Rabu, 9 Februari 2011

bunga dan pisang.

bunga cantik,

bunga wangi,

bunga menarik,

tapi bunga tidak realistik,

cantik bunga tidak lama,

sekejap sudah layu,

simbolik cinta abang bukan begitu.

cinta abang mahu hari ini,esok dan sampai hujung hayat.

sebab tu abah tak pernah bagi ibu bunga.

ibu faham kan sekarang?

.

.

.

mamaainul tunduk sayu.

kemudian dia mengadu kepada ainul :

"lelaki memang macamni ainul,masa belum dapat..macam-macam dia buat.lepas dapat..terus perangai macam haram!"

ainul tunduk bersetuju.

kemudian ainul tunjuk penumbuk kepada saya .

saya terkedu.

terus saya tarik gebar,

dan menangis perlahan-lahan.




ya,

saya tidak pernah beri mamaainul bunga.


pagi-pagi sudah dapat pisang.saya bahagia.


.
.
.
samada saya yang berubah.atau kamu yang tidak pernah rasa cukup.

38 comments

9 Februari 2011 pada 8:40 PG

tp pompuan suke bunga kan..itulah simbol hati dan perasaan mereka...

9 Februari 2011 pada 8:43 PG

bg mamaainul pisang ler..

anyway bujal... kamu ckp je kamu ni kayu tak peka perasaan pmpuan tapi saya tahu dalam hati kamu ada taman..bermacam2 bunga ada dalam tuh.. cuma kamu simpan sorang2.. :P

9 Februari 2011 pada 8:43 PG

@sahromnasrudin

tapi bunga tak ble makan~haha~

9 Februari 2011 pada 8:44 PG

bunga memang tak guna... kang layu buat nambah kerja kena bersihkan

makan ikan bakar sedap, heh heh

9 Februari 2011 pada 8:45 PG

@Kaseh

he~~romantik itu bermacam cara~

9 Februari 2011 pada 8:46 PG

@kucingorengemok

dasar kucing~hoh~

9 Februari 2011 pada 9:04 PG

kalau bunga walau segar sementara menggembirakan hatinya, apa salahnya. walau bujal tak nampak logiknya tapi kegembiraan tak ikut logik. bunga itu bukan sebagai simbolik cinta bujal, ia hanya salah satu token indah yang sangat dihargai isteri.

adakah saya akan berjaya membuat bujal menghadiahkan isteri bunga?

saya juga tak pernah diberi bunga

9 Februari 2011 pada 9:06 PG

@mumpir

sampai seru nanti mungkin hati saya akan terbuka~tq makcik~~

9 Februari 2011 pada 9:15 PG

sama cam pakcik. dia cakap kasih sayang pada makcik, tak boleh dinilai, tak de orang yg boleh tahu. hampeh nak dapat bunga.

Tanpa Nama
9 Februari 2011 pada 9:19 PG

aku penah dapat bunga dari KE sekali je. pada malam kitaorg kawin. itu kali pertama. tak tau la kali terakhir ke apa. tapi takpe. aku tak kisah. sbb aku bukan suka sgt bunga2 ni. bagi aku, cukup dia tunjuk kesungguhan rasa syg dan lindungi aku pon aku dah cukup.

9 Februari 2011 pada 9:24 PG

kalau bujal xpernah bagi,
bagi la sesekali supaya mamaainul
rasa sangat istimewa sebab kali pertama;

kalau bujal pernah bagi,
bagi la lagi supaya mamaainul
rasa sentiasa istimewa sebab
berkali-kali;

so, apa maksud nye ni?

pandai~ memang kena bagi, oke??

kehkehkehkeh

9 Februari 2011 pada 9:29 PG

ainul akan jadik anak mak!

9 Februari 2011 pada 9:29 PG

bg dia bunga kekwa lah~
yg siap ada dalam pasu..
biak banyak2 nnti boleh buah teh bunga..
kalau rajin bulih gak buat kuaci?
hehehe

9 Februari 2011 pada 9:48 PG

Sebelom kawen pakcik pernah bagi bunga kat makcik... lepas kawen pakcik pakcik hanya bagi nasihat... Lebih bermakna.... mungkin anda boleh mencuba.... harap maklom

9 Februari 2011 pada 10:01 PG

@Cik Ina minat Do do Cheng

he~~pakcik ble jadi geng!

