Isnin, 26 September 2011

lingua franca.

saya tiada masalah,

menafsir dan menterjemah ayat dan perkataan inggeris.

begitu juga dalam pertuturan.

slanga amerika,britain,australia apa pun boleh.(bohong)

tapi itu dulu.
.
.
.
tapi sekarang,

bekerja dalam sektor awam,

serta kurang komunikasi bahasa inggeris.

buat penguasaan saya jadi tumpul.

hari itu saya ada urusan jual beli dengan seorang yang tidak fasih melayu,

maka saya cuba keluarkan skli bahasa inggeris yang sudah lama tidak digunapakai.

tapi yang keluar dari mulut saya bukanlah kelancaran.

cuma "gibberish"
.
.
.
.
.
jadi mulai esok matcham-matcham akan bersiaran dengan menggunakan bahasa inggeris.

demi survival bahasa inggeris saya.

boleh?

keh keh~
.
.
.
.
Photobucket


saya gurau.

bahasa inggeris penting.

tapi saya lagi sayang bahasa saya.

Jumaat, 23 September 2011

kediaman yang terbuka.

saya duduk sebelah satay,

satay mengeluh,

"zaman gemilang saya sudah berakhir.dulu apa pun majlis,saya yang akan jadi tumpuan tapi sekarang lampu limpah tidak lagi mahu menerangi saya.saya sekarang hanya layak duduk di bucu."

di satu sudut,

satu gerai ramai orang berbaris.

ramai sangat.

perasaan saya mula berkecamuk.

antara satay dengan kambing panggang.

mana yang harus saya pilih.
.
.
.
.
akhirnya sebuah ketetapan termetrai.

saya tidak pilih kambing golek.

bukan kerana kasihan satay.

tapi sebab saya malas beratur punya orang.

satay senyum girang.

kemudian saya meratahnya dengan rakus.

keh keh~



saat kamu makan-makan di rumah terbuka,

ingatlah tuan rumah bukan mahu saji kamu seorang,

orang belakang kamu juga mahu merasa sama


Khamis, 22 September 2011

kerja saya kadang-kadang tidak seronok.

semalam satu pakcik datang,

mahu buat urusan itu.

saya cakap urusan itu bukan di sini,

urusan itu di pejabat yang lain.

pakcik degil.

pakcik beritahu urusan itu adalah disini.

saya ulang kenyataan dan bagi tunjuk arah yang benar kepada pakcik.

pakcik tak mahu dengar cakap saya.

pakcik tinggi suara.

sabar saya mula jadi jengkel.

saya keluarkan kitab untuk tunjukkan dalil yang sah.

belum sempat saya buka mulut,

pakcik angkat kaki berambus.

"sudah la.."

ayat terakhir pakcik itu yang saya dengar.
.
.
.
.

serius,

orang yang merajuk kerana benang basahnya tidak dapat tegak

pada saya adalah amat buruk.

buruk sangat.






terima kasih ezan

atas penarafan "ohsem" dari kamu.

semoga kamu cepat kebah.