arwah abah sayang binatang,
dulu masa kucing arwah abah mati,
arwah abah menangis.
arwah abah juga tidak sampai hati tengok binatang lapar.
setiap pagi mak bungkus nasi lebih semalam.
arwah abah bawak tempat kerja.
bagi anjing berkeliaran makan.
saya tanya kenapa baik dengan anjing.
untuk bekalan akhirat arwah abah cakap.
saya diam,
kemudian arwah abah sambung ;
"nanti kat akhirat korang melintas titian siratul mustaqim tunggang lembu korban,abah naik anjing.laju sikit~keh keh~~"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
arwah abah,
kadang-kadang komedi.
arwah abah,
4 tahun sudah lepas.
rindu.
kami rindu.
Isnin, 14 November 2011
Jumaat, 11 November 2011
semata-mata.
Abu kawan saya
Abu gila.
gila makan.
masa itu,
selesai saya amin doa selepas solat subuh,
Abu jerit dari luar bilik saya.
"Daud! jom keluar sarapan?"
malas banyak cakap,
saya ikut sahaja.
10 minit dalam kereta,
masih belum sampai tempat sarapan.
saya tanya Abu,
Abu cakap mahu sarapan jauh sikit.
kemudian saya bersandar terus lelap.
saya celik mata,
saya mengeliat sedikit.
jam sudah hendak masuk pukul 9 pagi.
Abu cuma senyum.
"sat lagi kita sampai~"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
pagi itu kami bersarapan koey teow sup.
pagi itu kami mengembara 142km.
pagi itu kami berada di Teluk Intan.
pagi itu kami cuma berkain pelikat,
*di depan bangunan persekutuan teluk intan ada medan selera.situ ada jual koey teow sup untuk sarapan.ada siapa pernah makan situ?
Abu gila.
gila makan.
masa itu,
selesai saya amin doa selepas solat subuh,
Abu jerit dari luar bilik saya.
"Daud! jom keluar sarapan?"
malas banyak cakap,
saya ikut sahaja.
10 minit dalam kereta,
masih belum sampai tempat sarapan.
saya tanya Abu,
Abu cakap mahu sarapan jauh sikit.
kemudian saya bersandar terus lelap.
saya celik mata,
saya mengeliat sedikit.
jam sudah hendak masuk pukul 9 pagi.
Abu cuma senyum.
"sat lagi kita sampai~"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
pagi itu kami bersarapan koey teow sup.
pagi itu kami mengembara 142km.
pagi itu kami berada di Teluk Intan.
pagi itu kami cuma berkain pelikat,
*di depan bangunan persekutuan teluk intan ada medan selera.situ ada jual koey teow sup untuk sarapan.ada siapa pernah makan situ?
Khamis, 10 November 2011
hati kaca.
ainul usik barang saya,
saya marah,
saya tinggi suara.
ainul gamam.
muka cebik.
sembam muka ke tilam.
teresak-esak menangis.
kemudian saya rasa bangang.
herdik anak umur 1 tahun 4 bulan.
memang kerja orang bangang.
.
.
.
.
.
.
sesal disusuli pujuk.
percayalah,
pujuk budak kecil,
rasanya lagi susah dari memujuk kekasih hati.
tapi Isaac Friedmann ada cakap :
"forgiveness is the sweetest revenge"
bila ainul senyum semula,
manis,
memang manis.
saya marah,
saya tinggi suara.
ainul gamam.
muka cebik.
sembam muka ke tilam.
teresak-esak menangis.
kemudian saya rasa bangang.
herdik anak umur 1 tahun 4 bulan.
memang kerja orang bangang.
.
.
.
.
.
.
sesal disusuli pujuk.
percayalah,
pujuk budak kecil,
rasanya lagi susah dari memujuk kekasih hati.
tapi Isaac Friedmann ada cakap :
"forgiveness is the sweetest revenge"
bila ainul senyum semula,
manis,
memang manis.
kami lahir bulan julai.
Dr Fadzilah Kamsah cakap,
orang julai orang pemaaf.
keh keh~
Langgan:
Catatan (Atom)
