYABAS.

EJAAN TAJUK MATCHAM-MATCHAM TAK MENGAPA, SEBAB ITU NAMA KHAS KEPADA BLOG.

15 Januari 2011 pada 12:52 PTG

Ni apa yang aku buat, setelah 4.5 tahun berkahwin:

-setiap kali sebelum keluar rumah, mommy ziyyad akan salam tanganku, dan aku kucup dahinya.

-always says THANK YOU kpd isteri. Mudah aja, tapi ramai laki tak ambil peduli. Lepas dia penat masak, say thanks, lepas dia buatkan air, say thanks.

- jaga badan, jaga penampilan. Maybe si dia tak kisah, tapi biar dia merasa bangga berjalan dgn kita. Ada masa kita selekeh, simple, ada masa kita dress to kill. Bukan kena body fit mcm bodybuilder, at least biaralah kemas menawan..hahahahah..

-

15 Januari 2011 pada 8:26 PTG

disebabkan GB belum kawen maka marilah GB kongsikan apa yg ayah GB buat kat mak GB.

hari2 ayah usap kepala mak walau pun masa tu mak baru lepas membebel. hahahaha!!!!!

16 Januari 2011 pada 10:52 PG

Bujal X
sometimes,dlm perkahwinan yang panjaaaaaang,ada masa kita tergelincir dari landasan.cepat cepat insaf diri,cari marton,ketuk itu landasan bagi betul balik.Ada faham?

16 Januari 2011 pada 11:40 PG

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum... Maaf lama kami tak ziarah blog kamu..

eeeemmm tertarik kat LIZAWATI

17 Januari 2011 pada 8:08 PG

@DeLancrettLurpak

on the way!

haha~

17 Januari 2011 pada 8:08 PG

@cik emymilia

eleh~~dia pun sama~~

17 Januari 2011 pada 8:08 PG

@Chik Att

ceh! terasa saya~~

haha~

17 Januari 2011 pada 8:09 PG

@al-lavendari

takde hadiah ke pakcik??

he~~

17 Januari 2011 pada 8:10 PG

@Daddy Ziyyad

haha~~hari2 saya buat macamtu lah~~cuma bila dress saya takde sampai nak membunuh~~haha~~

17 Januari 2011 pada 8:10 PG

@gadisBunga

usap kat tempat lain boleh?

haha~

17 Januari 2011 pada 8:10 PG

@mokjadeandell

tq makcik~~jap nak cari martol~~he~~

17 Januari 2011 pada 8:11 PG

@Afzainizam

WAALAIKUMSALAM~~ada masa lepak la sini~haha~

17 Januari 2011 pada 8:11 PG

@h4ni3

bagi selipar boleh? haha~

18 Januari 2011 pada 9:36 PG

saya membayangkan anda bersenandung lagu ini..

http://www.youtube.com/watch?v=jfVcLxdzv84

sambil bercangkung termenung.

18 Januari 2011 pada 9:37 PG

@DrSinga

haha~~mamaainul benci lagu itu tahu!

sebab suara saya busuk katanya!

Catat Ulasan