Khamis, 27 Januari 2011

menyayangi isteri.

sebelum kahwin :

basuh baju sendiri.

senduk nasi sendiri.

gosok baju sendiri.

masak sendiri.


selepas kahwin :


basuh baju sendiri.

senduk nasi sendiri.

gosok baju sendiri.

masak sendiri.


eh tidak,

mamaainul bukan macam yang kamu sangka.

cuma sifat berdikari masih tebal dalam diri saya.

kamu terus mencerca saya :

"blah la bujal!! jangan berbohong nanti tuhan marah! kamu dasar pemalas super! kalau boleh berhadas pun kamu mahu sambil baring menonton tv!!"

okay,

saya separuh berbohong.

mamaainul isteri yang baik.

semua dia buat.

cuma bila mencedok nasi.

saya buat sendiri.

sebab mamaainul selalu salah sukat.

1 senduk sahaja?

eh setengah periuk boleh??

saya pelahap,

saya okay.

*tidak sempurna tetap gembira.

kali pertama gambar bersama.8 tahun yang lepas.macam yang saya pernah saya katakan.dulu saya tampan.sekarang pun tampan lagi.

49 comments

27 Januari 2011 pada 11:57 PG

1st! ;}

27 Januari 2011 pada 11:57 PG

wahh, dh 8 tahun ye kawen?
semoga kekal bahagia mcm biasa bersama isteri dan anak2:)

27 Januari 2011 pada 11:59 PG

eh betul la, sekarang makin tampan! ingatkan tipu, hahaha

sibuk je budak² ni beat gua punya tempat 1st

27 Januari 2011 pada 12:01 PTG

kacak!

27 Januari 2011 pada 12:03 PTG

@FATIN MRAZ

bagus~bagi KOG jeles!

haha~

27 Januari 2011 pada 12:04 PTG

@FIFIEY LYCHEE MARATION

masa tu sedang hangat bercinta sayang.kami kawin baru nak masuk tahun ke-dua~he~~

27 Januari 2011 pada 12:04 PTG

@kucingorengemok

ye~~saya anggap kamu memuji saya~haha~~

27 Januari 2011 pada 12:05 PTG

@alien

kacak yang celaka.hahaha~

27 Januari 2011 pada 12:05 PTG

Bujal ko jangan marah kalau makcik cakap ye?


janji


janji


muka ko cam muka nak makan penampar.

lariikkkkkkkkkkkk

27 Januari 2011 pada 12:11 PTG

aku rasa loya... uwekkkkk

27 Januari 2011 pada 12:13 PTG

@Cik Ina minat Do do Cheng

saya kecil hati.

27 Januari 2011 pada 12:14 PTG

@Chik Att

ya.saya meloyakan.

27 Januari 2011 pada 12:47 PTG

memang tampan...terpukau makcik dengan bibir anjelina jolie tu..huhuhu

27 Januari 2011 pada 1:03 PTG

kena maintain kalau tak mamaainul cari lain. eh... boleh ke gitu?....

27 Januari 2011 pada 1:32 PTG

Mamaainul kelihatan sangat jelita sekarang! Kamu jangan jeles tau Bujal... :)

27 Januari 2011 pada 1:48 PTG

kalau kamu makan periuk nanti mamaainul nak masak nasi mcm mana pula???

27 Januari 2011 pada 1:49 PTG

jappp
nak gelak guling2 ngan komen kak ina...

kak ina : gimme five!

hahahahahaha

27 Januari 2011 pada 1:50 PTG

bujal : komen iols sama dengan komen kak ina
bleh???

*masih lagi gelak guling2*
hahahahahah

27 Januari 2011 pada 1:50 PTG

ini gambar lapan tahun lepas?

err...

kenapa sekarang ni.....
mamaainul makin kurus,
bujal makin gemok?

