Rabu, 8 Februari 2012

kerapuhan komitmen~

mana pergi semangat semasa mula?

mana pergi benci kepada buncit?

mana pergi perasaan mahu kacak lebih?

mana pergi kesedaran buruk lebih lemak?

mana?

mana?

mana?

timbang berat itu bising.

berat saya statik setelah sekian waktu.

tiada naik tiada turun.

saya cuma diam.

dalam hati ada sedikit kesal.

perlahan-lahan saya kumpul semula semangat yang bertaburan itu.

saat saya azam sedang tinggi.

otak sebelah kanan saya beritahu,

ayam goreng mencongkam oh yeah!


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
celaka.

nafsu-1

azam-0


*cik ina jangan marah.ayam goreng itu...saya tak tahan..

Rabu, 1 Februari 2012

gambargambaran.edisi penghargaan.

abaikan senyum saya,
abaikan ainul dan botol.
tumpu kepada baju.
jersi antarabangsa pertama saya.
amat saya menyayangi baju itu.



Selasa, 31 Januari 2012

keibubapaan.

orang itu tengok,

"ni anak lelaki ni.."

orang ini tengok,

"perut muncung ke depan.boy ni.."

cik ina tengok,

"lelaki tu.."

emak dengan kakak tengok,

"ainul bakal dapat adik lelaki.."

saya sudah ada seorang anak perempuan.

maka haruslah saya mengharap yang kedua adalah lelaki.

sudah masuk bulan yang ke tujuh,

kami pergi klinik buat imbasan jantina.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
perempuan.

insyaallah anak ke dua saya perempuan.

kecewa?

sekelumit tetap ada.

tapi saya masih waras.

tuhan bagi rezeki.

haruslah bersyukur kamu.





*saya mahu letak nama Aisyah Irdina.

**kakak singa,soalan saya hari itu serius.boleh kah??