Khamis, 3 November 2011

hari ini saya lambat.

memandu pulang ke rumah,

mamaainul mengidam lagi.

mahu makan pecal katanya.

singgah pasar malam jalan kastam.

bayar RM2.50 harga untuk sebungkus.

dalam kereta saya mengadu kepada mamaainul.

tentang harga pecal hari ini yang tidak relevan.

mamaainul tanya saya sepatutnya harga pecal adalah berapa.

saya jawab 80 sen.

kemudian mamaainul tanya bila kali terakhir saya beli pecal,

saya cuma diam.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
rupanya kali terakhir saya beli pecal adalah pada tahun 1995.
.
.
.
patut lah 80 sen.

keh keh~






*kenapa pecal mahal??

Rabu, 2 November 2011

catat.

katakanlah,

kamu sedang berurusan melalui panggilan telefon.

kemudian sipolan yang berada di talian sebelah sana beri kamu arahan,

arahan nya mudah,

datang ke pejabat dan pergilah kamu berjumpa dengan sipolan bin sipolan.

baiklah,

ini tips untuk buat kamu.

bila orang beri kamu nama melalui panggilan telefon,

ambil sedikit inisiatif.

gunakan sedikit kudrat kamu,

cari pen dan kertas.

tulis,

dan mintalah kepastian hakiki dari pemberi.

bahawa apa yang kamu catat adalah benar dari sudut ejaan dan sebutan.

supaya nanti tidaklah kamu seperti orang yang jumpa saya semalam.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yang katanya mahu jumpa Encik Jamban.
.
.
.
.
jadah apanya orang nama Encik Jamban?

keh keh~















*yang dicari sebenarnya bukan encik jambam,tapi encik jamal.encik jamal tiada bekerja di tempat saya.orang itu sudah salah arah tuju dan sebagai seorang yang bukan melayu yang tidak fasih bahasa kebangsaan,tidaklah saya hairan sangat kenapa orang itu boleh salah sebut dan salah dengar.semua sebab kekangan penguasaan linguistik.

Selasa, 1 November 2011

hikayat seorang datuk super.

Haji Salim jalan-jalan.

Haji Salim singgah kedai.

Haji Salim belek-belek,

Haji Salim tertarik,

Haji Salim nampak cadar tilam bujang harga cuma RM9.90

Haji Salim bayar.

Haji Salim pulang.

Haji Salim sarung cadar baru.

Haji Salim tidur petang,

Haji Salim lena beralaskan tikar.

Haji Salim tidak guna tilam cadar baru.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Haji Salim punya anak menantu cucu pulang petang.

Haji Salim panggil cucu.

Haji Salim mahu cucu buat perasmian.

Haji Salim punya cucu guling-guling atas tilam cadar baru.

Haji Salim senyum.

Haji Salim kemudian baring sebelah cucu.
.
.
.
.
.
.
.
Haji Salim sayang kepada cucu.

Haji Salim sayang sangat kepada cucu.

haji Salim sayang sangat-sangat kepada cucu.

Haji Salim pengasuh ainul

Haji Salim jaga semenjak mamaainul habis pantang sampai hari ini.

Haji Salim jaga ainul berseorangan tanpa teman.

Haji Salim juga tidak pernah marah menantu.

Haji Salim seorang super.