27 Januari 2011 pada 1:55 PTG

Untung Mama Ainul yang jumpa kamu dulu. Kalu makcik?

huh... sampai sekarang kamu bukan saja kena senduk sendirik, pinggan makcik pun kamu kena basuhkan sekali..

hahahaha...


*Moga jodoh berpanjangan dan berbahagia selalu yer nak BUJAL dan isteri... amin.

27 Januari 2011 pada 3:09 PTG

control hensem ye bujal? hehehe

27 Januari 2011 pada 3:23 PTG

takat senduk nasik...cisssss..
sapa basuh pinggan??

~hahah

27 Januari 2011 pada 3:42 PTG

errr...errr...ko cucuk botox ke kat bibir tuh bujal?? kalah bibir kak pah oii..hah hah

27 Januari 2011 pada 3:52 PTG

@Hantu Kak Limah

oi~bibir mahal tu~~

27 Januari 2011 pada 3:52 PTG

@Kakzakie

muka still menten tapi perut~haih~~

haha~

27 Januari 2011 pada 3:53 PTG

@gadisBunga

he~~kan ada setengah lagi??

27 Januari 2011 pada 3:53 PTG

@miloais

ye~kutuk la sepuas hati.

27 Januari 2011 pada 3:54 PTG

@tupaimerah

tak la~pandangan kamu bermasalah~haha~

27 Januari 2011 pada 3:54 PTG

@azieazah

haha~~saya tak sanggup~~

27 Januari 2011 pada 3:55 PTG

@PUTUBAMBU

tak payah kontrol pun menten hensem la makcik ~~

haha~~

27 Januari 2011 pada 3:55 PTG

@Daddy Ziyyad

saya makan guna daun pisang je~haha~~

27 Januari 2011 pada 3:55 PTG

@cik emymilia

tu bibir pemiikat tahu!

haha~

27 Januari 2011 pada 3:57 PTG

@kakcik

tapi saya masih hensem kan? kan?

haha~

27 Januari 2011 pada 4:38 PTG

itu gambar 8 tahun yang lalu???

nampaknya mamaainul yg semakin jelita
seri seorg ibu agaknya

hehe

27 Januari 2011 pada 4:45 PTG

@h4ni3

janagn bagitau depan maamainul~nanti dia malu~haha~

27 Januari 2011 pada 4:57 PTG

kengkadang suami isteri nih mesti ada tolak ansur..contoh bile isteri dlm pantang..suami lah kene pikul beban buat kerja umah pulak kan ?

27 Januari 2011 pada 5:15 PTG

rambut tu brooo!!! Siap belah ok!!!
dah jgn makan MSG banyak2, kang botak, hahahahha

27 Januari 2011 pada 7:40 PTG

sampai skang masih simpan janggut itu bujal?

27 Januari 2011 pada 10:26 PTG

kena syg isteri slalu..br ley jd suami mithali..hehe

27 Januari 2011 pada 11:49 PTG

Gambar matcham pengantin baru! Tahniah!

28 Januari 2011 pada 12:27 PG

mana satu kamu?

28 Januari 2011 pada 10:24 PG

nak pecet pipi boleh??!!
:)

28 Januari 2011 pada 10:29 PG

@Cik Pah

mamaainul tak reti duk diam~time pantang pun dia bizi!

28 Januari 2011 pada 10:30 PG

@DeLancrettLurpak

rambut saya amat kuat ok?

jangan sebut botak~~takut~haha~

28 Januari 2011 pada 10:30 PG

@Kaseh

da tak bela~~nampak taliban~~haha~

28 Januari 2011 pada 10:31 PG

@niesz

sapa tak sayang isteri weh~haha~

28 Januari 2011 pada 10:31 PG

@gedek!

eh~sekarang pun masih pengantin baru lah~haha~~

28 Januari 2011 pada 10:31 PG

@BonekadalamChermin

yang amik gambar~hoih!

28 Januari 2011 pada 10:32 PG

@DrSinga

jangan kuat2~~haha~

Catat Ulasan