Jumaat, 30 September 2011

pedih.

tingkap papan kayu bersegi
sampan sakat di pulau angsa
indah tampan kerana budi
tinggi bangsa kerana bahasa




dua rangkap akhir buat saya senyum.


senyum sinis.


kaum kamu dikatakan paling tinggi budi bahasa.


saya senyum sinis lagi.


saya kerja hari-hari menghadap manusia.


kebanyakannya dari kaum kamu.


mahu saya cerita lebih?


tidak payah.


nanti kamu kecil hati,


nanti kamu kata saya bohong,


nanti kamu kata saya pengkhianat bangsa.


tapi mari sini saya beritahu sekelumit kenyataan.


statistik kasar :


10 orang kaum kamu yang datang berurusan di pejabat saya.


cuma 3 yang beri salam mula bicara.


selebihnya?


1.tanpa salam bercakap tapi mata pandang lain.


2.tanpa salam tanpa cakap  cuma hulur tangan kemudian mulut muncung ke kaunter.


3.tanpa salam bercakap dalam mulut ada makanan


4.


5.


6.


7.


8.


9.


10.


cukup saya tulis 3 fakta.




hari ini hari jumaat.

masjid tempat kamu ada pisang apa?

Khamis, 29 September 2011

gambargambaran.edisi 3.



Photobucket

berikan saya sepiring satay.
maka wajah fei mao saya akan teraktif



ini namanya strategi pemasaran
bila sudah ada gadis ayu,
salah eja pun orang tidak perasan.
keh keh~



apam balik basikal pelabuhan klang
sejak 2003 lagi saya sudah perasan.
cuma sabtu lepas baru terbuka hati untuk beli.
rupanya yang selama ini saya cari,
ada dekat sahaja.


teman jamban baru.
85 gram lebih ringan dari yang lama
keh keh~



hantar 10 sampul.
4 dipulangkan semula.
pos ekspres ini.
tebal lebih sedikit pun dia mahu berkira.
apalah.


Photobucket


saya suruh ainul lipat baju.
tapi ainul tidak mahu.

Selasa, 27 September 2011

ponpon~

sekali sahaja kamu tekan alat itu,

orang depan kamu akan terasa jengkel.

bertalu-talu kamu tekan alat itu,

orang depan kamu akan keluar dan menjerit atau keluar tangan acu jari tengah.

alat itu dicipta sebenarnya bukan untuk membangkitkan kemarahan.

tapi kerana rakyat negara kamu yang amat sensitif,

pantang dengar bunyi alat itu,

hati rasa panas,

hati rasa menggelegak.

padahal yang menekan alat itu tujuan nya murni,

untuk menyedarkan mereka yang leka.

sebab bila diatas jalan raya.

cuai seinci kamu boleh mati.
.
.
.
.
.
HON

tercipta bukan untuk menjerkah,

cuma mahu mengingatkan kamu.


Photobucket


saya pernah pergi ke Medan dan Jogja di Indonesia

jalan nya hiruk pikuk dengan bunyi hon.

tapi tiada siapa pun yang bising-bising,

sebab sudah termaktub dalam hidup mereka,

bunyi hon itu amaran supaya berwaspada.