Khamis, 7 April 2011

pembalasan dendam kesumat.

kami berada dalam keadaan bertentangan masa itu.

kambing panggang berada dalam keadaan yang lemah sekali.

"lu akan nyesal~~lu akan merana~~"

saya persetankan amaran kambing panggang.

kemudian saya tusuk dia bertubi-tubi dengan garfu dan pisau pemotong stik.

kambing panggang tewas.

lumat dikacip si geraham ganas.

besoknya pagi saya terasa satu macam.

atas sikit dipangkal tengkuk rasa sakit.

"gua da cakap ~~lu akan nyesal~~hahaha~~"

suara seram menyelubungi suasana.

rupanya roh kambing panggang tidak tenteram.

dia datang menuntut bela.
.
.
.
.
.
.
celaka punya kambing.


gua da cakap da~~

Rabu, 6 April 2011

titik-titik kehidupan.

pagi. ini. saya. sarapan. cuma. sebiji. donat. dan. segelas. kecil. teh. susu.

kemudian. semasa. hendak. pakai. kasut. saya. rasa. satu. macam.

saya. terasa. macam. cerita. dulu.

lalu. saya. intai. dalam. kasut. saya.

encik. katak. melompat. kluar.

saya. terkejut. kemudian. saya. simpan. katak. itu. dalam. peti. sejuk.

tengahari. nanti. makan. katak. goreng. tempura.

sekian. tampalan. gersang. idea. saya. hari. ini.
.
.
.
.kenapa kamu baca tampalan saya hari ini seperti adik yang baru belajar membaca?


mmmm~~~yummeh!!

Selasa, 5 April 2011

saya suka bila kamu salah dan saya adalah betul.

"apsal bukak 8.30?? bukan pukul 8.00 pagi??"

"sepatutnya pejabat tanah kena bagitau public kaunter bukak pukul 8.30 pagi!"

"ni saya datang awal-awal ni tak ada makna la ye??"
.
.
.
.
.
.
"bukan salah kami encik tak membaca.belakang bil encik itu ada tulis waktu berurusan pejabat kami."

pakcik diam.

pakcik itu terus berambus.

tiada maaf pun.

tidak saya kisah.

saya cuma senyum sebab saya hebat,seksi dan "cool"

pelanggan seperti encik itu adalah makanan ruji pekerjaan saya.

ah~~

saya suka kerja saya


pelanggan.

kadang-kadang mereka tidak betul.