9 Februari 2011 pada 10:02 PG

@Puan Capa

kira husband sekali bodigad la ni? bagus!

9 Februari 2011 pada 10:02 PG

@tupaimerah

tengah tunggu ilham~

9 Februari 2011 pada 10:04 PG

@DrSinga

takpe~nanti saya suruh mamaainul buat geng baru untuk saya!haha~

9 Februari 2011 pada 10:04 PG

@alien

serius! idea kamu paling best~nanti saya akan pertimbangkan secara khusus!

9 Februari 2011 pada 10:04 PG

@gedek!

respek! dan kool~haha~

9 Februari 2011 pada 10:35 PG

BUJAL...

makcik sangat faham.

Jadi jangan sedih, jangan kesal. Kamu memang seorang lelaki yang baik. Makcik yakin kamu memang akan terus menjadi lelaki yang baik, setidak2 kepada AINUL dan Mama Ainul.

~sebak~

9 Februari 2011 pada 10:47 PG

kamu bagi la bunga cengkih untuk dibuat nasi tomato. atau bunga krisantemum untuk dibuat teh. atau bunga roselle untuk dibuat muffin.

sedap ok!

Tanpa Nama
9 Februari 2011 pada 11:17 PG

simbolik sungguh N3 pagi ni.. :D

9 Februari 2011 pada 11:47 PG

Ko kasik bunga sahaja, memang tak akan kekal, sebab bunga akan layu, busuk.

Ko selitkan IPAD sekali kat bunga tuh...IPAD akan kekal...

Ngeeeeeeeeeeeeee....

9 Februari 2011 pada 12:04 PTG

@azieazah

mengalir air mata saya makcik~~

9 Februari 2011 pada 12:05 PTG

@gadisBunga

eh? bunga rossele ble buat muffin kah?

9 Februari 2011 pada 12:05 PTG

@makdara TERdiva

wah~~MDT hebat menafsir~~

9 Februari 2011 pada 12:06 PTG

@Daddy Ziyyad

IPAD is sucks~~~haha~

9 Februari 2011 pada 12:31 PTG

last dapat bunge masa 1st time dating.. pastu haram tak pernah dapat.. tp pada masa yg sama saya dapat henbeg.. henbeg kekal sampai sekarang dah 7 tahun.. ngeeeee..

9 Februari 2011 pada 12:54 PTG

katakan kepada mamaainul,

'tak perlu bunga kerana kamulah bunga hati saya. tapi hari ini walaupun saya tahu bunga akan layu, saya tetap mahu hadiahkan kepada kamu. cantik. wangi. akan layu. kamu nilailah sendiri. kaseh syg saya tidak seperti bunga ini.'

sambung,

'jom saya belanja makan mahal mahal.kamu bayar? boleh?'


eh? hahahaha.

kamon bujal!
kamon.

9 Februari 2011 pada 1:12 PTG

bujal.

bunga harumkan rumahtangga, bukan? Beri sekuntum pun dah cukup buat dia rasa terharuuuu. Apa salahnya gembirakan mamaainul dengan cara baru.

9 Februari 2011 pada 2:37 PTG

bujal..

bgla mamaainul bunge..walaupon sekuntum pon xpe..
hehehe..pompuan suke bunga..

semlm sy dapat bunga..saya menangis terkedu..dr kwn baik sy..aida..

sy bkn lesbian ok..heeh

9 Februari 2011 pada 3:45 PTG

@.:nhalilah:.

henbeg mahal la makcik!

9 Februari 2011 pada 3:45 PTG

@BonekadalamChermin

sedang hafal ayat yang kamu beri~~haha~

9 Februari 2011 pada 3:46 PTG

@Ungu

ye~~nanti saya beli~~

9 Februari 2011 pada 3:46 PTG

@cikceriacorner

bukan lesbian maka kamu gay!haha~

9 Februari 2011 pada 4:29 PTG

alah sedihnya dia..
sian kena tumbuk ngan ainul..

bagi je lah bunga bila hari2 istimewa..bukannya mahal mana pun..
bunga tu utk penyejuk hati je

9 Februari 2011 pada 5:41 PTG

kalau sekali sekala bagi bunga tak salah kannn? kadang2 pompuan rock mcm saya, cair tau kalau dpt bunga.. 2-3 tahun sekali jadik la..


kamu paham tak Bujal?

Catat Ulasan