Rabu, 9 November 2011

gambargambaran.edisi 6.

fun fair padang pandamaran
ratu kebaya dengan cik ina mesti tahu punya.
tidak ada apa yang seronok.
bosan.


ilusi optikal.
kamu jawab kuah kacang dengan nasi impit.
tapi sebenarnya adalah kuah spagetti dengan puding entahapanamasayatidaktahu.


tanya budak-budak hari ini,
ada yang jawab pokok kentang.
keh keh~
buah ciku,
banyak budak-budak yang tidak pernah makan dan jumpa rupanya.
kasihan.


seluar dalam g-string saya pernah pakai tengok.
seluar dalam g- stering apa rupa?
kamu ada?
tunjuk sikit boleh?
keh keh~


bukan lembu sedih.
ini gambar lembu redha.
maka diet karnivor saya bermula.
peti sejuk penuh daging korban.

Selasa, 8 November 2011

naif.

ustazahentahapanamasayasudahlupa ada beritahu saya masa budak dulu,

angin ahmar adalah sesuatu yang amat bahaya.

definasi angin ahmar menurut ustazah itu :

"angin yang ditiup oleh syaitan pada lewat malam dimana siapa yang terkena boleh lumpuh"

oleh itu ustazah berpesan :

jangan keluar lewat malam dan jangan tidur dengan tingkap terbuka.

saya percaya tanpa persoalan.

kesannya saya jadi takut.

takut keluar lewat malam.

takut tidur tingkap terbuka.

bila saya sudah besar,

saya diberitahu angin ahmar itu sebenarnya adalah kamubacalahsendiri.

saya senyum.

ustazah rupanya sebar cerita karut kepada saya.

tapi saya tidak marah.

sebab didik cara saikologi itu kadang-kadang ada bagusnya.

keh keh~
.
.
.
.
.
.
.
tapi saya marah dengan Zamri Ramli.

bila langit malam jadi terang sebab pancaran kilat,

Zamri Ramli cakap itu sebab lampu limpah dekat lapangan terbang berkelip-kelip.

2-3 tahun juga saya percaya.

ceh!

Jumaat, 4 November 2011

rusuh.

ada temujanji pukul 10.

saya sampai 9.55.

orang yang mahu saya cari ada di tingkat atas.

atas sangat.

tekan butan lif.

lambat sangat.

saya tidak mahu mungkir janji,

mungkir janji kerja orang munafik.

kemudian saya tekan lagi butang lif.

pun lambat sangat.

hati panas.

saya tekan banyak kali.

makcik itu tegur saya :

"bawak bersabar,tekan 10 kali pun takdenye lif tu jadi laju.sabar nak.."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tergesa-gesa,

kadang-kadang boleh buat kamu kelihatan bangang.

tahap atas sekali.




*siapa makcik itu? rupanya dia orang yang patut saya jumpa.keh keh~