malam tadi ibu tiada,
ibu kerja luar negeri.
tinggal ainul dengan abah sahaja.
(mengeluh)
abah tidur bising.
macam mesin rumput.
(mengeluh lagi)
tapi kan,
malam tadi ainul bangun.
ainul tendang muka abah.
ainul gelak.
abah tak marah pun.
lepas tu abah buatkan susu.
(terbaik!!)
masa abah nak tukarkan lampin ainul,
ainul kencing.
(gelak)
habis basah seluar dengan cadar.
(gelak lagi)
tapi abah senyum.
lepas itu abah balut ainul dengan selimut.
sebab abah malas nak cari seluar lain.
abah memang malas.
lepas habis menyusu,
abah usap-usap kepala ainul.
ainul rasa seronok.
ainul rasa aman.
ainul rasa selamat.
ainul rasa mengantuk.
ainul golek kat ketiak abah.
lepas itu ainul peluk lengan abah.
(maskulin)
perkara terakhir yang ainul ingat sebelum lelap.
abah cium lepas itu abah bisik :
"abah dengan ibu sayang ainul"
ainul senyum.
lepas tu ainul kentut.
(weee~~~~)
kepada ibu-ibu yang hari-hari berjaga malam untuk anak,
saya puji.
kamu semua hebat.
~~~~HUARGHHHHHHH~~~~
mengantuk.